Anda di halaman 1dari 9

NOOR KARTIKA

Oleh: Ramlah Hj Mat


Mengharapkan cinta kasih daripada sepasang pengantin baru adalah satu
penantian yang menyakitkan.Atau dalam kata lain lebih merupakan impian hati yang
tidak memungkinkan penjelmaannya di kanvas alam. Ibarat mengarang mimpi ketika
senja sedang menuju jalan pulang, yang ada hanya kekosongan dan keindahan fantasia.
Aku bukan lagi bermimpi, tetapi aku sedang menjelajahi kenyataan. Ketika taqdir
memaksa aku melepaskan Ika,aku terpaksa menerima sahaja. Hingga saat ini aku masih
dibayangi detik-detik kelmarin. Ada ketikanya tali persahabatan antara aku dan Ika
tersimpul erat.Namun kini simpulan tali itu kian longgar, biarpun aku cuba
mempertahankannya sedaya mungkin. Bukan salah Ika, bukan jua silapku. Barangkali
kerana ikatan yang melengkapkan separuh agama itu. Segala-galanya bermula di situ.
Jun 1994
Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orangorang yang beriman . Itulah iftitah kepada perkenalan antara aku dan Ika.
" Sebagai seorang hamba yang mengaku dirinya muslim,kita hendaklah
melengkapkan diri dengan niat yang terbaik.Di antara syarat-syarat niat ialah dengan
meletakkan keikhlasan itu semata-mata kerana Allah.Niat kita juga hendaklah bertepatan
dengan syariat . Kenangan lama bersama Ika kembali mengusik perasaan.Bagai air yang
menitis, ia datang satu persatu. Peti ingatanku merakamkan segala-galanya, dan sering
memohon waktu untuk diputarkan kembali.
Ila, sahabat yang baik ialah sahabat yang apabila dia melihat sahabatnya, maka
dia akan teringat kepada Allah . Gegendang telingaku bergetar dek laluan barisan
peringatan itu.Pertama kali aku mendengarnya dari mulut Ika,terus tersuntik ke dalam
jasadku, dan mengalir bersama aliran darah.
Ukhuwwah yang kita bina adalah di dalam usaha untuk mendekatkan diri
kepada Allah, tidak lebih dari itu. Juga kerananya kita merangkak di dalam dunia
perjuangan yang memerlukan kader-kader dakwah yang lebih berani dan tangkas di
dalam tindakan serta matang di dalam menyelesaikan apa sahaja permasalahan . Aku
terpaku lagi mendengar ucapan Ika.Bagiku Ika terlalu jujur dan ikhlas menjalinkan
persahabatan. Apa sahaja yang aku mahu, aku perolehi dari Ika. Paling aku kagumi, aku
jejaki keistimewaan Ika pada sifat rendah diri yang dimilikinya. Kadang-kadang aku jadi
marah kerana Ika sering mengalah kepada sesiapa sahaja yang berhadapan dengannya.
Ila, aku tidak pernah dididik untuk memenangi diri sendiri. Mungkin itu
kelemahanku, tapi aku puas dengan caraku .
Walaupun kita dihina, diperkatakan sesuka hati ? Mengalahpun ada
tempatnya.Kita punya maruah, Ika .
Itulah yang dinamakan perjuangan sebenarnya. Sama-samalah kita berdoa agar
diberi kekuatan untuk mendidik hati-hati dan jiwa kita sekali pun adanya runtunan jiwa
dan gelora perasaan pada peringkat awalnya. Semoga di suatu hari nanti Allah akan
berikan kepada kita kemanisan berjuang dan kita akan berjaya melalui ujian demi ujian .

Okeylah, aku hormati prinsip kau. Walau bagaimanapun sekiranya kau mampu
mempertahankannya sampai bila- bila, akulah orang pertama yang akan mengangkat
tabik hormat .
Itu hanya secebis dari kisah perjalanan hidup kami. Selebihnya masih berkajangkajang tersimpan di dalam diary kenangan. Noor Kartika, siapa yang tidak kenal dengan
dirinya. Malah sebaris nama itu sering meniti bibir demi bibir. Sinar matanya yang
bening membayangkan kejernihan jiwa yang dimilikinya. Gadis santun yang mempunyai
keperibadian yang unggul dan berjiwa luhur. Seperti besi waja, secekal itu hati
miliknya.Semangat dan cita-citanya cukup membuatkan aku terasa kerdil untuk
bergandingan dengannya. Dia amat mencintai perjuangan yang di dokonginya
sebagaimana dia mencintai pembawa kebenaran pada perjuangan yang
diwarisinya.Gambaran hidupnya dilakari keperitan yang menuntut pengorbanan demi
pengorbanan. Jemu dan bosan tidak pernah tertulis di dalam kamus hidupnya. Begitulah
yang tertulis di dalam diary catatanku.
Ika adalah manusia asing bagiku suatu waktu dahulu. Visi penting yang ku cari di
sini mengheret aku untuk mengenalinya. Mulanya sebagai seorang guru yang amat aku
segani. Entah di mana silapnya, hubungan kami semakin rapat dan mesra. Setiap Jumaat,
langkahku hanya ke kamar Ika, mengundang pertemuan demi pertemuan. Telingaku amat
setia menadah mutiara ilmu yang keluar dari sepasang bibir Ika. Aku dan Ika tidak
berdaya lagi untuk menolak keakraban ini biarpun pada hakikatnya akulah yang
memperkenalkan kepada Ika tentang kasih dan sayang. Tepat sekali jika ku katakan
bahawa mengenali Ika adalah satu anugerah Ilahi.
Oktober 1995
Aku tidak mampu menghalang kepulangan Ika menjejaki medan sebenar
perjuangan kami. Kata Ika, ada tugas penting yang perlu diselesaikan. Di dalam surat
yang Ika layangkan dari tanahair, seakan membakar semangatku untuk berjuang
mengutip ilmu di segenap ruang masa yang ada. Minda intelek Ika teruji di dalam
mendidik anak bangsanya sendiri. Ilmu yang ada masih belum mencukupi untuk
menghapuslenyapkan kejahilan ummah yang terlonggok di mana- mana. Aku jadi takut
mendengar perkhabaran dari Ika. Jika dibandingkan dengan Ika, aku jauh terkebelakang
di dalam semua kebolehan.
Ila, banyak ujian yang melanda apabila kita cuba menapak selangkah ke
hadapan. Ruang waktu yang Ika tempuhi kini adalah merupakan medan sebenar yang jua
bakal Ila lalui akan datang. Ila, di dalam banyak keadaan yang memerlukan pengorbanan,
Ika yang terkorban. Adakah Ila ingin menyalahkan diri Ika di dalam hal ini ? . Aku cuba
mencari maksud sebenar di sebalik coretan Ika, tetapi aku gagal. Ika meletakkan diriku
di rimba misteri persoalan tanpa jawapan. Sekali lagi Ika menghukum aku dengan
penantian yang panjang. Berita tentang Ika ku tahu hanya setelah menerima sekeping
potret berlatarkan Masjid Nabawi dan seutas tasbih sebagai hadiah dari tanah suci. Aku
tergamam ketika menatap potret Ika. Ku genggam erat seutas tasbih yang sekian lama ku
idamkan.Manik-manik tasbih yang putih jernih ku bayangkan seakan sekeping hati
milik Ika yang suci bersih. Di dalam coretannya, Ika tidak pernah lupa menitipkan
peringatan yang lahir dari lembah hatinya yang melimpah dengan nur iman. Di antara
lain Ika menulis : Terimalah seutas tasbih yang tidak seberapa ini dari Ika khas untuk

Ila, sahabat tersayang. Gunakanlah ia sebaik-baiknya untuk menjadi hamba yang taqarrub
kepada Ilahi, tanpa mengira waktu senang atau susah.Zikirlah yang mampu melembutkan
hati kita di samping doa yang berterusan. Buat akhirnya sama-samalah kita menilik iman
dan ibadat kita kepada Rabb, agar ianya tidak bersifat sementara atau bermusim .
Berjaya juga akhirnya kau menyahut lambaian Kaabah.Semoga di dalam doa-doamu
saban hari kau tidak lupa menyebut namaku, hatiku berbicara penuh harap.
April 1996
Aku dan Ika bertemu kembali di gedung ilmu ini. Lebih tepat ku katakan
pertemuan ini hanya untuk mengundang duka. Kemunculan Ika menjawab segala
persoalan yang bersarang di jiwa.Ketika kalimah itu Ika ucapkan, terasa sedih dan pilu
membanjiri perasaan. Tanpa di pinta air mataku berkejaran menembusi empangan, lalu
menyentuh sepasang tangan lembut Ika.
Ila, Ika pohon maaf jika itu melukakan hati Ila. Sudah sekian lama Ika
mempertahankan hak Ika, tapi kali ini Ika benar-benar tersepit. Di dalam pengorbanan
demi pengorbanan yang Ika tempuhi, diri Ika yang terkorban. Atau Ika ada jalan lain
untuk menyelesaikan masalah ini ? . Ika cuba memecahkan kebuntuan yang
membelenggu. Saat itu aku tidak berupaya untuk berhadapan dengan Ika. Aku tak punya
kekuatan. Ika, tanyalah sesiapa sahaja insan sepertiku, pasti kau perolehi jawapan yang
sama. Lalu, hari-hari yang kami tempuhi seterusnya tidak lagi indah. Langit mendung,
bukan lagi cerah. Pertemuan di antara kami sering mencipta riak-riak kecil pertengkaran,
diakhiri dengan badai ketegangan.Menatap wajah Ika seakan mengundang pilu yang tak
berkesudahan, sering mengingatkan aku tentang kehilangan.
Ila, mengapa buat Ika macam ni ? Ke mana hilangnya kemesraan yang kita bina selama
ini ? .
Sepatutnya Ila yang tanya Ika. Untuk apa kita bertemu jika hanya untuk menambahkan
luka dihati ? Ila tahu, Ila tak punya apa, sebab itu Ika cari orang lain .
Ika pun tak mahu.Bukan itu yang Ika harapkan.Perjalanan kita masih jauh, Ika mahu
belajar setinggi mungkin.Ilalah satu-satunya harapan Ika untuk terus mempertahankan
hak Ika.Jika Ila tidak mahu memahami Ika, kepada siapa lagi Ika mahu mengadu ? .
Ika yang tak faham perasaan Ila. Setakat menuturkan sebaris ayat yang belum pasti
kejujurannya, manusia mana pun boleh, Ika.Ika tahu apa ertinya sebuah perkahwinan ? .
Belum sempat aku membebaskan segala kemarahan yang terpendam, Ika sudah bersedia
untuk melepaskan tangisnya.Segera aku memeluk sekujur tubuh Ika yang terketar-ketar
menahan sendu.Waktu-waktu begini aku menjadi semakin takut kehilangan Ika.
Hanya airmata menjadi saksi pada kemelut yang kami tanggung.Ika, aku pohon maaf
justeru sering membuatkan dirimu rasa bersalah.Bukan aku sengaja,tetapi aku tewas
melawan perasaan.Segala kekasaran dan kebiadaban adalah cetusan daripada
pemberontakan kasih sayang.Aku tidak mahu kehilangan Ika kerana aku sudah terlalu
jauh menyayanginya.
November 1995
Istimewa buat sahabat tersayang. Selamat menyambut hari lahir yang ke 22.Semoga
persahabatan ini terus berpanjangan .

Ku tatap coretan itu berkali-kali di suatu sudut kad pengganti diri dari Ika pada hari
ulangtahun kelahiranku.
Hidup ini perlu diteruskan dengan ketabahan dan keyakinan untuk menjadi hamba yang
bersyukur.Cabaran dan dugaan adalah anugerah untuk mematangkan diri .
Baris demi baris ku tatap bersahaja. Aku sendiri terlalu sukar untuk menafsirkan
perasaanku di kala itu. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih di atas ingatan dari
Ika.
February 1997
Detik yang paling pilu di dalam sejarah persahabatanku.Ketika Ika datang
membawa bersamanya perkhabaran itu, aku sudah menjangkakan segala kemungkinan.
Ila, Ika terpaksa. Ika perlu berkorban untuk menerima dia sebagaimana Ika
berkorban untuk menerima Ila suatu waktu dahulu. Biarlah kita belajar menerima
kenyataan .
Mendengar kata itu, seluruh urat nadiku bagaikan terhenti.
Aku tak punya pilihan, Ika. Apa-apa yang terjadi antara kita mengajar aku untuk
lebih memahami keunikan hidup. Apabila kita tiba di suatu persimpangan yang tidak
memungkinkan pilihan, kita mula merasai alangkah uniknya hidup in .
Ila, kita bersahabat bukan hanya untuk satu detik sementara.Biarlah
persahabatan kita berpanjangan sampai bila-bila.Aku tidak mahu perkahwinan ini
menjadi penghalang kepada persahabatan yang sama-sama kita jalinkan selama ini. Kasih
sayang yang tumbuh hasil dari ikatan ini memerlukan kejujuran dan tanggungjawab.
Setakat kehendak naluri, kita belum cukup untuk berkasih sayang.
Kadang-kadang aku merasakan bahawa kau sudah cukup bersedia untuk
disatukan .
Sangkaanmu terlalu berat, Ika. Hingga hari ini pun aku masih belum mengerti
tentang hati lelaki.Bahkan hatiku terlalu berat untuk meninggalkan alam yang ku tempuhi
kini.Dan yang paling menyedihkan, aku takut kiranya aku tidak mampu memberikan
sesuatu yang terbaik untuk dirimu .
Aku akur jika itu yang terpaksa aku terima.Kau pun tahu bukan, memilih
kehidupan perkahwinan bukan memutuskan persahabatan, tetapi merelakan perpisahan
dengannya.Seluruh dunia memaklumi bahawa seorang perempuan dicipta untuk
melengkapkan lelaki. Walaupun kita bersahabat baik, kita tidak dapat berkongsi seluruh
jasad dan perasaan.Jadi untuk apa aku berdiri pada tempat yang bukan disediakan
untukku ? .
Ila, ucaplah apa sahaja yang ingin kau ucapkan dan tuduhlah aku dengan seribu
sangkaan. Aku rela menerimanya meskipun itu adalah kepalsuan yang tidak akan kau
rasai.Namun jauh di sudut hatiku, aku masih mengharapkan sebuah pengertian
darimu.Cukup aku katakan,perkahwinan itu bukan yang paling indah, tetapi mungkin
yang terbaik .
Bagaimana jika ku katakan bahawa perkahwinan itu bukan yang terbaik, tetapi
yang paling indah? . Terlalu lancang mulutku berbicara.Separuh sedar aku lontarkan
kemarahan yang meronta.
Ila, tolong tingggalkan Ika.......".

Baru aku menyedari bahawa aku telah begitu jauh menyakiti Ika. Aku membakar
rentung segala harapan Ika buat diriku.Segera aku memohon maaf di atas keterlanjuran
itu.
*************************
Selamat pengantin baru buat sahabat yang paling dikasihi. Semoga berkekalan
di dunia dan akhirat.Sediakan sekeping hati yang tenang dan redha untuk kebahagiaan
semurni impian . Aku masih mampu menuturkannya meskipun aku sendiri ditawan
keraguan.Biarpun ikatan itu kata Ika, bukan di atas dasar cinta, aku tetap mendoakan agar
cinta itu hadir setelah mereka di satukan.
Ila, menangislah jika tangisan itu memberikan kekuatan. Jika sebaliknya,
simpanlah ia untuk sesuatu yang lebih berharga , pujuk Ika ketika aku tenggelam dirasuk
sendu.
Ila tak mampu, Ila sedih Ika . Tangan Ika ku genggam erat, mencari kekuatan
di situ. Ika mengangguk penuh keyakinan, merestui pencarianku.
Ila, pohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan, satu-satunya kekuatan yang
bersifat Rabbani. Ia akan tetap utuh bersama walau di mana sahaja kita berada . Ah Ika,
kata-katamu itu semakin membelai sejumlah rasa.Selepas detik ini masihkah kau punya
kesempatan untuk duduk bersama-samaku, memberi peringatan buat santapan rohaniku ?
Akhirnya aku mengalah di dalam keletihan yang melenyapkan seluruh tenaga dan rasa.
************************
Selepas Ika bergelar isteri, aku benar-benar terasa kehilangan. Aku seperti orangorang bodoh dan sasau yang telah kehilangan mimpi-mimpi manis dan warna kehidupan.
Sakitnya merentas hari tanpa Ika di sisi.Jika dulu aku dan Ika sentiasa bersama. Makan,
minum, tidur , tafaqquh dan segalanya. Tapi kini hanya tinggal kenangan.Aku tidak
berdaya untuk melupakan Ika walau sesaat cuma. Malah ingatanku kepada Ika memenuhi
segenap ruang masa yang membentuk satu putaran jam.Aku jadi bingung melalui detikdetik keterasingan ini.Setiap kali aku cuba memohon kesudian Ika untuk menziarahiku,
aku temui jawapan yang sama. Aku mengerti kesibukan Ika sebagai seorang isteri yang
masih bergelar siswi. Rutin hidup Ika benar-benar berubah hingga aku jadi takut untuk
mencuri waktunya.Ada ketikanya aku ingin melupakan Ika,tetapi rindu memaksa aku
untuk terus menyayangi Ika
*********************
Petang nanti ke masjid Ridhuan,sembahyang Jumaat , pesan Ika.
Ika tunggu Ila.Ila ke Sayyidah Zainab, beli ikan .
Balik awal, nanti terlambat ! .
Yalah! . Aku bangga punya teman seperti Ika.
Kalau Ika pulang dulu ke Malaysia,Ila jangan lupa ke masjid setiap
Jumaat.Banyak ilmu kita dapat dari khutbahnya .Pesan Ika ku semat dihati.Namun,
siapalah aku untuk terus melaziminya.

**********************
Ika cukup marah jika aku ponteng kuliah.
Ila tak faham doktor cakap. Bahasa Ammi.Baik duduk rumah, baca buku .
Ke kuliah penting. Selain melatih diri untuk cuba memahami, kita perlu mencari
keberkatan dengan menghadiri majlis ilmu .
Habis tu, kalau duduk melopooong je, dapat apa ? .
Ila ingat semua orang yang pergi kuliah faham doktor syarah ? Dan kalau tak
faham semua orang tak payah ke kuliah ? Balik Malaysia jelah ! Masuk universiti
tempatan .
Tersenyap aku dengan hujjah Ika.Memang aku suka menjawab.Tapi dengan Ika aku
cukup berhati-hati.
Pesan Luqmanulhakim ku pasak kejap di hati : Janganlah memandang remeh kemarahan
orang yang bijaksana, kerana kemarahan itu menyebabkan ia berberat hati terhadapmu.
***********************
Masih segar diingatan ketika Ika berbadan dua, kami sama-sama bermusafir
menyingkap kesan-kesan sejarah di Uyun Musa,Hamam Firaun dan Hamam Musa, Laut
Merah, kubu Israel, menyusuri pantai Nuwaibadan menziarahi makam Nabi Soleh serta
patung lembu Samiri.Tika itu Ika cukup gigih meniti tangga-tangga Wadi Arbain walau
tenaganya tidak cukup kuat untuk mengimbangi dirinya yang sedang sarat.Kenangan di
Jabal Musa dan Saint Catherine paling mengusik hati.
Ika tak panjat bukit ? .
Ika tak larat.Ila naiklah, Ika tunggu dibawah .
Kupandang perut Ika yang semakin sarat.Si kecil didalamnya menunggu masa untuk
melihat dunia.Kesian Ika, semangatnya tertunjang kuat di hati untuk menjejaki Jabal
Musa, menyelami kesukaran Nabi Musa mendaki dataran yang terletak pada ketinggian
2500m dari aras laut itu untuk menerima wahyu daripada Allah dan melihat sendiri
tempat Nabi Musa bermunajat di Wadi Muqaddas Thawa ( Lembah suci Sinai ).
Okey, Ila naik dulu .
Ila, hati-hati di dalam setiap gerak dan tindakan.Dengan bermusafir kita dapat
mengenali peribadi seseorang , pesan Ika mengiringi perjuanganku..
Aku mengangguk akur.Penuh semangat kususuri jalan berbatu lagi berliku itu.Belum
sempat separuh perjalanan terasa lutut mula longgar dan menggeletar.Nyaris-nyaris aku
ingin berpatah balik jika tidak ada semangat dan sokongan dari teman-teman.
Nabi Musa pastinya lebih sukar merentasi jalan ini tanpa kemudahan seperti hari
ini.Yang ada hanya keimanan dan keazaman yang tinggi untuk bertemu Allah , sempat
Nurul, sahabat sependakian bertazkirah ketika kami merangkak kepayahan mencari jalan
asal.Kami hampir-hampir tergelincir menjejaki batu-batu yang licin dan tanah yang tidak
cukup kejap membuatkan kami tidak dapat berpijak dengan baik.Rupanya kami tersesat
jalan kerana tersilap membuat shortcut.
Itulah silapnya tidak mengikut arahan.Arahan pertama jangan membuat shortcut
sendiri dan arahan kedua, jangan berpecah dari kumpulan.Kan Nabi dah kata, sesiapa
yang mufaraqah dari kumpulan,..lain kali jangan buat lagi , rungut ketua kumpulan
setelah menyedari keadaan kami.

Aduhai.kena lagi !!, keluh Nurul kepenatan.


Sepanjang jalan kami semakin bersemangat melihat pelancung-pelancung Inggeris yang
telah pun menuju turun dari Bukit Sinai.
Where are you come from? , seorang wanita Inggeris bertanya sambil
tersenyum.
Malaysia , kami membalas senyumannya penuh bangga.
Ohhhh..!.Dia seperti terkedu melihat kami dari atas ke bawah.Pastinya
pakaian kami menjadi perhatian.Bertudung litup.Mendaki bukit setinggi Sinai di dalam
pakaian seperti itu ?
You know, the sun rising, very beautiful ! .Dia tersenyum lagi sambil berlalu
pergi.Aku terasa seperti dikalahkan oleh semangatnya yang telah berumur itu.Semakin
terbakar semangatku untuk sampai ke puncak.
Ketika puncak Jabal Musa ku jejaki, aku terasa seperti bermimpi.Ingin sahaja aku
laungkan pada dunia walau dalam seribu kepayahan, aku berjaya !!!.Disana terdapat dua
tempat ibadah yang kecil,masjid dan gereja.Pemandangan alam yang indah dan
mempesonakan dapat kulihat dari puncak ini. Ku jenguk ke bawah mencari Ika.Tetapi
cepat pula aku mentertawakan diriku sendiri.Mana mungkin ku lihat Ika dari puncak
setinggi itu ?.
**************************************
Ila, untuk apa kita membazirkan waktu dan rasa hati mengingati orang yang
sudah pergi. Mungkin di sana dia telah menemui terlalu banyak ketenteraman dan
kebahagiaan.Sedangkan kau masih dihantui detik-detik kelmarin .Pernah Rin
menegurku.
Aku lemah Rin. Aku rasa tak punya apa-apa .
Kekuatan itu hanya akan lahir apabila kita berusaha melawan perasaan. Kau
patut bersyukur, Ila. Kau masih punya Allah yang tidak pernah kontang dengan kasih
sayang. Kutiplah pengalaman-pengalaman lalu yang kau perolehi daripada Ika untuk
meniti hari depan yang penuh kesamaran. Itulah bukti sebuah ukhuwwah yang dipagari
iman dan dinaugi rahmat Ilahi . Lagi pun Ika, hidup ini memerlukan suatu tindakan yang
perlu memikirkan orang lain. Kita tidak boleh melanggar fitrah .
Walaupun penyempurnaan fitrah itu terpaksa mengorbankan airmata ?. Bagiku
ia hanya kehendak naluri yang boleh ditunda .
Bagaimana jika kehendak yang tertunda itu menghalang sebuah perjuangan ?.
Sedangkan perjuangan itu kata kau matlamat yang perlu kita cari ? .
Maksud kau, perjuangan memerlukan satu ikatan perkahwinan? Melampau !!.
Ila, kau lupa bahawa penuntut-penuntut agama Allah adalah orang-orang yang
paling kerap diuji ? Aku kira sebagai seorang yang terpelajar kau memaklumi sabda
junjungan yang mengatakan bahawa apabila berkahwin seorang anak Adam, maka
menangislah syaitan-syaitan kerana tidak dapat memperdayakannya lagi.Bukankah
seorang wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan bukannya seorang wanita yang
baik itu untuk wanita yang baik ? Mengapa harus kita songsangkan hakikat
persahabatan ? .
Lagi-lagi alasan itu.Aku benci !.

Alasan apa lagi Ila.Kau ingat semua orang yang memilih untuk berumahtangga
disini adalah semata-mata mengikut kehendak perasaan ? Tanpa didasari oleh kesedarankesedaran dan keperluan-keperluan yang menuntut ? .
Kesedaran yang bagaimana jika sanggup mengabaikan pelajaran ? Keperluan
apa jika hanya untuk melahirkan zuriat ? Ah, karut semuanya !!!.
Ila, kau sedar apa yang kau ucapkan? .
Mengapa tidak, aku yang sering menjadi mangsanya !.Dalam diam aku mengumpul
rasa.Tanpa aku sedari, kumpulan-kumpulan rasa itu membentuk satu dendam yang terlalu
sukar untuk aku hapuskan. Oh Tuhan, aku pohon ampun kiranya dosa- dosa yang ku
kumpulkan menjadi hijab kepada ketenangan dan setiap permintaanku terpaksa Kau
tangguhkan..
Bukan sedikit aku mendengar suara-suara sumbang yang memperkatakan tentang
kesilapan ku.Aku mengganggu kebahagiaan Ika, aku tidak memahami kedudukan
Ika.Segalanya terlalu pahit untukku telan, sekaligus menjadikan hatiku tawar dan hambar
untuk berhadapan dengan Ika. Tapi Ika,tidak mudah untuk aku melupakan segala janji
yang pernah kita ikat bersama Ke mana hilangnya kejujuran dan tanggungjawab yang
pernah kau tuturkan? Sepanjang-panjang diammu bermakna apa ? Penantian ini
noktahnya dimana ? Bukan aku orangnya jika tidak menghukum. Bukan bermakna aku
telah memiliki segala kesempurnaan, atau aku terlalu mengagongkan keegoan . Tetapi
mungkin kerana aku sering menjadi mangsa kepada kemelut yang tercetus di muara
kasih.
Entah kenapa, aku terasa ingin melewati batas-batas waktuku di bumi tercinta ini,
Malaysia. Bukan ingin melarikan diri dari ujian Tuhan,tetapi aku ingin mencari
ketenangan. Kiranya perkahwinan Ika adalah kesakitan, aku sekarang di dalam proses
membaik pulih. Setiap hari aku mengumpul kekuatan dan keyakinan, untuk lebih kuat,
untuk memulihkan kesakitan yang kian parah.Biarpun sudah sepurnama aku berada di
tanah kelahiran ini, aku masih belum mampu memujuk perasaan.Daerah ini menyediakan
ketenangan yang paling indah, kiranya aku punya kekuatan dan keyakinan hidup. Namun
qudratku kian lumpuh untuk menolak sebarang sangkaan. Mungkin iradatku belum cukup
kuat untuk berpaut di bingkai realiti.
Bumi hijau yang sekian waktu ku hayunkan jejak di hamparan ini bagaikan turut
bersimpati dengan secalit luka yang bermukim di perdu hati.Bayu dingin yang menyapa
lembut sekujur tubuh ini seakan membuai kekecewaan yang masih berbaki.Mentari
jingga yang bertamu di ufuk timur tidak pernah lupa menghadiahkan senyumnya agar
perjalananku seceria dan seindah alam desa permai ini.Cengkerik malam sering berirama
mendendangkan lagu alam.Biarpun sendu, tetap memaparkan keaslian. Gerimis yang
turun dari langit adalah limpahan dari takungan duka yang berladung di lubuk jiwa, tidak
mampu ku tatang lagi.Peritnya himpitan derita yang ku lalui selepas pemergian
Ika,memancung segala kepercayaanku kepada kesetiaan dan kejujuran dari sekeping hati
makhluk yang bernama insan. Itulah hakikat diriku ketika tersesat di persimpangan
kegawatan, tetapi bila warasku terkuak, aku terpaksa menyanggupi gerak dan rentak
kehidupan.
Warkah biru dari Ika yang ku terima siang tadi ku buka perlahan -lahan. Hatiku
berdebar-debar menatap baris demi baris yang tertera di helaian bisu itu.
Ika percaya saat ini Ila telah berjaya mendaki kekuatan demi kekuatan. Ika tetap
berdoa agar Ila terus beristiqamah dengan perjuangan yang kita dokongi bersama.

Perjalanan hidup yang masih panjang lagi berliku perlu kita hadapi.Sekali pun kita cuba
menukar jalan lain, pasti di sana ada ranjau. Sama-samalah kita belajar. Ila, kita boleh
mengatasi perpisahan seorang sahabat, tetapi tidak boleh perpisahan persahabatan itu. Ika
menyanjung tinggi nilai ukhuwwah Ila pada Ika. Yakinilah, Ika akan terus tetap
menyayangi Ila. Biarpun tercampak di lautan mana, tidak mungkin untuk Ika terus
melepaskan kasih sayang yang dipacak kerana Allah. Dan suami Ika ,bukanlah perampas
kepada
kemanisan
persahabatan
kita
sebagaimana
yang
pernah
Ila
sangkakan.Bersamanya terlalu banyak mengajar Ika tentang hakikat.Dia tidak arif
menceritakan cinta kerana dia sering terleka di dalam pencarian cinta abadi.Dia hidup
untuk dua alam yang berbeza, tapi punya satu persamaan.Mardhotillah.Marilah kita
sama-sama berkongsi ukhuwwah, pengalaman dan kebahagiaan untuk mencari
keredhaanNya .
Di dalam rela aku terpaksa. Biarpun jauh di sudut hatiku ada persoalan yang ingin
aku lontarkan.. Ika, di manakah kebenaran kata-katamu itu? Akukah yang tersilap
membacanya, atau kau yang tersalah menulis ? Dalam resah, hatiku menutur sayang.

Anda mungkin juga menyukai