Anda di halaman 1dari 2

Rumusan

Secara kesimpulannya, pelaksanaan tugasan ini membantu kami untuk


mengenali secara lebih mendalam tentang kerja organisasi bengkel dan kerja
pengurusannya. Pengurusan sebuah bengkel bukan suatu yang mudah, ia memerlukan
pengalaman dan idea yang kreatif agar mewujudkan sebuah bengkel yang mempunyai
tempat uniknya.
Sebuah bengkel yang baik adalah memenuhi piawaian yang ditetapkan dan
aspek keselamatan akan sentiasa dijaga. Alat-alat kecemasan seperti peti pertolongan
cemas dan alat pemadam api perlu disediakan agar dapat digunakan apabila
kemalangan berlaku. Guru-guru perlu sentiasa memastikan pengguna bengkel iaitu
murid sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri dan mematuhi segala arahan guru dan
peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, peraturan bengkel perlu diwujudkan dan
penguatkuasaan perlulah tegas supaya semua murid akan mematuhi peraturan yang
ditetapkan.
Selain itu, pengendalian alatan bengkel adalah amat penting kerana penjagaan
yang baik akan meningkatkan usia penggunaan sesuatu alatan. Kos penyelengaraan
alatan tangan adalah suatu tanggungan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai dana
yang sedikit. Penyelenggaraan alatan boleh diminimumkan dengan kaedah menjaga
dengan rapi dengan tabiat kerja yang betul. Amalan kerja adalah amat penting bagi
sebelum, semasa, dan selepas kerja. Cara penggunaan yang cermat dan kaedah
penyimpanan selepas penggunaan adalah kunci yang mempengaruhi kondisi alatan
tangan. Dengan jagaan yang rapi, pihak sekolah tidak perlu membelanja wang yang
banyak ke atas kos penyelenggaraan alatan.
Di samping itu, kawalan stok dalam bengkel dapat membantu guru panitia Reka
Bentuk dan Teknologi sentiasa jelas tentang stok yang masih ada. Borang-borang
kawalan stok perlu dibuat agar mengetahui secara jelas hala tuju alatan atau bahan
yang telah digunakan. Sekiranya adanya borang pengambilan stok bahan, guru yang
bertanggungjawab akan mengetahui baki stok yang ada dan menambah stok sekiranya
perlu.

Akhir kata, pengurusan bengkel yang cekap dan teliti dapat meningkatkan
budaya menyayangi terhadap harta sekolah. Guru dan murid akan sentiasa
mengamalkan amalan murni iaitu menjaga harta sekolah dengan baik. Bukan setakat
itu sahaja, pengurusan keselamatan yang baik akan mengelakkan dan mencegah
kemalangan berlaku di dalam bengkel.