Anda di halaman 1dari 20

KURSUS:

PERADABAN ISLAM DAN TAMADUN DUNIA (GGGC6473)

TAJUK:
PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP PERTUMBUHAN SAINS DAN
TEKNOLOGI DI BARAT

DISEDIAKAN OLEH:
NUR AMIRAH BT MOHD RASHID (GP03847)
NURUL SOLEHAH BT MOHD ZUBIR (GP03851)
MAIZATUL NAZIRA BT MOHD NAZIR (GP03823)
WAN HANISAH BINTI MEOR ABD AZIZ SUHAIMI (GP03863)

PENSYARAH:
PM. DR. HAJI MAIMUN AQSHA LUBIS

SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM)


FAKULTI PENDIDIKAN
BANGI

2016

PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP PERTUMBUHAN SAINS DAN


TEKNOLOGI DI BARAT

1.0

PENDAHULUAN

Suatu ketika dahulu umat Islam pernah berada di puncak kegemilangan ketamadunan
dengan kombinasi kecemerlangan yang dicapai di timur dan barat. Penguasaan Islam ke
atas timur dan barat itu seakan menunjukkan kekuatan umat Islam lampau sehingga
mereka dijadikan contoh dalam pembinaan tamadun barat. Di sebelah timur, kemajuan
yang dicapai di Kufah, Baghdad dan Damsyik menjadi titik tolak ke arah melonjakkan
tamadun Islam. Manakala di sebelah barat, kejayaan menguasai Sicily telah membuka
mata dunia. Manakala kejayaan yang dicapai di Andalusia tidak dapat ditandingi pada
waktu tersebut oleh kuasa-kuasa Eropah yang lain (Mohd Roslan, 2010). Kegemilangan
tamadun Islam ini telah menjadi sejarah yang cukup manis untuk dikenang oleh orang
Islam kerana suatu masa dahulu umat Islam sememangnya sangat terkenal dalam bidang
sains dan tradisi keilmuan.
Kegemilangan yang dicapai oleh tamadun Islam kemudiannya diambil alih oleh
barat akibat dari kecuaian umat Islam sendiri dalam mempertahankan ketamadunan Islam.
Kejayaan umat Islam tersebut tidak bertahan lama, terutama di sebelah barat. Ia
mengundang rasa iri barat lalu berusaha untuk merampas kembali tanah barat dari
kekuasaan Islam. Kejayaan yang dicapai telah menggamit kedatangan tentera musuh yang
merancang dari awal iaitu semenjak penguasaan Islam di Andalusia. Bibit-bibit kelemahan
pemerintahan kerajaan Islam dan kewujudan wilayah-wilayah kecil di Andalusia hanya
menjadi asbab yang dicari bagi melegalisasikan rampasan semula oleh pihak Kristian ke
atas wilayah Asbania tersebut.

2.0

DEFINISI TAMADUN ISLAM

Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu maddana yang bererti kehalusan budi
bahasa dan kesopanan tingkah laku. Selain itu, ianya juga membawa maksud membuka
bandar (Abd. Shukor et. al. 2013). Menurut Kamus Dewan (2007) merakamkan maksud
tamadun sebagai kebudayaan, peradaban, kemajuan sopan santun dan sebagainya.
2

Menurut Che Haslina Abdullah (2013) tamadun ialah satu kehidupan masyarakat
manusia yang telah mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek seperti kemajuan fizikal,
moral yang tinggi, kehalusan budi pekerti, kemajuan penempatan, kebudayaan, kemajuan
intelektual serta kemudahan yang sempurna dan penempatan mereka adalah berpusat di
bandar atau di kota.
Oleh itu, tamadun dapat dirumuskan sebagai satu tingkah laku dan kehalusan budi
yang baik di dalam kehidupan masyarakat dalam membentuk jati diri yang unggul untuk
mencapai kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat.

3.0

DEFINISI SAINS DAN TEKNOLOGI

Sains dan teknologi membawa disiplin ilmu yang berbeza. Cowie et. Al (1989)
menyatakan bahawa sains sains itu adalah satu cabang pengetahuan yang tersusun,
diperolehi melalui pemerhatian dan pengujian fakta tentang alam semulajadi. Manakala,
Ziman (1984) yang merupakan ahli sejarah sains telah membuat takrif-takrif sains yang
berlainan mengikut aspek-aspek sains yang tertentu. Jika sains ditakrifkan sebagai alat
untuk menyelesaikan masalah, ia memperlihatkan aspek instrumen yang berhubung rapat
dengan teknologi. Tetapi, jika sains ditakrifkan sebagai satu pengetahuan terurus, ia
memperlihatkan ciri kearkiban yang mana dapatan kajian terhadap kejadia semula jadi
yang dihasilkan melalui penyelidikan diterbitkan dalam buku-buku dan jurnal-jurnal untuk
pembacaan umum.
Jika dilihat dari sudut falsafah pula, Seth (2000) menyatakan bahawa sains
menekankan pengkaedahan sains yang bergantung kepada proses penaakulan induksi dan
deduksi. Prosedur sains seperti eksperimentasi, pemerhatian atau pencerapan dan membuat
hipotesis adalah merupakan elemen-elemen dalam pengkaedahan khas untuk mendapatkan
kenyataan yang boleh dipercayai terhadap alam semulajadi. Sains juga boleh dilihat dari
aspek vokasional iaitu ahli-ahli sains menjalankan penyelidikan melalui kebolehan, minat
dan kreativiti mereka. Sebagai rumusan, sains menerangkan banyak perkara. Ia adalah
hasil penyelidikan yang mempunyai kaedah tertentu, satu pengetahuan tersusun, satu alat
menyelesaikan masalah, satu institusi sosial, memerlukan sumber bahan, satu sumber
kebudayaan yang perlu diurus dan merupakan satu faktor utama dalam pembinaan
masyarakat.
3

Seperti juga sains, teknologi juga boleh ditakrifkan dalam pelbagai definisi. Gardner
et al. (1990) mendefinisikan teknologi sebagai alat atau proses-proses pembinaan yang
menuju ke arah pembentukan alat tersebut. Walaupun sains dan teknologi melibatkan
kajian yang rasional, tetapi kedua-duanya berbeza dari segi matlamat dan hasil yang
diwujudkan. Sains bertujuan untuk membuat pengitlakan idea dan kefahaman terhadap
fenomena alam semulajadi manakala teknologi pula menggunakan idea-idea tersebut bagi
menghasilkan alat untuk menyelesaikan masalah. Malcolm dan Stephens (1984)
mendefinisikan teknologi sebagai prosedur pemikiran dan pelaksanaan yang bercirikan
perkembangan teknologi dan juga segala produk yang dihasilkan. Scriven (1985) merujuk
teknologi sebagai keseluruhan pengetahuan dan kemahiran yang terlibat dalam
pembuatan, penyenggaraan dan pengubahsuaian alat dan juga semua alat-alat tersebut.
Umumnya, definisi teknologi merangkumi kedua-dua proses dan produk.
Perkembangan sains dan teknologi adalah saling melengkapi. Dalam sains yang
berasaskan teknologi, kita melihat bagaimana penemuan teknologi telah membantu
perkembangan pengetahuan sains. Sebagai contoh, ciri-ciri elektron telah dapat dikaji
dengan lebih terperinci apabila teknologi dapat menghasilkan kelalang vakum yang tahan
terhadap tekanan tinggi dicipta. Seth (2000) menjelaskan bahawa apabila kita pergi pula
kepada teknologi yang berasaskan sains, teknologi tersebut wujud hanya apabila
pengetahuan atau prinsip sains yang ditemui dapat diaplikasikan dalam pembuatan
teknologi tersebut.
Pada masa sekarang, sains terus berkembang seiring dengan perkembangan
teknologi. Perkembangan sains dan teknologi semakin mempengaruhi kehidupan manusia.
Masyarakat banyak bergantung kepada penggunaan alat-alat teknologi yang menggunakan
prinsip-prinsip sains. Disamping itu, kefahaman masyarakat umum terhadap prinsipprinsip sains adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan dan alam sekitar,
menyelesaikan masalah dalam atau dengan menggunakan alat teknologi dan dalam
memberikan kesedaran tentang kebaikan dan keburukan sains dalam kehidupan.

4.0

SEJARAH

PERKEMBANGAN

SAINS

DAN

TEKNOLOGI

DALAM

TAMADUN ISLAM
Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam adalah salah satu tamadun yang
memberikan sumbangan terbesar dalam pembentukan tamadun dunia. Pada umumnya,
tamadun manusia telah wujud semenjak Nabi Adam AS dicipta oleh Allah SWT Perkara
utama yang diberikan kepada Nabi Adam adalah ilmu pengetahuan yang tidak dapat
ditandingi oleh ilmu para malaikat yang mana ianya terkandung di dalam surah al Baqarah
ayat 31-32. Ilmu inilah yang telah menjadi asas kecemerlangan ummah dan paksi kepada
kekuatan Islam. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, pula telah wujud satu ciri terpenting
pembinaan tamadun manusia yang dicapai ketika itu ialah pembentukan Madinah sebagai
pusat ilmu dan elemen perpaduan antara kaum yang wujud secara praktikal (Sabri
Mohamad Sharif 2008). Sejarah Islam memperlihatkan Madinah telah menjadi satu pusat
yang penting dalam penyebaran ilmu ke segenap pelusuk dunia yang boleh dicapai pada
ketika itu. Ini termasuklah ke segenap daerah al-Jazirah, al-Sham, Iraq, Euthopia dan
Mesir.

4.1 Sains Dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW


Zaman Nabi Muhammad SAW 610632 M: Era ini bermula sejak junjungan mulia
Rasulullah SAW menerima wahyu pada tahun 610 M, kemuncak era ini berlaku apabila
penghijrahan junjungan Rasulullah SAW ke Madinah pada tahun 622 M yang membawa
kepada pembinaan negara dan masyarakat Islam pertama sehinggalah kewafatan baginda
pada tahun 632 M. Era ini amat penting dalam konteks tercetusnya budaya ilmu Islam
yang ditayangkan melalui gagasan Iqra yang ditiupkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Menurut Profesor S.H. Nasr (1992), benih spiritual yang ditanam oleh Nabi Muhammad
SAW sejak abad pertama Islam telah membuahkan kesan zahir dalam bidang sains pada
abad ke-4 dan ke-5 Islam.

4.2 Sains Dan Teknologi Zaman Khulafa ar-Rasyidin (632-661 M)


Pada era ini terhasilnya dua usaha penting dalam konteks sains dan teknologi Islam iaitu
pertama, perluasan wilayah Islam yang meliputi sebahagian wilayah Romawi seperi
Iskandariah dan Parsi yang memiliki pusat-pusat sains. Kedua, penyerapan tradisi Parsi
5

dan Yunani dalam bidang pentadbiran dan peperangan terutama pada zaman Khalifah
Umar al-Khattab.
Pada zaman tersebut, pasukan tentera untuk peperangan telah dibahagikan kepada
lima bahagian iaitu pasukan berkuda, pasukan pejalan kaki, pasukan perkhidmatan,
pasukan peninjau dan pasukan sayap belakang. Kem-kem tentera juga telah didirikan pada
zaman ini dan kem yang terbesar terdapat di Basrah, Kufah, Fustat, Qairawan dan
Mansourah. Seterusnya, hal ini telah membawa kepada pembentukan tentera laut, dan
serangan tentera laut Islam pertama telah diketuai oleh al-Ala bin Hadrani.
Seterusnya pada zaman Saidina Uthman, Abdullah bin Qays Harith telah
melakukan 50 serangan terhadap tentera Rom. Muawiyah dan Abdullah juga telah
melalkukan serangan laut ke atas Cyprus pada tahun 28H. Senjata yang telah digunakan
oleh mereka pada zaman tersebut antaranya ialah perisai, pedang, lembing dan panah serta
menggunakan baju besi dan topi besi untuk tentera berkuda. Hal ini secara tidak langsung
telah menunjukkan ciri-ciri perkembangan sains dan teknologi yang seterusnya
dikemaskinikan oleh para sarjana zaman yang selepasnya.

4.3 Sains dan Teknologi Zaman Bani Umayyah (661-750 M)


Selama 90 tahun pemerintahan Bani Umayyah telah bermulanya tahap penterjemahan
karya-karya sains asing terutama dalam bidang sains amali seperti perubatan, kimia dan
astronomi terutama pada zaman Al-Walid bin Abdul Malik (705 715 M). Beliau telah
membina hospital pertama di Damsyik. Manakala Khalifah Umar Abdul Aziz pula
membina hospital khas bagi penyakit kusta (Amir al Najjar, 1987: 60). Perluasan Wilayah
Islam juga turut mensintesiskan sains Islam dengan sains Yunani, Parsi, India, Cina,
Babylon dan Mesir. Ilmu pengetahuan dari pelbagai bidang juga berkembang di Kota
Basrah dan Kufah. Hal ini kerana pada zaman ini juga bermulanya penterjemahan karyakarya Yunani ke bahasa Arab giat dijalankan oleh para sarjana Islam.

4.4 Sains dan Teknologi Zaman Abbasiyah ( 750-1258 M)


Zaman Abbasiyah diidentitikan oleh para sarjana sejarah sains sebagai Zaman Keemasan
Intelektual Islam disebabkan pencapaian cemerlang pada tempoh tersebut dalam berbagai
6

inovasi sains dan teknologi. Antara kriteria utama era Abbasiyah dapat diikhtisarkan
sebagaimana berikut :
a. Keunggulan polisi sains atau naungan politik para khalifahnya terutama di zaman
Khalifah Harun Al-Rashid dan Al-Mamun (813-833 M) terhadap para cendekiawan dan
kegiatan intelektual mereka.
b. Kemunculan failasuf saintisnya yang dijuarai oleh Jabir bin Hayyan, Muhammad bin
Musa al-Khawarazmi, al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Haytham, al-Biruni dan alGhazzali yang mewakili kaum intelektual masyarakat Neo-Muslim Abbasiyah yang
terbilang. Mereka telah menghasilkan berbagai disiplin ilmu dan metodologi sains yang
merangkumi kimia, matematik, perubatan, astronomi, geografi, fizik, biologi, optik, botani,
zoologi dan berbagai lapangan ilmu yang baru.
c. Era Abbasiyah juga telah memperkukuhkan penginstitusian ilmu-ilmu tradisi Islam yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Pada era ini muncul aliran-aliran fiqh Islam yang
berpengaruh seperti Malikiyyah, Syafiiyyah, Hanabilah, Hanafiyah dan seumpamanya.
Demikian juga lahirnya aliran-aliran pemikiran Islam dalam bidang tasawuf, ilmu kalam,
falsafah, sains dan berbagai bidang pemikiran Islam yang lain.
d. Selanjutnya gerakan penginstitusian ilmu yang meliputi ilmu-ilmu wahyu dan rasional
telah berjalan dengan lebih bersemarak lagi dengan kemunculan Bayt al-Hikmah yang
ditubuhkan oleh Khalifah al-Mamun sebagai pusat penterjemahan karya-karya ilmu asing
ke dalam bahasa Arab yang menjadi wahana kepada kebangkitan intelektual Islam yang
tiada tolok bandingnya. Di bawah pimpinan Yahya Ibn Masawayh, Bait al-Hikmah
menjadi pusat utama kegiatan penterjemahan. Kerja penterjemahan di pusat tersebut telah
dilakukan oleh Ibn Masawayh sendiri dan anak-anak murid beliau seperti Abu Zayd
Hunayn Ibn Ishaq al-Ibadi (mati 263 H/876 M) seorang ahli kedoktoran Nestorian (O'leary,
1968: 112).
Hunayn bersama-sama dengan anaknya iaitu Ishaq Ibn Hunayn dan anak
saudaranya, iaitu Hubaysh Ibn al-Hassan telah berkerja bersama-sama dalam melakukan
kerja penterjemahan. Hunayn telah menterjemahkan karya Eculid, Galen, Hippocrates,
Archimedes, Apollonilmus dan karya Plato seperti Republic, Laws dan Timaeus serta
karya-karya Aristotle ke dalam bahasa Arab. Anaknya, Ishaq telah menterjemahkan
Sophist Plato, Metafizik, de anima, de generatione et de corruptione dan Hermeneutica
7

karya Aristotle (O'leary, 1968: 113). Menurut De Boer, Hunayn lebih terarah dalam
menterjemahkan karya-karya perubatan, manakala anaknya Ishaq lebih menjurus ke arah
penterjemahan karya-karya falsafah (De Boer, 1970: 18).
Disamping mereka, terdapat penterjemah lain dari golongan Nestorian seperti Abu
Bishr Matta b. Yunus (mati 328 H / 939 M) yang menterjemahkan Analytica Posterior dan
Poetic Aristotle, ulasan Alexander of Aphrodisis terhadap buku de generatione et de
corruptione dan ulasan Themistilmus terhadap buku 30 Metafizik Aristotle. Abu Bishr
Matta juga adalah pengulas asal terhadap karya Aristotle Categories dan Isagoge oleh
Porphyry. Penterjemah dari golongan Jacobites pula ialah Yahya b. Adi dan Abu 'Ali Isa b.
Zaraah (De Lacy O'leary, 1968: 114). Penterjemah lain yang aktif pada peringkat ini ialah
seperti Thabit b. Qurrah (mati 901 M), as-Sarakhsi (mati 899 M), al-Farabi (mati 950 M),
al-Kindi (873 M), Abu Sulaiman al-Mantiqi as-Sijistani (mati 985 M), al-Amiri (mati 992
M) (Franz Rosenthal, 1975: 6), Ibn al-Khammar dan lain-lain lagi (De Boer, 1970: 18-19).
e. Demikian juga kemunculan rangkaian Madaris (madrasah-madrasah), Universiti
Nizamiyah, observatori, universiti hospital (bimaristan ), perpustakaan-perpustakaan, dan
kompleks sains yang menjadi mekanisme kebangkitan sains dan teknologi Islam. Secara
amnya, pengaruh kedua-dua bandar ilmu Cordova dan Baghdad telah membuka mata Barat
dan kemudian lahirnya zaman yang dipanggil Zaman Renaisance.

4.5 Sains dan Teknologi Zaman Uthmaniyyah


Bermula pada tahun 1281-1924M, Kerajaan Turki Uthmaniyyah (643 Tahun) merupakan
empayar Islam yang terbesar. Diasaskan oleh Khalifah Uthman bin Ertoghrul bersama 37
orang khalifah. Kemudiannya usaha menakluki Konstantinopel iaitu Ibu negara Rom
Timur atau dikenali Byzantium bermula pada 1453M bersamaan 853H di bawah
kepimpinan Raja Muhammad II bin Murad (Muhammad Al-Fateh). Beliau Sultan
Muhammad Al-Fateh sangat mahir dalam bidang Matematik dan kejayaan menakluki kota
Konstantinopel adalah kejayaan yang ditunggu selama 800 tahun. Beliau juga berjaya
mengumpul segala jenis teknologi senjata yang ada pada masa itu seperti teknologi
pembuatan meriam.

v. Pemerintahan Islam di Andalus / Sepanyol 711 1492 M : Kebangkitan Intelektual


Islam Sepanyol juga telah mewarnai zaman Pertengahan Eropah yang menyumbangkan
zaman Renaisans Eropah. Kesarjanaan Ibn Rushd, Ibn Hazm, Ibn Firnas, Ibn Tufail, alZahrawi dan lain-lain tokoh sains dan teknologi Islam Sepanyol atau Andalus telah
terpahat di dada sejarah intelektual. Kejatuhan Sepanyol Islam bererti bermulanya
kebangkitan Eropah Kristian Moden yang diikuti dengan kemunculan Zaman Moden.
Cordova telah menjadi pusat kegiatan ekonomi antarabangsa di Sepanyol. Bahkan terdapat
kilang membuat alat-alat senjata dan industri memproses kulit. Kaum muslimin Andalus
juga maju dalam bidang pertanian seperti mengadakan saliran, memilih biji benih dan
menyuburkannya.

5.0

SUMBANGAN DAN PENGARUH SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM

TAMADUN ISLAM

5.1 Aspek Perubatan


Perkembangan ilmu perubatan sebelum kedatangan Islam tidak terlalu memberangsangkan
pada zaman Jahiliah kerana mereka amat ketinggalan di dalam bidang ini. Asas perubatan
mereka pada masa itu hanya mempercayai bahawa punca penyakit adalah dari semangat
ruh-ruh yang jahat. Bahkan pada zaman itu, mereka masih lagi terpengaruh dengan
tamadun kuno daripada ilmu perubatan Yunani yang dipenuhi amalan-amalan daripada
tamadun Cina dan India (Nizaita Omar, T. TH.: 140).
Walau bagaimanapun, menurut Nizaita Omar melalui Mahmud Muhammad Abd
Aziz terdapat juga pada zaman tersebut cara perubatan saintifik tetapi di dalam bentuk
yang mudah dan sesuai dengan keadaan dan suasana pada zaman tersebut. Antaranya ialah
penggunaan al-kayy atau besi panas bagi penyakit-penyakit kronik. Tetapi mereka
menggunakannya apabila tidak kedapatan cara-cara perubatan yang lain (Nizaita, T. TH.:
141). Seorang lagi pengamal perubatan terkemuka pada zaman kedatangan Islam ialah Ibn
Abi Ramthah al-Tamimi. Diriwayatkan bahawa beliau juga mempunyai kepandaian di
dalam bidang pembedahan.
Perubatan secara saintifik pada Zaman Sahabat RA dan Bani Umayyah ialah
penggunaan alat gantian palsu telahpun wujud pada zaman Rasulullah SAW, dikisahkan
9

bahawa Afranjah RA yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW, telah
tercedera di dalam satu peperangan. Beliau telah kehilangan batang hidungnya. Beliau
akhirnya menggunakan hidung palsu yang diperbuat daripada perak. Setelah digunakan,
tempat kecederaan telah mengeluarkan bau yang busuk. Lalu Rasulullah SAW telah
mencadangkan agar beliau (Afranjah) menggunakan hidung palsu yang diperbuat
daripada emas.
Manakala pembedahan terhadap anggota badan manusia telahpun dipraktikkan
dalam sejarah Bani Umayyah. Ia juga menunjukkan bahawa ubat penahan sakit (bius) telah
pun tersebar dan digunakan pada zaman tersebut. Kisahnya Urwah ibn al Zubair ibn alAwwam telah ditimpa satu penyakit di bahagian kakinya. Penyakit itu timbul ketika beliau
berkunjung ke Damsyik untuk berjumpa Khalifah al Walid ibn Abd al-Malik. Khalifah alWalid telah mengumpulkan ahlil-ahli perubatan yang hebat pada zamannya untuk
membantu mengubati penyakit Urwah. Mereka (ahli-ahli perubatan) akhirnya sepakat
mengatakan bahawa kaki Urwah terpaksa dipotong demi untuk menyelamatkan nyawa
dan anggota-anggota badan yang lain dari terkena jangkitan penyakit tersebut. Urwah
bersetuju kakinya dipotong. Ahli-ahli perubatan yang merawatkan telah menawarkan
kepadanya sejenis ubat yang boleh menghilangkan akalnya buat sementara, sewaktu
kakinya dipotong. Tetapi beliau (Urwah) enggan menggunakannya. Sebaliknya meminta
kakinya dipotong ketika beliau mengerjakan solat. Walau bagaimanapun beliau tidak
sedikit pun mengerang kesakitan kerana terlalu khusyuk dalam munajat dengan Tuhannya.
Beberapa tokoh sarjana perubatan Islam yang diperakui oleh masyarakat dan
pemimpin (khalifah) pada zaman mereka diantaranya ialah Al-Hakam bin Abi al-Hakam
al-Dimasyqi merupakan seorang pengamal perubatan yang mendapat kepercayaan
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan RA untuk merawat Muawiyah sekeluarga. Tayyazuq
pula merupakan pengamal perubatan yang dipercayai oleh al-HajjajYusuf al-Thaqafi. Abd
al-Malik bin Abjur al-Kannani pernah merawat Umar bin Abd al-Aziz, salah seorang
khalifah Bani Umayyah. Diriwayatkan bahawa beliau memeluk Islam di tangan Khalifah
Umar sendiri. Manakala tokoh sarjana Islam wanita pula ialah Zainab al-Awadiyyah yang
mahir di dalam mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mata.
Abu MarwanAbd alMalik atau dikenali juga Ibn Zuhr (1161M) telah menulis kitab
alTaysir Fi alMurawahWa alTadbir atau Facilitation Of Treatment. Buku ini
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada zaman Renaissance Eropah. Kandungan karya
10

ini alah huraian terhadap scabies, perikarditis, pengeluaran batu karang, penyakit telinga
tengah dan lain-lain.
Ibn al Rushd (1126-1198M) juga merupakan seorang tabib yang telah
menghasilkan karya perubatannya yang terkenal iaitu al Kuliyyah atau di dalam bahasa
Inggerisnya General Rules of Medicine. Buku ini mempunyai 16 jilid. Hasil kerjanya
telah diwarisi oleh orang-orang Eropah.
Ibn al Quff (1233-1286M) pula telah menghasilkan buku al Umdah Fi Sinaat al
Jurahah. Ia mngandungi 20 fasal. Dalam buku ini beliau membincangkan kepentingan
anatomi dalam pembedahan serta teknik-teknik dan alat-alat yang digunakan dalam
surgeri.

5.2 Aspek Senibina


Seni merupakan suatu kreativiti, kepakaran dan kebolehan seseorang individu dalam
menghasilkan sesuatu ciptaan yang indah dan dapat dihayati dan mempunyai nilai-nilai
estetika yang dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang menatapnya. Manakala hasil
seni ialah suatu ciptaan yang halus, indah, cantik dan sebagainya yang terhasil daripada
kreativiti seseorang individu. Islam tidak pernah melarang penganutnya menikmati
keindahan alam asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Allah kerana Allah sayang dan
sukakan keindahan. Hal ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadith yang bermaksud;
Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Ia sayangkan kepada keindahan. (Nang
Naemah Binti Nik Dahalan & Nur Maslina Binti Ramli, 2014: 40).
Masjid merupakan satu bangunan yang melambangkan keagamaan. Masjid tidak
berfungsi semata-mata sebagai tempat ibadat sahaja, malah juga sebagai tempat pertemuan
umat Islam dalam membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan
juga kebajikan umat Islam sejagat. Menurut I.H. Qureshi melalui Mahayudin Haji Yahay
terdapat beberapa jenis ciri-ciri utama seni bina Islam iaitu:
i. Mempunyai ruang untuk memasukkan cahaya ke dalam bangunan sebanyak yang boleh.
Hal ini sesuai dengan keadaan alam persekitaran yang boleh memberikan keselesaan
kepada umat Islam sewaktu mengerjakan ibadat solat di dalam masjid atau rumah
kediaman.
11

ii. Bahan hiasan yang paling menonjol ialah tulisan khat atau kaligrafi yang dipetik
daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadith sekaligus ianya melambangkan kehidupan umat
Islam.
iii. Mempunyai ruang pemisah di antara orang lelaki dan orang perempuan.
iv. Menyesuaikan reka bentuk bangunan dengan iklim dan keadaan setempat.
v. Perabot dalam bangunan mestilah sederhana dan indah.
vi. Bercirikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan yang semestinya
tidak wujud sebarang pertentangan antara unsur kerohanian dengan kebendaan atau
keduniaan dengan keakhiratan.
vii. Keselamatan bangunan hendaklah selamat digunakan dalam jangka waktu yang lama.
viii. Arked dan bumbung telah ditambah oleh E.J Grube sebagai pelengkap kepada ciri-ciri
seni bina Islam yang dinyatakan di atas.
Kesimpulannya, ciri-ciri seni bina Islam seperti yang dinyatakan I.H. Qureshi
bertepatan seperti yang digunakan oleh para arkitek dan jurutera di dalam pembinaan
sesebuah bangunan yang berunsurkan Islam. Seni bina Islam diperindahkan dengan
pelbagai unsur dekorasi yang menggabungkan elemen perwatakan seni bina Islam yang
unik berdasarkan latar belakang persekitaran umat Islam.
Seni bina masjid Quba adalah ringkas dan sederhana sesuai dengan ajaran Islam
yang mengutamakan pembentukan akhlak, tanggungjawab beribadah dan perkara-perkara
lain yang berkaitan. Masjid terawal ini didirikan di tempat lapang, mempunyai ruang
sembahyang yang dilingkupi oleh tembok yang diperbuat daripada batang pohon tamar,
berbentuk segi empat dengan keluasan kira-kira 50 meter persegi. Dindingnya pula
setinggi 3.5 meter. Terdapat lindungan atau al-mizallah yang turut diperbuat dari batang
tamar yang diikat dengan tanah liat di sebelah baratnya. Sembilan bilik yang menjadi
tempat kediaman Nabi Muhammad SAW turut dibina di bahagian tenggara. Reka bentuk
bumbung masjid ini diletakkan di bahagian tepi (serambi keliling) atau ruang riwaqs
(cloister). Masjid ini beratapkan daun tamar yang disokong oleh sebilangan tiang yang
diperbuat dari batang tamar dan batang tamar juga turut digunakan untuk mimbar (Abdul
Halim Nasir, 1995: 25).

12

5.3 Aspek Ilmu Falak (Astronomi)


Jika diimbas aktiviti semasa kebangkitan zaman tamadun Islam pula, proses menilai ilmu
yang datang daripada pelbagai sumber, memurnikan dengan keperluan agama dan
menserasikan dengan budaya melibatkan aspek kualitatif dan kuantitatif. Dalam Kitab alHind, al-Biruni menggunakan pelbagai kaedah kualitatif dalam pemerhatiannya tentang
masyarakat Hindu, seperti merekodkan perkhabaran tentang sesuatu kejadian dan keadaan
daripada pedagang, pemerhatian yang al-Biruni sendiri turut serta, nota lapangan, merujuk
maklumat secara silangan daripada beberapa sumber dan menggunakan maklumat
sejarah.9 Kaedah kuantitatifnya lebih terserlah sekurang-kurang dalam Kitab al-Tafhim liawail sinaat al-tanjim, dengan jadual numerikalnya, data statistik, penggunaan rajah dan
rumus-rumus berkaitan geometri, aritmetik, geografi fizikal dan ilmu falak.
Walau bagaimanapun, sesuai dengan tradisi ilmu silam yang tidak memisahkan
kedua-dua aspek kuantitatif dan kualitatif, karya al-Biruni dalam Kitab fi ifrad al-maqal fi
amr az-zilal, jelas memperlihatkan keindahan gabungan kedua-dua aspek ini. Dalam karya
ini, al-Biruni banyak menafsirkan ayat-ayat al-Quran tentang bayang dan cahaya secara
kualitatif dan kuantitatif, yang membawa kepada pembuktian rumus tangen, penggunaan
gnomon, penggunaan jam matahari, hubungan waktu dengan jarak di permukaan bumi,
fenomena fajar petang dan pagi serta jarak antara cakerawala (Baharrudin Bin Zainal, T.
TH: 5)

5.4 Aspek Ilmu Zoologi


Kerja-kerja terawal zoologi Islam dalam mengkaji haiwan bermula pada abad ke-8 Masihi.
Bentuk kajian yang dilakukan lebih memberikan tumpuan kepada unta dan kuda, terutama
sekali aspek pembiakan binatang-binatang tersebut (Ahmad Fauzi Morad, 1997: 129). Pada
abad ke-9 terdapat banyak nama-nama besar dalam bidang pengkajian zoology Islam
termasuklah Abu Nadr, Ibn Shumayl al-Asmai', Ibn al-Farabi, Ibn Salman dan Ibn Hatim.
Contoh penulisan yang merujuk kepada kajian zoologi ialah kitab al-Hayawan oleh alJahiz, Uyun al-Akbar oleh Ibn Kutaibah dan Hayat al-Mawat al-Kubra karangan al-Damiri.

13

5.5 Aspek Ilmu Biologi


Sains biologi merupakan suatu bidang ilmu yang bersangkutan dengan benda-benda hidup.
Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuhtumbuhan telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada
zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakan kuda dan unta, sehubungan dengan
itu mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam
bidang zoologi dan biologi biak-baka.

5.6 Bidang Botani


Menurut S. Salahudin Suyumo melalui Ahmad Fauzi Morad, minat komuniti saintis Islam
dalam mengkaji botani tidaklah disebabkan oleh faktor botani itu sendiri, tetapi lebih
dirangsang dan didorong oleh faktor-faktor luaran, iaitu untuk kepentingan sains perubatan
dan keperluan sains pertanian. Oleh itu botani dan farmakologi telah berkembang di bawah
tajuk yang sama dan maju secara tidak berasingan. Kerja penyelidikan ahli sains Islam
tentang botani bermula pada abad ke-8 Masihi dengan terbitnya buku karangan Jabir Ibn
Hayyan mengenai botani dan pertanian (S. Salahudin Suyurno 2006: 84).
Bidang ini telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam
kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh
masyarakat Islam ketika itu. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M), menulis mengenai
limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi dari Cordava telah Berjaya mengkelaskan
tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol dan Afrika dengan nama Latin dan Berber. Beliau
telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis pokok buahbuahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya.
Al-Nabati menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika
Utara, Arabia dan Lautan Merah dan menghasilkan al-Rihlah, yang menceritakan tentang
tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya. Murid beliau al-Baitar telah menyusun sebuah
buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses daripada binatang, tumbuhtumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan
al-Jami'ji al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang farmakologi. Sebahagian
karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.

14

Di kota besar seperti Cordava, Baghdad, Kaherah dan Fez terdapat beberapa taman
bunga yang cantik dan indah, menurut Sarton pencapaian umat Islam jauh lebih dari
bangsa Yunani. Asma'I dari Basrah (739-783M) telah menulis beberapa buah buku seperti
"Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy, Kitab al-Sya' (mengenai biologi haiwan)
dan Kitab al-Khalq al-Insdn' yang terakhir mendedahkan mengenai anatomi manusia.
Al-Jahiz telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan, dan menghasilkan "Kitab alii
ay aw an". Kitab ini menyentuh tentang psikologi haiwan, persaingan antara haiwanhaiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar. Al-Damiri telah menghasilkan
"Hayat al-Hayawan" dan dicetak beberapa kali di Kaherah, sebahagiannya diterjemahkan
ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.
Nama-nama lain yang turut berperanan di dalam perkembangan ilmu botani ini
termasuklah seperti Abu Nadr Ibn Shumayl, Abu Zayd al-Ansari dan Ibn Sikkit Abu Said
al-Asmai (Ahmad Fauzi Morad 1997: 128).
Kajian sejarah sains dan teknologi di zaman tamadun awal sehingga zaman moden
menunjukkan bahawa setiap tamadun dunia telah memberikan sumbangan terhadap
perkembangan sains. Carta sejarah perkembangan sains dan teknologi yang dikemukakan
oleh Poh Swee Hiang menunjukkan dengan jelas aliran perkembangan sains dan teknologi
dalam sejarah ketamadunan manusia.12 Bermula sejak tahun 3500 sebelum masihi
dikenali zaman tamadun awal wujud dalam sistem kerajaan iaitu Babylon dan Mesir Purba.
Pada tahun 1000 sebelum masihi wujud sains dan teknologi dalam tamadun Yunani, India
dan Cina yang diklasifikasikan sebagai tamadun klasik. Zaman tamadun moden pula terdiri
daripada tiga zaman iaitu Islam, Eropah Renaisans dan Eropah Moden pada tahun 500
masihi (Alias bin Azhar, 2013: 53).
Kronologi sejarah perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun manusia turut
direkodkan oleh George Sarton dalam karya agungnya History Of Science sebanyak lima
jilid. Beliau telah membahagikan sejarah perkembangan ini kepada empat zaman utama
secara umumnya. Peringkat-peringkat perkembangan tersebut antaranya ialah:
i) Tahun 450SM-500M dikatakan sebagai zaman Plato (Tamadun Yunani)
ii) Tahun 600M-700M, disifatkan sebagai keunggulan tamadun Cina.
iii) Tahun750M-1100M merupakan zaman kegemilangan sains dan teknologi
Muslim.
15

iv) Selepas tahun 1100M pula dianggap zaman kecemerlangan Sains dan teknologi
Barat.
Selain itu, sejarah telah mencatatkan tentang zaman kegemilangan tamadun Islam,
masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains dan teknologi yang telah
mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains dan teknologi moden di Eropah. Sains dan
teknologi Islam telah mencapai kejayan yang cemerlang dalam semua bidang sains,
daripada astronomi, sains dan hayat dan ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam
dalam tempoh lebih kurang antara abad ke-7 Masihi hingga ke-16 Masihi.
Selain itu, sejarah telah mencatatkan tentang zaman kegemilangan tamadun Islam,
masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains dan teknologi yang telah
mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains dan teknologi moden di Eropah. Sains dan
teknologi Islam telah mencapai kejayan yang cemerlang dalam semua bidang sains,
daripada astronomi, sains dan hayat dan ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam
dalam tempoh lebih kurang antara abad ke-7 Masihi hingga ke-16 Masihi.
Di sini jelas, kita lihat proses pemindahan sains dan teknologi daripada
ketamadunan Islam melalui pendidikan dan pengajiannya merupakan aset terpenting dalam
perkembangan sains. Bidang pengajian sains dan teknologi dapat distrukturkan secara
berkesan kerana keduanya merupakan disiplin pengajian yang sistematik serta tidak dapat
dinafikan bahawa peranan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia amat besar,
malah ianya juga berfungsi dalam menentukan corak kehidupan manusia sejagat.
Identiti sains dan teknologi Islam dapat dijelaskan dalam analisis epistemologinya
yang secara langsung dapat memberikan gambaran dan matlamat serta kedudukan sains
dan teknologi dalam Islam. Begitu juga dengan analisis kritis terhadap metodologi yang
mempengaruhi cara-cara aplikasi dan adaptasi sains dan teknologi Islam mampu
menerangkan dan menjelaskan imejnya tersendiri. Akal manusia, alam semesta dan alQuran merupakan aspek asas dalam penggarapan wahyu Islam. Ketiga-tiganya dikaitkan
secara sempurna dengan gagasan utama Islam, bahawa dengan kuasaNya, Allah mencipta
dan mempersembahkan ciptaanNya. Segala bentuk ilmu pengetahuan adalah saling
berkaitan dengan wahyu, pengkajian dan penyelidikan serta penghasilan teknologi harus
menghubungkannya dengan kebenaran wahyu yang merupakan tunggak utama
ketamadunan Islam.

16

Fakta sejarah perkembangan sains dan teknologi telah membuktikan bahwa


majoriti di kalangan ahli sejarah dan sains Barat serta sarjana Islam yang apologetik, yakin
dan percaya bahawa ahli sains masa kini bergantung pada sumbangan ahli sains terdahulu
(Gabriel 1974; Vernet 1974). Ahli sains terdahulu terdiri daripada warga sains Greek dan
Islam. Mereka telah membina ilmu pengetahuan bagi kemajuan ketamadunan. Pengenalan
kepada sejarah sains, Sarton telah cuba menyampaikan serba sedikit tentang kualiti dan
kuantiti sumbangan umat Islam dalam bidang ilmu sains (Chejne 1974).

6.0

PENUTUP

Pengaruh tamadun Islam memberikan impak yang amat besar dan bertanggungjawab
secara langsung ke arah melahirkan tamadun Barat yang berasaskan kepada kekuatan sains
dan teknologi yang disumbangkan oleh tamadun Islam. Seperti yang telah disebut oleh
Mustafa (2004), hal ini telah diakui oleh sarjana Barat sendiri pada masa kini. Antara yang
mengakui hal ini oalah Jesuit Juan Andres dalam bukunya Origin, Progress and Present
State of World Literature yang menyenaraikan secara terperinci tentang unsur-unsur
Tamadun Islam dalam Tamadun Barat moden yang bertunjangkan kepada ilmu sains dan
teknologi.
Tamadun Barat terhutang budi kepada Tamadun Islam kerana tanpa Tamadun
Islam, tidak mungkin mereka dapat mencapai kemajuan yang berasaskan kepada
perkembangan sains dan teknologi yang dicapai oleh umat Islam. Mastura Badzis (2008)
telah membuat kajian dan berdasarkan analisis fakta dari perspektif sejarah yang telah
diketengahkan, beliau mendapati bahawa hal tersebut telah cukup membuktikan bahawa
kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca
dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya
penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
Hal ini turut diakui oleh Mustafa (2004) di mana kesan daripada pertumbuhan sains
dan teknologi tersebut telah membawa kepada perkembangan pesat kota raya di seluruh
Andalusia. Antara kota raya yang termasyhur ialah Cordova, Seville, Malga, Toledo dan
Granada. Kota raya juga menjadi pusat perkembangan pendidikan, ilmu pengetahuan serta
sians dan teknologi. Beberapa buah universiti dan perpustakaan besar didirikan. Pelajarnya
juga datang bukan sahaja dari seluruh Eropah malah dari seluruh dunia.
17

Fakulti dan jabatan tertentu telah ditubuhkan di universiti-universiti tersebut seperti


fakulti sains tulen, perubatan, biologi, farmasi, kejuruteraan, geologi, kimia, fizik,
astronomi, falsafah, bahasa dan agama. Hal ini telah menunjukkan pengkhususan
pengajian telah pun wujud di Andalusia yang membolehkan penyelidikan secara lebih
mendalam dapat dilakukan. Kepesatan perkembangan sains dan teknologi juga
bertanggungjawab membantu memperkembangkan industri dalam pengeluaran barangan
seperti industri kertas yang kemudiannya diperkenalkan ke Itali, Perancis dan negara
Eropah yang lain.
Para sarjana dari tamadun Barat amat takjub dengan ketinggian ilmu pengetahuan
dan tamadun yang telah dicapai oleh umat Islam. Mereka telah membawa pulang
sebahagian dari pada khazanah ilmu pengetahuan, sains dan teknologi Islam. Buku-buku
yang mereka bawa pulang itu telah dikaji dan dipelajari sehingga mereka berjaya akhirnya
muncul sebagai cerdik pandai dalam pelbagai bidang terutama sains dan teknologi. Mereka
memperkembangkannya lagi ke tahap yang lebih tinggi yang berterusan hingga hari ini.
Setiap perkara yang diperoleh tersebut semuanya datang dari umat Islam sendiri
yang memperkenalkan kepada mereka terutamanya mengenai ilmu sains tulen, perubatan,
kimai, fizik, biologi, farmasi, astronomi, ubat bedil, gula, kompas dan sebagainya.
Kepakaran umat Islam dalam bidang teknologi dan kesenian juga secara beransur-ansur
dipindahkan ke Eropah seperti bahan logam, seni bina, tenunan, tembikar, tekstil, teknologi
pelayaran, teknologi pertanian dan teknologi penyelidikan angkasa lepas (astronomi).
Sesungguhnya, pembukaan Andalusia, Pulau Sicily, hubungan diplomatik antara
negara Islam dengan negara-negara Eropah, perang Salib dan penubuhan universiti di
Andalusia merupakan faktor utama pertumbuhan ilmu sains moden di Eropah. Tidak syak
lagi pengaruh dan sumbangan Tamadun Islam kepada perkembangan dan pertumbuhan
sains dan teknologi moden di Barat yang menguasai dunia pada hari ini merupakan hasil
daripada sumbangan tamadun Islam.

18

RUJUKAN
Abdul Halim Nasir. 1995. Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Abdul Halim Ramli & Fadzlullah Hj Shuib. Perkembangan Sains Dan Teknologi Dalam
Islam : Sains Dan Teknologi Islam, Acis. Negeri Sembilan: Universiti Teknologi
Mara (UiTM).
Abd. Shukor Mohd Ali, Maimun Aqsha Lubis, Muhammad Yusuf. 2013. Peradaban Islam
dan Tamadun Dunia: Tamdun Islam dan Peradaban Manusia. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia
Alias Azhar. 2013. Sains Dan Teknologi Dalam Ketamadunan Islam: Analisa Epistemologi
Dan Metodologi dalam Jurnal Al-Tamaddun. Jilid 1, Bil. 8, h. 51-66. Sintok:
Universiti Utara Malaysia
Alias Azhar. 2010. Faktor Pembangunan Dan Kemunduran Pengajian Sains Islam Silam
dalam Jurnal Hadhari. Bil. 3, h. 43-59. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM)
Amir al Najjar. 1987. Fi Tarikh al-Tibb Fi al-Daulah al-Ilamiyyah. Kaherah: Dar alMaarif.
Baharrudin Bin Zainal. (T. TH). Peluang-peluang Penyelidikan Kualitatif Dalam Ilmu
Falak. Serdang: Universiti Putra Malaysia
Che Haslina Abdullah. 2013. Pembinaan Tamadun Islam Seimbang Melalui Psikologi
Islam

(Development

of

Balanced

Islamic

Civilization

Through

Islamic

Psychology) dalam Jurnal Hadhari. Jilid 1, Bil. 5, h. 199-213. Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.
Cowie, A.P et al. 1989. Oxford Advanced Learners Dictionary. Edisi Ke Empat, Oxford
London : University Press.
Kamus Dewan. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rosdi Nik Ahmad. 2011. Ilmuan Nusantara. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn.
Bhd.
19

Mohd Roslan Mohd Nor. 2010. Meneladani Sejarah Umat Islam Dalam Membentuk
Masyarakat Hadhari Yang Gemilang Abad Ke 21 (Taking Lessons of Muslims
History in Shaping Excellent Hadhari Community of the 21st Century) dalam
Jurnal Hadhari. Jilid 2, Bil. 2, h. 19-40. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mustafa Hj. Daud. 2004. Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Nasr Seyyed Hossein. 1992. Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam. Penterjemah
Baharuddin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nang Naemah Nik Dahalan & Nur Maslina Ramli. 2014. Seni Bina Masjid Dalam Islam
dalam Jurnal Al-Muqaddimah. Jilid 1, Bil. 2, h. 39-47. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Nizaita Omar. 2006. Perkembangan Ilmu Perubatan: Sebelum dan Selepas Kedatangan
Islam dalam Jurnal Pengajian Umum. Bil. 7. TTP: Kolej Universiti Sains &
Teknologi Malaysia (KUSTEM).
Sabri Mohamad Sharif. 2008. Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia
Barat: Muhammad Azizan Sabjan, Noor Shakirah Mat Akhir & Nor Azlina Mohd
Zubaidi (pnyt.) dalam Prosiding Seminar Antarabangsa Andalusia 1300 Tahun
Menyingkap Rahsia Kegemilangan Tamadun di Barat. h. 181-193. TTP: TP.
Seth b. Sulaiman. 2000. Pendidikan Sains, Teknologi dan Masyarakat dalam Jurnal
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 6, h. 66-76. Sintok: Universiti
Teknologi Malaysia.
S. Salahudin Suyurno. 2006. Kefahaman Terhadap Falsafah Sains Islam Sebagai Pencetus
Perkembangan Sains dan Teknologi: Satu Tinjauan Awal dalam Jurnal Centre for
Islamic Thought Understanding. Jilid 2, No. 1 Januari, h. 84. Shah Alam: Universiti
Teknologi Mara (UiTM).

20