Keterangan Modul Kitar Batuan PDF
Keterangan Modul Kitar Batuan PDF
Keterangan Modul
Pengenalan
Modul ini merangkumi kitar batuan serta beberapa konsep dan proses utama geologi.
Modul ini juga memfokus kepada bagaimana bahan-bahan berguna diperoleh
dari Bumi. Ini termasuk aktiviti yang berkaitan dengan kejuruteraan balikan bagi
objek buatan kilang untuk mengenal pasti sumber bahan yang digunakan untuk
menghasilkan objek tersebut. Ketiga-tiga jenis batuan utama, asal-usulnya dan
hubungan antara satu sama lain juga dicakupi, berserta dengan perbincangan
mengenai kepentingan batuan, mineral dan bahan api terhadap ekonomi Malaysia.
Pembentukan bahan api fosil, termasuk arang batu, gas asli dan minyak serta aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan pembentukan fosil juga dibincangkan, dan lajur geologi
diperkenalkan.
Topik
Kitar batuan
Tingkatan
2
Episod Pembelajaran
Tajuk Episod 1
Kaitan kurikulum: Isi kandungan
Proses-proses geologi
(Nota: Ini adalah isi kandungan baru yang tidak
terdapat dalam spesifikasi Tingkatan 1 hingga 3).
Keterangan yang dicadangkan adalah:
Pembentukan batuan igneus, sedimen dan
metamorf serta hubung kait antara batuan ini
seperti yang ditunjukkan oleh kitar batuan.
Sumber pembelajaran
Berani mencuba
Persembahan PowerPoint: Kitar Batuan
Episod 1: Proses-proses Geologi
Persembahan Prezi: Kitar Batuan Episod 1:
Proses-proses Geologi
Video: Kitar Batuan
Lembaran Kerja 1.1: Kejuruteraan
songsangan
Lembaran Kerja 1.2: Menggunakan kanta
tangan untuk memerhatikan batuan
Lembaran Kerja 1.3: Menyiasat batuan
sedimen
Aktiviti Luar Sekolah 1
Panduan Interaktif: Kekunci Batuan
Tajuk Episod 2
Kaitan kurikulum: Isi kandungan
Menggunakan batuan
Nota: Ini adalah susunan baru untuk isi
kandungan. Spesifikasi yang sedia ada
untuk Tingkatan 3 mempunyai bahagian
tentang minyak yang membawa kepada
kimia penapisan, iaitu bukan bentuk
naratif untuk susunan isi kandungan ini.
Rujukan sedia ada adalah:
1.5 Menganalisis sumber bahan api
semula jadi dan kepentingannya
Keterangan yang dicadangkan adalah:
Pembentukan bahan api fosil
Pembentukan fosil
Lajur geologi
Sumber pembelajaran
Berani mencuba
Persembahan PowerPoint: Kitar
Batuan Episod 2: Menggunakan
batuan
Persembahan Prezi: Kitar Batuan
Episod 2: Menggunakan batuan
Lembaran Kerja 2.1: Mineral yang
berguna
Lembaran Kerja 2.2: Kesan
pengekstrakan minyak ke atas alam
sekitar
Lembaran Kerja 2.3: Membuat fosil
Aktiviti Luar Sekolah 2
Miskonsepsi biasa
Anak sungai adalah semata-mata air yang mengalir (dengan sedikit atau tiada
konsep pergerakan sedimen).
Idea yang mengatakan bahawa aktiviti manusia tidak boleh memberi kesan kepada
proses geologi seperti pengaliran sungai, kitaran banjir, dan lain-lain.
Gunung terbentuk dengan cepat.
Batu mesti berat.
Dinosaur dan manusia wujud pada waktu yang sama.
Aktiviti Luar Sekolah 1
Episod 1 bermula dengan kejuruteraan songsangan objek seperti telefon bimbit,
menganalisis bahagian-bahagian telefon untuk mengetahui bahan yang digunakan
dan sumbernya. Banyak daripada bahan-bahan tersebut didapati daripada sumber dari
Bumi. Aktiviti ini memerlukan pelajar untuk membawa objek dari rumah dan (dengan
kebenaran ibu bapa atau orang dewasa) untuk menyongsangkan kejuruteraan,
menyenaraikan bahagian-bahagian, bahan-bahan dan sumber-sumber objek itu.
Aktiviti Luar Sekolah 2
Pelajar mempelajari mengenai kitar batuan di dalam Episod 1. Mereka belajar bahawa
kita boleh melihat kitaran bahan, seperti batu yang diluluh hawa, terhakis, diangkut
(sebagai serpihan) dienap, dijulang dan terhakis lagi. Gelung igneus dan metamorf
dalam kitaran juga dipelajari. Aktiviti ini memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan
ini untuk menggambarkan perjalanan yang dilalui oleh seketul kristal kuarza yang
melalui tiga versi kitaran yang berbeza.
Aktiviti ini boleh dilakukan di sini sebagai aktiviti mengulang Episod 1 atau di akhir
Episod 1. Lembaran aktiviti ini memberikan pelajar pilihan untuk melakukannya
dengan menggunakan gambar rajah atau esei. Jika pelajar mempunyai masa untuk
persembahan, mereka juga boleh membuat drama.
Pautan laman web
Batuan enapan, igneus dan metamorf: http://geology.com/rocks/
Mineral: http://www.minerals.net/
Fosil: http://www.discoveringfossils.co.uk/
Petronas syarikat cari gali dan pengekstrakan minyak negara: www.petronas.com.my