Anda di halaman 1dari 4

Tujuan Penubuhan Asas 50

Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan


Melayu.
Ahli-ahli Asas 50 bersepakat untuk bersama-sama berjuang untuk memperluas dan
mempertinggikan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang
dan tulang belakang bangsa yang majmuk di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an.
Mempelajari bidang karangan tentang sastera : seperti cerita, lakonan, buku, rencana,
pengetahuan, kebudayaan dan peradaban Melayu.
mengubah dan mencipta perkara-perkara di atas yang mengandungi aliran dan fikiran
yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan.
mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan
sastera.menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.
Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya. Angkatan Sasterawan 50
juga mengariskan matlmatnya untuk menjaga dan melindungi anggotanya dari segi
undang-undang dan peraturan negara. Ahli- ahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan
undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang.
menentukan bayaran mengikut harga karangan yang dihasilkan.
Membantu sasterawan dalam menajukan cita-cita dan kewangan..
Memberi perlindungan di sisi undang-undang, jika tulisan ahli terkeluar dari pada
undang-undang.
Mempelajari undang-undang negeri yang berhubung dengan penerbitan.
Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama.
Asas 50 juga mengariskan matlamat pertubuhannya di mana ahli-ahlinya akan
mengadakan dan menerima pembaharuan pembaharuan dalam bidang sastera dan
bahasa selari dengan perkembangan zaman. Tetapi dalam hal yang sama Asas 50 tidak
akan menghapuskan khazanah dan langgam sastera lama yang telah diwarisi demi
untuk kemajuan sastera dan bahasa Melayu.
Memaju dan memperbaiki bahasa Melayu dalam penghasilan karya sastera.
Mengubah, mencipta, membasmi dan membina perkataan-perkataan untuk
memperkayakan bahasa dan sastera.
Bahasa dan Kesusasteraan mestilah dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan
perjuangan kemerdekaan. Bahasa dan kesusasteraan adalah alat untuk memajukan
fikiran rakyat, sesuai dengan cita-cita keadilan masyarakat . Ini semua seperti yang
termaktub dalam Kongres Bahasa 1956 seperti yang tercatat dalam Memoranda ASAS
50.
Keadilan masyarakat , kemakmuran rakyat dan perdamaian hidup. Memajukan
pemikiran rakyat dan perpaduan kebangsaan menerusi bahasa dan kesusasteraan
Melayu agar masyarakat sedar bahawa bahasa dan kesusasteraan Melayu adalah
jambatan ke arah itu, seperti yang termaktub dalam Memoranda ASAS 50.
Kesusasteraan harus mengubah nilai yang usang kepada yang baru. Kesusasteraan
berfungsi untuk menyedarkan rakyat dari tidur yang lena di pangkuan penjajah dan
meniupkan semangat dengan kesedaran kemerdekaan terutama dalam bidang sastera
dari segi teknik. kebanyakannya jelas terlihat pada tulisan-tulisan tokoh-tokoh ASAS 50
yang tersiar dalam Utusan Zaman dan Mastika serta dalam ceramah-ceramah di radio.

Bagaimanakah DBP memperkembang bm

membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk


sains dan teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains
dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan
untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru
khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi
memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak
perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat
berkembang sperti bidang sains dan teknologi

Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan.Menurut


Berita Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis
Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga
bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha
memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah
penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.
Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia
diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada
tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga
dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik.

Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan


buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa
kebangsaan. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam
industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta
pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan
yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan bukubuku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan
ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa
Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh
DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang
kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan Negara.Menurut Bekas
Menteri Kehakiman Malaysia, Dato Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan
Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang
daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga
bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat
diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya. Dalam
masa yang sama DBP juga memerlukan penglibatan para sarjana, pengkritik dan
pemantau bahasa, agar buku-buku terbitan DBP dapat dianalisa dan diberi ulasanulasan fragmentasi atau resensi buku, agar orang ramai akan dapat menikmati dan
memahami intipati buku-buku yang diterbitkan oleh DBP.

membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsaan; Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat
institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan
oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul,
membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas
dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu
berkembang dengan cepat sekali.

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.Sepertimana


yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia
yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada mereka
menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling ketara ialah
rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan harian
mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis ataupun
risalah-risalah awamyang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa
Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert dan
promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu
memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah
berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah
dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa
Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun DBP menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran
zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular
dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan
bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak
dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan
bagi sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan
penulis surat bagi alamat dan kawasan.

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan


secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang
berkuat kuasa. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan
pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan,
pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan
dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus
menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan
negara Malaysia. Di sinilah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) sangat penting ke arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa
Melayu dengan pendekatan dan kaedah yang menarik dan selaras dengan
perkembangan teknologi info-telekomunikasi. Daripada kaedah biasabiasa
dan stereotype yang sering digunakan, DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui
industri kreatif, media sosial dan elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa
Melayu dan menghasilkan promo, iklan, drama dan sitkom televisyen dan radio yang
bersangkutan dengan bahasa Melayu.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan
dalam semua bidang terutama dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang
pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju dan kompleks seperti kegiatan
intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah
dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa
Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa
bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang
dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang,
golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah
dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan
dsb

pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal dijadikan bahasa kebangsaan
pada ketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun
menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.