Anda di halaman 1dari 11

BAB 1

Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi.
Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian
Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja
Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah. Raja Suran,
iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan
baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran
sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China dan telah berjaya
menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri
Dara Segangga. Setelah itu, Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan baginda
telah menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini pula
Puteri Onang Kiu. Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China telah
membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang
sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran
membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran turun ke laut dan
apabila sampai di bumi Dika maka baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'lBahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga orang anak dengan
Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard
menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka Raja
Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.

BAB 2
Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan,
Nila Utama, dan Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia dengan
menaiki lembu putih. Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit Si Guntang
pada waktu malam dan menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini
berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.
Daripada peristiwa itu, telah terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan
Malini dengan anak-anak Raja Suran. Lembu putih yang dinaiki oleh anak-anak
Raja Suran telah memuntahkan buih lalu keluarlah seorang lelaki yang diberi
nama Batala. Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita
pula menjadi raja di Tanjung Pura manakala Nila Utama ditabalkan menjadi raja
di Palembang. Nila Utama atau Seri Teri Buana ingin mengahwini Raden Ratna
Cendera Puri tetapi ayahnya Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri
Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan di antara
raja dengan rakyat. Maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri
berkahwin serta didapati bahawa isterinya itu tidak kedal (penyakit gatal-gatal).
Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan
Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau
dengan pembesar-pembesar Bintan dan Seri: Teri Buana terlihat satu tempat,
iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Walau bagaimanapun, kenaikan(bahtera)
Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek dan ribut itu reda
setelah baginda meletakkan mahkotanya di air. Setelah itu, Seri Teri Buana telah
membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama

singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan
Seri Beni.

BAB 3
Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk
meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Setelah
Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri
Pikrama Wira. Paduka Seri Pikrama Wira pula melantik beberapa jawatan penting
seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.
Dalam pada itu, Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan
bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya
seperti kertas, dan bergulung seperti subang". Setelah utusan itu tiba, Paduka
Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan
mencukur kepala seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit. Hal ini
mengakibatkan terjadinya peperangan di antara Singapura dan Majapahit tetapi
Singapura tidak kalah. Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira menyebabkan
Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.
Antara lainnya, Badang telah menahan lukah tetapi ikannya dimakan oleh hantu.
Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu itu telah meminta Badang
untuk melepaskannya dan segala permintaan Badang akan ditunaikan. Oleh hal
yang demikian, Badang telah meminta kekuatan dan tetapi Badang perlu
memakan muntah hantu itu. Badang telah menjadi kuat dan dapat menebas
hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya. Badang
turut berjaya mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra
dan hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak
tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu
terjadi permusuhan pada kemudian hari. Setelah Seri Rakna Wikrama mangkat,
takhta baginda digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri
Maharaja. Merah Silu menahan lukah dan berasa hairan kerana selalu mendapat
cacing gelang-gelang. Apabila direbus, cacing gelang-gelang tersebut bertukar
menjadi emas. Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu telah
melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan
menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang
dilihatnya. Merah Silu telah bermimpi bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh
sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh
Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra. Fakir Muhammad
telah mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak
serta berjumpa Merah Silu di pantai lalu mengislamkan beliau dan menukarkan
namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh telah dikurniakan
dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur. Sultan
Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai dan Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi
Mangkubuminya. Ketika Sultan Maliku's-Salleh gering, baginda telah

mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra


diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur. Dalam pada itu, Raja Syahru'n-Nuwi
menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas
itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat
buah peti. Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali
Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi
Ali Ghiathu'd-Din turut berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan
membuat tipu muslihat. Oleh itu, beliau telah memberikan hadiah yang bernilai
kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi
apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan lalu Sidi Ali
Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan
oleh baginda. Setelah itu Raja Pasai dibawa pulang. Sultan Maliku'l-Mansur pergi
ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma
Yaumi'd-Din. Sultan Maliku'l-Mansur telah mengambil dayang Sultan Maliku'tTahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan
Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya. Oleh hal yang
demikian, Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat dan berjaya
menangkap Sultan Maliku'l-Mansur manakala Sidi Asma Yaumi'd-Din telah
dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Maliku'lMansur dibawa berperahu ke Manjung. Sultan Maliku'l-Mansur telah terjumpa
kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'dDin untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang
Maya. Kemudian, Sultan Maliku't-Tahir telah menjemput Sultan Maliku'l-Mansur
pulang kerana baginda amat menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara
sendiri. Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.
BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai berkunjung ke Singapura. Apabila beliau lalu
berhampiran istana raja, beliau telah menilik batang pinang sehingga terbelah
dua. Oleh itu, Paduka Seri Maharaja murka akan Tuan Jana Khatib dan
menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian serta ilmunya
itu di hadapan isteri baginda lalu Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib
ke Langkawi. Oleh hal yang demikian, ikan todak telah menyerang Singapura
dan ramai rakyat terkorban. Seorang budak lelaki telah mencadangkan agar
digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan gagasannya
menghasilkan kejayaan. Walau bagaimanapun, budak itu dibunuh kerana
disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti. Paduka Seri
Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah. Antara lainnya, anak
Sang Rajuna Tapa telah difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum
sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa berasa marah
akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang
Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit. Peperangan berlaku dan
Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit lalu Raja Iskandar Syah melarikan diri
ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri telah bertukar menjadi batu.
Kemudian Raja Iskandar Syah berjaya menemui beberapa tempat seperti Biawak
Busuk dan Kota Buruk. Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan suatu
peristiwa iaitu seekor pelanduk putih telah menendang anjing perburuannya.

Peristiwa itu dilihat baginda sewaktu berehat di bawah pokok Melaka. Raja
Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Raja Muda.
Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan
pula oleh Raja Kecil Besar selepas kemangkatan Raden Tengah. Kedatangan Syed
Abdul Aziz ke Melaka telah mengislamkan penduduk Melaka. Sultan Muhammad
Syah telah menetapkan satu adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan
rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu
supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka. Dalam pada itu, Mani
Purindan telah ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna
Sandari lalu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan
Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan dikurniakan seorang
anak iaitu Raja Kassim. Kemudian Sultan Muhammad Syah turut berkahwin
dengan anak raja Rekan, serta dikurniakan seorang anak iaitu Raja Ibrahim.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim diangkat menjadi
sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara Raja Kassim diusir daripada
istana. Raja Kassim kemudian menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat
dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan
takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja
Kassim telah ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah dan
Bendahara Seri Wak Raja telah membunuh diri setelah menganggap Sultan
Muzaffar Syah tidak menyukainya. Oleh yang demikian, Seri Nara Diraja Tun Ali
dilantik menjadi Bendahara, manakala Tun Perak iaitu anak Seri Wak Raja
menjadi penghulu di Kelang.
BAB 5
Sultan Muzaffar Syah telah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam.
Tun Perak turut membawa angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka
sekali. Manakala Awi Cakri pula telah menyerang Melaka tetapi beliau tidak
dapat menewaskan Melaka. Setelah itu, Tun Perak mula mendapat kedudukan di
Melaka sehingga dilantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah, satu
berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan
hal ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah
menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini
bertujuan untuk mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi Bendahara dengan
gelaran Bendahara Paduka Raja manakala Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja,
memegang jawatan Penghulu Bendahari. Siam telah menyerang Melaka buat
kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak kemudian meletakkan
puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai menyebabkan Awi Dicu
membatalkan serangan lalu pulang ke Siam manakal Tuan Saidi Arab telah
memanah Cau Panden dari Melaka dan Cau Panden yang hendak menyerang
Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan takhtanya digantikan
oleh anakanda baginda, iaitu Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah
menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang InderaPura.
Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura telah ditangkap dan puteri baginda
iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Setelah itu, Sultan Mansur Syah berkeinginan untuk bersahabat dengan Siam
dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua yang

menjadi utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga


mengagumkan raja Siam manakala Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga
berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada
menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.
BAB 6
Seorang penyadap telah menjumpai seorang budak yang hanyut dan diberi
nama Ki Mas Jaya. Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden
Galoh Awi Kesuma memilih suami agar dapat menjadi Betara Majapahit. Dalam
pada itu, penyadap turut membayangkan bahawa Ki Mas Jaya akan menjadi
Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah
Mada sekiranya perkara itu terjadi. Pada hari pemilihan calon suami, maka Puteri
Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami. Oleh hal itu,
penyadap mula menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji
Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada dan
satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu
Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap. Sultan Mansur Syah ingin
meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat
dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan Melaka telah sampai ke
Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaiannya. Tun Bija Sura turut dapat
menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu
rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.
Akhirnya, Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera
Kirana. Antara lain, kuda Sultan telah jatuh ke dalam telaga tahi dan
diselamatkan oleh Hang Tuah. Hang Tuah turut difitnah bermukah dengan
dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh.
Walau bagaimanapun, Seri Nara Diraja telah menyembunyikan Hang Tuah di
sebuah dusun. Dalam pada itu, orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun
Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan sayur kangkung
yang dibelah tetapi tidak dikerat. Puteri Hang Liu pula telah berkahwin dengan
Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana
Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri
Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan
mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China. Di samping itu, Raja
China telah mendapat sakit kedal dan setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah
maka ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh
daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air
basuh kaki raja Melaka.
BAB 7
Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas
kematian Hang Tuah. Sultan Mansur Syah terkenang akan Hang Tuah kerana
tidak ada sesiapa yang berjaya serta mampu menewaskan Hang Jebat. Oleh hal
yang demikian, Seri Nara Diraja menjelaskan kepada raja bahawa Hang Tuah
masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam dengan Hang
Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hasil kejayaan itu, Hang Tuah

diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah telah
berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta
tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar
membuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat. Seri
Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja untuk menjaga
anak-anaknya dan Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit
turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghulu
Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.
Dalam pada itu, Melaka kemudian menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat
dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala Khoja Baba dapat membunuh Tun
Demang, mangkubumi Kampar. Seterusnya, Melaka menyerang Siak dan Siak
dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala
Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara berjaya ditawan. Sultan Mansur Syah
telah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu
kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim. Raja
Muhammad telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana
bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja
Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam
tetapi ditegah oleh Bendahara. Oleh sebab itu, maka Sultan Mansur Syah telah
merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tiada yang menyembah
Raja Muhammad di Melaka. Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan
dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki
untuk merompak dan mencari perempuan di Ujung Tanah. Semerluki telah
merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu
menyuruh laksamana menghalang Semerluki. Maka orang-orang Melaka
berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka terbunuh. Walau
bagaimanapun, laksamana berjaya menewaskan Semerluki. Dalam pada itu,
Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur
Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar sebelum
itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah turut
menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai bagi merujuk masalah agama serta masalah
itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.

BAB 8
Suatu hari, Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan
diberi nama Pau Gelang. Setelah Raja Cempa mangkat, Pau Gelang telah dilantik
sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang pula berkahwln dengan puteri Majapahit,
Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah. Pau
Kubah telah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak
raja Cempa lari ke Melaka. Sultan Zainal Abidin dari Pasai telah melarikan diri ke

Melaka selepas adindanya merampas takhtanya. Orang-orang Melaka membantu


Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta
semula. Walau bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan
Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja lalu pulang ke Melaka dengan rasa
kecewa. Dalam pada itu, laksamana telah mengajak Bendahara merajakan
semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah
murka akan Bendahara tambahan lagi Laksamana mula memburuk-burukkan
Bendahara ketika di Pasai. Hal ini berbeza kerana Bendahara memuji-muji
Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara
itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk memohon
maaf. Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka. Sultan Mansur
Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.
Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran
Sultan Alau'd Din Riayat Syah. Sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat
Syah, Melaka telah diancam oleh pencuri sehingga baginda bertindak menyamar
diri untuk membanteras pencuri-pencuri tersebut. Temenggung Seri Maharaja
turut bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau
disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
melaksanakan undang-undang terhadap pencuri. Kesalahan mencuri akan
dikudungkan tangan manakala di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah
balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai. Raja Pahlawan dari Haru
telah mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'.
Ramai orang Pasai mati. Oleh hal itu, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menitahkan
pahlawan Melaka untuk menghalang orang-orang Haru. Pertempuran hebat telah
berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Walau
bagaimanapun, telah berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru. Antara
lain, Raja Maluku dan Telanai Terengganu telah datang ke Melaka. Selepas Telanai
Terengganu pulang, Sultan Muhammad iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar
Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu
baginda. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah telah mendapat tahu berkaitan perkara
itu lalu menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan
Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja
Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan
keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana
telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu dan Laksamana
Hang Tuah ke Pahang serta menyuruh orangnya membunuh salah seorang
keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai
Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu
telah berlaku biadap.

BAB 9

Tun Jana Pakibul telah membunuh orang di Siak atas arahan Sultan Ibrahim dan
tidak memberitahu ke Melaka lalu Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di
sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa
memberitahu ke Melaka. Sultan Alaud'Din Riayat Syah jatuh gering dan baginda
memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan
menasihati beliau kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan
Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat. Sultan Mahmud gering
dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila
sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara
tidak menggunakannya. Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan
beliau memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah,
beliau menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar
fitnah. Apabila Bendahara Paduka Raja meninggal dunia, tempatnya digantikan
oleh Bendahara Tun Perpatih Putih. Suatu hari, Sultan Mahmud Syah telah
mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun
Biajid. Sultan Mahmud Syah turut mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun
Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun
Ali Sandang. Disebabkan hal itu, Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi
Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan
dibunuh oleh Seri Wak Raja. Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana
lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud turut menitahkan Paduka Tuan
menyerang Manjong manakala Seri Maharaja menyerang Kelantan dan keduadua serangan itu berhasil memperoleh kejayaan.
BAB 10
Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun
Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara.
Manakala kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan
krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja.
Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu
menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja
menafikannya. Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud telah
menitahkan agar dipinangkan Puteri Gunung Ledang. Tun Mamad, Laksamana,
dan Sang Setia berangkat ke Gunung Ledang. Tun Mamad telah berjumpa
dengan Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung
Ledang itu lalu seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, maka Sultan Mahmud membatalkan
niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup
menumpahkan darah anakanda baginda. Orang-orang Melaka pula telah
menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin
pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Dalam pada itu, Hang Nadim telah diarahkan ke benua Keling untuk membeli
kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi. Hang
Nadim kemudian pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam
kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali. Oleh hal itu, Sultan
Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain

yang diingini baginda. Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh
Laksamana Khoja Hassan.

BAB 11
Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu
kemangkatan ayahanda baginda. Mendengar perkhabaran itu, Sultan Mahmud
berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan
Abdul Jamal Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan
Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang
dengan Sultan Abdul Jamal. Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa
pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah
berbaik-baik dengan seorang perempuan tua tukang urut dan Hang Nadim turut
berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin
menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Walau bagaimanapun, Laksamana
Khoja Hassan ke Pahang serta melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu
Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang
menyerangnya di laut. Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta.
Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Oleh hal itu,
Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas
ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka. Maka Sultan
Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan
oleh Hang Berkat.
Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura
bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi
ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak
boleh keluar rumah.
BAB 12
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas arahan raja Siam. Oleh hal yang
demikian, maka Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu
Pahang. Orang-orang Melaka telah menyiapkan kubu pertahanan di Pahang.
Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang walau bagaiamanapun,
Pahang tidak dapat ditewaskan. Antara lain, Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain
dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara dan Cau Seri Bangsa
memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota
Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri
Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Maka Raja Kedah juga datang ke Melaka
dan memohonkan nobat. Dalam pada itu, kedatangan Peringgi ke Melaka dan
bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka. Peringgi telah
menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan
Melaka. Suatu hari, Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud
berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar
Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi beliau yang susah untuk menyebut
perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Selain itu, Sultan Mahmud turut
menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk merujuk soal agama dan
masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.

BAB 13
Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan
Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah
kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat
keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud. Oleh yang
deemikian, maka Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Hal ini
mengakibatkan Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah baginda
dapat melihat kecantikan Tun Fatimah. Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah
kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak buah Tun
Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di
Melaka. Oleh sebab itu, Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah serta
meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu
kerana hari sudah petang. Nina Sura Dewana telah memberi hadiah kepada
Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul. Si Kitul dengan
pantas memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas
kepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Oleh itu, maka
Raja Mendeliar turut memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan
memberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja ingin menderhaka lalu
Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud
bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang
telah berdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah. Bendahara Seri
Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh
Sultan Mahmud manakala Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun
sudah tua dan uzur. Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah beliau sanggup
menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud. Akhirnya,
Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan
Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih
kasih.
BAB 14
Peringgi mula amenyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque
tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang Melaka
telah membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat
kerana mereka tahu bahawa Peringgi akan menyerang lagi. Berlaku pertempuran
hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang
Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud akhirnya

melarikan diri hingga ke Pahang. Sultan Ahmad dibunuh atas arahan


ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan
digantikan oleh Raja Muzaffar. Dalam pada itu, Tun Fatimah melahirkan seorang
anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.
Kemudian, Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur
hingga ke Kampar.

BAB 15
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan
Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang
serta berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah telah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Manakala
Raja Omar iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin telah dengan Raja
Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Muzzafar Syah
menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda
membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar telah menceraikan isteri
pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh
hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Setelah kemangkatan Sultan
Muzaffar, baginda digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan
pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil
Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam
Tauhid. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur
dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah
kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke
negeri di Pasir Raja.