Anda di halaman 1dari 10

BAB 4 - WHISTLE-BLOWING

PENGENALAN

Istilah yang mula-mulanya merujuk kepada kakitangan kerajaan yang mengadu


kepada pihak awam tentang rasuah dan salah-urus kerajaan.
Istilah ini kini merangkumi pihak swasta.
Kebanyakan whistle-blower tidak bernasib baik kerana beberapa bentuk pembalasan
(retaliation) daripada pihak majikan terhadap mereka yang membongkar sesuatu
kegiatan buruk majikan seperti penilaian negatif, diturunkan pangkat sehingga kepada
pemberhentian pekerjaan.
Adakalanya whistle-blower di senarai-hitamkan sehingga sukar mendapat pekerjaan
lain di dalam industri.
Kebanyakan whistle-blower dan keluarga turut mengalami tekanan emosi daripada
rakan sekerja, kawan dan jiran yang tidak akan menyebelahi mereka.
Memandangkan risiko yang tinggi terpaksa ditanggung oleh whistle-blower,
persoalannya;
- Patut seseorang digalakkan untuk blow the whistle.
- Adakah sebarang pendedahan terhadap korupsi dan salah-urus di dalam kerajaan
dan industri sesuai menggunakan kaedah ini?
- Mungkinkah ada cara lain selain daripada terpaksa berkorban menjadi seorang
pahlawan?
- Adakah whistle-blower ini dilindungi? Jika ya, bagaimana hendak melindungi
mereka?.
Persoalan berbentuk falsafah lebih menjurus kepada isu justifikasi terhadap whistleblowing ini kerana ianya melibatkan tanggungjawab yang sangat berkonflik
(conflicting obligations) iaitu adakah pekerja berhak untuk blow the whistle?
- Walaupun pekerja boleh mendedahkan salah-laku organisasi ke pengetahuan
awam, mereka juga terdedah dengan risiko melanggar tanggungjawab sebagai
seorang pekerja yang perlu melaksanakan tugasan yang diberikan, menjadi
pekerja yang setia kepada majikannya dan secara amnya berkhidmat untuk
kepentingan syarikat dan bukannya menjadi penentang
- Tambahan pula, pekerja bertanggungjawab memelihara kerahsiaan sesuatu
maklumat dalam pekerjaannya yang kadangkala apabila melakukan whistleblowing, tanggungjawab ini pasti diabaikan.

APAKAH WHISTLE-BLOWING?
The voluntary release of non-public information, as a moral protest, by a member or
former member of an organization to an appropriate audience outside the normal
channels of communication regarding illegal and/or immoral conduct in the
organization that is opposed to the public interest.
J. Boatright

Pendedahan maklumat (oleh ahli atau bekas ahli sesebuah organisasi) yang boleh
dianggap sebagai bukti tentang tindakan / aktiviti yang tidak bermoral dan / atau tidak
sah dalam sesebuah organisasi atau tindakan organisasi yang bertentangan dengan
kepentingan awam.

CIRI-CIRI UTAMA WHISTLE-BLOWING


1. Mesti dilakukan oleh seorang ahli atau bekas ahli sesuatu organisasi.
Ia bukan whistle-blowing jika:
- Seseorang yang menjadi saksi kepada sesuatu jenayah, yang memaklumkannya
kepada polis kemudian membuktikannya di mahkamah.
- Seorang pemberita yang membuat liputan berita pembongkaran amalan haram
bagi syarikat tertentu.
- Kedua-dua pihak tadi hanya mengetengahkan sesuatu isu tetapi tiada obligasi
untuk menghalang mereka mendedahkannya kepada awam.
- Berbanding bagi seseorang pekerja yang ada obligasi dengan majikannya,
pendedahan kepada umum adalah satu perlanggaran obligasi kerana maklumat
tadi boleh membinasakan syarikat.
- Pekerja dianggap bekerja sebagaimana yang diarahkan, menggunakan saluran
komunikasi yang betul dan secara amnya semua perkara perlu dilakukan untuk
kebaikan syarikat.
2. Maklumat yang dikemukakan mesti tidak pernah dikemukakan/diketahui oleh
pihak awam.
Menurut Sissela Bok, whistle-blower mengandaikan bahawa mesej yang
disampaikan akan menyedarkan pendengar kepada sesuatu yang mereka tidak
pernah dengar kerana ianya disimpan sebagai rahsia.
Perbezaan antara blowing the whistle dan sounding the alarm adalah
Sounding the Alarm mengambil pendirian awam yang bertentangan dengan
pendirian organisasinya untuk membangkitkan kesedaran awam tentang sesuatu
isu yang sudah diketahui.
3. Maklumat mesti mengandungi salah laku yang signifikan oleh organisasi atau
pekerjaannya.

Terma whistle-blowing selalunya digunakan untuk perkara yang mempunyai


kepentingan yang besar.
Ada sesetengah isu whistle-blowing mendedahkan kes perlanggaran undangundang seperti skandal perakaunan WorldCom, tetapi pekerja juga mendedahkan
aktiviti yang sah tetapi yang berlawanan dengan kepentingan awam seperti isu
pembaziran dan salah-urus dalam pembelian kerajaan atau acaman alam sekitar.
Maklumat yang sebegini akan menyedarkan orang awam dan berkemungkinan
mendorong kepada undang-undang dan peraturan baru.

4. Maklumat ini diumumkan di luar saluran komunikasi biasa firma.


Dalam kebanyakan organisasi, pekerja diminta melaporkan sebarang salah-laku
dan amalan tidak sah kepada pihak atasan terdekat, polisi yang membenarkan
pekerja menulis surat terus kepada CEO dan mewujudkan pegawai khas yang
dikenali sebagai ombudsmen untuk mengurus rungutan pekerja. Ini digelar
sebagai internal whistle-blowing.
External whistle-blower pula adalah apabila salah-laku di dedahkan kepada
pihak luar (agensi kerajaan atau media) melalui saluran komunikasi luar dari
organsasi.
Walau bagaimanapun, seseorang pekerja yang mengikuti prosedur saluran biasa
untuk melaporkan salah-laku bukan dianggap whistle-blower.
5. Maklumat ini diumumkan secara sukarela dan bukan oleh sebab peraturan
undang-undang.
6. Maklumat ini didedahkan sebagai satu bantahan moral untuk mengatasi
sesuatu kesalahan.
Motif mestilah untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dan bukannya untuk
membalas dendam atau ada kepentingan tertentu (seperti untuk kenaikan
pangkat).
JUSTIFIKASI UNTUK WHISTLE-BLOWING
Hujah Agen Ketaatan (Loyal Agent Argument)
Seseorang pekerja sebagai agen majikannya patut bertindak untuk menjaga
kepentingan majikannya (prinsipal).
Sebagai agen, pekerja mempunyai obligasi untuk bekerja sepertimana yang
diarahkan; untuk melindungi maklumat sulit dan bertindak demi kepentingan
majikannya dan yang paling utama ketaatan (kesetiaan).
Contoh: Peguam dan Akauntan dilantik kerana kemahirannya dalam perkhidmatan
kepada kliennya. Pekerja dianggap agen kepada majikannya apabila diambil bekerja
untuk manfaat majikannya.
Semua di atas dicabuli apabila pekerja blow the whistle.
Hujah agen ketaatan ini telah mendapat sokongan dari undang-undang di mana
konsep agensi dan obligasi seorang agen telah dibentuk dengan sempurna.
3

Walaupun pertimbangan kita adalah terhadap status moral seorang pekerja, undangundang agensi adalah sumber relevan yang penting dalam sesuatu perhubungan
pekerjaan.
Dalam Second Restatement of Agency menyatakan seseorang agen adalah tertakluk
kepada tanggungjawab terhadap principal untuk bertindak hanya untuk manfaat
principal dalam semua perkara yang berkaitan dengan agensi.
Contoh: Kita menjangkakan peguam yang kita lantik menjalankan tugasnya kerana
telah bersetuju menerima bayaran tertentu yang mewakili kita sebagai kliennya.

Adakah Whistle-Blower Agen Yang Tidak Taat?

Pada satu keadaan, whistle-blower dilihat seorang agen yang tidak taat yang telah
mencabuli sesuatu perjanjian penting dalam perhubungan majikan-pekerja.
Whistle-blowing bukan sesuatu yang boleh dilakukan tanpa sebarang justifikasi tetapi
pada masa yang sama, ianya sesuatu yang boleh dijustifikasikan (dibenarkan).
i. Undang-undang agensi tidak mengenakan tanggungjawab mutlak kepada
seseorang untuk mematuhi apa-apa yang diarahkan.
- Pekerja cuma perlu patuh kepada arahan yang munasabah.
- Ini bermakna pekerja tidak bertanggungjawab (sebagai agen) untuk melakukan
sebarang tindakan yang tidak sah (illegal) atau tidak bermoral (immoral),
walaupun diarahkan oleh pihak atasan.
ii. Tanggungjawab seorang agen cuma tertakluk kepada keperluan perhubungan
- Agen hanya perlu melakukan tugas dan tanggungjawab normal sebagai seorang
agen mengikut skop pekerjaannya sahaja.
- Contoh: Seorang agen insurans yang bersetuju menjual polisi insurans dan
mendapat komisyen adalah bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti
tersebut sebagai seorang agen yang taat. Adalah melucukan jika kita
mengandaikan agen tersebut juga perlu bertanggungjawab untuk mengecat
rumah, memandikan haiwan peliharaan atau melakukan sesuatu yang akan
menggembirakan prinsipalnya.

Kesimpulannya, perhubungan agensi tidak memerlukan seseorang terlibat dalam


aktiviti yang tidak sah di sisi undang-undang atau tidak bermoral atau menyerahkan
segala jiwa dan raga sepenuhnya kepada majikan.

Apakah Maksud Ketaatan / Hujah Ketaatan (Loyalty Argument)

Persoalan timbul apabila kadangkala whistle-blower dianggap sebagai tindakan yang


menunjukkan ketidaktaatan dan kadangkala dianggap sebagai tindakan yang
dilakukan atas dasar ketaatan.

Jawapan sebahagiannya bergantung kepada apa yang kita tafsir terhadap ketaatan.
i. Jika ketaatan dilihat hanya untuk mematuhi arahan dan tidak mengganggu statusquo yang ada, whistle-blowing dianggap sebagai tindakan yang tidak taat.
ii. Jika ketaatan dilihat sebagai komitmen kepada kepentingan sebenar atau matlamat
organisasi berbanding hanya menurut perintah, whistle-blowing dianggap agen
yang taat.

Bukti Ketaatan
i. Bukti Sosiologi
Beberapa bukti menunjukkan whistle-blower dianggap setia (terlalu setia) kepada
organisasi seperti yang dibuktikan oleh seorang tokoh sosiologi Myron Glazer
yang telah menemuramah 55 orang whistle-blower dengan mendalam:
Whistle-Blowing merupakan pekerja yang taat, yang memilih untuk
mendedahkan sebarang salah-laku dengan kepercayaan bahawa tugas dan
tindakannya itu adalah demi kepentingan syarikatnya. - Myron Glazer -.
ii. Exit, Voice & Loyalty.
Albert O.Hirschman dalam bukunya bertajuk Exit, Voice & Loyalty berhujah
bahawa:
Ahli sesebuah organisasi dan mereka yang terlibat dengan organisasi seperti
pelanggan firma, boleh bertindakbalas terhadap sebarang ketidakpuasanhati
samaada dengan meninggalkan organisasi dan tidak melanjutkan sebarang
perhubungan dengannya (exit) atau dengan menyuarakan dan menjadikan
ketidakpuasan diketahui dengan harapan ianya membawa perubahan (voice).
Menurut Hirshman, exit adalah lebih baik daripada voice tetapi firma
perniagaan tidak selalunya menganggap pekerja yang meninggalkan firma sebagai
tidak taat.
Jadi, dalam kebanyakan kes, whistle-blower dilayan sehingga mereka
meninggalkan firma secara sukarela.
Ini akan memberi manfaat kepada organisasi hanya untuk jangka pendek kerana
firma dapat hindar daripada pembuat masalah (trouble-maker) tetapi dalam jangka
panjang ia menggalakkan pekerja untuk menggunakan pilihan untuk
meninggalkan firma (exit options) yang akan membinasakan firma kerana
menghalang mereka yang mampu untuk mencetuskan reformasi dari dalam.
Keadaan yang Menjustifikasikan Whistle-Blowing
i. Adakah keadaan mempunyai kepentingan moral yang memadai untuk
menjustifikasikan Whistle-Blowing?
- Sejauhmana seriusnya sesuatu isu.
- Jika kurang serius, kurang kemungkinan untuk blow the whistle.

Contoh: Pembongkaran terhadap kaedah baru dalam pemasaran bahan dadah


kerana nyawa manusia terancam. Persoalannya, bagaimana jika dadah sahaja
yang dapat memulihkan kebanyakan penyakit?

ii. Adakah anda mempunyai kesemua fakta dan memahami signifikasinya?


- Whisle-blower selalunya melibatkan tuntutan yang amat serius yang boleh
menyebabkan bencana yang tidak boleh diperbaiki lagi jika didapati tuduhan
tersebut tiada asasnya dan hanya tersalah tafsir.
- Mesti ada dokumentasi lengkap atau bukti yang mencukupi
- Ianya bukan berteraskan khabar angin sahaja.
- Bukti yang kukuh perlu ada kerana kes selalunya dibawa ke mahkamah
- Whistle-blower perlu berhati-hati dengan tidak mudah membuat kesimpulan awal
terhadap sebarang perkara di mana pengurusan atasan lebih berpengetahuan
mengenai situasi tersebut dan mempunyai pertimbangan yang lebih baik.
iii. Sudahkah kesemua saluran dan penyelesaian dalaman diceburi?
- Mahkamah secara amnya, tidak memberi pertimbangan terhadap sebarang
rungutan sehinggalah semua rungutan yang mungkin telah dibuat di dalam
organisasi.
- Terdapat syarikat yang progresif yang tidak mahu sebarang masalah didedahkan
kepada umum dan membentuk prosedur yang membenarkan pekerja meluahkan
rasa tidak puas hati melalui saluran dalaman.
iv. Apakah cara terbaik untuk mengumumkan maklumat ini?
- Persoalan yang perlu difikirkan:
a. Kepada siapa sepatutnya maklumat didedahkan?
b. Berapa banyak maklumat sepatutnya didedahkan?
c. Patutkah identiti pemberi maklumat dirahsiakan atau didedahkan?
- Whistle-blower dinasihatkan tidak blow the whistle secara impulsif tetapi perlu
berfikir secara terperinci di setiap langkah dan memikirkan kesan yang boleh
berlaku.
v. Adakah tanggungjawab saya berasaskan peranan saya dalam organisasi?
- Seseorang pekerja boleh melakukan whistle-blowing dan mungkin
bertanggungjawab untuk melakukannya apabila salah-laku melibatkan perkara di
mana pekerja mempunyai tanggungjawab langsung dengannya.
- Seseorang yang professional (peguam, akauntan, jurutera) samaada ingin blow
the whistle, mestilah memberi pertimbangan mengikut konteks etika professional.
vi. Apakah kebarangkalian untuk kejayaan?
- Sesuatu whistle-blowing boleh gagal disebabkan oleh:
a. Kegagalan whistle-blower mewujudkan kes yang boleh menarik perhatian
ramai.
b. Organisasi yang terlalu berpengaruh dan berkuasa

c. Orang awam kurang responsif terhadap isu yang dilaporkan.

ADAKAH WHISTLE-BLOWING SATU HAK?


Perlindungan undang-undang
The Civil Service Reform Act of 1978 menghalang tindak balas terhadap pelapor.
The Whistle-Blower Protection Act of 1989 mewujudkan office of special
Counsel untuk memproses laporan Whistle-Blowing.
The Occupational Safety & Health Act 1994 (Section 27) Malaysia
No employer shall dismiss an employee, injure him in his employment, or alter his
position to his detriment by reason only that the employee:
i. Makes a complaint about a matter, which he considers, is not safe or is a risk to
health;
ii. Is a member of a safety and health committee established pursuant to thus act or;
iii. Exercise any this function as a member of the safety and health committee.

No trade union shall take any action on any of its members who, being on employee
at a place of work.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) - Malaysia


Sila rujuk nota tambahan

HUJAH MENYOKONG WHISTLE-BLOWING


i. Hujah Utilitarian
- Sumbangan (manfaat) whistle-blower kepada masyarakat melalui pendedahan
bagi aktiviti yang salah disisi undang-undang, pembaziran dan salah-urus.
- Manfaat ini hanya boleh dicapai hanya jika whistle-blower tampil ke hadapan dan
membuatkan maklumat diketahui.
ii. Hujah Hak Kebebasan Bersuara
- Setiap pekerja sepatutnya memiliki hak untuk bertindak mengikut suara hatinya
(conscience).
HUJAH MENENTANG WHISTLE-BLOWING
Terdapat banyak masalah untuk mendrafkan perundangan bagi melindungi whistleblower.
i. Undang-undang yang mengiktiraf whistle-blower sebagai hak kemungkinan
disalahgunakan secara terbuka.

- Whistle-blower mungkin digunakan oleh pekerja yang merungut untuk


memprotes keputusan syarikat atau untuk menyerang majikannya.
- Mereka juga menggunakannya sebagai alasan untuk blow the whistle bagi
melindungi prestasi hambarnya.
ii. Undang-undang untuk melindungi whistle-blower akan mencerobohi hak tradisi
seseorang majikan yang menjalankan perniagaan yang dilihat sepadan dan akan
menambah kekangan perundangan yang ada. Ini menyebabkan pengurus sukar
mengurus perniagaan dengan efisyen.
iii. Jika whistle-blower dilindungi oleh undang-undang, apakah remedi perundangan
untuk pekerja yang telah diberhentikan secara tidak adil.
- Reinstatement (iaitu pengembalian jawatan) di tempat kerja yang selalunya
remedi biasa di dalam prosedur rungutan mungkin tidak sesuai dilaksanakan di
dalam kes pekerja yang dianggap tidak setia.
- Sebagai alternatif kepada reinstatement, whistle-blower mungkin ditawarkan
ganjaran berbentuk kewangan sebagai pampasan akibat diberhentikan secara
tidak adil.
PEMBENTUKAN POLISI WHISTLE-BLOWING FIRMA

Membolehkan firma menyelesaikan masalah salah laku secara dalaman.


Segala laporan disiasat dengan telitinya dan tindakan susulan diambil, tindakan
pembalasan dapat dielakkan.
Menegaskan komitmen firma untuk mengenalkan satu suasana korporat beretika.

Komponen Polisi Whistle-Blowing


1. Kenyataan berkenaan tanggungjawab yang dikomunikasikan dengan efektif.
- Pekerja seharusnya memahami tanggungjawab untuk melaporkan semua perkara
serius tentang tingkahlaku tidak beretika atau tidak sah melalui saluran dalaman
yang sesuai.
2. Tafsiran yang jelas bagi prosedur pelaporan
- Prosedur perlu diwujudkan bagi membenarkan pekerja melapor sesuatu perkara
dengan cara sulit.
- Prosedur seharusnya menyatakan kepada siapa laporan patut dikemukakan dan
dalam bentuk yang sempurna dan pekerja patut peka terhadap prosedur ini.
- Ada firma yang mewujudkan talian ethics hotline.
3. Kakitangan terlatih untuk menerima dan menyiasat laporan.
- Kejayaan polisi whistle-blower bergantung kepada kemahiran kakitangan yang
mengendalikan laporan ini.

Kemampuan paling penting adalah untuk memastikan kerahsiaan dan penyiasatan


menyeluruh yang adil.
Kakitangan tersebut mestilah terlatih dan memiliki autoriti mencukupi di dalam
organisasi dan program sepatutnya dinilai secara berkala untuk keberkesanannya.

4. Komitmen untuk mengambil tindakan sewajarnya.


- Pekerja mestilah diyakinkan bahawa laporannya tidak akan diabaikan dan
disalahgunakan.
- Bukan sahaja tujuan bagi polisi whistle-blowing dikomunikasikan dengan efektif
kepada semua pekerja, bahkan syarikat juga mesti meyakinkan pekerja (dengan
kata dan surat ikatan) yang laporan mereka akan digunakan hanya untuk tujuan
tersebut.
- Polisi yang baik juga menyatakan bahawa pekerja yang membuat laporan akan
dimaklumkan tentang hasil penyiasatan dan tindakan yang akan diambil.
5. Jaminan tiada pembalasan dilakukan
- Polisi yang baik adalah apabila pekerja tidak akan dikenakan pembalasan kerana
membuat laporan yang bertujuan baik (good faith).
- Walau bagaimanapun, pembalasan boleh dielakkan, hanya jika kepentingan bagi
polisi dikomunikasikan dengan efektif kepada semua orang di dalam organisasi
dan terdapat komitmen yang baik oleh pihak atasan terhadap kejayaan polisi.
- Syarikat juga mestilah berjaga-jaga terhadap pekerja yang mungkin
menyalahgunakan saluran etika atau mekanisma pelaporan lain untuk tujuan
peribadi, tetapi penyiasatan yang adil dan menyeluruh mestilah mendedahkan
fakta kes walaupun terdapat laporan yang bermotifkan kepentingan pekerja
sahaja.
Contoh Kes Whistle-Blowing di Malaysia
Skandal NFCorp (National Feedlot Corporation)
Whistle-blower: Shamsubahrin Ismail
- Didedahkan pada Oktober 2011 apabila Laporan Audit Negara 2010 mendapati
RM250 juta projek penternakan lembu gagal memenuhi objektif penubuhannya iaitu
mengurangkan import daging Malaysia.
- NFC dituduh menyalahgunakan sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah
kerajaan untuk membeli kondominium mewah, tanah pada harga premium dan
perbelanjaan lain yang tiada kaitan dengan penternakan lembu.

nzy/ethicschap4/2014

10