Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Konsep Model CIPP dalam proses penilaian program Bimbingan dan Kaunseling

Ahli Kumpulan : Hong Chee Seng, Kong Yee Mun, Lau Yi Yu, Siti Aisyah Binti Abd Aziz

Konsep Model CIPP


Model CIPP berorientasi pada suatu keputusan (a decision oriented
evaluation approach structured). Tujuannya adalah untuk membantu
administrator (kepala sekolah dan guru) di dalam membuat keputusan.
Hal ini menjelaskan bahawa aplikasian Model CIPP lebih menjurus kepada
pelaksana akan melalui satu proses merancang, mengumpul, memproses
dan menilai untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan sesuatu
program atau aktiviti yang dijalankan untuk membuat penambahbaikan
supaya program yang dipilih akan lebih berkualiti untuk masa akan
datang. Sebagai tamsilan, bagi Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
rendah,

Model

CIPP

membimbing

pelaksana

untuk

menilai

dan

mempertimbangkan sesuatu kesesuaian dan keberkesanan program yang


bakal dijalankan di sekolah sewajarnya menyumbangkan faedah dalam
pembentukan dan perkembangan kogntitif, afektif dan perlakuan murid
mengikut keperluan sekolah. Dengan berpandukan Model CIPP, Guru
Bimbingan dan Kaunseling dapat mengenal pasti adakah Program
Motivasi Tahun 6 dapat membantu murid-murid yang akan menghadapi
peperiksaan UPSR bagi mempersiapkan diri dan minda untuk menjawap
soalan ujian.
Menurut Stufflebeam, (1993: 118) dalam Eko Putro Widoyoko
mengungkapkan bahwa, the CIPP approach is based on the view that
the most important purpose of evaluation is not to prove but improve.
Konsep tersebut ditawarkan oleh Stufflebeam dengan pandangan bahwa
tujuan penting

evaluasi adalah bukan membuktikan, tetapi untuk

memperbaiki. Maksudnya, Guru Bimbingan dan Kaunseling berupaya


untuk melihat semula sejauh manakah pencapaian objektif program yang
dijalankan terhadap sasaran di sekolah di mana GBK akan menyemak
kelemahan dan punca masalah yang menimbulkan isu peserta yng tidak
mampu untuk mencapai matlamat program yang ditetapkan. Justeru itu,
penambahbaikan akan dibuat untuk persediaan program yang setimpal
dengan lebih sistematik. Selain itu, Eko Putro Widoyoko juga menyatakan

Tajuk : Konsep Model CIPP dalam proses penilaian program Bimbingan dan Kaunseling
Ahli Kumpulan : Hong Chee Seng, Kong Yee Mun, Lau Yi Yu, Siti Aisyah Binti Abd Aziz

model evaluasi CIPP lebih bersifat komprehensif berbanding dengan


model evaluasi lain. Ini adalah kerana evaluasi tidak semata-mata melihat
kepada hasil, tetapi juga melihat kepada empat perkara, iaitu konteks,
input, proses, dan hasil.

Model CIPP telah digunakan oleh ramai pengkaji dan penilai


dalam

membuat

penilaian keberkesanaan program dan kurikulum di

institusi pengajian tinggi


model

ini

direka

di dalam dan

bentuk

untuk

luar

tujuan

negara.

Ini

disebabkan

penambahbaikan

serta

membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu kursus, program atau


kurikulum

telah

keberkesanan
Universiti

program

Malaya

menggunakan
dalam

menggunakan
Diploma

melalui

model
Pendidikan

kajian

kualitatif.

CIPP

untuk

menilai

di

Fakulti

Pendidikan,

Tan

(1998)

pula

telah

model CIPP dalam menilai keberkesanan subjek Sains

Program

Latihan

Guru

(KPLI)

dengan

kombinasi

kaedah

kuantitatif dan kualitatif.


Mengikut

Stufflebeam

(2003),

model

CIPP merupakan rangka

kerja yang menyeluruh bagi membantu dalam melaksanakan penilaian


secara formatif atau sumatif. Secara keseluruhannya, penggunaan model
ini

sangat

membantu

Guru

Bimbingan

dan

Kaunseling

dalam

melaksanakan penilaian program di sekolah dengan lebih tepat dan


spesifik supaya proses pelaksanaan dalam program yang kemungkinan
mencetus halangan secara tersirat dapat dikesan dan intervensi daripada
Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat dijalankan dari semasa ke semasa.

Tajuk : Konsep Model CIPP dalam proses penilaian program Bimbingan dan Kaunseling
Ahli Kumpulan : Hong Chee Seng, Kong Yee Mun, Lau Yi Yu, Siti Aisyah Binti Abd Aziz