Anda di halaman 1dari 20

JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA

AEEA3308
HISTORY OF MODERN EUROPE 1789-1918

NAMA

: Mohamad Saiful Azri Bin Mohd Fouzi

No Matrix : AEP 120004


Pensyarah : Dr. Zulkanain Bin Abdul Rahman

Soalan 6 : Bandingkan Ciri-Ciri Utama Ideologi Konservatif, Liberal dan


Sosialis di Eropah.

PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi? Ideologi berasal dari bahasa Yunani iaitu
dari perkataan idea dan logos. Perkataan idea membawa maksud gagasan, konsep, pengertian
dasar, dan cita-cita manakala logos membawa maksud ilmu.1 Sarjana seperti Machievelli
menyatakan ideologi adalah satu sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh
pemerintah. Beliau turut menekankan ideologi digunakan oleh pemerintah bagi meluaskan
mahupun mengukuhkan kekuasaannya atau pengaruhnya. Hal ini kerana beliau melihat
ideologi dapat menjadikan masyarakat patuh dan tunduk seterusnya mengamalkan ideologi
tersebut dalam kehidupan seharian. 2
Menurut Ramlan Surbakti pula, ideologi merupakan suatu pandangan atau sistem nilai
yang menyeluruh dan mendalam berkaitan dengan tujuan, matlamat atau objektif yang ingin
dicapai oleh sesebuah masyarakat seterusnya mengenalpasti cara-cara mahupun langkahlangkah yang dilihat baik atau sesuai digunakan untuk mencapai dan merealisasikan tujuan,
matlamat atau objektif. Beliau turut menyatakan ideologi mempunyai dua fungsi iaitu yang
pertama, ideologi menjadi tujuan dan cita-cita yang hendak dicapai bersama masyarakat dan
yang kedua, ideologi dapat menjadi satu dasar seterusnya menyatupadukan masyarakat
khususnya ketika berada dalam konflik.3

P.J. Suwarno, Pancasila Budaya Bangsa Indonesia: Penelitian Pancasila Dengan Pendekatan Historis, Filosofis
& Sosio-Yuridis Kenegaraan, Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 1993, hlm. 111.
2
Fasisme Italia, Jerman dan Spanyol,
https://www.academia.edu/5194298/Fasisme_Italia_Jerman_dan_Spanyol
3
Ramlan Surbakti, Memahami Ilmu Politik, Jakarta: Gramedia Widiasarana Indonesia, 2010, hlm. 48.

Kemunculan ideologi pula adalah disebabkan kehendak naluri manusia untuk


membentuk peraturan intelektual di dalam masyarakat dunia. Dalam erti kata lain, ideologi
membolehkan manusia mengatur cara hidupnya dan memainkan peranan dalam struktur sosial
dan seterusnya menentukan 1bagaimana masyarakat itu berubah kelak. 4 Secara umumnya,
ideologi bermaksud the set of beliefs (satu set pemikiran) by which a group or society orders
reality so as to render it intelligble dan ideologi- ideologi ini dicipta dengan harapan dapat
membawa kearah masyarakat yang dicita-citakan. Ideologi-ideologi ini juga dicipta oleh
manusia, mempunyai pengikut sendiri dan saling bersaing antara satu sama lain. 5
Berdasarkan soalan, ciri-ciri utama (persamaan mahupun perbezaan) ideologi
Konservatif, Liberal dan Sosialis di Eropah dapat dihuraikan melalui tiga aspek utama iaitu
politik, ekonomi dan sosial. Ideologi-ideologi ini mulai berkembang di Eropah akibat daripada
Revolusi Perancis dan perkembangan Revolusi Perindustrian pada awal abad ke-19. Sebelum
membincangkan dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga ideologi ini, adalah amat penting untuk
kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Konservatif, Liberal dan Sosialis.

DEFINISI
1. Ideologi Konservatif.

Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Konservatif? Istilah Konservatif berasal


dari bahasa Latin iaitu conservre yang membawa maksud melestarikan, menjaga, memelihara
dan mengamalkan. 6 Istilah ini kemudiannya pertama kalinya digunakan dalam pengertian

Ramanathan, K., Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2003, hlm.
74.
5
Ideology, http://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/ideology
6
Konservatisme, http://www.academia.edu/3492214/Konservatisme .

moden khususnya dalam sains politik oleh Franois-Ren de Chateaubriand yang


menggunakan nama Conservateur dalam sebuah jurnal yang diterbitkan sebagai reaksi untuk
melawan penyebaran politik baru khususnya idea-idea demokrasi yang dilihat bertentangan
dengan amalan tradisional. 7 Istilah ini kemudiannya diterima pakai oleh kelompok-kelompok
lain yang menentang nilai-nilai tradisional dalam bentuk yang lebih radikal.
Sarjana seperti Samuel Francis mendefinisikan ideologi Konservatif sebagai the
survival and enhancement of a particular people and its institutionalised cultural expressions
iaitu yang membawa maksud suatu kelangsungan hidup dan peningkatan orang-orang tertentu
dan ungkapan-ungkapan kebudayaannya dilembagakan atau diinstitusikan. 8 Roger Scruton
mendefinisikan ideologi ini sebagai maintenance of the social ecology bermaksud pengekalan
ekologi sosial dan the politics of delay, the purpose of which is to maintain in being, for as long
as possible, the life and health of a social organism iaitu bermaksud penangguhan atau
kelengahan dalam politik bertujuan mengekalkan kesejahteraan untuk seberapa lama yang
boleh, kehidupan dan kesihatan organisma sosial. 9
Umumnya, ideologi ini adalah satu fahaman politik yang berusaha untuk
mempertahankan tradisi, kestabilan sosial, institusi yang sedia ada seterusnya menentang
sebarang perubahan. Pada masa yang sama, Konservatif juga merupakan satu ideologi yang
menjunjung tinggi nilai-nilai tradisional dan disokong kuat oleh golongan pemerintah atau
atasan seperti Raja (monarki), aristokrat dan bangsawan, paderi (gereja) dan mereka yang
menjunjung tinggi nilai-nilai tradisional.

Ibid.
N.D Arora, Political Science, New Delhi: Tata McGraw Hill Education Private Limited, 2011, hlm. 18.
9
Ibid.
8

2. Ideologi Liberal.
Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Liberal? Istilah Liberal diambil daripada
bahasa Latin iaitu dari kata liber yang membawa maksud bebas, merdeka, tidak terikat dan
tidak tergantung.10 Pengertian ideologi ini agak mengelirukan kerana sering bertukar seiring
dengan peredaran zaman. Walau bagaimanapun, ianya masih lagi mendukung ciri-ciri yang
diperjuangan oleh liberalisme klasik. 11
Pada tahun 1830 dan 1850 dapat dilihat ideologi ini seakan-akan telah memperolehi
satu siri kemenangan melalui revolusi seterusnya menjadi satu zaman kegemilangan untuk
liberalisme. Umumnya, Liberal atau Liberalisme merupakan ideologi atau fahaman
memfokuskan ekonomi negara dan masyarakat yang mengharapkan kemajuan dalam aspek
budaya, hukum, ekonomi dan takbir urus masyarakat atas dasar kebebasan individu yang dapat
mengembangkan bakat dan kemampuannya sebebas mungkin. 12 Pada masa yang sama juga,
ideologi ini amat mengagungkan keupayaan manusia dan perjuangannya banyak mendapat
sokongan daripada golongan yang berpendidikan dan tahu membaca.
3. Ideologi Sosialis
Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Sosialis? Ideologi ini muncul sebagai satu
reaksi daripada Revolusi Perindustrian yang membawa kepada pengenalan ekonomi
kapitalisme. Golongan pekerja kilang mahupun lombong dan buruh yang ditindas oleh majikan
telah bangun dan menuntut keadilan dan persamaan antara senua golongan. Golongan ini
terpaksa bekerja lebih 12 jam, kadar upah yang rendah, tempat tinggal yang daif dan sebagai.
Hal ini menyebabkan ideologi ini muncul dan mengkritik baik Konservatif mahupun Liberal.

10

Lindemann, Albert S., A History of Modern Europe From 1815 To The Present, United Kingdom: John Wiley &
Sons, 2013, hlm. 58.
11
Ibid
12
Koerniatmanto Soetoprawiro, Bukan Kapitalisme Bukan Sosialisme: Memahami Keterlibatan Sosial Gereja,
Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 2003, hlm. 95.

Ideologi ini melihat kehidupan manusia akan menjadi lebih baik dengan mewujudkan satu
kesatuan yang harmoni dan percaya ianya hanya boleh berlaku dalam sebuah konteks sosial
yang besar dan kesaksamaan ekonomi. Ideologi ini turut menjelaskan musuh mereka adalah
terdiri daripada golongan yang dilihat melanggar atau menjejaskan perasaan persaudaraan iaitu
sama ada dengan menyalahgunakan kebebasan seperti yang dilakukan oleh golongan Liberal
lakukan atau dengan menyalahgunakan kuasa seperti yang dilakukan oleh golongan
konservatif. 13
Umumnya, ideologi ini bolehlah diertikan sebagai kebajikan umum yang menguasai
kepentingan-kepentingan individu dan kumpulan-kumpulan kecil individu. Bermaksud,
kepentingan kumpulan kecil dalam masyarakat tidak mewakili kepentingan seluruh ahli
masyarakat tersebut atau dalam erti kata lain, kebajikan masyarakat adalah lebih utama
daripada kebajikan orang perseorangan dan dalam pertentangan di antara keduannya, kebajikan
umum mesti didahulukan. 14

PERBEZAAN CIRI-CIRI IDEOLOGI KONSERVATIF, LIBERAL DAN SOSIALIS.


Perbezaan ciri-ciri ketiga-tiga ideologi ini dapat dilihat dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial.
1. Aspek Politik
Ideologi Konservatif dalam aspek politik, seperti yang telah dibincangkan, ideologi ini
amat menyanjung tinggi nilai-nilai tradisi. Konservatif timbul sebagai reaksi terhadap Revolusi
Perancis. Pada tahun 1815 hingga tahun 1848 memperlihatkan pemikiran dan pemerintahan

13

Lindemann, Albert S., A History of Modern Europe From 1815 To The Present, hlm. 58.
Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, Singapura: Thomson Learning, 2006,
hlm. 155.
14

konservatif di Eropah. Golongan Konservatif percaya bahawa manusia akan menjadi sempurna
setelah melalui perubahan sosial bukan disebabkan oleh revolusi tetapi lahir daripada rangka
idea dan institusi tradisi. 15 Golongan Konservatif ini terdiri daripada golongan atasan seperti
raja-raja, bangsawan atau aristokrat, paderi dan mereka yang menjunjung tinggi nilai-nilai
tradisional. Golongan ini menentang Revolusi Perancis dan lahir daripada pergerakan atau
revolusi tersebut.16
Ciri-ciri ideologi ini dalam aspek politik, ideologi ini mendukung kuat sistem monarki
berkuasa mutlak. Idea asas sistem monarki atau beraja adalah pemerintahan yang berasaskan
keturunan dan golongan ini mempunyai hak yang paling baik untuk memerintah. Pemerintahan
dibawah monarki, Raja berhak sepenuhnya dalam memutuskan hal yang berkaitan dengan
ekonomi, sosial dan undang-undang. Pucuk pimpinan pemerintahan diberikan mengikut
pertalian darah. Golongan konservatif yang pro-monarki dan kebangsaan percaya institusi
monarki merupakan pelengkap negara dan tidak boleh dimansuhkan walaupun oleh raja
sendiri. Hal ini kerana, golongan ini percaya kepentingan institusi ini yang harus dipertahankan
demi menjamin kestabilan politik kerana institusi ini menjadi simbol perpaduan, simbol
keharmonian kehidupan masyarakat dan penerusan tradisi. 17
Selain itu juga, buku yang ditulis oleh Thomas Hobbes yang bertajuk Leviathan,
diterbitkan pada tahun 1651 telah memperlihatkan idea-idea konservatif dan kepentingan
ideologi ini dalam mempertahankan sistem monarki mutlak yang ditentang hebat oleh
golongan liberal. Hobbes merupakan seorang pemikir politik Inggeris yang hidup ketika
tercetusnya perang saudara dalam perebutan takhta England sehingga terbunuhnya King
Charles I di tali gantung pada tahun 1642. Beliau kemudiannya banyak menghasilkan tulisan15

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2003, hlm. 64.
16
Revolution, Liberalism and Nationalism in Europe, 1789-1914 & Intellectual and Cultural Life, 1815-1848
17
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991,
hlm. xii.

tulisan untuk mempertahankan sistem monarki mutlak England sebagai satu sistem politik
yang terbaik dan boleh membawa kepada kestabilan dalam kehidupan politik. 18
Menurut Hobbes, segala malapetaka yang menimpa setiap individu disebabkan masalah
hak-hak semulajadi atau natural rights akibat tiadanya satu badan yang berautoriti yang
diterima umum yang berupaya mengurus-tadbir kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian,
mereka ini haruslah membuat persetujuan untuk menyerahkan semua hak-hak semulajadi yang
dimiliki kepada satu badan yang berautoriti yang dipersetujui bersama dan bersedia untuk
tunduk-patuh kepada perintahnya. Badan berautoriti ini akhirnya diiktiraf sebagai Badan
Berwibawa atau sovereign body yang secara tidak langsung merujuk kepada Raja dan
pemerintahan monarki. 19
Umumnya, ideologi Konservatif percaya pemerintahan di bawah sistem monarki dan
dimana, rakyat perlu tunduk dan patuh kepada golongan pemerintahan dipercayai mampu
menjamin kehidupan bersama dan kewujudan bersama secara aman damai seterusnya
mencegah suasana anarki daripada wujud dalam masyarakat. Pada masa yang sama, sistem
demokrasi yang mana rakyat bebas memilih pemerintah dan bentuk pemerintahan ditolak pada
abad ini kerana dilihat mampu menghakis kedaulatan pemerintahan monarki.
Ideologi Liberal dalam aspek politik, seperti yang telah dibincangkan, ideologi amat
menyanjung tinggi kebebasan individu dan keistimewaan manusia. Ideologi ini menentang
keras dengan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh golongan Konservatif yang dilihat
mengongkong kebebasan dan kehidupan manusia.
Ciri-ciri ideologi ini khususnya dalam aspek politik, berbeza dengan ideologi
Konservatif, ideologi ini menentang pemerintahan monarki mutlak. Golongan Liberal percaya

18
19

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, hlm. 51.
Ibid, hlm. 42.

kepada sistem pemerintahan monarki yang berperlembagaan. Sarjana seperti John Locke
dalam bukunya yang bertajuk The Two Treatises of Government yang diterbitkan pada tahun
1960 telah menyatakan pentingnya kuasa monarki dibatasi. Beliau juga menyatakan rakyat
mempunyai hak dalam menumbangkan kerajaan sekirannya kerajaan itu menafikan keadilan
dan kebebasan asasi mereka. Pada masa yang sama, beliau turut menyuarakan pendapatnya
dalam bukunya dengan menyatakan kerajaan terbina adalah kerana restu atau consent daripada
rakyat dan selagi restu rakyat dipelihara, maka sesebuah kerajaan itu masih berdaulat.
Sekiranya restu rakyat itu dikhianati, rakyat mempunyai hak bagi menukar kerajaan. 20
Pada masa yang sama juga, konsep pengasingan kuasa harus dilakukan bagi
memastikan tidak berlakunya pemusatan kuasa. Konsep pengasingan kuasa ini telah
dikembangkan dan ditulis dengan lebih teliti oleh Montesquieu. Montesquieu merupakan
seorang ahli falsafah yang berbangsa Perancis yang amat mengagumi tulisan John Locke dan
akhirnya telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk The Spirit of Laws pada tahun 1748.21
Monstesquieu telah mengembangkan konsep pengasingan kuasa seperti yang telah disarankan
oleh Locke. Sama seperti Locke, beliau menyarankan tiga badan penting dalam konsep
pengasingan kuasa iaitu eksekutif (badan pelaksanaan), judisari (badan kehakiman) dan
legislatif (badan perundangan). Montesquieu menyatakan setiap badan ini perlu bergerak bebas
dan pertindahan kuasa antara setiap badan harus dielakkan. Setiap badan ini mempunyai bidang
kuasa tersendiri. 22 Sebagai contoh, badan legislatif tidak boleh masuk campur dalam badan
judiasari. Wujudnya pengasingan kuasa boleh mengelak daripada pemusatan kuasa terjadi
dalam sesebuah negara.

20

Ibid. Hlm. 55.


The Montesquieu Doctrine of Separation of Powers,
http://www.academia.edu/4976483/THE_MONTESQUIEU_DOCTRINE_OF_SEPARATION_OF_POWERS.
22
Ibid, artikel.
21

Sistem demokrasi turut diaplikasikan dibawah ideologi ini. Sistem demokrasi yang
diaplikasikan pada abad ini sedikit berbeza dengan demokrasi di zaman moden ini. Walau
bagaimanapun, demokrasi ini menjadi titik permulaan rakyat diberikan kuasa untuk memilih
pemerintah seterusnya menentukan masa depan sesebuah negara. Di bawah sistem ini, rakyat
yang mempunyai harta dan membayar cukai sahaja diberi peluang untuk mengundi. Golongan
pertengahan yang berjaya mengumpulkan kekayaan diberi peluang untuk mengundi dan
seterusnya dapat menguasai atau menentukan hala tuju pemerintahan negara melalui undi yang
dilakukan. Hanya golongan lelaki sahaja dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, memilih
parti politik, menjawat jawatan penting dalam pentadbiran dan menjadi pemimpin. Namun
demikian, tidak semua golongan lelaki dibenarkan untuk mengundi. Golongan lelaki yang
tidak diberi kesempatan untuk mengundi adalah terdiri daripada mereka yang tidak berharta
dan tidak membayar cukai. Sebagai contoh, di Scotland iaitu pada tahun 1831, hanya 4,500
orang lelaki sahaja yang layak mengundi untuk pilihan raya parlimen daripada populasi 2.6
juta orang.23 Hak pengundian bersyarat ini kemudiannya ditukar kepada hak pengundian untuk
semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana golongan liberal percaya jika mereka masih
mengekalkan kedudukan sedemikian, hal ini boleh menyebabkan ideologi tersebut terjejas.
Akhir sekali ialah ciri-ciri ideologi Sosialis dalam aspek politik. Seperti yang telah
dibincangkan, kemunculan ideologi amat berkait rapat dengan Revolusi Perindustrian yang
membawa kepada pengenalan ekonomi kapitalisme seterusnya membawa kepada penindasan
terhadap golongan bawahan iaitu golongan pekerja. Ideologi ini mengkritik baik ideologi
Konservatif mahupun Liberal. Ideologi ini lebih dihubungkan dengan soal keadilan pengagihan

23

The Struggle for democracy: Getting The Vote,


http://www.nationalarchives.gov.uk/pathways/citizenship/struggle_democracy/getting_vote.htm.

nilai-nilai material. Landasan utama ideologi ini lebih menyentuh berkaitan dengan peranan
penentu yang dimainkan oleh sistem pengagihan ekonomi dalam masyarakat.24
Umumnya, dalam aspek politik, ideologi ini amat menekankan konsep sama rata. Oleh
hal yang demikian, proses pengundian yang diperkenalkan (golongan liberal) pada masa itu,
yang mana hanya memberi peluang kepada kaum lelaki yang membayar cukai sahaja boleh
membuang undi telah menyebabkan golongan sosialis mengkritik sistem pilihan raya tersebut.
Hal ini kerana, sistem pilihan raya tersebut sering dijadikan alat bagi golongan pertengahan
(kaum lelaki yang membayar cukai dan berharta) untuk mencapai matlamat sendiri. Golongan
ini banyak menguasai ekonomi negara dan melalui sistem pilihan raya ini, mereka dapat
menentukan hala tuju negara (dengan mengundi) seterusnya dapat memastikan kepentingankepentingan mereka khususnya dalam sektor ekonomi terjamin. Penguasaan golongan ini
dalam bidang ekonomi juga telah membawa kepada penindasan kepada golongan proletariat
(merujuk kepada pekerja kilang mahupun buruh).25
Selain itu juga, ideologi ini menentang pemusatan kuasa dan melihat bentuk
pemerintahan republik harus diamalkan oleh sesebuah negara. Golongan Sosialis menolak
sistem pemerintahan monarki. Dalam erti kata lain, mereka tidak menginginkan sistem
pemerintahan Beraja baik bersifat mutlak mahupun berperlembagaan. Sistem demokrasi
diterima baik dan hal ini dapat dilihat apabila golongan ini mengkritik hebat sistem pilihan raya
yang dilihat tidak adil dan menuntut hak mengundi yang terbuka untuk semua orang. Walau
bagaimanapun, dalam mereka menerima sistem demokrasi, tidak dapat dinafikan, golongan ini
turut berpendapat, dalam mengubah sesuatu sistem, kekerasan mahupun yang bersifat radikal
merupakan salah satu cara yang paling berkesan dalam mengubah sistem yang dilihat berat

24
25

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, hlm. 154.
Introduction to 19th-Century Socialism, http://public.wsu.edu/~brians/hum_303/socialism.html.

sebelah seperti yang berlaku di dalam Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia. 26 Umumnya,
ideologi Sosialis lebih banyak menyentuh berkaitan dengan sistem ekonomi yang adil kerana
ianya wujud disebabkan pengagihan sumber yang tidak adil dan penindasan terhadap golongan
proletariat. Ideologi ini juga akhirnya membawa kepada pengenalan fahaman yang lebih
radikal seperti Sosialis-Komunis dan Sosialis-Kebangsaan (Fasisma).

2. Aspek Ekonomi
Ideologi Konservatif dalam aspek ekonomi, golongan Konservatif amat menyokong
peranan kerajaan dalam mengawal perjalanan aktiviti ekonomi negara. Mereka melihat
perlunya campur tangan kerajaan dalam mengawal aktiviti-aktiviti ekonomi untuk menghalang
golongan pemodal daripada mengaut keuntungan. Hal ini amat bertentangan dengan
perjuangan golongan liberal yang memperjuangankan pasaran bebas yang seterusnya
membawa kepada pembantahan campur tangan pihak kerajaan dalam aktiviti-aktiviti
ekonomi. 27 Hal ini jelas sekali memperlihatkan golongan ini tidak menginginkan
pendemokrasian dalam ekonomi.
Pada masa yang sama, pemilikan tanah yang luas juga merupakan salah satu aspek
ekonomi yang ditekankan dalam ideologi ini. Golongan Konservatif melihat saiz atau
keluasaan tanah menentukan kekayaan seseorang. Tanah-tanah tersebut diperolehi daripada
dibeli, disewa, dianugerahkan atau diberikan oleh raja. Tanah-tanah yang dimiliki ini boleh
diwarisi dari satu generasi ke generasi lain.28

26

Ibid artikel.
Ramanathan, K., Konsep Asas Politik, hlm. 119.
28
Riley, Jim L., Moderate Political Ideologies: Liberalism and Conservatism, Denver: Regis University, 1990,
http://academic.regis.edu/jriley/libcons.htm
27

Ideologi Liberal pula memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis atau perdagangan


bebas atau laissez-faire. Sarjana seperti Adam Smith banyak membincangkan berkaitan dengan
sistem ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalisme merupakan ekonomi yang berteraskan kepada
tanah, buruh, modal dan teknologi moden dalam membeli atau menjual sesuatu barangan atas
hak masing-masing. Hal ini amat berbeza dengan ideologi Konservatif yang melihat tanah
sebagai aset ekonomi yang paling penting. Adam Smith telah menulis sebuah buku yang
bertajuk The Wealth of Nations yang diterbitkan pada tahun 1776. 29 Smith percaya campur
tangan kerajaan khususnya dalam bidang ekonomi dilihat sebagai berbahaya. Buku dan tulisantulisan beliau amat penting dan berpengaruh yang seterusnya berjaya membebaskan
perdagangan asing Britain daripada peraturan, menghapuskan larangan, lebihan cukai import
dan perjanjian-perjanjian yang mengehadkan perdagangan seterusnya menggalakkan
pengumpulan harta.30 Ideologi liberal juga telah merancakkan perkembangan perindustrian di
Eropah. Hal ini berlaku apabila golongan pemodal telah melaburkan kekayaan mereka untuk
pembinaan landasan kereta api, penciptaan mesin dan pembinaan kilang-kilang. Pada masa
yang sama, ianya telah membawa kepada kemunculan ideologi Sosialis yang disokong kuat
oleh golongan proletariat.
Akhir sekali ialah ideologi Sosialis. Golongan Sosialis menyokong campur tangan
kerajaan dalam urusan ekonomi bagi menjamin hak dan keselesaan hidup golongan pekerja.31
Ideologi ini turut menyatakan hak milik persendirian harus dikawal dan dihadkan atau
dihapuskan. Hal ini kerana, golongan ini melihat hak milik persendirian adalah faktor utama
berlakunya ketidakadilan, kemiskinan, dan penindasan manusia oleh manusia (seperti yang
berlaku akibat Revolusi Perindustrian yang mana pihak majikan menindas golongan

29

Roll, Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hlm. 116.
Ibid. Hlm. 122-123.
31
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, hlm. 70.
30

proletariat). Oleh hal yang demikian, ideologi ini menganjurkan masyarakat yang berlandaskan
hak milik bersama dalam bentuk milik negara. 32
Kebajikan umum juga mesti didahulukan. Golongan sosialis percaya bahawa sumber
sesebuah negara seharusnya digunakan berdasarkan satu rancangan ekonomi yang menyeluruh,
yang dirancang bersama oleh pekilang, petani, pekerja, dan pegawai kerajaan. Perancangan
yang dibuat ini dilihat mampu mengimbangi pengeluaran dengan keperluan rakyat walaupun
kuasa permintaan dan penawaran mungkin mempengaruhi pengeluaran dan harga. Golongan
sosialis menyarankan pembahagian semula harta melalui pencukaian dengan mencadangkan
undang-undang yang dapat membantu golongan seperti warga tua, orang cacat, dan mereka
yang memerlukan bantuan. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlulah menyediakan
pendidikan dan khidmat perubatan percuma kepada rakyat di samping membantu rakyat
memperoleh rumah yang selamat dan bersih dengan kadar sewa yang mereka mampu.33

3. Aspek Sosial
Ideologi Konservatif, dalam aspek sosial, ideologi ini amat mementingkan institusi
keagamaan atau gereja. Konservatif mahu mengekalkan identiti agama dan institusi gereja
yang sangat dihormati dan dijadikan tempat rujukan dengan hal-hal berkaitan dengan
kehidupan semasa.34 Golongan ini percaya institusi gereja sangat penting sebagai penjaga
kelakuan yang bertamadun.35 Sebagai contoh, dalam aspek perkahwinan, perkahwinan
haruslah dijalankan dalam gereja kerana dilihat suci. Selain itu, pengekalan institusi gereja
dapat dilihat di England. Sebagai contohnya, Gereja Anglikan di England mendapat kedudukan

32

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, hlm. 154
Eksiklopedia Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 237.
34
Barber, John R., Modern European History, New York: Harper Collins Publishers, 1993, hlm. 117.
35
Revolution, Liberalism and Nationalism in Europe, 1789-1914 & Intellectual and Cultural Life, 1815-1848,
http://www2.uncp.edu/home/rwb/ideas_19c.htm.
33

yang tinggi kerana pada masa itu pengaruh ideologi ini amat kuat.36 Golongan Konservatif
berpendapat agama merupakan satu keperluan dan bukannya pilihan. Oleh hal yang demikian,
pengekalan institusi gereja dilihat amat penting sekali.
Ciri-ciri ideologi Konservatif seterusnya dalam aspek sosial ialah mereka merupakan
pendokong kuat kepada kehidupan feudal. Sistem feudal memperlihatkan setiap orang
mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu yang bergantung kepada jenis tanah yang dipajak
dan syarat pemajakannya. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan yang tinggi.
Gereja pula berkuasa di atas pelantikan raja dan ahli-ahli gereja. Mereka bergantung kepada
raja untuk mendapatkan tanah bagi diusahakan seperti golongan vasal telah diberi hak untuk
menggunakan dan menjaga tanah. Para vasal diberi kelebihan dengan menerima hasil tanah
yang dijaga seperti mengutip cukai, mengurus petani dan sebagainya. Selain itu, golongan
aristokrat dan bangsawan turut mempunyai kedudukan yang tinggi dan turut memainkan
peranan dalam membantu pentadbiran negara alam sistem feudal. 37
Pada masa yang sama, golongan ini amat menitikberatkan gelaran seperti Duke, Sir,
Lord dan sebagainya. Setiap gelaran ini dianugerahkan oleh raja seterusnya melambangkan
status mereka dalam susun lapis masyarakat. Instiadat pemberian gelaran kebesaran dan
pangkat ini diadakan setiap tahun bersempena dengan hari kelahiran seseorang raja tersebut.
Pemberian gelaran dan pangkat ini bertujuan untuk menunjukkan taat setia kepada raja dan
institusi gereja. Bintang-bintang kebesaran ini pula perlu dipakai pada hari-hari tertentu seperti
majlis rasmi atau makan malam rasmi. 38

36

David Thomson, Eropah Sejak Napoleon, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 114.
37Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah,
http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_ciriciri.htm.
38
Ibid artikel.
37

Akhir sekali ialah golongan Konservatif amat mementingkan hierarki sosial tradisional
atau susun lapis masyarakat berdasarkan kepada faktor pertalian darah atau keluarga. Mereka
tidak berminat untuk melaksanakan pendemokrasian atau masyarakat keterbukaan. Sebagai
contohnya, semasa Revolusi Perancis terdapat tiga golongan yang dikenali sebagai estet
pertama, kedua, dan ketiga. Estet pertama terdiri dari golongan gereja yang tidak dikenakan
cukai, estet kedua terdiri daripada golongan bangsawan dan mereka ini dikecualikan daripada
membayar cukai dan akhir sekali, estet ketiga yang terdiri daripada golongan bawahan seperti
petani, hamba, atau golongan bourgeois. Mobiliti sosial juga tidak wujud. Sebagai contoh,
seseorang hamba akan menjadi hamba seumur hidup dan anaknya turut menjadi hamba.39
Seterusnya, ideologi Liberal dalam aspek sosial pula memperlihatkan golongan ini
amat menentang ideologi Konservatif yang mendukung kuat hierarki sosial tradisional atau
feudal. Berbeza dengan Konservatif, golongan Liberal percaya mobiliti sosial boleh berlaku.
Pada pendapat mereka, seseorang itu boleh mengubah nasibnya dengan bekerja keras dan
kemudiannya mengumpul kekayaan. Sekirannya seseorang itu tidak berusaha dan malas, maka
tidak hairanlah individu tersebut hidup dalam kemiskinan. Hal ini dipersetujui oleh Thomas
Malthus didalam bukunya yang bertajuk Essay on Population yang diterbitkan pada tahun
1789.40
Pada masa yang sama juga, golongan liberal percaya anugerah dan jawatan penting
harus diberikan kepada sesiapa sahaja dan berasaskan bakat dan kemahiran seseorang itu.
Anugerah dan jawatan yang diperolehi secara warisan amat ditentang. Selain itu juga,
sekularisme turut menular. Golongan Liberal melihat agama mahupun institusi gereja tidak
harus mengongkong kehidupan manusia. Oleh hal yang demikian, agama dilihat bukan satu

39
40

Ibid artikel.
Harrison, J.B., A Short History of Western Civilization, New York: Alfred A. Knopf, 1985, hlm. 549.

keperluan tetapi sebagai satu pilihan. Perkahwinan juga merupakan satu pilihan. Malahan di
tahap yang lebih radikal, perkahwinan sesama jantina dibenarkan.41
Akhir sekali ialah ideologi Sosialis dalam aspek sosial. Dalam ideologi ini, golongan
sosialis melihat agama mahupun institusi gereja sebagai penyekat kepada kemajuan negara dan
agama dilihat sebagai satu pilihan. Selain itu juga, golongan sosialis menuntut hak sama rata.
Hal ini amat berkait rapat dengan penindasan terhadap golongan pekerja. Golongan Sosialis
percaya kemunduran dan kemiskinan berlaku adalah disebabkan berlakunya penindasan oleh
golongan yang menguasai empat faktor pengeluaran ekonomi iaitu tanah, buruh, modal, dan
teknologi. Menurut Robert Owen iaitu seorang majikan dan tuan kilang dan kemudiannya turut
dikenali sebagai Bapa Sosialisme Inggeris, Kesatuan Sekerja perlu ditubuhkan dan seterusnya
berperanan untuk menuntut kenaikan gaji bagi menjamin kesejahteraan pekerja dan mengubah
bentuk pemerintahan.42 Umumnya, golongan Sosialis percaya semua individu dalam
masyarakat harus mendapat bahagian ekonomi yang sama rata dan kekayaan harus dikongsi
bersama bagi mengelak penindasan dan kemiskinan.

PERSAMAAN CIRI-CIRI IDEOLOGI KONSERVATIF, LIBERAL DAN SOSIALIS.


Tidak dapat dinafikan, ciri-ciri bagi ketiga-tiga ideologi ini amat berbeza antara satu
sama lain. Melihat kepada persamaan bagi ketiga-tiga ideologi ini pula, ketiga-tiganya
merupakan fahaman yang dicipta oleh manusia. Ideologi-ideologi ini mempunyai pengikut
tersendiri dan saling bersaing antara satu sama lain. Malahan, ciri-ciri mahupun definisi bagi
ketiga-tiga ideologi ini sentiasa diperbaiki bagi memastikan survival ideologi ini. Ideologi-

41

Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah,


http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_ciriciri.htm.
42
Qasim Ahmad, Revolusi Industri Pertama: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi dan Politik, Sabah: Universiti
Malaysia Sabah, 1999, hlm. 100.

ideologi ini juga bersifat progresif iaitu menuju matlamat yang dicita-citakan. Akhir sekali,
ketiga-tiga ideologi ini cuba sedaya upaya menguasai ekonomi. Dalam erti kata lain, ideologiideologi ini masing-masing mempunyai kepentingan yang ingin direalisasikan khususnya
dalam bidang ekonomi. Ideologi-ideologi ini mengingankan keuntungan daripada ekonomi
negara dan perkara yang membezakan ketiga-tiga ideologi ini adalah fokus kumpulan atau
individu yang sepatutnya mendapat keuntungan dalam ekonomi negara.

PETA EMPAYAR JERMAN 1871

KESIMPULAN
Kesimpulannya, ideologi Konservatif, Liberal dan Sosialis masing-masing mempunyai
ciri-ciri yang jelas menunjukkan lagi banyak perbezaan berbanding persamaan. Ciri-ciri ini
dapat kita lihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Ideologi ini juga dicipta oleh manusia
dan seterusnya telah menyatukan masyarakat di Eropah pada masa itu. Pengenalan ideologiideologi ini bukan sahaja disebabkan permasalahan yang timbul di Eropah pada masa itu tetapi
secara tidak langsung telah membawa suatu perubahan dalam aspek politik dan sosio-ekonomi
masyarakat di Eropah. Umumnya, ideologi-ideologi ini bermula akibat tercetusnya Revolusi
Perancis dan Revolusi Perindustrian dan sehingga sekarang, ideologi-ideologi ini masih lagi
wujud dan masih bersaing antara satu sama lain. Pada masa yang sama juga, pendefinisian bagi
ideologi-ideologi telah diperbaiki bagi memastikan ideologi-ideologi ini relevan dengan
persekitaran moden.

BIBLIOGRAFI
1.

Barber, John R., Modern European History, New York: Harper Collins Publishers,
1993.

2.

Classical Liberalism,
http://www.princeton.edu/~achaney/tmve/wiki100k/docs/Classical_liberalism.html

3.

David Thomson, Eropah Sejak Napoleon, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1982.

4.

Eksiklopedia Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

5.

Fasisme Italia, Jerman dan Spanyol,


https://www.academia.edu/5194298/Fasisme_Italia_Jerman_dan_Spanyol (diakses
pada 07/12/2014).

6.

Harrison, J.B., A Short History of Western Civilization, New York: Alfred A. Knopf,
1985.

Ramanathan, K., Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd, 2003.

8.

Introduction to 19th-Century Socialism,


http://public.wsu.edu/~brians/hum_303/socialism.html.

9.

Koerniatmanto Soetoprawiro, Bukan Kapitalisme Bukan Sosialisme: Memahami


Keterlibatan Sosial Gereja, Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 2003.

10.

Qasim Ahmad, Revolusi Industri Pertama: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi dan


Politik, Sabah: Universiti Malaysia Sabah, 1999.

11.

Lindemann, Albert S., A History of Modern Europe From 1815 To The Present,
United Kingdom: John Wiley & Sons, 2013.

12.

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, Singapura:
Thomson Learning.

13.

N.D Arora, Political Science, New Delhi: Tata McGraw Hill Education Private
Limited, 2011.

14.

Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah,


http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_ciriciri.htm.

15.

P.J. Suwarno, Pancasila Budaya Bangsa Indonesia: Penelitian Pancasila Dengan


Pendekatan Historis, Filosofis & Sosio-Yuridis Kenegaraan, Yogyakarta: Penerbit
Kanisius, 1993.

16.

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.

17.

Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991.

Anda mungkin juga menyukai