Anda di halaman 1dari 16

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III Tahun 2014

1.0

Pengenalan
Program Bina Insan Guru dilaksanakan adalah sebagai memenuhi keperluan Latihan

Perguruan Pra perkhidmatan. Program ini dirancang dengan teliti dan penekanan diberian
kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai focus utama dalam proses
pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan
guru adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan Negara berdaulat.
Elemen-elemen intelek, jasmani, rohani, dan emosi adalah kekuatan dalam Falsafah
Pendidikan Negara dan Model Konseptual Pendidikan Guru kearah membentuk insan guru
yang seimbang dan menyeluruh. Profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
Pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model

kepada

masyarakat justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan
mampu menangani cabaran era globalisasi.
Pelaksanaan Program Bina Insan Guru adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Bina
Insan Guru yang digubal khusus bertemakan Konsep dan Ciri Pembinaan Insan Guru,
Pembangunan Insan Guru dan Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. PISMP semester
3 Bimbingan Dan Kaunseling telah mengadakan Program Bina Insan Guru siri 3/2014 iaitu
aktiviti gotong royong di bilik Bimbingan Dan Kaunseling IPG Kampus Temenggung Ibrahim.
Program ini dijalankan selama satu hari. Pelbagai aktiviti gotong royong dijalankan
bagi membersihkan bilik Bimbingan Dan Kaunseling. Program ini menyemai kerjasama
antara satu sama lain dan saling bantu membantu satu sama lain.

2.0

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


1

Memahami realiti persekitaran dan respomsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan


atau aktiviti

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai ,etika dan akhlak keguruan

Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam


melaksanakan tugas secara berkumpulan

Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan
kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

3.0 LAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN


3.1 Persediaan Sebelum Program BIG Sesi Pertama Dijalankan

Program Gotong-Royong ini adalah merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat.


Ia diadakan di bilik Bimbingan dan Kaunseling bertujuan untuk membersihkan bilik
Bimbingan dan Kaunseling supaya menjadi lingkaran yang mesra pelajar, Ia juga
diharapkan dapat memperbaiki lokaliti supaya kondusif dengan situasi pembelajaran.
Melalui program ini, dijangkakan

akan dapat meningkatkan semangat kerjasama dan

berdikari dalam diri setiap pelajar, disamping dapat menyemai kesedaran tentang
kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dalam melalui kehidupan sebagai seorang
insan yang bertanggung jawab, beretika dan menghargai alam sekitar. Program ini juga
adalah merupakan salah satu daripada dua tugasan yang perlu dilakukan oleh kami, iaitu
program yang ditugaskan kepada pelajar bagi program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3.

Proses penghasilan program ini juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu sebelum
pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan. Bagi proses sebelum
pelaksanaan, kami telah merancang untuk menubuh jawatan kuasa bagi melaksanakan
program khidmat ,masyarakat dengan jaya. Setelah menubuh jawatan kuasa, kami
berbincang tentang tajuk program, tarikh, aktiviti, peruntukan dan tempat yang bersesuaian
untuk program dijalankan. Hasil perbincangan, kami memilih bilik Bimbingan dan kaunseling
sebagai tempat menjalankan program khidmat masyarakat. Pada awalnya, kami
menetapkan tarikh program pada 14 Julai 2014.

Ketua opsyen dan setiausaha program telah berhubung dengan Puan Hjh Rokiah
Binti buyong untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan aktiviti khidmat masyarakat.
Puan Hjh Rokiah Binti buyong telah memberi cadangan untuk membuat aktiviti gotongroyong di dua tempat, iaitu di dalam bilik Bimbingan dan Kaunseling dan di luar bilik
Bimbingan dan Kaunseling.

Setelah berbincang dengan Puan Hjh Rokiah Binti buyong, kami mula menyediakan
kertas kerja bagi program tersebut untuk mendapatkan kelulusan oleh pihak pentadbiran.
Setelah membuat kertas kerja, kami menunjukkan kepada mentor kami untuk semakan.
Setelah disemak, kertas kerja tersebut dihantar kepada pihak pengurusan, unit kewangan,
unit LDP, unit kokurikulum dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk mendapatkan kelulusan.

Setelah mendapat persetujuan daripada pentadbir kami bermesyuarat pada 2 Mac


2014. Kami berbincang tentang tugasan ya g bakal dibuat.

3.2 Laporan Gotong-Royong Bilik Bimbingan Dan Kaunseling


Pada 14/07/2014 hari Isnin, kelas kami telah menyertai Program Bina Insan Guru
iaitu singkatan (BIG) di Bilik Bimbingan Dan Kaunseling. Pada pagi 7.45am, semua ahli
kelas telah berkumpul di tapak taman bunga Bilik Bimbingan Dan Kaunseling. Selepas
pendaftaran kehadiran, mentor kami Mr. Lee telah memberi sedikit ucapan tentang perkara4

perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.Misalnya,tingkahlaku guru pelatih dan


menggunakan tatabahasa yang bersopan santun. Pada pukul 9.00 pagi hingga 9.30 pagi,
kami juga mendengar taklimat daripada penyelaras Bilik Bimbingan dan Kaunseling iaitu
Puan Rokiah Buyong.
Gambar 3.2.1 dan 3.2.2

Selepas taklimat, kami makan sarapan pada 9.00 pagi hingga 9.30 pagi. Seterusnya,
kumpulan kami telah diberi beberapa tugas iaitu mengemas dan membersihkan bilik
Bimbingan dan Kaunseling dari beberapa sudut iaitu sudut terapi pasir, terapi patung, terapi
seni, terapi kaki, sudut maklumat dan sudut membaca dari 10:30 pagi hingga 12.30 tengah
hari. Maka bagi kumpulan lain, ada guru pelatih yang bertanggungjawab menyediakan Mini
Landskap di luar bilik Bimbingan dan Kaunseling. Selain itu, kami juga perlu menanam

pokok-pokok herba, bunga, dedaun yang dibeli oleh kami dan menyiram bunga.

Gambar 3.2.3 dan 3.2.4 dan 3.2.5


Pada pukul 12:30 tengah hari hingga 1:30 petang, kami rehat dan makan tengah
hari. Gotong-royong diteruskan dengan sesi kedua pada pukul 1:30 petang 3:00 petang.
Kami membuat carta organisasi, sudut info kaunseling, penyediaan sudut terapi,menyusun
meja dan kerusi, mengemas buku, menyediakan terapi aroma dengan menggunakan daun
pandan.

Kami bekerjasama menyiapkan semua kerja dalam pukul 3.00 petang dan balik ke
asrama.
3.3

Laporan Program Selepas

Selepas selesai program khidmat masyarakat ini, kami duduk dalam bilik bimbingan
dan Kaunseling, Puan Hjh Rokiah Binti buyong telah, memberi ucapan dan tahniah atas
kerjasama yang diberikan sepanjang program ini.Beliau juga berharap dan meminta kami
6

memberi kerjasama seperti ini dalam program yang akan datang. Akhirnya kami berjaya
menyiapkan bilik Bimbingan dan Kaunseling menjadi ceria dan cantik. Bilik Bimbingan dan
Kaunseling menjadi selesa dan kondusif.
Daripada keseluruhan program ini, kami mendapat banyak pengalaman baru dari
segi pelbagai aspek.Kami diminta untuk menyediakan satu portfolio mengenai program
khidmat masyarakat gotong-royang yang telah kami laksanakan di bilik Bimbingan dan
Kaunseling Dalam portfolio tersebut perlu mengandungi laporan sebelum, laporan semasa,
laporan selepas, swot, refleksi individu dan sebagainya.
Oleh itu, kami berbincang dengan rakan-rakan tentang cara pembinaan portfolio.
kami sudah mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat program kami telah
mencatatkan segala aktiviti yang telah dijalankan di dalam buku catatan untuk rujukan .
selain itu, Mengumpulkan gambar-gambar tentang aktiviti yang telah dijalankan

untuk

dimuatkat di dalam profolio.

4.0 LAPORAN AKTIVITI CERAMAH BINA INSAN GURU (BIG)


4.1

Laporan Program Ceramah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisma

Ceramah Program Big Insan Guru telah diadakan pada hari Selasa, 22 Julai 2014
yang bertempat di Dewan Dato Khairuddin Ashari tepat pada pukul 2.30 petang. Antara
tetamu yang hadir adalah Encik. Manaf bin Bejau, Ketua Jabatan Kemahiran Hidup.

Manakala Pn.Ruziah diundang sebagai penceramah. Majlis ini diacarakan oleh opsyen
Matematik.

Ceramah yang diadakakan ini bertajuk Etiket Dalam Majlis Rasmi dan Bukan Rasmi.
Ceramah ini mendedahkan tentang jenis-jenis majlis rasmi dan cara-cara untuk beretika
dalam sebuah majlis rasmi dan bukan rasmi. Menurut penceramah Majlis juga boleh
dikategorikan kepada Majlis Rasmi tetapi tidak formal, Majlis tidak tetapi formal dan juga
Majlis tidak rasmi dan tidak formal.Peranan para pendidik sebagai model dalam
pengendalian majlis rasmi dititikberatkan dalam ceramah ini.

Selain itu, hadirin diberi penerangan mengenai ciri-ciri yang sepatutnya dalam
sebuah majlis rasmi yang harus diamalkan.Aspek-aspek pengurusan pelbagai majlis rasmi
atau formal juga diberi penerangan oleh penceramah. Antaranya Jawatankuasa,Tempat
Majlis Senarai Jemputan, Aturcara Majlis, Pakaian Dalam Majlis, Panggilan Hormat,
Susunan tempat duduk, Pengacaraan Majlis formal,Penyediaan Aturcara Pentadbiran
Penyambut Tetamu, Raptai, Nilai-nilai Islam dan akhirnya Post Mortem. Penceramah juga
8

telah mengadakan perbincangan dengan para peserta. Perbincangan adalah berkaitan


dengan bagaimana dan mengapa seseorang harus mengamalkan etiket dalam majlis rasmi
dan bukan rasmi.
Ceramah ini juga turut menyelitkan beberapa nasihat dan panduan kepada bakal
guru melakukan perubahan dalam bidang perguruan iaitu elemen penting etiket berpakaian
dalam pelbagai situasi.Seterusnya, beliau juga menyentuh tentang pengayaan diri,
pertemuan dan perkenalan perbualan sosial harus dijaga. Selain itu, kita juga seharusnya
bijak menguruskan Majlis Jamuan Ringan secara Berdiri, Kesopanan menghadiri majlis
Jamuan Ringan dan kesopanan dalam Majlis Buffet. Justeru itu, beliau juga menitikberatkan
tentang adat makan pelbagai kaum di Malaysia dan kesopanan tuan rumah dan kesopanan
tetamu. Sebagai pengendali Majlis Rasmi, kita juga semestinya mengenali peralatan,
Jamuan cara menghidang dan terutamanya tertib di meja makan. Beliau juga menyentuh
aspek susunan tempat duduk di Majlis Rasmi. Pentas utama, Majlis Jamuan Rasmi, Jumlah
ganjil atau genap,Perhatian berpusat adalah antara aspek yang paling penting kata
beliau.Apa yang cuba disampaikan melalui perbincangan ini adalah para guru harus melatih
diri mereka untuk membiasakan diri dalam etiket pengendalian majlis, mahupun rasmi atau
pun bukan rasmi. Ini kerana guru harus menunjukkan teladan kepada yang lain dalam
terutamanya dalam majlis rasmi untuk diikuti. Maka sifat ini akan menonjolkan sikap
berpendidikan dan beretika dalam sebuah majlis.

Setiap guru perlu mengadakan anjakan paradigma dalam diri mereka. Guru perlu
bersikap berani dan berwibawa terhadap kerjaya mereka. Hal ini kerana mereka yang
menentukan masa hadapan anak murid mereka. Guru perlu memupuk nilai-nilai murni yang
dikatakan makin kurang dalam sanubari murid untuk membentuk murid yang beretika.
Kesimpulannya ceramah ini, memberi motivasi kepada guru-guru pelatih agar
bersedia untuk melakukan perubahan dan menghasilkan insan yang mampu membawa
9

perubahan dalam kemajuan negara.Ceramah ini dilengkapi dengan pemberian cenderahati


kepada penceramah oleh pihak penganjur.

5.0 PENUTUP

Kami berasa amat bersyukur kerana akhirnya kami selesai juga menyiapkan tugasan
Bina Insan Guru ini. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati
diri dan model insan kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri
10

dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang
dirancang, guru pelatih dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan.

Sepanjang masa melibatkan diri dalam aktiviti program Bina Insan Guru (BIG), saya
berasa letih tetapi berasa gembira kerana mempelajari pelbagai aktiviti yang tidak pernah
saya lakukan sebelum ini.

Saya telah mencapai pembangunan ilmu pengetahuan,

kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang
tinggi. Saya telah mempelajari beberapa nilai murni iaitu kerjasama, tolak ansur, sabar,
tabah, berani dan sebagainya.

Saya dapat menguasai kemahiran mereka cipta rakit,

mengenali potensi diri, mampu menguasai teknik keyakinan dalam air, cara memasak di
hutan dan sebagainya. Saya amat menghargai segala pengetahuan yang diperolehi.

Segala pengalaman dan pengajaran yang telah diberikan akan kami sematkan dihati
dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar kami mampu untuk menjadi guru
yang cemerlang kelak. Kami berharap para pelatih guru mendapat sesuatu pelajaran yang
sangat bernilai daripada kem tersebut selama ianya dijalankan. Pengalaman yang dimiliki
akan menjadikan bakal guru menjadi lebih matang dan lebih berpengetahuan di dalam
segala aspek seperti kokurikulum dan kokorikulum. Diharapkan kem Bina Insan Guru yang
akan datang akan lebih memberi inspirasi kepada para pelatih guru untuk berasa lebih
tercabar untuk bersaing menjadi yang lebih baik. Sekian , terima kasih.

6.0 Analisis SWOT


ANALISIS STRENGTH (S), WEAKNESS (W), OPPORTUNITY (O) DAN THREATS (T)
BINA INSAN GURU (AKTIVITI KEMASYARAKATAN)

KEKUATAN

Bina Insan Guru dapat menampilkan kebolehan diri masingmasing sewaktu melibatkan diri dalam khidmat sosial di
sekolah. Ini oleh kerana guru pelatih dibahagikan kepada dua
11

kumpulan untuk membuat kerja dalam pusat sumber dan


taman. Dan juga aktiviti berkumpulan dalam kalangan guru
pelatih menjimatkan masa menyempurnakan kerja yang diberi.
Para guru pelatih dapat gambaran yang jelas mengenai
kedudukan setiap sudut seperti sudut terapi pasir, sdut terapi
main, sudut info, dan sudut terapi urut dan sebagainya mingikut
yang terkandung dalam panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan
Kaunseling.

Semasa guru pelatih melibatkan diri dalam aktiviti khidmat


sosial di bilik Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus
Temenggong Ibrahim., kami mengalami masalah dalam
KELEMAHAN

ketiadaan alatan yang sesuai untuk membuat kerja. Oleh sebab


itu, guru pelatih terpaksa menyumbang tenaga yang banyak
bagi menyempurnakan kerja berkenaan.

Pengesahan buku-buku dan majalah dalam bilik Bimbingan dan


Kaunseling supaya senantiasa berada dalam keadaan yang
PENAMBAHBAIKAN
/ PELUANG

baik, elok , terkini serta teratur. Sentiasa dorong pelajar


bertanggungjawab atas kemudahan dan kebersihan dalam bilik
Bimbingan dan Kaunseling..
Guru pelatih tidak mengalami apa-apa ancamam sewaktu

MASALAH /

berada di bilik Bimbingan dan Kaunseling..Cuma, keadaan

ANCAMAN

yang habuk menyebabkan saya sukar untuk bernafas.

12

7.0

REFLEKSI KENDIRI

NAMA

CHONG CHUEY MIIN

NO IC

861114-23-6244

Bina Insan Guru merupakan sebuah program yang sangat berkesan untuk para
pelatih guru melatih diri untuk lebih berkeyakinan diri dan mempunyai tahap kecergasan
fizikal dan mental yang tinggi. Oleh hal yang demikian,sebagai pelatih guru di Institut
Perguruan Kampus Temenggung Ibrahim, kami telah dikehendaki untuk menyertai program
BIG ini yang telah diadakan pada 14 July 2014 di bilik Bimbingan dan Kaunseling.
Sepanjang menjalani program BIG (Bina Insan Guru) ini, saya mendapati pelbagai ilmu dan
input baru yang telah saya pelajari yang mana perkara tersebut sukar didapatkan daripada
program-program jati diri yang lain. Program BIG tersebut telah dilaksanakan dengan
jayanya oleh para guru pelatih 3 PISMP B&K ambilan Jun 2013 Institut Perguruan Kampus
Temenggung Ibrahim.
Pertama sekali, saya mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang dedikasi dan
sanggup berkhidmat untuk masyarakat, kita haruslah melakukan apa-apa sahaja yang
13

diamanahkan untuk memastikan kejayaan dan masa depan murid-murid kita. Saya berasa
sangat terharu apabila semua guru pelatih termasuk saya menerima apa-apa kerja yang
diamanahkan kepada kami pada kami tanpa sebarang rungutan. Keadaan ini telah
memberikan satu idea kepada saya bahawa sebagai seorang guru yang sanggup
berkhidmat untuk masyarakat, kita tidak patut memilih kerja-kerja yang semata-mata untuk
tujuan kesenangan diri-sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus berkorban apa jua, sama ada
masa, tenaga, jiwa raga, dan sebagainya untuk kebaikan dan masa depan murid dan
sekolah kita. Situasi ini juga menyedarkan saya bahawa sebagai seorang manusia yang
hidup dalam kumpulan dan kelompok, kita harus memberikan bantuan dan pertolongan
kepada orang yang memerlukannya.
Tambahan pula, saya juga sedar bahawa kepentingan pengurusan masa dan
sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan
dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Ini kerana kami telah menyiapkan
tugasan dalam masa yang ditetapkan.Apabila kami mencantikkan taman bunga di hadapan
bilik BK, saya sedar bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat
penting bagi melaksanakan sesuatu tugas. Sesungguhnya saya bersyukur kerana kawankawan sudi bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan tugas dengan baik dan
kami semua harap titik peluk kami boleh dihargai. Jadi, jelaslah di sini bahawa program
khidmat masyarakat ini secara langsung akan dapat merapatkan hubungan antara ahli-ahli
kelas kami dan menyebabkan ikatan persahabatan kami menjadi lebih akrab dan kukuh.
Sehubungan dengan itu, daripada pemerhatian saya berdasarkan kerja-kerja yang
dilakukan oleh kami semua, saya sedar bahawa sebagai seorang guru yang serba boleh,
kami haruslah mempunyai unsur-unsur kreativiti dan inovasi dalam menjalankan tugas kami.
Hal ini demikian kerana kami diminta mencantikkan taman bunga yang cantik sekali. Ini
menyedarkan saya bahawa kekreativitian ini adalah begitu penting sekali, khususnya bagi
kami yang akan bergelar guru pada masa depan. Contohnya, kami perlu kreatif dalam
merancang set induksi, merancang pelan mengajar, merancang aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang P&P, mereka kertas soalan, mengendalikan projek-projek kelas, dan
banyak lagi. Jika tanpa unsur kreatif, murid-murid akan berasa bosan dan kesannya,
mereka tidak dapat menerima dan menerap apa yang hendak kami sampaikan.
Melalui program khidmat masyarakat ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada penyelaras bilik Bimbingan dan Kaunseling yang sudi memberi
peluang kepada kami untuk melatih diri sendiri untuk menjadi seorang guru yang sentiasa
tabah menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan
semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang dedikasi dan cinta akan
pekerjaannya. Ucapan terima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada Encik Lee, tutor
14

kumpulan kami kerana untuk mengambil berat, membimbing, membantu dan menolong
kami. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, mustahil
segala aktiviti yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Secara keseluruhannya, semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat
saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh.BIG Ini
merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang berakhlak mulia,
mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri dalam apa-apa jua
keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau rintangan, lantas melahirkan
guru yang seimbang. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih
agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan
ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan agar aktiviti seperti ini juga dijalankan pada
masa yang akan datang. Akhir kata, saya berasa seronok dan bersemangat selepas
menyertai program khidmat masyarakat ini.Terima kasih sekali lagi kerana memberikan
peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

8.0 LAMPIRAN
8.1 Laporan bergambar
8.2 Kertas Kerja Aktiviti Khidmat Kemasyarakatan
8.3 Kertas Kerja Aktiviti Ceramah Bina Insan Guru

15

16