Anda di halaman 1dari 4

Lokasi Taman Negara Kubah hanya kira-kira 22 km dari ibukota Kuching, Sarawak

dan taman negara ini diwujudkan pada tahun 1989 namun hanya dibuka pada umum
sekitar tahun 1995.
Keluasannya adalah sekitar 2,230 hektar dan dipenuhi dengan flora serta fauna
dan juga beberapa pemandangan yang menarik seperti puncak Serapi yang merupakan
puncak tertinggi di Taman Negara Kubah dengan ketinggian 990m dari paras laut.
Setiap taman Negara itu mempunyai keunikannya yang tersendiri dan begitu
juga Kubah kerana disinilah berhimpunnya semua spesis tumbuhan palma yang
dikatakan antara yang terbaik pernah ada di dunia.
Dan ianya sudah lama diakui dunia melalui seorang ahli botani terkenal di
dunia iaitu Odoardo Beccari yang menulis buku bertajuk Wanderings In The Great
Forest Of Borneo yang tinggal di Sarawak pada tahun 1865 hingga 1868.
Di sebalik keindahan taman Negara ini mungkin ramai tidak mengetahui
bahawa Taman Negara Kubah ini merupakan antara taman Negara yang terkenal di
kaca mata dunia suatu waktu dahulu.
Apakan tidaknya, sekitar tahun 1987, di lokasi Taman Negara Kubah inilah
pernah menjadi latar belakang kepada dua filem Hollywood iaitu yang berjudul
Farewell To The King yang mana teraju utamanya adalah Nick Norte.
Kemudian di kawasan Kubah ini juga pada tahun 2003 menjadi lokasi
penggambaran sebuah filem berjudul The Sleeping Dictionary yang dilakonkan
oleh artis tersohor Hollywood iaitu Jessica Alba.
Inilah antara keunikan Taman Negara Kubah yang mungkin bagi kita biasabiasa sahaja tetapi sebenarnya menyimpan seribu satu khazanah yang tinggi nilainya.
Seluas 5500 ekar persegi Taman Negara Kubah terdiri daripada hutan hujan
Borneo yang meliputi Banjaran Matang di mana Gunung Serapi ialah ialah puncaknya
yang tertinggi. Nama Kubah adalah bersempena kepada Gunung Serapi yang
berbentuk seperti kubah. Ketika cuaca terang, Gunung Serapi ini dapat dilihat dengan
jelas dari Kuching Waterfront. Sebenarnya Taman Negara Kubah hanya terletak 20
kilometer dari Kuching.

Sebahagian dari Taman Negara Kubah iaitu di sebelah barat ialah Pusat
Hidupan Liar Matang yang meliputi kawasan seluas 440 ekar persegi. Pusat ini
menempatkan haiwan seperti rusa sambar, buaya, musang civet, beruang matahari,
landak, binturong, siamang dan oran utan. Haiwan-haiwan di sini disimpan dalam
kurungan tetapi tidak seperti zoo, kurungan haiwan ini terletak di dalam kawasan
hutan semulajadi yang sama seperti habitat asal haiwan ini.
Berjalan di dalam hutan suasananya adalah teduh dan suram. Ini kerana kanopi
dedaun pokok-pokok memayungi cahaya matahari dari sampai ke lantai hutan. Kami
juga di kelilingi oleh batang-batang pokok yang besar seumpama berada di istana
gergasi. Kami juga berada di kalangan tumbuhan-tumbuhan spesis palma yang
berdaun lebar atau yang berdaun pelepah. Begitu juga dengan banyaknya terdapat
tumbuhan memanjat dari spesis liana yang bergantungan dan menbelit pokok-pokok
besar di sekeliling kami. Suasana sebegitu membuatkan kami berasakan berada jauh
di dalam hutan dan jauh dari sebarang tamadun manusia.
Tumbuhan-tumbuhan palma ini dapat dilihat sepanjang denai Palmetum Trail
yang juga merupakan deni utama di Kubah. Denai ini melewati tempat-tempat yang
menarik di hutan Taman Negara ini dengan tumbuhan-tumbuhan palma yang telah
dilebel nama biasa dan saintifik terdapat di sepanjang laluan. Selain daripada itu
terdapat juga air terjun, sungai dan anak sungai di dalam hutan ini.
Air terjun di sini juga tidak kurang juga menariknya. Ia jatuh setinggi 10 meter
ke dalam kolam yang cantik. Satu idea yang baik untuk berendam di kolam ini selepas
jauh berjalan di dalam hutan yang panas dan lembab.
Taman Negara Kubah walaupun terletak berdekatan dengan kawasan
perbandaran adalah taman Negara yang kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan
Borneo. Melawat dan merasai pengalaman berada di sini adalah amat mengujakan.
Apatah lagi jika bandaraya yang terhampir ialah Kuching. Ada juga terdengar ura-ura
untuk menempatkan haiwan yang kehilangan habitat asal oleh kerana pembinaan
empangan Bakun ke Taman Negara ini. Apapun pada sesiapa yang ingin melarikan
diri ke dalam hutan Borneo dengan cara mudah. Ini lah tempatnya.

Taman Negara Kubah


Terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya Kuching dan beberapa
minit perjalanan dari Kampung Matang, Taman Negara Kubah yang memiliki hutan
semula jadi merangkumi kawasan seluas 2,230 hektar.
Sebahagian besar taman ini diliputi dataran tinggi batu pasir termasuklah
Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok.Dengan ketinggian antara 150
hingga 450 meter, dataran ini diselang-selikan dengan terbentuknya batu kapur yang
sudah menjadi keras dan deruan air terjun yang jernih dan mampu menggamit
kedatangan pengunjung.
Kawasan ini meliputi hutan lanar, hutan campuran bertanah rendah
(dipterocarp), hutan kerangas (kesihatan), hutan submont dan hutan sekunder.Lokasi
taman yang berhampiran dengan garisan pantai, hutan bakau serta ciri-ciri semula jadi
lain menjadikan Kubah sebagai kawasan hidupan liar seperti babi hutan, Kenyalang,
pelanduk, tupai dan pelbagai jenis amfibia serta reptilia.
Taman Negara Kubah juga menjadi tempat melatih Orang Utan yang tidak
mempunyai ibu bapa tentang cara hidup berdikari di dalam hutan.Apabila berada di
sini, pengunjung dapat melihat banyak Orang Utan terutama ketika haiwan-haiwan ini
diberi makan selain berkesempatan melihat beruang Madu, rusa Sambar, musang
Civet dan tiga buah rumah burung yang menempatkan helang Laut, burung
Kenyalang dan burung-burung lain di Sarawak.
Di sini, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti rentas hutan dengan melalui
empat trek yang disediakan.Jika melalui trailPitcher, ia biasanya mengambil masa
kira-kira dua jam manakala trail sungai Rayu memerlukan masa kira-kira tiga hingga
empat jam.Sekiranya melalui trail sungai Senduk, masa yang diperlukan untuk
merentas hutan biasanya lebih kurang satu jam dan tambahan sejam lagi jika melalui
trail sungai Buluh.Kemudahan penginapan seperti khemah dan chalet yang dilengkapi
katil, peralatan memasak, kipas, tab mandi, elektrik serta tempat meletak kereta dan
kantin juga disediakan di taman negara ini

Bagi pengunjung luar yang ingin melihat gelagat pelbagai jenis haiwan dan
menikmati alam semula jadi di Taman Negara Kubah disarankan menyewa kereta atau
pun menaiki teksi kerana masa perjalanan bagi pengangkutan awam di sini agak
terhad.Dari pusat bandar raya Kuching, perjalanan menuju ke sini lazimnya
mengambil masa sekitar 45 minit hingga sejam bergantung kepada keadaan jalan
raya.
Dari pusat bandar, pengunjung perlu memandu ke Jalan Satok dan merentasi
jambatan (jalan raya) yang menjadi laluan utama bagi menghubungkan penduduk
kawasan utara (seberang sungai) dan selatan, Kuching.Sampai sahaja di simpang
bulatan simpang empat, pengunjung perlu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan
Matang.
Dari sini, perjalanan perlu diteruskan kira-kira setengah jam dengan melalui
jalan utama Matang sebelum sampai ke Taman Negara Kubah. (KK6: 21 Julai 2010
Oleh: Noraini Mahyan)
dari sumber:
Perpustakaan Desa Kampung Matang Batu 10 93050 Kuching, Sarawak Bumi
Kenyalang.

Anda mungkin juga menyukai