Anda di halaman 1dari 24

ISI KANDUNGAN

Bil
6.

Perkara

Muka
Surat

Tugasan 3 : Membina Instrumen Pentaksiran

3.1 Instrumen Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Instrumen 1
Instrumen 2
Instrumen 3
3.2 Instrumen Kemahiran Membaca

10

Instrumen 4
Instrumen 5
Instrumen 6
3.3 Instrumen Kemahiran Menulis

18

Instrumen 7
Instrumen 8
Instrumen 9

TUGASAN 3 : MEMBINA INSTRUMEN PENTAKSIRAN

1

3.1

Instrumen Kemahiran Mendengar dan Bertutur

3.1.1 - INSTRUMEN 1
(Tahap Penguasaan 4)

Tema

: 5 - Kenali warisan Bangsa

Tajuk

: Bercuti di Pulau Sebatik

Standard Kandungan

: Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang

sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara
bertatasusila.

Standard Pembelajaran

: 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat

tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber
dengan menggunakan ayat yang gramatis secara
bertatasusila

KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOK

Dua
4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan

TAHAP

pengetahuan

bahasa

dengan

berkesan,

berupaya

PENGUASAAN

mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis,

dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam
kemahiran bahasa)
Berkomunikasi secara bertatasusila dengan menggunakan kata

PENYATAAN

dan

ayat

yang

gramatis

bagi

menyatakan

permintaan;

memperoleh dan menyampaikan maklumat yang tepat; dan

mengemukakan pendapat pada tahap kukuh.
1. Guru membaca petikan surat tidak rasmi.
2. Murid mendengar petikan yang dibaca oleh guru dengan

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

teliti.
3. Murid

berbincang

berdasarkan

dan

soalan-soalan

mengemukakan

pendapat

yang

berkaitan

diberikan,

dengan petikan yang telah dibacakan secara lisan.

BAHAN BANTU

Petikan surat kiriman tidak rasmi.

Bercuti di Pulau Sebatik

Dengar petikan yang dibacakan dengan teliti, kemudian bincang dan kemukakan
pendapat berdasarkan soalan-soalan yang berikutnya.

Erika Sofia binti Samsul,

No. 38, Lorong Mutiara 3,
Taman Mahsuri Indah,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang.
4 Mac 2015.
Menemui sahabatku, Nurul Amani yang berada di Johor Bahru, semoga
saudari sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Saudari,
Semasa cuti sekolah yang lalu, saya telah bercuti ke Sabah, Negeri di Bawah
Bayu bersama sama keluarga. Kami menginap di sebuah hotel di Pulau Sebatik.
Kami menginap di situ selama tiga hari dua malam.
Pulau Sebatik ini sangat indah, terutama pada waktu malam. Airnya sangat
jernih sehingga jelas kelihatan dasarnya yang penuh dengan hidupan dan karangan
laut yang cantik. Pelancong tidak dibenarkan sewenang-wenangnya menangkap ikan
dan mengutip batu karang kerana kawasan laut itu telah diwartakan sebagai Taman
Negara.
Pelbagai aktiviti telah kami lakukan di sana. Antaranya ialah bermain bola
pantai, menyelam untuk melihat hidupan di dalam air, dan menyertai pertandingan

membina istana pasir. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk merakam gambargambar yang menarik sewaktu di sana.
Saudari,
Saya amat gembira semasa berada di sana. Pengalaman bercuti ini tidak
dapat saya lupakan. Saya berazam akan kembali lagi ke sana kerana saya amat
suka akan suasana di pulau itu.
Setakat ini sahaja cerita saya. Semoga kita berutusan lagi di lain lembaran.
Akhir kata, sambutlah salam manis daripada saya untuk saudari sekeluarga di sana.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

Erika
Sofia

Soalan :
1.
2.
3.
4.

Siapakah nama sahabat penulis ?

Bilakah penulis melancong ke Sabah ?
Di manakah pelancong menginap semasa melancong ke Sabah ?
Mengapakah pelancong tidak dibenarkan menangkap ikan dan mengutip batu

karang di Pulau Sebatik ?

5. Apakah aktiviti penulis bersama keluarga di Pulau Sebatik ?
6. Apakah harapan penulis setelah bercuti di Sabah ?
7. Pada pendapat kamu, mengapakah Pulau Sebatik menjadi pilihan penulis
untuk pergi melancong.

3.1.2 - INSTRUMEN 2
(Tahap Penguasaan 5)
4

Tema

: 6 Pertanian dan Penternakan

Tajuk

: Raja Segala Buah

Standard Kandungan

: Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang

sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
tepat secara bertatasusila.

Standard Pembelajaran

: 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang

tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara dengan
bertatasusila.

KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOK

Dua
5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan

kecekapan

mengungkapkan

TAHAP
PENGUASAAN

berbahasa
idea

dengan

yang

tinggi,

berupaya

dan

terperinci,

jelas

berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan

bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara
kendiri dalam kemahiran bahasa)
Berkomunikasi secara bertatasusila dengan menggunakan kata
dan

PENYATAAN

ayat

yang

gramatis

bagi

menyatakan

permintaan;

memperoleh dan menyampaikan maklumat yang tepat; dan

mengemukakan pendapat pada tahap terperinci.
1. Guru membaca petikan Raja Segala Buah.
2. Murid mendengar petikan yang dibaca oleh guru dengan

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

teliti.
3. Murid menyatakan isi penting yang terdapat dalam petikan
secara lisan.

BAHAN BANTU

Petikan Raja Segala Buah

Raja Segala Buah

5

Sebutkan isi-isi penting daripada petikan yang dibacakan oleh guru.

Di Malaysia, kita boleh menemui peniaga yang menjual buah durian di manamana sahaja seperti di pasar tani, di tepi jalan, dan di pasar malam. Buah durian
digemari oelh semua kaun seperti Melayu, Cina, dan India. Oleh sebab itulah, buah
ini sering dianggap sebagai Raja Segala Buah kerana duri tajam pada kulit yang
melindungi isinya.
Pokok durian ditanam secara meluas di Negara kita. Kulit buah durian
bewarna sama ada hijau atau perang. Bentuknya pula ada yang bujur dan ada yang
bulat. Ciri-ciri yang unik bagi buah durian ialah diselaputi oleh duri-duri yang tajam
dan mempunyai bau yang kuat. Isi buah durian pula bewarna kekuningan.
Penggemar durian mengatakan keistimewaan buah ini adalah kerana rasa
isinya yang sangat enak. Mereka sangat suka pada isi durian yang tebal, lembut dan
berasa lemak manis. Namun, terdapat juga sesetengah orang tidak suka makan
buah durian kerana tidak tahan akan baunya. Begitu juga dengan pelancong luar
terutama dari Barat yang tidak tahan akan bau durian. Mereka memakan buah durian
dengan menutup hidung. Baunya yang kuat juga menyebabkan ada syarikat
penerbangan melarang penumpang membawa buah durian di dalam pesawat
mereka.
Buah durian boleh dimakan dengan beberapa cara. Ada yang dimakan terus setelah
buahnya dikopek. Ada juga yang mencampurkannya dengan santan dan dimakan
dengan nasi. Selain, itu isinya juga boleh dimasak dengan santan dan gula Melaka
seterusnya dimakan bersama roti atau pulut.

3.1.3 - INSTRUMEN 3
(Tahap Penguasaan 6)
Tema

: 8 Ekonomi Berwawasan
6

Tajuk

: Sumber Pendapatan

Standard Kandungan

: Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula

dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran

: 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,

sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan
menggunakan ayat yang mengandungi wacana.

KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOK

Tiga

6 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa

dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten,
berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan

TAHAP
PENGUASAAN

tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan

inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan,
mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model
teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa)
Menyampaikan cerita dengan tepat menggunakan ayat yang

PENYATAAN

mengandungi wacana dengan sebutan yang jelas dan intonasi

yang betul pada tahap sangat terperinci, konsisten dan menjadi
model teladan.
1. Guru mengedarkan lembaran bermaklumat kepada murid.
2. Guru membaca sambil murid meneliti maklumat yang

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

terdapat dalam lembaran tersebut.

3. Murid berbincang dan menceritakan maklumat yang
terdapat dalam lembaran tersebut dengan menggunakan
ayat yang gramatis dan mengandungi wacana.

BAHAN BANTU

Lembaran Bermaklumat

Sumber Pendapatan
7

Dengar dan teliti maklumat dibawah. Kemudian, ceritakan maklumat tersebut

menggunakan ayat yang gramatis.

3.2

Instrumen Kemahiran Membaca

3.2.1 - INSTRUMEN 4
(Tahap Penguasaan 3)

Tema

: 5 - Kenali warisan Bangsa

Tajuk

: Dondang Sayang

Standard Kandungan

: Membaca kuat pelbagai bahan bacaan denegan

lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran

: 2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi

pelbagai jenis ayat secara makanis dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

KEMAHIRAN

MEMBACA

KELOMPOK

Satu
3 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa

TAHAP

dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya

PENGUASAAN

mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang

asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa)
Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan

PENYATAAN

berimbuhan apitan dan pelbagai jenis ayat secara mekanis

dengan betul pada tahap sesuai.
1. Murid membaca petikan dialog dengan sebutan dan

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

intonasi yang sesuai.

2. Murid membaca ayat dengan intonasi yang betul dan
menyatakan jenis ayat tersebut.

BAHAN BANTU

Petikan dialog.

Dondang Sayang

Baca petikan dialog dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Wazif
Atuk

: Atuk, betulkan Dondang Sayang itu berasal dari Melaka ?

: Pada dasarnya begitulah. Tapi, irama ini asalnya daripada lagu
tradisional orang Portugis yang menawan Melaka abad kelima belas

Aqil
Atuk

dahulu.
: Kalau begitu, macam lagu Rasa Sayang dan Jingkling Nona, ya Atuk ?
: Betul tu. Tapi, kamu tahukah apa makna Dondang Sayang tu, Wazif?
Ha, Dondang tu bermaksud dendang, menghiburkan hati. Sayang pula

Aqil

bermaksud kasih. Jadi, Dondang Sayang tu bermaksud lagu kasih.

: Sebab itulah penyanyinya sepasang, kan Atuk. Mereka berbalas
pantun untuk menyuarakan isi hati masing-masing. Alat muzik terlazim
seperti biola , rebana dan gong kecil dimainkan untuk mengiringi

Wazif

nyanyian. Kadang-kadang ditambah pula dengan akordion atau gitar.

: Eh, macam mana Abang Aqil tahu! Abang Aqil Tanya kawan atau Atuk,

Aqil
Atuk

ya; atau baca buku.

: Hai, sekarang ni kan zaman IT, jangan asyik main game sahaja!
: Benar kata abang kamu itu, Wazif. Ada apa-apa yang hendak kamu

Wazif

tanya lagi?
: Bila Dondang Sayang dimainkan dan bagaimanakah sambutannya

Atuk

kini, Atuk?
: Biasanya dalam majlis pernikahan atau apabila ada temasya tertentu.

Wazif

Kini tradisi itu hamper pupus, Wazif. Kamu tahu mengapa?

: Pengaruh muzik barat dan muzik moden, betul Atuk? Kalau begitu,

Atuk

bagaimana hendak mempopularkan Dondang Sayang ini, Atuk?

: Pada Atuk, kita sendiri harus ada jati diri untuk menghidupkan
kesenian ini. Ha, banyakkan promosi, banyakkan pertandingan daripada

Aqil

peringkat kanak-kanak lagi!

: Betul kata Atuk. Ha, mulai hari ini, kamu kena masuk Kelab

Wazif

Kebudayaan sekolah, Wazif!

: Kalau tak masuk boleh tak, Abang Aqil? Nanti Wazif jadi lembut pula.

Baca dengan sebutan dan intonasi yang betul bagi ayat dibawah, kemudian
nyatakan jenis ayatnya.
1. Betulkah Dondang Sayang berasal dari Melaka?
Jenis Ayat : ______________________________

2. Dondang Sayang itu bermaksud lagu kasih.

Jenis Ayat : ______________________________
3. Eh, macam mana Abang Aqil tahu!
Jenis Ayat : ______________________________
4. Ada apa-apa yang hendak kamu tanya lagi?
Jenis Ayat : ______________________________
5. Nanti Wazif jadi lembut pula.
Jenis Ayat : ______________________________

3.2.2 - INSTRUMEN 5
(Tahap Penguasaan 4)
Tema

: 8 Ekonomi Berwawasan

Tajuk

: Memacu ekonomi

Standard Kandungan

: Membaca dan memahami maklumat yang tersurat

dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi
respon yang betul

Standard Pembelajaran

: 2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada

bahan untuk menjana idea dengan betul

KEMAHIRAN

MEMBACA

KELOMPOK

Dua

4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa

dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan
TAHAP

pengetahuan

bahasa

dengan

berkesan,

berupaya

PENGUASAAN

mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis,

dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam
kemahiran bahasa)
Membaca dan memahami maklumat untuk membuat ramalan,

PENYATAAN

menjanakan idea, dan membuat penilaian pada tahap kukuh

1. Murid membaca dan memahami carta.
2. Murid melengkapkan dialog berdasarkan

AKTIVITI
PENTAKSIRAN
BAHAN BANTU

carta

dan

membaca dialog tersebut dengan intonasi yang betul.

Lembaran carta dan dialog.

Memacu Ekonomi
Baca dan fahami carta di bawah. Kemudian, lengkapkan dialog berdasarkan
maklumat daripad carta tersebut dan bacakan dialog tersebut dengan intonasi yang
betul.

Mahu menjadi
usahawan
berjaya ?

Penuhi ciri-ciri
yang berikut :

Berani
menanggung
risiko

Berkeyakinan
diri

Rajin
berusaha

Merebut
Peluang

Amin
Encik

: Selamat pagi, Encik Faizul.

: Selamat pagi.

Faizul
Amin

: Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti

Encik

Encik Faizul. Apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang usahawan?
: Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita mesti __________

Faizul

_________________________________________________________.
Dengan pengurusan yang cekap, risiko yang dihadapi dapat diatasi dengan

Amin
Encik

mudah.
: Selain itu, apakah ciri yang harus dimiliki lagi oleh seorang usahawan?
: Kita juga perlu ____________________________________________

Faizul

Di samping itu, usahawan juga harus ___________________________

__________________________. Usahawan perlu yakin terhadap
kebolehan diri dan tidak harus ragu-ragu dengan tidakan yang harus

Amin

diambil.
: Setahu saya usahawan juga harus pandai ______________________

Encik

__________________________________. Betulkan, encik Faizul?

: Ya, betul kata kamu. Kita tidak boleh melepaskan peluang-peluang yang

Faizul
Amin

ada.
: Terima kasih, Encik Faizul. Maklumat yang diberi amat berguna untuk

Encik

saya jadikan panduan dalam menceburi bidang keusahawanan.

: Sama-sama. Semoga impian anda untuk menjadi usahawan berjaya

Faizul

tercapai satu hari nanti.

3.2.3 - INSTRUMEN 6
(Tahap Penguasaan 5)
Tema

: 4 Masyarakat Penyayang

Tajuk

: Khidmat Rakan Sebaya

Standard Kandungan

: Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera

yang sesuai bagi memupuk minat membaca

Standard Pembelajaran

: 2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan

sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir
secara kreatif.

KEMAHIRAN

MEMBACA

KELOMPOK

Tiga
5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan

TAHAP
PENGUASAAN

kecekapan

mengungkapkan

berbahasa
idea

yang

dengan

jelas

tinggi,

berupaya

dan

terperinci,

berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan

bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara
kendiri dalam kemahiran bahasa)

PENYATAAN

Membaca, menaakul, memindahkan maklumat, dan mengenal

pasti nilai murni pada tahap terperinci.
1. Murid membaca petikan sajak dengan sebutan dan intonasi

AKTIVITI
PENTAKSIRAN

BAHAN BANTU

yang betul
2. Murid berbincang dan mencatat maksud setiap rangkap
sajak itu secara berkumpulan.
3. Murid membaca maklumat yang telah dibincangkan.
Petikan sajak.

Khidmat Rakan Sebaya

Baca dan fahami sajak di bawah. Kemudian, bincangkan maksud setiap rangkap
sajak tersebut.

Anak Malaysia
kaulah pewaris tanah ini
Kaulah pejuang budaya ini
teruskan menegak keadilan
dengan penuh kejujuran.

Anak Malaysia
usah kaubeluk tubuh
bangun dan bangkitlah
dengan diri sendiri
bersaing maju di persada
dunia.
Anak Malaysia
hiasilah dirimu dengan sifat
terpuji
agar elok pekertimu
tetapkanlah cita-citamu
berusahalah sepenuh
hatimu
agar kejayaan menjadi
milikmu
Anak Malaysia
walaupun pelbagai bangsa
bersatulah umpama
serumpun
saling mempercayailah
sesamamu
nescaya keunggulan
milikmu

3.3 Kemahiran Menulis

3.3.1 - INSTRUMEN 7
(Tahap Penguasaan 3)
Tema

: 5 - Kenali warisan Bangsa

Tajuk

: Melawat ke Ladang Herba Rawa Salor

Standard Kandungan

: Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang

sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun.

Standard Pembelajaran

: 3.6.1 Menulis untuk menympaikan maklumat yang

betul dengan menggunakan idea utama dan idea
sampingan serta menegaskan kesantunan berbahasa.

KEMAHIRAN

MENULIS

KELOMPOK

Empat
3 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa

TAHAP

dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya

PENGUASAAN

mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang

asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa)
Menulis untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan

PENYATAAN
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
BAHAN BANTU

bahasa yang santun; menghasilkan kerangka dan penulisan

kreatif dengan betul pada tahap sesuai.
1. Murid membaca dan memahami petikan
2. Murid menulis nilai murni dan memberikan contoh yang
terdapat dalam petikan.
Petikan

Melawat ke Ladang Herba

Rawa Salor
Baca dan fahami petikan. Kemudian, tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh
daripada petikan. Berikan contoh yang sesuai daripada petikan.

Murid-murid beratur uttuk menaiki bas. Mereka akan bertolak ke Ladang Herba
Rawa Salor yang terletak di Kota Bharu. Beberapa orang murid kelihatan membaca
bukudan majalah semasa dalam perjalanan ke sana.
Sebaik-baik sahaja peserta rombongan smpai di ladang itu, mereka disambut
dengan mesra oleh Encik Bukhari, selaku pengurus ladang tersebut.

Beliau

menceritakan tentang susah payah yang dialami sepanjang mengusahakan ladang

itu. Namun begitu, segalanya dihadapi dengan tenang.
Sepanjang lawatan tersebut, murid-murid melihat ladang itu diuruskan
dengan baik. Encik Bukhari menggaji pekerja yang terdiri daripada penduduk
kampong yang hidup dalam kesusahan. Peluang pekerjaan yang ditawarkan dapat
meringankan beban mereka.
Para peserta rombongan dijamu dengan pelbagai makanan dan minuman.
Sebelum pulang, mereka dihadiahi buah tangan. Budi bahasa dan keramahan Encik
Bukhari sukar untuk dilukan oleh setiap peserta rombongan.

1. Nilai Murni
Contoh ayat

: ______________________________
:

______________________________________________________________

2. Nilai Murni
: ______________________________
Contoh ayat :

3. Nilai Murni

4. Nilai Murni

5. Nilai Murni

3.3.2 - INSTRUMEN 8
(Tahap Penguasaan 4)
Tema

: 2 Amalan Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk

: Pendidikan Kesihatan

Standard Kandungan

: Menulis imlak dengan tepat

Standard Pembelajaran

: 3.4.2 Menulis frasa dan ayat yang ada perkataan

berimbuhan pinjaman dengan ejaan dan tanda baca
yang tepat secara imlak.

KEMAHIRAN

MENULIS

KELOMPOK

Dua
4 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan

TAHAP

pengetahuan

bahasa

dengan

berkesan,

berupaya

PENGUASAAN

mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis,

dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam
kemahiran bahasa)
Menulis ayat yang

mengandungi

perkataan

berimbuhan

pinjaman secara imlak, mengedit dan memurnikan hasil

PENYATAAN

penulisan dengan ejaan, tanda baca, penggunaan kata,

imbuhan, dan struktur ayat yang betul serta tepat pada tahap
yang kukuh.

AKTIVITI
PENTAKSIRAN
BAHAN BANTU

1. Murid mengedit petikan dengan imbuhan pinjaman, ejaan

dan tanda baca yang betul.
2. Murid menyalin dan memurnikan petikan yang telah diedit.
Petikan

Pendidikan Kesihatan
Tulis petikan di bawah semula dengan imbuhan pinjaman, ejaan dan tanda baca
yang betul.

Hasman murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab Hasman belajar di sekolah

tersebut sejak pra sekolah lagi Oleh itu tidak hairanlah jika dia dilantik menjadi ketua
murid di sekolahnya Dengan jawatannya itu dia sering menjadi juru acara dalam
majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah Sebagai ketua murid dia juga sering
menasihati rakan-rakannya agar memenuhi tata etika berpakaian
Hasman bercita-cita menjadi juru tera apabila dewasa nanti Untuk mencapai
impiannya dia belajar bersungguh-sungguh Mata pelajaran yang paling diminatinya
ialah matematik Hasman sentiasa menjaga kesihatan dirinya Pihak Kementerian
Kesihatan juga sering menghantar juru rawat untuk membuat pemeriksaan terhadap
murid-murid di sekolahnya itu
___________________________________________________________________________

3.3.3 - INSTRUMEN 9
(Tahap Penguasaan 5)
Tema

: 9 Bumi Indah Rakyat Bertuah

Tajuk

: Surat Kiriman Rasmi Ceramah Alam Sekitar

Standard Kandungan

: Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang

sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun.

Standard Pembelajaran

3.6.2

Menulis

untuk

menyampaikan

maklumat

berbentuk surat, laporan dan cerita dengan jelas serta

menggunakan bahasa yang santun.
KEMAHIRAN

MENULIS

KELOMPOK

Empat
5 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa
dan

TAHAP
PENGUASAAN

kecekapan

mengungkapkan

berbahasa
idea

dengan

yang
jelas

tinggi,

berupaya

dan

terperinci,

berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan

bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir
yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara
kendiri dalam kemahiran bahasa)
Menulis untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan

PENYATAAN
AKTIVITI
PENTAKSIRAN

bahasa yang santun; menghasilkan kerangka dan penulisan

kreatif dengan betul pada tahap terperinci.
1. Murid meneliti pelan karangan.
2. Murid menulis surat kiriman rasmi dengan menggunakan
bahasa yang santun

BAHAN BANTU

Petikan pelan karangan.

Ceramah Alam Sekitar

Tulis surat kepada guru besar sekolah kamu untuk memohon beliau menjadi perasmi
sempena ceramah alam sekitar.

Apa makluman?
Kelab Alam Sekitar
Adakan ceramah
Undang tuan rasmi

Mengapa adakan?
Pupuk kesedaran
Wujudkan persekitaran
selamat

Bila nak diadakan?

Bulan dan tarikh
Hari dan masa
Lokasi : Dewan

Siapa?
Penceramah khas
Jabatan Alam Sekitar
Peserta - Tahap 2

Apa harapan?
Dapat persetujuan
Tambah serikan majlis
Janji kemas dewan

Bagaimana?
Kerjasama dihargai
Sekian
Harap dapat diteruskan

Anda mungkin juga menyukai