Anda di halaman 1dari 9

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikumwarahmatullahi wa
barakatuh
Salam aspirasi kepada saudara pengatur
majlis
Barisan panel perhakiman penuh
berkarisma
Guru-guru seterusnya rakan-rakan yang
sentiasa celik akal minda dan penerus
wadah tonggak negara.
Bicara saya pada pagi ini bertajuk
keluarga penyayang masyarakat
bahagia. Menurut kamus
Dewan,keluarga penyayang bermaksud
kehidupan satu keluarga yang bebas
daripada gejala sosial , mengamalkan
corak kehidupan yang berlandaskan
disiplin tetapi wujud di dalam sifat kasih
saying yang amat tinggi dan saling
hormat-menghormati. Masyarakat dan
keluarga penyayang sering diperkatakan
oleh pihak-pihak tertentu, terutamanya

pihak media massa. Hal ini juga kerap


terdapat pada kain rentang. Walaupun
begitu, apakah yang dimaksudkan
keluarga penyayang masyarakat
bahagia? Secara umumnya,
pembentukan masyarakat sejahtera
bermula dari keluarga. Perkara ini tidak
akan menjadi kenyataan sekiranya
anak-anak tidak diasuh dari kecil kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sehubungan itu, ibu bapalah orang
bertanggungjawab dalam menentukan
sama ada budaya penyayang ini dapat
dikekalkan atau tidak dalam membina
masyarakat bahagia pada masa
hadapan. Berlandaskan tajuk ini, saya
ingin menyentuh peranan ibu bapa
dalam mewujudkan masyarakat
bahagia.
Hadirin sekalian,
Bicara saya yang pertama,
Ibu bapa sebagai pendidik anak-anak

Ibu bapa tentu faham bahawa


tingkah laku anak-anak bergantung
pada cara pendidikan di rumah.
Sekiranya anak-anak dididik dan
membesar dalam suasana kasih sayang
di rumah, suasana tersebut tentu akan
mempengaruhi mereka. Oleh sebab itu,
ibu bapa perlu banyak bersabar ketika
melayan kerenah anak-anak. Ibu bapa
juga seharusnya bertanya tentang
masalah yang dihadapi anak-anak,
bukan sahaja dari segi masalah
pelajaran tetapi masalah-masalah yang
dihadapi oleh anak-anak juga. Langkah
ini penting agar anak-anak merasakan
bahawa diri mereka disayangi oleh ibu
bapa atau oleh ahli keluarga yang lain.
Dunia juga telah membuktikan , hellen
keller yang dilahirkan pekak, buta dan
bisu atau micheal oher yang
berketurunan afrika , atau riched
brenson, seorang kanak-kanak disleksia.
Mereka semua takkan membesar

menjadi sumber inspirasi dan tokoh


dunia tanpa , pengorbanan keluarga
yang berhati suci , yang
menerima mereka seadanya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian,
Bicara saya yang kedua,
Ibu bapa sebagai pembimbing anakanak
Selain memberikan kasih sayang
bagai menjaga intan dicanai kepada
anak-anak, ibu bapa juga berperanan
memberikan pendidikan agama yang
sewajarnya di rumah. Ibu bapa haruslah
memperlihatkan kepentingan
pendidikan agama dari awal lagi.
Perkara-perkara asas tentang agama
perlu didedahkan kepada anak-anak
sejak mereka masih kecil.
Tanggungjawab ini penting supaya anakanak menyedari bahawa ada batasbatas tertentu yang boleh dilakukan dan

yang tidak boleh dilakukan dalam


kehidupan seharian. Melalui pendidikan
agama juga, anak-anak akan menginsaf
bahawa kasih sayang merupakan
tuntutan agama. Setiap agama di dunia
mengajar penganutnya mengasihi
manusia dan semua makhluk yang lain.
Sebagai manusia, kita tidak terlepas
daripada melakukan kesilapan. Perkara
ini juga turut berlaku ketika ibu bapa
menunaikan tanggungjawab mendidik
anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa
janganlah terlalu mengongkong atau
terlalu memanjakan anak-anak.
Tindakan terlalu mengongkong anakanak akan menimbulkan tanggapan
bahawa mereka tidak disayangi. Amalan
menurut segala kemahuan anak-anak
pula tidak wajar kerana tindakan ini
tidak mendidik anak-anak agar
memahami erti kehidupan. Anak-anak
juga tidak tahu berdikari apabila mereka
dewasa. Oleh sebab itu, langkah yang

terbaik adalah dengan mengamalkan


konsep kesederhanaan dalam segala
tindakan, sesuai dengan tuntutan
agama.
Kadangkala, ibu bapa sudah pun
memberikan pendidikan agama dan
kasih sayang yang sewajarnya di rumah.
Walaupun begitu, nilai kasih sayang
tidak menjadi amalan anak-anak. Jika
demikian, ibu bapa sedar bahawa
terdapat perkara lain yang
mempengaruhi anak-anak dan salah
satu daripadanya ialah pengaruh rakan
sebaya. Bagi mengatasinya, ibu bapa
hendaklah mengambil tahu akan latar
belakang rakan anak-anak. Ibu bapa
hendaklah membimbing anak-anak dari
segi memilih rakan. Hal ini demikian
kerana, rakan sebaya tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi
tingkah laku anak-anak. Anak-anak akan
menjadi seorang yang penyayang
sekiranya mereka bergaul dengan

rakan-rakan bersikap penyayang.


Sebaliknya, mereka akan bersikap kasar
sekiranya terpengaruh oleh rakan-rakan
yang bersikap negatif.
Bicara saya yang ketiga ialah
Ibu bapa sebagai pembentuk sahsiah
anak-anak.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Anak-anak juga hendaklah diasuh
supaya turut menghormati dan
menyayangi ahli keluarga yang lain.
Mereka juga perlu disedarkan supaya
menyayangi jiran tetangga. Bagi
mencapai tujuan ini, ibu bapa hendaklah
membawa anak-anak melawat ahli
keluarga pada hari-hari tertentu,
sekurang-kurangnya pada hari raya.
Jiran tetangga yang memerlukan
bantuan hendaklah dibantu mengikut
keupayaan. Ertinya, sikap
mementingkan diri sendiri hendaklah
dijauhkan sama sekali dan tidak harus

tertanam dalam diri anak-anak.


Sedarlah bahawa ibu bapa akan menjadi
ikutan anak-anak, bak kata pepatah
Melayu, bapa borek anak rintik.
Hadirin sekalian,
Sebagai kesimpulan, dapatlah
dikatakan bahawa ibu bapa memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi
sikap anak-anak. Anak-anak yang
dibesarkan dalam suasana kasih sayang
akan mengamalkan nilai-nilai tersebut
dalam masyarakat apabila mereka
dewasa. Sekiranya ibu bapa berjaya
memainkan peranan masing-masing,
masyarakat yang bahagia dapat
direalisasikan. Dengan memiliki sifat
penyayang, anak-anak dapat menjadi
contoh kepada rakan-rakan mereka di
sekolah. Tegasnya, walaupun pelbagai
pihak perlu memainkan peranan untuk
merealisasikan masyarakat bahagia di
negara ini, langkah pertamanya bermula

dari rumah dan orang yang paling


berperanan ialah ibu bapa.
Sebelum mengundurkan diri, saya
mohon ampun dan maaf sekiranya katakata saya menyinggung perasaan
hadirin sekalian. Saya akhiri bicara saya
pada pagi ini dengan serangkap pantun.
Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam peti.
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan dalam hati.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai