Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN MENGAJAR

Asas Sains Komputer Tingkatan 1


Mata Pelajaran

Asas Sains Komputer

Kelas/Bil. Murid

1A / 30 Orang

Masa

7.30 pagi - 8.30 pagi (60 minit)

SK/SP

Standard Kandungan
2.0 Perwakilan Data
2.1 Sistem Nombor Perduaan
Standard Pembelajaran
2.1.6

Menggabungkan kemahiran operasi tambah dan operasi tolak nombor


perduaan dalam menterjemah aksara pengekodkan ASCII.

Objektif

Mendapatkan nilai perwakilan ASCII bagi aksara yang diberi dengan melakukan
operasi tambah atau tolak berdasarkan aksara dan nilai perwakilan yang diberi.

Aktiviti

Induksi (10 min)


1. Guru menunjukan teks ROUOMOAOHO HOIOJOAOUO berikut melalui LCD.
2. Pelajar perlu menterjemaah perkataan tersembunyi yang pertama.
3. Guru menunjukkan perkataan tersembunyi pertama iaitu RUMAH dengan
menggugurkan abjad O dari setiap abjad sebelumnya. Pelajar diminta
menterjemaah perkataan seterusnya.
4. Konsep perwakilan data diperkenalkan dengan melakukan operasi menambah
atau menolak sesuatu elemen.
Aktiviti 1: Penyulitan Data (15 min)
1. Pelajar didedahkan bahawa data di dalam sistem komputer disimpan
menggunakan nombor perduaan. Langkah ini penting untuk meningkatkan
keselamatan data. Ia dikenali sebagai penyulitan data.
2. Pelajar diminta berkumpul di dalam 5 kumpulan. Setiap pelajar perlu melakukan
penyulitan data ke atas frasa berikut : SEHATI SEJIWA.
3. Guru memberikan contoh abjab S(1010011) apabila diterjemahkan akan menjadi
A(10011010) dengan kunci penyulitan G(1000111) ditambahkan kepada S.
4. Pelajar diminta merujuk Jadual ASCII untuk mendapatkan perwakilan nombor
perduaan dan Jadual Perwakilan untuk perwakilan nombor baru setelah kunci
penyulitan ditambah.
5. Pelajar diberikan tempoh masa 15 minit untuk selesaikan tugasan.
Aktiviti 2: Nyahsulit Data (15 min)
1. Setelah Aktiviti 1 tamat, wakil daripada setiap kumpulan diminta menukar dapatan
Aktiviti 1 kepada kumpulan bersebelahan.
2. Setiap kumpulan kini memiliki satu frasa yang telah diterjemahkan menggunakan
satu kunci penyulitan misteri.
3. Pelajar diminta meleraikan misteri berkenaan dengan mengenalpasti kunci
penyulitan tersebut untuk mendapatkan semula frasa SEHATI SEJIWA.

4. Guru memberikan contoh operasi tolak ke atas nombor perduaan A(10011010) dengan
S(1010011) akan memberikan jawapan G(1000111) sebagai kunci penyulitan.
5. Pelajar diberikan tempoh masa 15 minit untuk selesaikan tugasan. Pelajar menyemak
jawapan dengan kumpulan asal untuk merungkai misteri kunci penyulitan.
Rumusan (5 minit)
Guru melakukan teknik penyoalan untuk sesi rumusan. Pelajar dikehendaki menjawab dua
persoalan penting Mengapa operasi penyulitan dan nyahsulit data dilakukan? dan
Apakah fungsi ASCII dalam penyulitan dan nyahsulit data?
Penilaian (15 min)
1. Lembaran kerja diedar guru.
2. Tugasan adalah merangkumi mendapatkan nilai perwakilan ASCII bagi aksara yang
diberi dengan melakukan operasi tambah atau tolak berdasarkan aksara dan nilai
perwakilan yang diberi.
BBM

Lembaran kerja, LCD, komputer

EMK

Kemahiran berfikir

Nilai

Menumpukan perhatian, mengikut peraturan

Refleksi

25/30 pelajar mampu menyatakan kepentingan operasi penyulitan dan nyahsulit dan fungsi
ASCII.
30/30 pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan mendapatkan nilai
perwakilan ASCII bagi aksara yang diberi dengan melakukan operasi tambah atau tolak
berdasarkan aksara dan nilai perwakilan yang diberi.

Jadual ASCII
A

100 0001

100 1110

100 0010

100 1111

100 0011

101 0000

100 0100

101 0001

100 0101

101 0010

100 0110

101 0011

100 0111

101 0100

100 1000

101 0101

100 1001

101 0110

100 1010

101 0111

100 1011

101 1000

100 1100

101 1001

100 1101

101 1010

Jadual Perwakilan
A

10011010

10001101

10011011

10001110

10000010

10001111

10000011

10010000

10000100

10010001

10000101

10010010

10000110

10010011

10000111

10010100

10001000

10010101

10001001

10010110

10001010

10010111

10001011

10011000

10001100

10011001