Anda di halaman 1dari 19

Pengenalan

Di negeri-negeri jelapang padi seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis, wau

dimainkan oleh petani-petani selepas musim menuai padi. Permainan wau dijadikan satu

aktiviti untuk mengisi masa lapang sebelum menjalankan kerja-kerja menanam padi pada

musim seterusnya. Walaupun demikian, permainan wau lebih merupakan permainan

hiburan san kesenian tradisional orang-orang Melayu.

Pada dasarnya, wau terbahagi kepada dua jenis . Pertamanya wau yang dipertandingan

dari segi kecantikan dan kehalusan seni ukirannya. Keduanya wau dipertandingkan dari

segi kemampuannya naik atau terbang di udara. Memang ramai orang yang boleh

membuat wau yang boleh naik tinggi tetapi kurang menarik dari segi corak

dan juga ukirannya. Ini memeerlukan tukang-tukang pembuat wau yang sangat

mahir dan berpengalaman. Tukang-tukang ini juga perlu mempunyai sifat

ketekunan dan kehalusan.

Pada peringkat awalnya, wau hanyalah merupakan permainan tradisional yang

tidak mementingkan nilai komersilnya. Permainan wau hanya dijadikan hiburan dan

kesenian sahaja. Dalam tahun 1960 dan 1970, permainan wau telah mula dipertandingan

dan diberikan hadiah kepada para pemenang.


Sekarang permainan wau atau layang-layang ini telah menjadi popular bukan sahaja di

kalangan orang-orang Melayu, malah turut dimainkan dan diminati oleh kaum dan

bangsa lain juga. Keadaan ini jelas dengan sambutan yang diterima daripada

negara-negara termasuklah Jepun, Jerman, Singpura dan Thailand ketika diadakan pesta

wau antarabangsa di negara kita. Permainan wau juga telah diubah suai dan sering

dimainkan dan dipertandingankan di peringkat antarabangsa bahkan di peringkat dunia.


Bagaimana Wau mendapat namanya

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari

perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan

Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di

kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia

seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri

Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama

pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur

yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.


Latar Belakang

Menurut bukti sejarahnya yang pernah diceritakan orang, permainan wau telah wujud

pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Melaka, kira-kira dalam tahun 1500

Masihi. Meskipun permainan wau tidak berapa kerap dimainan oleh masyarakat, namun

tetap wujud diiktirafkan sebagai permainan rakyat Malaysia yang dapat dibanggakan.

yang dapat dilihat sekarang ialah wau dijadikan hiasan pada dinding ruang rumah dan

bangunan-bangunan.

Daripada tulisan dan maklumat yang diperoleh, didapati permianan wau merupakan

permainan manusia sejagat. Permainan wau dikatakan bermula di negara China.

Bagaimanapun di negeri Greece, di Rome Kuno dan di negara Jepun juga terdapat

permainan ini.

Ada pun sejarah permainan wau di negara China bermula sejak 3000 tahun yang silam.

Wau di negara tersebut dicipta untuk menerbangkan bahan-bahan makanan kepada

mereka yang terpenrangkap di bukit-bukit atau di Gunung. Dalam kalender China

terdapat ‘Hari Pesta Layang-layang’ yang dipercayai suatu musim yang baik dan sesuai

untuk melangsungkan perkahwinan


Di Rome Kuno dan di Greece pula, permainan wau merupakan suatu kegemaran biasa.

Di Eropah dan di Amerika, selain menjadi menjadi hobi, wau digunakan untuk kajian

sains yang bermula dalam tahun 1479 Masihi oleh Alexander Wilson dan Thomas

Mervill dari Scotland.

Di Malaysia lazimnya, permainan wau adalah sejenis permainan tradisional yang amat

popular dikalangan orang Melayu. Wau biasanya dimainkan di negeri Kelantan,

Terengganu, Kedah, dan Perlis. Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga

dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung.

Ianya juga merupakan salah satu kegiatan masa lapang selepas musim menuai. Sebagai

permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-

berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka

telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Pada masa sekarang,

wau di negara Malaysia merupakan salah satu aktiviti utama menarik pelancong datang

melawat ke negara kita.


Bahagian-bahagian wau

Ruang kosong disebelah kiri dan kanan daripada bahagian tengah wau dinamakan

‘sayap’.Mengikut secara tradisional bahagian yang mempunyai hanya satu sahaja

warnanya ialah bahagian ‘leluk’. Bahagian lekuk sering dikatakan sebagai mata wau

tersebut. Ia membolehkan wau mengetahui kemana ia hendak pergiapabila berada di

udara. Setiap wau mempunyai bahagian kepala, tulang belakang, pinggang, sayap, dan

bahagian punggung atau ekor. Selain itu, sesetengah penggiat wau gemar menambahkan

busur di wau mereka. Hal ini kerana, untuk menghasilkan bunti yang nyaring dan kuat.

antara wau dan bunyi yang sering digunakan ialah wau Kucing dan wau Burung.

Misalnya, wau burung akan berbunyi seperti burung apabila diterbangkan. Busur juga

merupakan satu elemen yang penting untuk mengimbangkan wau.


.JENIS-JENIS WAU

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Jenis yang pertama ialah wau yang dibuat

untuk dilayangkan di angkasa. Keduanya, wau untuk perhiasan dan ketiganya, wau

untuk tujuan permainan. Diantaranya Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau

merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan

yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan

larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan

berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi

pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga

sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.


Contoh-contoh wau:

Wau Bulan Wau Bulan

Wau Payung Wau Kucing


Membuat Wau dan Peralatannya

Walaupun apa pun jenis wau yang dibuat, pastikan wau tersebut mempunyai empat

bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Membuat laying-layang

kecil memang mudah. Untuk menghasilkan wau yang besar , menarik dan cantik,

bukanlah suatu kerja yang senang. Untuk membuat wau tidak memerlukan bahan-

bahan yang banyak. Bahan serta peralatan utama bagi membuat wau hanyalah buluh,

kertas minyak, atau kertas warna, gam benang.

Setiap negara mempunyai cara tersendiri dalam membuat wau. Contohnya di

sesetengah negara, wau tidak dibuat daripada kertas tetapi daripada sejenis kain

sutera tiruan. Kain-kain ini pula dihasilkan di Belanda. Di Malaysia, pembuat wau

selalunya menggunakan kertas minyak. Selain kertas minyak, kertas berwarni-warni

turut digunakan. Warna-warna yang dipilih terdiri daripada warna-warna terang. Ini

disebabkan warna-warna yang terang lebih menarik dan mudah dilihat dari jauh.

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh

untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada

rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya.


Buluh yang digunakan untuk membuat rangka tidak boleh diambil dari sebarang pokok

buluh. Pastikan buluh yang dipilih adalah buluh jenis baik seperti buluh dari pokok

buluh duri. Buluh jenis ini tidak mudah patah ketika dibentuk. Di samping itu juda, buluh

ini ringan. Buluh yang ringan paling sesuai digunakan kerana ia memudahkan wau

terbang tinggi.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh:

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang
buluh seperti di waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh


yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu,
“Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik
ni ialah hak aku,mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka
wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada
dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.

3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Kemudian duri-duri yang terdapat pada buluh dikikis terlebih dahulu. Tujuan mengikis

duri pada buluh tersebut adalah untuk memastikan tangan tidak luka atau tercucuk duri.

Seterusnya, buluh itu dipotong mengikut ukuran panjang yang diingini dan dibelah halus

menjadi bilah. Bilah-bilah buluh tadi akan dilayur pada api untuk memudahkan proses

melentur dan membentuk bilah buluh bagi memastikan bilah buluh tidak mudah patah.

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti

ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan

berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar

tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan

mengelakkan daripada kesilapan.


Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar


lembut dan sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut


sehingga 0.5 sentimeter

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan
di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk
memudahkan ia dibentuk.

5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah


tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Bilah buluh yang telah diraut akan diimbang untuk memastikan keseimbangan agar wau

yang terhasil tidak berat sebelah atau tidak terbang semasa cuba dinaikkan. Semasa

proses membuat rangka, bilah-bilah buluh yang halus itu dilentur dan diikat pada

tempat-tempat yang tertentu dengan benang. Rangka itu dibuat mengikut bentuk yang

dikehendaki. Setelah kerja-kerja membuat rangka selesai, rangka wau tadi akan

diimbangkan sekali lagi.


Rangka wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang

rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong

mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua meter buluh untuk sayap, satu meter

untuk tulang belakang dan dua buluh lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang

hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan

di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya


ditanda 3 bahagian tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan
bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan


pada hujung bahagian sayap

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh


ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.
Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi
bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan
dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat


separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan
jarak 2 inci dari tulang belakang.
Setelah rangka wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada

wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih

kenyal dan tidak ditembusi.

Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.

2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan


dua sentimeter dari rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar

dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua

menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung

atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang

telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta

dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasidengan rambu-rambu halus

yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya.


Proses membuat wau secara bergambar:
Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang

wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup

maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya

sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah

cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu

tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat

tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta,

ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan

dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang

masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau

pertandingan wau antarabangsa.


Cara menaikkan wau
Mungkin ramai yang menganggapkan proses untuk menaikkan wau ke angkasa

merupakan proses sukar. Namun begitu pada hakikatnya, proses untuk menaikkan

wau bukanlah sesuatu yang rumit. Bagi menaikkan wau, sekurang-kurangnya

dua orang diperlukan. Seorang akan memegang wau dan seorang

lagi akan memegang tali wau.

Pemegang wau memegang wau sambil berdiri di sesuatu tempat. Pemegang tali wau akan

berjalan kea rah tiupan angina. Apabila sampai di tempat yang sesuai, tali ditarik lalu

wau dilepaskan. Wau itu melayang ke udara. Lebih besar wau, lebih ramailah orang yang

diperlukan untuk menariknya. Wau yang sebesar melebihi enam meter memerlukan

lebih kurang sepuluh orang untuk menerbangkannya ke udara. Wau yang

besar menggunakan tali yang lebih besar.

Bagi pertandingan wau, cara pengadilan dipanggil ‘pancang meter’, iaitu berdasarkan

kiraan naik ketinggian sesebuah wau. Kiraan naik wau dikira mangikut ukuran yang

dibuat dengan pembaris yang diukur pada bahagian pancang tempat tempat tali wau

diikat. Tempoh wau naik paling tinggi turut juga akan ditetapkan.
Wau juga boleh didapati daripada :-
I) Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang

amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang

dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan

Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan

tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau

turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai

keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar

kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya

menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan

filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran

kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree

ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

II) Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh

keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi.

Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik

tradisional seperti gendang dan seruling


III) Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir

Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh

masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di

kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat

satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan

mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara

latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-

1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat

Eh Wau Bulan (2X)


Wau Bulan teraju tiga
Ini malam sama-sama
Sama-sama bersuka-ria