Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi? Ideologi berasal dari bahasa Yunani iaitu
dari perkataan idea dan logos. Perkataan idea membawa maksud gagasan, konsep, pengertian
dasar, dan cita-cita manakala logos membawa maksud ilmu 1 . Sarjana seperti Machievelli
menyatakan ideologi adalah satu sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki oleh
pemerintah. Beliau turut menekankan ideologi digunakan oleh pemerintah bagi meluaskan
mahupun mengukuhkan kekuasaannya atau pengaruhnya. Hal ini kerana beliau melihat
ideologi dapat menjadikan masyarakat patuh dan tunduk seterusnya mengamalkan ideologi
tersebut dalam kehidupan seharian2.
Menurut Ramlan Surbakti pula, ideologi merupakan suatu pandangan atau sistem nilai
yang menyeluruh dan mendalam berkaitan dengan tujuan, matlamat atau objektif yang ingin
dicapai oleh sesebuah masyarakat seterusnya mengenalpasti cara-cara mahupun langkahlangkah yang dilihat baik atau sesuai digunakan untuk mencapai dan merealisasikan tujuan,
matlamat atau objektif. Beliau turut menyatakan ideologi mempunyai dua fungsi iaitu yang
pertama, ideologi menjadi tujuan dan cita-cita yang hendak dicapai bersama masyarakat dan
yang kedua, ideologi dapat menjadi satu dasar seterusnya menyatupadukan masyarakat
khususnya ketika berada dalam konflik3.
Kemunculan ideologi pula adalah disebabkan kehendak naluri manusia untuk
membentuk peraturan intelektual di dalam masyarakat dunia. Dalam erti kata lain, ideologi
membolehkan manusia mengatur cara hidupnya dan memainkan peranan dalam struktur sosial

P.J. Suwarno, Pancasila Budaya Bangsa Indonesia: Penelitian Pancasila Dengan Pendekatan
Historis, Filosofis & Sosio-Yuridis Kenegaraan, Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 1993, hlm. 111.
2
Fasisme Italia, Jerman dan Spanyol,
https://www.academia.edu/5194298/Fasisme_Italia_Jerman_dan_Spanyol (diakses pada 07/12/2014).
3
Ramlan Surbakti, Memahami Ilmu Politik, Jakarta: Gramedia Widiasarana Indonesia, 2010, hlm. 48.
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 1

dan seterusnya menentukan bagaimana masyarakat itu berubah kelak 4 . Secara umumnya,
ideologi bermaksud the set of beliefs (satu set pemikiran) by which a group or society orders
reality so as to render it intelligble5 dan ideologi- ideologi ini dicipta dengan harapan dapat
membawa kearah masyarakat yang dicita-citakan. Ideologi-ideologi ini juga dicipta oleh
manusia, mempunyai pengikut sendiri dan saling bersaing antara satu sama lain.
Berdasarkan soalan, ciri-ciri utama (persamaan mahupun perbezaan) ideologi
Konservatif, Liberal dan Sosialis di Eropah dapat dihuraikan melalui tiga aspek utama iaitu
politik, ekonomi dan sosial. Ideologi-ideologi ini mulai berkembang di Eropah akibat
daripada Revolusi Perancis dan perkembangan Revolusi Perindustrian pada awal abad ke-19.
Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tentang ketiga-tiga ideologi ini, adalah amat
penting untuk kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Konservatif, Liberal
dan Sosialis.
DEFINISI
1. Ideologi Konservatif.
Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Konservatif? Istilah Konservatif berasal
dari bahasa Latin iaitu conservre yang membawa maksud melestarikan, menjaga,
memelihara dan mengamalkan6. Istilah ini kemudiannya pertama kalinya digunakan dalam
pengertian moden khususnya dalam sains politik oleh Franois-Ren de Chateaubriand yang
menggunakan nama Conservateur dalam sebuah jurnal yang diterbitkan sebagai reaksi untuk
melawan penyebaran politik baru khususnya idea-idea demokrasi yang dilihat bertentangan

Ramanathan, K., Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd,
2003, hlm. 74.
5
Ideology, http://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/ideology (diakses pada 07/12/2014).
6
Konservatisme, http://www.academia.edu/3492214/Konservatisme (diakses pada 07/12/2014).
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 2

dengan amalan tradisional7. Istilah ini kemudiannya diterima pakai oleh kelompok-kelompok
lain yang menentang nilai-nilai tradisional dalam bentuk yang lebih radikal.
Sarjana seperti Samuel Francis mendefinisikan ideologi Konservatif sebagai the
survival and enhancement of a particular people and its institutionalised cultural
expressions8 iaitu yang membawa maksud suatu kelangsungan hidup dan peningkatan orangorang tertentu dan ungkapan-ungkapan kebudayaannya dilembagakan atau diinstitusikan.
Roger Scruton mendefinisikan ideologi ini sebagai maintenance of the social ecology
bermaksud pengekalan ekologi sosial dan the politics of delay, the purpose of which is to
maintain in being, for as long as possible, the life and health of a social organism9 iaitu
bermaksud penangguhan atau kelengahan dalam politik bertujuan mengekalkan kesejahteraan
untuk seberapa lama yang boleh, kehidupan dan kesihatan organisma sosial.
Umumnya, ideologi ini adalah satu fahaman politik yang berusaha untuk
mempertahankan tradisi, kestabilan sosial, institusi yang sedia ada seterusnya menentang
sebarang perubahan. Pada masa yang sama, Konservatif juga merupakan satu ideologi yang
menjunjung tinggi nilai-nilai tradisional dan disokong kuat oleh golongan pemerintah atau
atasan seperti Raja (monarki), aristokrat dan bangsawan, paderi (gereja) dan mereka yang
menjunjung tinggi nilai-nilai tradisional.
2. Ideologi Liberal.
Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Liberal? Istilah Liberal diambil daripada
bahasa Latin iaitu dari kata liber yang membawa maksud bebas, merdeka, tidak terikat dan

Ibid.
N.D Arora, Political Science, New Delhi: Tata McGraw Hill Education Private Limited, 2011, hlm.
18.
9
Ibid.
8

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 3

tidak tergantung10. Pengertian ideologi ini agak mengelirukan kerana sering bertukar seiring
dengan peredaran zaman. Walau bagaimanapun, ianya masih lagi mendukung ciri-ciri yang
diperjuangan oleh liberalisme klasik11.
Pada tahun 1830 dan 1850 dapat dilihat ideologi ini seakan-akan telah memperolehi
satu siri kemenangan melalui revolusi seterusnya menjadi satu zaman kegemilangan untuk
liberalisme. Umumnya, Liberal atau Liberalisme merupakan ideologi atau fahaman
memfokuskan ekonomi negara dan masyarakat yang mengharapkan kemajuan dalam aspek
budaya, hukum, ekonomi dan takbir urus masyarakat atas dasar kebebasan individu yang
dapat mengembangkan bakat dan kemampuannya sebebas mungkin12. Pada masa yang sama
juga, ideologi ini amat mengagungkan keupayaan manusia dan perjuangannya banyak
mendapat sokongan daripada golongan yang berpendidikan dan tahu membaca.
3. Ideologi Sosialis
Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Sosialis? Ideologi ini muncul sebagai satu
reaksi daripada Revolusi Perindustrian yang membawa kepada pengenalan ekonomi
kapitalisme. Golongan pekerja kilang mahupun lombong dan buruh yang ditindas oleh
majikan telah bangun dan menuntut keadilan dan persamaan antara senua golongan.
Golongan ini terpaksa bekerja lebih 12 jam, kadar upah yang rendah, tempat tinggal yang daif
dan sebagai. Hal ini menyebabkan ideologi ini muncul dan mengkritik baik Konservatif
mahupun Liberal. Ideologi ini melihat kehidupan manusia akan menjadi lebih baik dengan
mewujudkan satu kesatuan yang harmoni dan percaya ianya hanya boleh berlaku dalam
sebuah konteks sosial yang besar dan kesaksamaan ekonomi. Ideologi ini turut menjelaskan
10

Lindemann, Albert S., A History of Modern Europe From 1815 To The Present, United Kingdom:
John Wiley & Sons, 2013, hlm. 58.
11
Classical Liberalism,
http://www.princeton.edu/~achaney/tmve/wiki100k/docs/Classical_liberalism.html. (diakses pada
07/12/2014).
12
Koerniatmanto Soetoprawiro, Bukan Kapitalisme Bukan Sosialisme: Memahami Keterlibatan Sosial
Gereja, Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 2003, hlm. 95.
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 4

musuh mereka adalah terdiri daripada golongan yang dilihat melanggar atau menjejaskan
perasaan persaudaraan iaitu sama ada dengan menyalahgunakan kebebasan seperti yang
dilakukan oleh golongan Liberal lakukan atau dengan menyalahgunakan kuasa seperti yang
dilakukan oleh golongan konservatif13.
Umumnya, ideologi ini bolehlah diertikan sebagai kebajikan umum yang menguasai
kepentingan-kepentingan individu dan kumpulan-kumpulan kecil individu. Bermaksud,
kepentingan kumpulan kecil dalam masyarakat tidak mewakili kepentingan seluruh ahli
masyarakat tersebut atau dalam erti kata lain, kebajikan masyarakat adalah lebih utama
daripada kebajikan orang perseorangan dan dalam pertentangan di antara keduannya,
kebajikan umum mesti didahulukan14.
PERBEZAAN CIRI-CIRI IDEOLOGI KONSERVATIF, LIBERAL DAN
SOSIALIS.
Perbezaan ciri-ciri ketiga-tiga ideologi ini dapat dilihat dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial.
1. Aspek Politik
Memfokuskan ideologi Konservatif dalam aspek politik, seperti yang telah
dibincangkan, ideologi ini amat menjunjung tinggi nilai-nilai tradisi. Konservatif timbul
sebagai reaksi terhadap Revolusi Perancis. Pada tahun 1815 hingga tahun 1848
memperlihatkan pemikiran dan pemerintahan konservatif di Eropah. Golongan Konservatif
percaya bahawa manusia akan menjadi sempurna setelah melalui perubahan sosial bukan

13

Lindemann, Albert S., A History of Modern Europe From 1815 To The Present, hlm. 58.
Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, Singapura: Thomson
Learning, 2006, hlm. 155.
14

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 5

disebabkan oleh revolusi tetapi lahir daripada rangka idea dan institusi tradisi 15. Golongan
Konservatif ini terdiri daripada golongan atasan seperti raja-raja, bangsawan atau aristokrat,
paderi dan mereka yang menjunjung tinggi nilai-nilai tradisional. Golongan ini menentang
Revolusi Perancis dan lahir daripada pergerakan atau revolusi tersebut16.
Ciri-ciri ideologi ini dalam aspek politik, ideologi ini mendukung kuat sistem monarki
berkuasa mutlak. Idea asas sistem monarki atau beraja adalah pemerintahan yang berasaskan
keturunan dan golongan ini mempunyai hak yang paling baik untuk memerintah.
Pemerintahan dibawah monarki, Raja berhak sepenuhnya dalam memutuskan hal yang
berkaitan dengan ekonomi, sosial dan undang-undang. Pucuk pimpinan pemerintahan
diberikan mengikut pertalian darah. Golongan konservatif yang pro-monarki dan kebangsaan
percaya institusi monarki merupakan pelengkap negara dan tidak boleh dimansuhkan
walaupun oleh raja sendiri. Hal ini kerana, golongan ini percaya kepentingan institusi ini yang
harus dipertahankan demi menjamin kestabilan politik kerana institusi ini menjadi simbol
perpaduan, simbol keharmonian kehidupan masyarakat dan penerusan tradisi.17
Selain itu juga, buku yang ditulis oleh Thomas Hobbes yang bertajuk Leviathan,
diterbitkan pada tahun 1651 telah memperlihatkan idea-idea konservatif dan kepentingan
ideologi ini dalam mempertahankan sistem monarki mutlak yang ditentang hebat oleh
golongan liberal. Hobbes merupakan seorang pemikir politik Inggeris yang hidup ketika
tercetusnya perang saudara dalam perebutan takhta England sehingga terbunuhnya King
Charles I di tali gantung pada tahun 1642. Beliau kemudiannya banyak menghasilkan tulisan-

15

Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2003, hlm. 64.
16
Revolution, Liberalism and Nationalism in Europe, 1789-1914 & Intellectual and Cultural Life,
1815-1848, http://www2.uncp.edu/home/rwb/ideas_19c.htm. (diakses pada 08/12/2014).
17
Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1991, hlm. xii.
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 6

tulisan untuk mempertahankan sistem monarki mutlak England sebagai satu sistem politik
yang terbaik dan boleh membawa kepada kestabilan dalam kehidupan politik18.
Menurut Hobbes, segala malapetaka yang menimpa setiap individu disebabkan
masalah hak-hak semulajadi atau natural rights akibat tiadanya satu badan yang berautoriti
yang diterima umum yang berupaya mengurus-tadbir kehidupan mereka. Oleh hal yang
demikian, mereka ini haruslah membuat persetujuan untuk menyerahkan semua hak-hak
semulajadi yang dimiliki kepada satu badan yang berautoriti yang dipersetujui bersama dan
bersedia untuk tunduk-patuh kepada perintahnya. Badan berautoriti ini akhirnya diiktiraf
sebagai Badan Berwibawa atau sovereign body yang secara tidak langsung merujuk kepada
Raja dan pemerintahan monarki19.
Umumnya, ideologi Konservatif percaya pemerintahan di bawah sistem monarki dan
dimana, rakyat perlu tunduk dan patuh kepada golongan pemerintahan dipercayai mampu
menjamin kehidupan bersama dan kewujudan bersama secara aman damai seterusnya
mencegah suasana anarki daripada wujud dalam masyarakat. Pada masa yang sama, sistem
demokrasi yang mana rakyat bebas memilih pemerintah dan bentuk pemerintahan ditolak
pada abad ini kerana dilihat mampu menghakis kedaulatan pemerintahan monarki.
Memfokuskan pula ideologi Liberal dalam aspek politik, seperti yang telah
dibincangkan, ideologi amat menjunjung tinggi kebebasan individu dan keistimewaan
manusia. Ideologi ini menentang keras dengan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh golongan
Konservatif yang dilihat mengongkong kebebasan dan kehidupan manusia.
Ciri-ciri ideologi ini khususnya dalam aspek politik, berbeza dengan ideologi
Konservatif, ideologi ini menentang pemerintahan monarki mutlak. Golongan Liberal percaya
kepada sistem pemerintahan monarki yang berperlembagaan. Sarjana seperti John Locke
18
19

Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, hlm. 51.
Ibid. hlm. 52.
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 7

dalam bukunya yang bertajuk The Two Treatises of Government yang diterbitkan pada tahun
1960 telah menyatakan pentingnya kuasa monarki dibatasi. Beliau juga menyatakan rakyat
mempunyai hak dalam menumbangkan kerajaan sekirannya kerajaan itu menafikan keadilan
dan kebebasan asasi mereka. Pada masa yang sama, beliau turut menyuarakan pendapatnya
dalam bukunya dengan menyatakan kerajaan terbina adalah kerana restu atau consent
daripada rakyat dan selagi restu rakyat dipelihara, maka sesebuah kerajaan itu masih berdaulat.
Sekiranya restu rakyat itu dikhianati, rakyat mempunyai hak bagi menukar kerajaan 20.
Pada masa yang sama juga, konsep pengasingan kuasa harus dilakukan bagi
memastikan tidak berlakunya pemusatan kuasa. Konsep pengasingan kuasa ini telah
dikembangkan dan ditulis dengan lebih teliti oleh Montesquieu. Montesquieu merupakan
seorang ahli falsafah yang berbangsa Perancis yang amat mengagumi tulisan John Locke dan
akhirnya telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk The Spirit of Laws pada tahun 174821.
Monstesquieu telah mengembangkan konsep pengasingan kuasa seperti yang telah disarankan
oleh Locke. Sama seperti Locke, beliau menyarankan tiga badan penting dalam konsep
pengasingan kuasa iaitu eksekutif (badan pelaksanaan), judiasari (badan kehakiman) dan
legislatif (badan perundangan). Montesquieu menyatakan setiap badan ini perlu bergerak
bebas dan pertindahan kuasa antara setiap badan harus dielakkan. Setiap badan ini
mempunyai bidang kuasa tersendiri 22 . Sebagai contoh, badan legislatif tidak boleh masuk
campur dalam badan judiasari. Wujudnya pengasingan kuasa boleh mengelak daripada
pemusatan kuasa terjadi dalam sesebuah negara.
Sistem demokrasi turut diaplikasikan dibawah ideologi ini. Sistem demokrasi yang
diaplikasikan pada abad ini sedikit berbeza dengan demokrasi di zaman moden ini. Walau
20

Ibid. Hlm. 55.


The Montesquieu Doctrine of Separation of Powers,
http://www.academia.edu/4976483/THE_MONTESQUIEU_DOCTRINE_OF_SEPARATION_OF_P
OWERS. (diakses pada 08/12/2014).
22
Ibid.
21

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 8

bagaimanapun, demokrasi ini menjadi titik permulaan rakyat diberikan kuasa untuk memilih
pemerintah seterusnya menentukan masa depan sesebuah negara. Di bawah sistem ini, rakyat
yang mempunyai harta dan membayar cukai sahaja diberi peluang untuk mengundi. Golongan
pertengahan yang berjaya mengumpulkan kekayaan diberi peluang untuk mengundi dan
seterusnya dapat menguasai atau menentukan hala tuju pemerintahan negara melalui undi
yang dilakukan. Hanya golongan lelaki sahaja dibenarkan bertanding dalam pilihan raya,
memilih parti politik, menjawat jawatan penting dalam pentadbiran dan menjadi pemimpin.
Namun demikian, tidak semua golongan lelaki dibenarkan untuk mengundi. Golongan lelaki
yang tidak diberi kesempatan untuk mengundi adalah terdiri daripada mereka yang tidak
berharta dan tidak membayar cukai. Sebagai contoh, di Scotland iaitu pada tahun 1831, hanya
4,500 orang lelaki sahaja yang layak mengundi untuk pilihan raya parlimen daripada populasi
2.6 juta orang23. Hak pengundian bersyarat ini kemudiannya ditukar kepada hak pengundian
untuk semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana golongan liberal percaya jika mereka masih
mengekalkan kedudukan sedemikian, hal ini boleh menyebabkan ideologi tersebut terjejas.
Akhir sekali ialah ciri-ciri ideologi Sosialis dalam aspek politik. Seperti yang telah
dibincangkan, kemunculan ideologi amat berkait rapat dengan Revolusi Perindustrian yang
membawa kepada pengenalan ekonomi kapitalisme seterusnya membawa kepada penindasan
terhadap golongan bawahan iaitu golongan pekerja. Ideologi ini mengkritik baik ideologi
Konservatif mahupun Liberal. Ideologi ini lebih dihubungkan dengan soal keadilan
pengagihan nilai-nilai material. Landasan utama ideologi ini lebih menyentuh berkaitan
dengan peranan penentu yang dimainkan oleh sistem pengagihan ekonomi dalam
masyarakat24.

23

The Struggle for democracy: Getting The Vote,


http://www.nationalarchives.gov.uk/pathways/citizenship/struggle_democracy/getting_vote.htm.
(diakses pada 08/12/2014).
24
Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, hlm. 154.
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 9

Umumnya, dalam aspek politik, ideologi ini amat menekankan konsep sama rata. Oleh
hal yang demikian, proses pengundian yang diperkenalkan (golongan liberal) pada masa itu,
yang mana hanya memberi peluang kepada kaum lelaki yang membayar cukai sahaja boleh
membuang undi telah menyebabkan golongan sosialis mengkritik sistem pilihan raya tersebut.
Hal ini kerana, sistem pilihan raya tersebut sering dijadikan alat bagi golongan pertengahan
(kaum lelaki yang membayar cukai dan berharta) untuk mencapai matlamat sendiri. Golongan
ini banyak menguasai ekonomi negara dan melalui sistem pilihan raya ini, mereka dapat
menentukan hala tuju negara (dengan mengundi) seterusnya dapat memastikan kepentingankepentingan mereka khususnya dalam sektor ekonomi terjamin. Penguasaan golongan ini
dalam bidang ekonomi juga telah membawa kepada penindasan kepada golongan proletariat
(merujuk kepada pekerja kilang mahupun buruh)25.
Selain itu juga, ideologi ini menentang pemusatan kuasa dan melihat bentuk
pemerintahan republik harus diamalkan oleh sesebuah negara. Golongan Sosialis menolak
sistem pemerintahan monarki. Dalam erti kata lain, mereka tidak menginginkan sistem
pemerintahan Beraja baik bersifat mutlak mahupun berperlembagaan. Sistem demokrasi
diterima baik dan hal ini dapat dilihat apabila golongan ini mengkritik hebat sistem pilihan
raya yang dilihat tidak adil dan menuntut hak mengundi yang terbuka untuk semua orang.
Walau bagaimanapun, dalam mereka menerima sistem demokrasi, tidak dapat dinafikan,
golongan ini turut berpendapat, dalam mengubah sesuatu sistem, kekerasan mahupun yang
bersifat radikal merupakan salah satu cara yang paling berkesan dalam mengubah sistem yang
dilihat berat sebelah seperti yang berlaku di dalam Revolusi Perancis dan Revolusi Rusia26.
Umumnya, ideologi Sosialis lebih banyak menyentuh berkaitan dengan sistem ekonomi yang
adil kerana ianya wujud disebabkan pengagihan sumber yang tidak adil dan penindasan

25

Introduction to 19th-Century Socialism, http://public.wsu.edu/~brians/hum_303/socialism.html.


(diakses pada 08/12/2014).
26
Ibid.
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 10

terhadap golongan proletariat. Ideologi ini juga akhirnya membawa kepada pengenalan
fahaman yang lebih radikal seperti Sosialis-Komunis dan Sosialis-Kebangsaan (Fasisma).
2. Aspek Ekonomi
Memfokuskan ideologi Konservatif dalam aspek ekonomi, golongan Konservatif
amat menyokong peranan kerajaan dalam mengawal perjalanan aktiviti ekonomi negara.
Mereka melihat perlunya campur tangan kerajaan dalam mengawal aktiviti-aktiviti ekonomi
untuk menghalang golongan pemodal daripada mengaut keuntungan. Hal ini amat
bertentangan dengan perjuangan golongan liberal yang memperjuangankan pasaran bebas
yang seterusnya membawa kepada pembantahan campur tangan pihak kerajaan dalam
aktiviti-aktiviti ekonomi.

27

Hal ini jelas sekali memperlihatkan golongan ini tidak

menginginkan pendemokrasian dalam ekonomi.


Pada masa yang sama, pemilikan tanah yang luas juga merupakan salah satu aspek
ekonomi yang ditekankan dalam ideologi ini. Golongan Konservatif melihat saiz atau
keluasaan tanah menentukan kekayaan seseorang. Tanah-tanah tersebut diperolehi daripada
dibeli, disewa, dianugerahkan atau diberikan oleh raja. Tanah-tanah yang dimiliki ini boleh
diwarisi dari satu generasi ke generasi lain28.
Ideologi Liberal pula memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis atau perdagangan
bebas atau laissez-faire. Sarjana seperti Adam Smith banyak membincangkan berkaitan
dengan sistem ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalisme merupakan ekonomi yang berteraskan
kepada tanah, buruh, modal dan teknologi moden dalam membeli atau menjual sesuatu
barangan atas hak masing-masing. Hal ini amat berbeza dengan ideologi Konservatif yang
melihat tanah sebagai aset ekonomi yang paling penting. Adam Smith telah menulis sebuah
27

Ramanathan, K., Konsep Asas Politik, hlm. 119.


Riley, Jim L., Moderate Political Ideologies: Liberalism and Conservatism, Denver: Regis
University, 1990, http://academic.regis.edu/jriley/libcons.htm. (diakses pada 08/12/2014).
28

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 11

buku yang bertajuk The Wealth of Nations yang diterbitkan pada tahun 177629. Smith percaya
campur tangan kerajaan khususnya dalam bidang ekonomi dilihat sebagai berbahaya. Buku
dan tulisan-tulisan beliau amat penting dan berpengaruh yang seterusnya berjaya
membebaskan perdagangan asing Britain daripada peraturan, menghapuskan larangan,
lebihan cukai import dan perjanjian-perjanjian yang mengehadkan perdagangan seterusnya
menggalakkan pengumpulan harta30. Ideologi liberal juga telah merancakkan perkembangan
perindustrian di Eropah. Hal ini berlaku apabila golongan pemodal telah melaburkan
kekayaan mereka untuk pembinaan landasan kereta api, penciptaan mesin dan pembinaan
kilang-kilang. Pada masa yang sama, ianya telah membawa kepada kemunculan ideologi
Sosialis yang disokong kuat oleh golongan proletariat.
Akhir sekali ialah ideologi Sosialis. Golongan Sosialis menyokong campur tangan
kerajaan dalam urusan ekonomi bagi menjamin hak dan keselesaan hidup golongan pekerja31.
Ideologi ini turut menyatakan hak milik persendirian harus dikawal dan dihadkan atau
dihapuskan. Hal ini kerana, golongan ini melihat hak milik persendirian adalah faktor utama
berlakunya ketidakadilan, kemiskinan, dan penindasan manusia oleh manusia (seperti yang
berlaku akibat Revolusi Perindustrian yang mana pihak majikan menindas golongan
proletariat). Oleh hal yang demikian, ideologi ini menganjurkan masyarakat yang
berlandaskan hak milik bersama dalam bentuk milik negara32.
Kebajikan umum juga mesti didahulukan. Golongan sosialis percaya bahawa sumber
sesebuah negara seharusnya digunakan berdasarkan satu rancangan ekonomi yang
menyeluruh, yang dirancang bersama oleh pekilang, petani, pekerja, dan pegawai kerajaan.
Perancangan yang dibuat ini dilihat mampu mengimbangi pengeluaran dengan keperluan

29

Roll, Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, hlm. 116.
Ibid. Hlm. 122-123.
31
Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, hlm. 70.
32
Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, hlm. 154.
30

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 12

rakyat walaupun kuasa permintaan dan penawaran mungkin mempengaruhi pengeluaran dan
harga. Golongan sosialis menyarankan pembahagian semula harta melalui pencukaian dengan
mencadangkan undang-undang yang dapat membantu golongan seperti warga tua, orang cacat,
dan mereka yang memerlukan bantuan. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlulah
menyediakan pendidikan dan khidmat perubatan percuma kepada rakyat di samping
membantu rakyat memperoleh rumah yang selamat dan bersih dengan kadar sewa yang
mereka mampu33.
3. Aspek Sosial
Memfokuskan ideologi Konservatif, dalam aspek sosial, ideologi ini amat
mementingkan institusi keagamaan atau gereja. Konservatif mahu mengekalkan identiti
agama dan institusi gereja yang sangat dihormati dan dijadikan tempat rujukan dengan hal-hal
berkaitan dengan kehidupan semasa34. Golongan ini percaya institusi gereja sangat penting
sebagai penjaga kelakuan yang bertamadun 35 . Sebagai contoh, dalam aspek perkahwinan,
perkahwinan haruslah dijalankan dalam gereja kerana dilihat suci. Selain itu, pengekalan
institusi gereja dapat dilihat di England. Sebagai contohnya, Gereja Anglikan di England
mendapat kedudukan yang tinggi kerana pada masa itu pengaruh ideologi ini amat kuat 36.
Golongan Konservatif berpendapat agama merupakan satu keperluan dan bukannya pilihan.
Oleh hal yang demikian, pengekalan institusi gereja dilihat amat penting sekali.
Ciri-ciri ideologi Konservatif seterusnya dalam aspek sosial ialah mereka merupakan
pendokong kuat kepada kehidupan feudal. Sistem feudal memperlihatkan setiap orang
mempunyai hak dan tanggungjawab tertentu yang bergantung kepada jenis tanah yang dipajak
33

Eksiklopedia Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 237.
Barber, John R., Modern European History, New York: Harper Collins Publishers, 1993, hlm. 117.
35
Revolution, Liberalism and Nationalism in Europe, 1789-1914 & Intellectual and Cultural Life,
1815-1848, http://www2.uncp.edu/home/rwb/ideas_19c.htm. (diakses pada 08/12/2014).
36
David Thomson, Eropah Sejak Napoleon, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm.
114.
34

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 13

dan syarat pemajakannya. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada di kedudukan yang
tinggi. Gereja pula berkuasa di atas pelantikan raja dan ahli-ahli gereja. Mereka bergantung
kepada raja untuk mendapatkan tanah bagi diusahakan seperti golongan vasal telah diberi hak
untuk menggunakan dan menjaga tanah. Para vasal diberi kelebihan dengan menerima hasil
tanah yang dijaga seperti mengutip cukai, mengurus petani dan sebagainya. Selain itu,
golongan aristokrat dan bangsawan turut mempunyai kedudukan yang tinggi dan turut
memainkan peranan dalam membantu pentadbiran negara alam sistem feudal37.
Pada masa yang sama, golongan ini amat menitikberatkan gelaran seperti Duke, Sir,
Lord dan sebagainya. Setiap gelaran ini dianugerahkan oleh raja seterusnya melambangkan
status mereka dalam susun lapis masyarakat. Instiadat pemberian gelaran kebesaran dan
pangkat ini diadakan setiap tahun bersempena dengan hari kelahiran seseorang raja tersebut.
Pemberian gelaran dan pangkat ini bertujuan untuk menunjukkan taat setia kepada raja dan
institusi gereja. Bintang-bintang kebesaran ini pula perlu dipakai pada hari-hari tertentu
seperti majlis rasmi atau makan malam rasmi38.
Akhir sekali ialah golongan Konservatif amat mementingkan hierarki sosial tradisional
atau susun lapis masyarakat berdasarkan kepada faktor pertalian darah atau keluarga. Mereka
tidak berminat untuk melaksanakan pendemokrasian atau masyarakat keterbukaan. Sebagai
contohnya, semasa Revolusi Perancis terdapat tiga golongan yang dikenali sebagai estet
pertama, kedua, dan ketiga. Estet pertama terdiri dari golongan gereja yang tidak dikenakan
cukai, estet kedua terdiri daripada golongan bangsawan dan mereka ini dikecualikan daripada
membayar cukai dan akhir sekali, estet ketiga yang terdiri daripada golongan bawahan seperti

37

Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah,


http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_ciriciri.htm. (diakses pada 15/12/2014).
38
Ibid.
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 14

petani, hamba, atau golongan bourgeois. Mobiliti sosial juga tidak wujud. Sebagai contoh,
seseorang hamba akan menjadi hamba seumur hidup dan anaknya turut menjadi hamba39.
Seterusnya, ideologi Liberal dalam aspek sosial pula memperlihatkan golongan ini
amat menentang ideologi Konservatif yang mendukung kuat hierarki sosial tradisional atau
feudal. Berbeza dengan Konservatif, golongan Liberal percaya mobiliti sosial boleh berlaku.
Pada pendapat mereka, seseorang itu boleh mengubah nasibnya dengan bekerja keras dan
kemudiannya mengumpul kekayaan. Sekirannya seseorang itu tidak berusaha dan malas,
maka tidak hairanlah individu tersebut hidup dalam kemiskinan. Hal ini dipersetujui oleh
Thomas Malthus didalam bukunya yang bertajuk Essay on Population yang diterbitkan pada
tahun 178940.
Pada masa yang sama juga, golongan liberal percaya anugerah dan jawatan penting
harus diberikan kepada sesiapa sahaja dan berasaskan bakat dan kemahiran seseorang itu.
Anugerah dan jawatan yang diperolehi secara warisan amat ditentang. Selain itu juga,
sekularisme turut menular. Golongan Liberal melihat agama mahupun institusi gereja tidak
harus mengongkong kehidupan manusia. Oleh hal yang demikian, agama dilihat bukan satu
keperluan tetapi sebagai satu pilihan. Perkahwinan juga merupakan satu pilihan. Malahan di
tahap yang lebih radikal, perkahwinan sesama jantina dibenarkan41.
Akhir sekali ialah ideologi Sosialis dalam aspek sosial. Dalam ideologi ini, golongan
sosialis melihat agama mahupun institusi gereja sebagai penyekat kepada kemajuan negara
dan agama dilihat sebagai satu pilihan. Selain itu juga, golongan sosialis menuntut hak sama
rata. Hal ini amat berkait rapat dengan penindasan terhadap golongan pekerja. Golongan
Sosialis percaya kemunduran dan kemiskinan berlaku adalah disebabkan berlakunya
39

Ibid.
Harrison, J.B., A Short History of Western Civilization, New York: Alfred A. Knopf, 1985, hlm. 549.
41
Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah,
http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_ciriciri.htm. (diakses pada 15/12/2014).
40

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 15

penindasan oleh golongan yang menguasai empat faktor pengeluaran ekonomi iaitu tanah,
buruh, modal, dan teknologi. Menurut Robert Owen iaitu seorang majikan dan tuan kilang
dan kemudiannya turut dikenali sebagai Bapa Sosialisme Inggeris, Kesatuan Sekerja perlu
ditubuhkan dan seterusnya berperanan untuk menuntut kenaikan gaji bagi menjamin
kesejahteraan pekerja dan mengubah bentuk pemerintahan 42. Umumnya, golongan Sosialis
percaya semua individu dalam masyarakat harus mendapat bahagian ekonomi yang sama rata
dan kekayaan harus dikongsi bersama bagi mengelak penindasan dan kemiskinan.
PERSAMAAN CIRI-CIRI IDEOLOGI KONSERVATIF, LIBERAL DAN SOSIALIS.
Tidak dapat dinafikan, ciri-ciri bagi ketiga-tiga ideologi ini amat berbeza antara satu
sama lain. Melihat kepada persamaan bagi ketiga-tiga ideologi ini pula, ketiga-tiganya
merupakan fahaman yang dicipta oleh manusia. Ideologi-ideologi ini mempunyai pengikut
tersendiri dan saling bersaing antara satu sama lain. Malahan, ciri-ciri mahupun definisi bagi
ketiga-tiga ideologi ini sentiasa diperbaiki bagi memastikan survival ideologi ini. Ideologiideologi ini juga bersifat progresif iaitu menuju matlamat yang dicita-citakan. Akhir sekali,
ketiga-tiga ideologi ini cuba sedaya upaya menguasai ekonomi. Dalam erti kata lain, ideologiideologi ini masing-masing mempunyai kepentingan yang ingin direalisasikan khususnya
dalam bidang ekonomi. Ideologi-ideologi ini mengingankan keuntungan daripada ekonomi
negara dan perkara yang membezakan ketiga-tiga ideologi ini adalah fokus kumpulan atau
individu yang sepatutnya mendapat keuntungan dalam ekonomi negara.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ideologi Konservatif, Liberal dan Sosialis masing-masing mempunyai
ciri-ciri yang jelas menunjukkan lagi banyak perbezaan berbanding persamaan. Ciri-ciri ini
dapat kita lihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Ideologi ini juga dicipta oleh
42

Qasim Ahmad, Revolusi Industri Pertama: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi dan Politik, Sabah:
Universiti Malaysia Sabah, 1999, hlm. 100.
SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 16

manusia dan seterusnya telah menyatukan masyarakat di Eropah pada masa itu. Pengenalan
ideologi-ideologi ini bukan sahaja disebabkan permasalahan yang timbul di Eropah pada masa
itu tetapi secara tidak langsung telah membawa suatu perubahan dalam aspek politik dan
sosio-ekonomi masyarakat di Eropah. Umumnya, ideologi-ideologi ini bermula akibat
tercetusnya Revolusi Perancis dan Revolusi Perindustrian dan sehingga sekarang, ideologiideologi ini masih lagi wujud dan masih bersaing antara satu sama lain. Pada masa yang sama
juga, pendefinisian bagi ideologi-ideologi telah diperbaiki bagi memastikan ideologi-ideologi
ini relevan dengan persekitaran moden.

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 17

BIBLIOGRAFI

1. Barber, John R., Modern European History, New York: Harper Collins Publishers,
1993.
2. Classical Liberalism,
http://www.princeton.edu/~achaney/tmve/wiki100k/docs/Classical_liberalism.html.
(diakses pada 07/12/2014).
3. David Thomson, Eropah Sejak Napoleon, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1982.
4. Eksiklopedia Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
5. Fasisme Italia, Jerman dan Spanyol,
https://www.academia.edu/5194298/Fasisme_Italia_Jerman_dan_Spanyol (diakses
pada 07/12/2014).
6. Harrison, J.B., A Short History of Western Civilization, New York: Alfred A. Knopf,
1985.
7. Ideology, http://www.collinsdictionary.com/dictionary/english/ideology (diakses pada
07/12/2014).
8. Introduction to 19th-Century Socialism,
http://public.wsu.edu/~brians/hum_303/socialism.html. (diakses pada 08/12/2014).
9. Koerniatmanto Soetoprawiro, Bukan Kapitalisme Bukan Sosialisme: Memahami
Keterlibatan Sosial Gereja, Yogyakarta: Penerbit Kanisius, 2003.
10. Konservatisme, http://www.academia.edu/3492214/Konservatisme (diakses pada
07/12/2014).
11. Lindemann, Albert S., A History of Modern Europe From 1815 To The Present,
United Kingdom: John Wiley & Sons, 2013.
12. Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik dan Pemerintahan Negara, Singapura:
Thomson Learning.
13. N.D Arora, Political Science, New Delhi: Tata McGraw Hill Education Private
Limited, 2011.

14. Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah,


http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/bahan/sejarah/eropah/z_gelap_ciriciri.htm. (diakses
pada 15/12/2014).

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 18

15. P.J. Suwarno, Pancasila Budaya Bangsa Indonesia: Penelitian Pancasila Dengan
Pendekatan Historis, Filosofis & Sosio-Yuridis Kenegaraan, Yogyakarta: Penerbit
Kanisius, 1993.
16. Qasim Ahmad, Eropah Moden: Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.
17. Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991.
18. Qasim Ahmad, Revolusi Industri Pertama: Sejarah Permasalahan Sosioekonomi dan
Politik, Sabah: Universiti Malaysia Sabah, 1999.
19. Ramanathan, K., Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd, 2003.
20. Ramlan Surbakti, Memahami Ilmu Politik, Jakarta: Gramedia Widiasarana Indonesia,
2010.
21. Revolution, Liberalism and Nationalism in Europe, 1789-1914 & Intellectual and
Cultural Life, 1815-1848, http://www2.uncp.edu/home/rwb/ideas_19c.htm. (diakses
pada 08/12/2014).
22. Riley, Jim L., Moderate Political Ideologies: Liberalism and Conservatism, Denver:
Regis University, 1990, http://academic.regis.edu/jriley/libcons.htm. (diakses pada
08/12/2014).
23. Roll, Eric, Sejarah Pemikiran Ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1995.
24. The Montesquieu Doctrine of Separation of Powers,
http://www.academia.edu/4976483/THE_MONTESQUIEU_DOCTRINE_OF_SEPA
RATION_OF_POWERS. (diakses pada 08/12/2014).
25. The Struggle for democracy: Getting The Vote,
http://www.nationalarchives.gov.uk/pathways/citizenship/struggle_democracy/getting
_vote.htm. (diakses pada 08/12/2014).

SHARLLEY P GINSUAB (AEE 110051) | 19

Anda mungkin juga menyukai