Anda di halaman 1dari 2

TANGGUNGJAWAB RAKYAT MEMPERTAHANKAN

KEMERDEKAAN
Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang
berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk
memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik.Perjuangan tokoh-tokoh
negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam
memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang
seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.-Lambang-lambang
kebesaran negara harus dikenali dan dihormati
Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu
yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar
sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi
di dunia. Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu
tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.- Sentiasa bersifat setia dan sayang akan
negaranya.

Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita harus
mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk
mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan
masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. -Semangat kekitaan dalam
mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.

Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi
antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia.Sifat bersatu-padu
antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan
semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.Sentiasa hormatmenghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak
berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.Aktiviti yang

melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat


bermasyarakat antara kaum serta mengeratkan hubungan silaturahim.Sifat berdisiplin juga
amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah
berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat
yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah
berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar.

Anda mungkin juga menyukai