Anda di halaman 1dari 4

Tajuk:

Bila dikatakan satu spesis? Taksonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi
Pengenalan:
Kepelbagaian biologi didefinisikan sebagai variasi organisma hidup di bumi.
Bilangan spesis organisma di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, termasuk
tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma. Untuk memudahkan kajian, organisma
tersebut perlulah dikelaskan kepada beberapa kumpulan secara teratur berdasarkan
ciri-ciri sepunya yang dimiliki. Dalam hal ini, taksonomi sangat penting untuk
pengelasan organisma bagi menjamin pemuliharaan biodiversiti.
Secara umumnya, taksonomi diwujudkan sebagai cabang ilmu biologi untuk
pengajian pengelasan, pengecaman, tatanama organisma hidup di bumi kita. Bahan,
maklumat, dan data yang berkaitan dengan suatu organisma akan dikumpulkan dan
diuruskan dengan menggunakan satu pendekatan yang sistematik dan teratur
supaya dijadikan sebagai rujukan kajian masa depan. Ini amat penting kepada ahli
Biologi untuk mengkaji kepelbagaian hidupan dan mencari perhubungan semula jadi
di antara organisma dalam jaringan hidupan.
Spesis merupakan tingkatan hierarki taksonomi yang paling rendah.
Tingkatan hierarki ini menunjukkan populasi organisma yang sejenis atau serupa
dalam beberapa hal yang penting. Biasanya, spesis boleh ditakrifkan dengan dua
kaedah, iaitu spesis biologi dan spesis morfologi. Spesis biologi merupakan
kumpulan organisma yang berjaya membiak bersama manakala spesis morfologi
ialah individu yang kelihatannya sama secara fizikal atau binaan biokimianya.
Kaedah kedua ini sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat
tentang cara pembiakan sesuatu organisma.
Selain daripada mengkaji kepelbagaian spesies yang boleh didapati di bumi,
seorang saintis telah mendarat di permukaan bulan dan mengumpul sebilangan
moonmorphs di permukaan bulan. Tanpa maklumat tentang habitat atau perlakuan,
moonmorphs tersebut dibawa balik bumi untuk direkodkan sebagai biodiversiti dari
bulan. Dalam amali ini, kita telah mengelaskan moonmorphs tersebut secara binari
berperingkat ke dalam kumpulan spesis yang berbeza berdasarkan ciri-ciri morfologi.

Perbincangan:
1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa
moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciriciri tersebut? kenapa tidak pilih yang lain-lain?
Ciri-ciri yang saya tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs
secara binari dalam kumpulan yang sama ialah ciri-ciri luaran fizikal.
Antaranya adalah seperti mata, bentuk kepala dan tentakel, bentuk abdomen,
antena, jenis ekor, pangkal, dan juga leher.
Pada mula-mulanya, saya telah menggunakan bahagian mata sebagai ciri
perbezaan yang paling utama dan dominan untuk membuat pengelasan
binari peringkat pertama. Pengelasan binari setiap kumpulan spesis
moonmorphs yang seterusnya adalah berdasarkan bahagian tentakel, ekor,
abdomen, kepala, antena, pangkal atau leher. Bahagian-bahagian badan
moonmorphs yang disebut tadi telah dipilih untuk pengelasan organisma
kerana saya melihat ciri-ciri tersebut lebih menonjol dan mempunyai
persamaan antara semua organisma tersebut.
Saya telah mengabaikan beberapa ciri-ciri luaran fizikal yang terdapat
beberapa kekeliruan. Contohnya, corak pada bahagian abdomen yang
pelbagai, bilangan antena, panjang ekor atau saiz badan. Jika saya
mengelaskan moonmorphs mengikut ciri-ciri yang terdapat kekeliruan pada
awalnya, ia akan memberikan masalah untuk melakukan pengelasan yang
seterusnya. Sebagai contohnya, terdapat dua ciri pada satu organisma
tersebut. Oleh itu, saya berpendapat bahawa bahagian-bahagian badan
organisma yang saya pilih tersebut adalah ciri yang paling sesuai digunakan
untuk pengelasan.
2. Adakah

semua

individu

dalam

satu

spesis

mesti

serupa

keseluruhannya? Berapa banyak variasi antara individu yang boleh


diterima dalam satu spesis?
Tidak semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya.
Mereka hanya mempunyai ciri-ciri fizikal sepunya yang hampir sama.
Sebagai contohnya, bagi spesis A (rujuk kepada Lampiran), semua individu
mempunyai tentakel yang berjari tetapi individu spesis A mempunyai bilangan
dan bentuk jari yang berbeza.
Sebanyak lapan variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu
spesis. Contohnya, individu 6 dalam spesis B (rujuk kepada Lampiran) yang
berjaya dikelaskan melalui lapan jenis ciri-ciri yang berbeza.

3. Apakah akan terjadi kepada spesis yang anda pilih jika anda menerima
tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda
menerima tahap variasi yang terlalu rendah?
Variasi ini wujud hasil daripada interaksi sesuatu organisma terhadap
persekitaran. Jika saya menerima tahap variasi individu yang tertinggi,
moonmorphs dapat dikumpulkan secara khusus, maka untuk satu spesis itu
hanya seekor akan mewakilinya. Moonmorphs juga akan dibahagikan kepada
pelbagai jenis spesis.
Jika saya menerima tahap variasi yang terlalu rendah, moonmorphs hanya
dapat dikelaskan mengikut ciri-ciri asas dan biasa, maka satu spesis itu akan
mempunyai bilangan haiwan yang banyak mewakilinya. Moonmorphs
tersebut juga akan hanya dikumpulkan ke dalam beberapa spesis yang
berbeza. Ini akan mengurangkan variasi dalam kalangan spesis.
4. Terangkan bagaimana para taksonomi mungkin memecahkan satu
spesis kepada dua atau lebih spesis baru.
Ahli taksonomi merupakan sekumpulan saintis yang pakar dalam mengenal
pasti dan mengumpul spesis. Mereka dapat membahagikan sesuatu spesis
kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologi dan
morfologi.
Spesis biologi merujuk kepada sekumpulan populasi yang berupaya untuk
membiak secara semula jadi manakala spesis morfologi mempunyai
persamaan dari segi ciri-ciri fizikal yang ketara seperti pangkal sama ada
lebar atau kecil.
Terdapat juga beberapa kaedah lain yang turut digunakan seperti kaedah
typological

spesies,

recognition

spesies,

evolutionary

spesies,

ecological, genetic dan microspesies.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari


sesuatu spesis terjadi?
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya variasi dalam
individu dari sesuatu spesis. Contohnya, faktor genetik yang disebabkan oleh
proses-proses pindah silang dan penggabungan semula semasa meiosis,
penggabungan rawak antara gamet dalam pembiakan seks, serta mutasi.
Variasi yang disebabkan oleh faktor genetik boleh diwarisi dari satu generasi
ke generasi yang lain.

Selain itu, terdapat juga faktor persekitaran yang variasinya tidak dapat
dikawal dan diperturunkan. Contohnya, perubahan iklim yang menyebabkan
wujudnya penghijrahan spesis. Perpindahan ini dari satu lokasi ke lokasi lain
mungkin menyumbang gamet yang membawa alel yang akan mengubah
kadar alel sedia ada dalam populasi destinasi jika individu yang berhijrah
tersebut tinggal dan mengawan dengan individu destinasi.
6. Bagaimana spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies?
Spesis MoonMorphs ini dipanggil morphospecies adalah di mana individu
-individu pada kelihatannya sama pada morfologinya atau binaan
biokimianya. Ini termasuk aspek-aspek rupa luaran seperti bentuk, struktur,
warna, corak dan juga bentuk dan struktur anggota-anggota dalaman seperti
tulang dan organ. Moonmorphs juga dikenali sebagai morphospesis
disebabkan spesis tersebut boleh dikelaskan berdasarkan kepada ciri-ciri
sepunya yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis.
7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis
biologi.
Spesis yang saya pilih tidak dari kalangan spesis biologi kerana tidak ada
sebarang maklumat yang berkaitan pembiakan seperti jantina, DNA, genetik
habitat, kelakuannya spesis tersebut. Spesis MoonMorphs ini hanya
dikelaskan secara morfologi iaitu ciri-ciri yang boleh dilihat berdasarkan sifatsifat fizikalnya yang sepunya sahaja seperti bentuk tentakel, bentuk kepala,
mata, antena dan ekor.

Kesimpulan:
Spesis boleh dikelaskan dengan pelbagai kaedah seperti biologi, morfologi dan lainlain bergantung kepada maklumat yang diperolehi sama ada lengkap atau tidak. Jika
tiada maklumat lengkap seperti DNA atau jantina, spesis boleh dikelaskan dengan
ciri fizikal sepunya yang dimilikinya. Individu dalam spesis tertentu mempunyai
beberapa variasi yang mungkin disebabkan oleh faktor genetik atau persekitaran.
Tahap variasi yang kita terima akan menjejaskan hasil pengelasan sebilangan
organisma.
Lampiran:

Anda mungkin juga menyukai