Anda di halaman 1dari 3

Matapelajaran dan Kelas

: Pendidikan Moral Tahun 5 Cemerlang

Nilai/Tajuk

: Kejujuran / Langkah Kecil Yang Bermakna

Masa

: 1010 1110 (60 minit)

Standard Pembelajaran

: 10.1.1, 10.1.2, 10.1.3,10.1.4

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran murid dapat:


I. Menyatakan 3 sikap jujur dalam masyarakat setempat
Menjelaskan 3 kepentingan bersikap jujur dalam masyarakat
setempat
III.
Menceritakan perasaan apabila bersikap jujur dalam
masyarakat setempat
IV.
Mengamalkan sikap jujur dalam masyarakat setempat
(simulasi dalam kumpulan).
II.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :


Set Induksi
Guru menayangkan video Langkah Kecil Yang Bermakna
Langkah 1
Guru bersoaljawab dengan murid mengenai tayangan video tersebut.
Contoh soalan :
1. Apakah tindakan budak lelaki tersebut apabila menjumpai dompet?
2. Adakah tindakan budak lelaki tersebut betul atau salah?
3. Sekiranya situasi ini berlaku kepada anda, apakah tindakan anda?
Langkah 2
1. Guru menunjukkan gambar situasi yang berkaitan dengan nilai kejujuran.
2. Guru menanyakan beberapa soalan mengenai gambar yang ditunjukkan.
3. Guru memberi beberapa contoh kepentingan mengamalkan sikap jujur dalam
masyarakat.
4. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Murid-murid dikehendaki
melengkapkan peta minda kepentingan bersikap jujur berdasarkan gambar yang
diberikan.
Langkah 3
1. Guru menyediakan kad situasi yang berbeza kepada setiap kumpulan. Setiap
kumpulan diminta melakonkan situasi tersebut.
2. Guru dan murid bersoaljawab mengenai lakonan setiap kumpulan.
3. Murid menyatakan perasaan mereka bersikap jujur.
4. Murid diberi lembaran kerja.
Penutup

1. Murid diminta merumuskan isi pelajaran pada hari ini.


EMK
I.
II.

:
Kreativiti menjana idea
Kemahiran Bahasa menggunakan bahasa yang betul

Bahan Bantu Belajar

Video Youtube, Lembaran Kerja,


Penilaian P dan P
I.
II.
III.

Peta Minda
Simulasi
Lembaran Kerja

Refleksi
I.
II.

20 orang murid telah mencapai standard yang telah ditetapkan.


5 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.

KEJUJURAN

Nama : ___________________

Tarikh : ________________

(A) Perhatikan gambar-gambar dibawah. Tandakan (/) pada gambar yang menunjukkan nilai
kejujuran dalam masyarakat.

Gambar A

Gambar B

(B) Baca petikan dan jawab soalan-soalan berikut.

Nikko dan Dickie sedang bermain bola di taman permainan. Tiba-tiba mereka terjumpa
dompet. Nikko membuka dompet tersebut dan mendapati sejumlah wang yang banyak. Nikko
bercadang hendak memulangkan dompet tersebut tetapi Dickie melarangnya.
Dickie berhasrat menggunakan wang tersebut untuk membeli kasut bola yang baru. Nikko
tidak bersetuju dan menasihatkan Dickie untuk bersikap jujur.Mereka mencari maklumat pemilik
dompet untuk mendapatkan alamat. Nikko dan Dickie memulangkan dompet tersebut.
(a) Apakah yang Nikko dan Dickie temui semasa bermain di taman permainan?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(b) Apakah reaksi Dickie apabila menjumpai dompet tersebut?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(c) Apakah tindakan Nikko apabila menjumpai dompet tersebut?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------(d) Siapakah yang mengamalkan sikap jujur? Nyatakan kepentingan bersikap jujur pada
situasi di atas.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------