Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan
2.1 Permainan Hoki
Nama: Husna Nadzirah Binti Abdullah
Kelas: 401
No Matrik: MJ155182
Nama Guru: Puan Maimunah

Pengenalan
Dalam permainan hoki, beberapa aspek keselamatan
berkaitan pakaian dan peralatan harus diberikan
perhatian. Terdapat 3 kategori kayu hoki yang selalu
digunakan iaitu ringan, sederhana, dan berat bagi
disesuaikan kepada diri pemain dan posisinya dalam
permainan. Kepala kayu hoki yang digunakan adalah
diperbuat daripada kayu Ash atau mulberry yang
mempunyai permukaan yang rata pada sebelah kiri. Berat
bola hoki yang biasa digunakan untuk tujuan
pertandingan dan diluluskan oleh Persekutuan Hoki
Antarabangsa adalah antara 156 gram sehingga 163 gram.
Pakaian yang dipakai hendaklah mengikut keselesaan
pemain. Pakaian lain ialah kasut, ball guard, mouth guard,
stoking, dan shin guard. Pakaian penjaga gol pula
memerlukan helmet, leg guard, dan kickers, ball guard,
glove dan pengalas dada.

2.1.1 Asas Permainan


Dalam permainan hoki, setiap pasukan terdiri
daripada 11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol.
Permainan sistem bentuk piramid adalah antara yang
popular di Malaysia. Sistem ini menggunakan lima
forward, tiga hafbek, dua bek dan seorang penjaga gol.
Selain itu, terdapat juga system seperti 3-3-3-1 dan 4-4-2
yang digunakan. Pemain hanya dibenarkan menggunakan
kayu hoki untuk memainkan bola. Hanya penjaga gol
dibenarkan menggunakan tangan, kaki, dan anggota
badan untuk mengawal gol selagi ia berada di kawasan D.

Setiap perlawanan rasmi berlangsung selama 35 minit


untuk separuh masa pertama. Pemain diberi masa rehat
tidak melebihi 10 minit dan permainan disambung lagi
selama 35 minit untuk separuh masa kedua.

2.1.2 Kemahiran Menolak

Berguna untuk membuat hantaran, clearance atau


untuk menjaring gol.

Teknik Menolak
1. Berdiri dalam keadaan sedia.
2. Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian
pemegang dan tangan kanan di bahagian tengah
kayu, mengikut keselesaan.
3. Bola berada di hadapan badan di antara kaki kiri
dengan kaki kanan.
4. Rapatkan permukaan kayu supaya berada di belakang
bola. Kayu hoki dipegang bersudut 45 darjah dengan
permukaan padang.
5. Gunakan kekuatan tangan kanan untuk menolak bola
dan tangan kiri menekan kayu ke belakang untuk
memberi kuasa tolakan.
6. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke
hadapan.
7. Siku kanan diluruskan dan kayu dihalakan ke arah
sasaran.
8. Ikut lajak.

2.1.3 Kemahiran Menahan atau Menyerkap


Bola
Mengawal dengan memberhentikan bola yang
bergerak sama ada dari hantarann kawan atau
menghalang hantaran lawan.

Teknik menahan bola dari arah hadapan


1. Mata sentiasa memandang bola yang dating.
2. Pegang kayu dengan tangan kiri sementara tangan
kanan di tengah kayu bagi membantu pergerakan
tangan kiri.
3. Muka kayu menghadap arah bola yang datang. Kayu
dicondongkan ke hadapan sedikit ketika menahan
untuk mengelakkan bola daripada melantun ke atas.
4. Bergerak ke hadapan untuk memudahkan menahan
atau menyerkap bola apabila perlu. Serap daya
semasa bola menyentuh kayu.

Teknik menahan bola di sebelah kanan


1. Mata memandang bola yang datang ke arah kita.
2. Pegangan kayu berjarak seperti dari arah hadapan.
3. Dalam keadaan diri sedia.
4. Badan dibongkokkan dan berpusing ke kanan untuk
bergerak kea rah bola datang. Bahu kiri menghadap
bola dan lutut dibengkokkan sedikit.
5. Kayu hoki digerakkan ke arah bola untuk menahan
bola. Kepala kayu berada di tanah di sebalah kaki
kanan. Bola melintasi badan dan ditahan di hadapan
kaki kanan. Apabila bola menyentuh kayu hoki, tukar
posisi untuk tindakan selanjutnya.

Teknik menahan bola kilas kayu


1. Mata memandang bola yang datang ke arah kita.

2. Pegangan kayu seperti teknik menahan bola dari arah


hadapan.
3. Dalam keadaan diri sedia.
4. Badan dibongkokkan ke kiri dan kilas kayu untuk
menahan bola.

2.1.4 Kemahiran Memukul


Teknik memukul
1. Berdiri dalam keadaan sedia.
2. Pegang kau di bahagian atas dengan kedua-dua
tangan dirapatkan. Tangan kanan berada di sebelah
bawah tangan kiri.
3. Berdiri mengiring dengan bahagian bahu kiri
mengarah ke sasaran bola, sambil badan dalam
keadaan seimbang. Buka kaki seluas bahu.
4. Bola berada di sebelah bahu kiri selari dengan kaki
kiri.
5. Ayun kayu ke belakang, kontak dan ikut lajak.

2.1.5 Kemahiran Menguis


Teknik Menguis
1. Berdiri dalam keadaan sedia dengan bahu menghadap
ke arah sasaran. Cara pegangan kayu lebih kurang
sama dengan pegangan menolak.
2. Jarak kaki dilebarkan sedikit daripada keluasan bahu.
Bengkokkan lutut dan rendahkan badan. Bola berada
dekat di kaki kiri.

3. Condongkan kayu dengan permukaannya menghadap


ke atas.
4. Kuis bola dengan berat badan dipindahkan daripada
kaki kanan ke kaki kiri. Ikut lajak.

2.1.6 Kemahiran Mencedok


a)

Teknik mencedok lurus


1. Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis.
2. Pastikan kedudukan bola dan badan seperti lakuan

menguis.
3. Condongkan kayu lebih daripada lakuan menguis
untuk mendapatkan cedokan yang lebih tinggi.

b)

Teknik mencedok shovel


1. Berdiri dalam keadaan bersedia.
2. Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis.
3. Mata sentiasa memandang bola semasa membuat

cedokan.
4. Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan
ke hadapan hamper dengan bola.
5. Letakkan permukaan kayu di bawah bola.
6. Lakukan cedokan dengan menggunakan kekuatan
daripada pergelangan tangan dan lengan supaya
bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

2.1.7 Kemahiran Menggelecek


Teknik menggelecek
1. Bola sentiasa di hadapan pemain.
2. Tangan kiri dicekak kemas di bahagian pemegang
kayu manakala tangan kanan di bahagian tengah
kayu.
3. Semasa menggelecek, permukaan kayu
digerakkan oleh tangan kiri dan dikawal oleh
tangan kanan.

Kelecek Longgar
- Digunakan apabila pemain hendak
menggerakkan bola dengan cepat dan pihak
lawan berada jauh dari bola.

Kelecek rapat
- Berguna jika pemain tidak memperoleh situasi
yang selamat untuk menghantar bola kepada
rakan

Kelecek India
- Dilaksanakan di hadapan badan dengan
menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih
berganti menggunakan muka kayu dan kilas
kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu
manakala tangan kanan membenarkan kayu
diputar bebas untuk menggerakkan bola.

2.1.8 Kemahiran Menjaga Gol


1. Kemahiran asas berdiri dan pergerakan melintasi
gol.
2. Kemahiran menggunakan kaki dan pad.
3. Kemahiran menggunakan tangan dan glove.
4. Kemahiran menggunakan badan sebagai benteng.
5. Kemahiran menggunakan kayu hoki.
Penjaga gol penting bagi sesuatu pasukan. Seorang
penjaga gol mesti berani, mempunyai konsentrasi yang
baik, kepantasan, masa tindak balas, dan fleksibiliti yang
baik. Perkara utama yang dititikberatkan adalah cara
berdiri dalam keadaan bersedia di hadapan pintu gol.

Diri sedia (Stance)


1. Buka kaki seluas bahu, lutut dibengkokkan sedikit
dan berat badan di atas bebola kaki.
2. Badan dibengkokkan sedikit dan mata memandang
bola.
3. Hulurkan tangan kiri ke tepi dengan siku bengkok
sedikit, tapak tangan menghala ke hadapan.
4. Tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki
pada paras pinggang.

2.1.9 Faul
Antara faul yang biasa dilakukan adalah seperti berikut:1. Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola.
2. Memainkan bola melebihi paras bahu.
3. Menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan
daripada memainkan bola.
4. Menyerang, menyepak, atau menolak pihak lawan
dan memegang pakaiannya dengan tujuan
mengganggu atau mencederakannya.

Hukuman terhadap Faul


1. Sekiranya faul dilakukan di luar kawasan D:a) Pasukan penyerang mendapat pukulan percuma.
b) Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut
penalti jika pasukan bertahan dengan sengaja
membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25 ela
(22.9 m).
2. Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D:a) Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika
penyerang melakukan faul.
b) Pasukan penyerang mendapat sudut penalty jika
pasukan bertahan melakukan faul.
c) Pasukan penyerang mendapat strok penalty jika
pihak bertahan melakukan faul dengan sengaja.

Info Tambahan:Ukuran Padang Hoki

Anda mungkin juga menyukai