Anda di halaman 1dari 3

Isu moral: Di mana kesilapannya?

OLEH kerana perbezaan kaum dan bangsa di negara kita mempunyai


kaitan dengan agama, maka sesuatu musibah yang menimpa sesuatu
kaum etnik itu, secara langsung atau tidak langsung akan dikaitkan
dengan agama dan kepercayaan kaum itu.

Demikianlah hal yang terjadi kepada kaum Melayu di Malaysia, iaitu ketika
kegawatan moral berleluasa menimpa anak-anak Melayu, maka keadaan
ini menjadikan orang menghubungkannya dengan agama orang-orang
Melayu, iaitu Islam.

Dalam hal ini keadaan menjadi amat kritikal kerana Islam adalah agama
yang mempunyai peraturan yang cukup lengkap untuk mendidik moral
dan akhlak para penganutnya. Islam dalam semua aspek peribadatan dan
kerohaniannya, mempunyai unsur-unsur yang amat menonjol untuk
mendidik penganutnya menjadi orang berakhlak tinggi.

Malahan Islam sebagai agama dan peraturan hidup mempunyai tiga


komponen penting tanda kesyumulannya, iaitu komponen akidah, syariah
dan akhlak.

Ternyata di sini bahawa seorang Islam yang lengkap dan sempurna ialah
seorang Islam yang dapat menggabungkan ketiga-tiga unsur ini di dalam
kehidupannya, iaitu yang mempunyai akidah dan keimanan yang mantap
kepada Allah dan Rasul-Nya, dan ia juga haruslah melaksanakan segala
tuntutan syariah dan tatacara ajaran agama dalam kehidupannya.

Unsur ketiga yang harus wujud dalam manusia untuk menjadi seorang
Islam yang sempurna ialah unsur akhlak dan tingkah lakunya yang baik
sesuai dengan akidah dan syariahnya.

Menyedari hakikat inilah, maka kita sering menjadi bingung dan tertanyatanya kenapakah sistem dan peraturan hidup lengkap yang tergabung di
dalam agama Islam nampaknya amat tidak berkesan untuk membentuk
komponen akhlak orang-orang Islam.

Atau dalam konteks negara kita, kenapakah ajaran dan pendidikan Islam
yang telah dipelajari turun temurun oleh orang-orang Melayu, nampaknya
pada akhir-akhir ini kelihatan tidak bermaya untuk membentuk akhlak
anak-anak orang Melayu menjadi manusia yang bermoral dan berakhlak.

Telah banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan dalam isu ini oleh
berbagai-bagai pihak, termasuk kementerian-kementerian dan agensiagensi kerajaan yang tertentu, persatuan-persatuan pelajar dan bukan
kerajaan serta lain-lain.

Malahan pengumuman terbaru yang dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu


Semenanjung (GPMS) ternyata bahawa peratusan anak-anak Melayu yang
terlibat dengan kepelbagaian salah laku dan penyelewengan moral, sekali
lagi menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding dengan anak-anak
bukan Melayu, dan hal ini menguatkan lagi hasil penemuan-penemuan
lain yang pernah dikemukakan selama ini.

Tanda soal tentang hubungan ajaran agama dengan pembentukan moral


anak-anak Melayu ini menjadi bertambah besar dan menonjol, kerana
pada dekad-dekad terakhir ini, pelajaran agama dan pendidikannya secara
formal dan tidak formal di dalam masyarakat Islam telah dilakukan dengan
lebih teratur dan serius, secara yang lebih meluas dan menyeluruh jika
dibandingkan dengan zaman dulu dan ketika negara baru mencapai
kemerdekaan.

Masyarakat Melayu telah melahirkan ramai pendidik Islam yang terdiri


daripada guru agama, alim ulama dan cendekiawan Islam yang telah
dibawa ke arus perdana, ke dalam institusi-institusi pendidikan di segenap
peringkat dan tempat, dan lebih dari itu, kesedaran agama telah menarik
minat yang amat tinggi di kalangan masyarakat Islam negara kita untuk
mempelajari dan mendalami agama Islam.

Oleh itu, persoalannya sekarang pada pandangan saya bukan lagi sekadar
mengkaji peratusan anak-anak Melayu yang terjebak dengan kegawatan
moral dan penyelewengan akhlak, tetapi isu yang harus dikaji ialah
kenapakah agama yang kita semua anuti, yang menekankan tentang
akhlak dan moral itu, tidak berupaya meninggalkan kesan yang mantap
dalam membentuk perwatakan dan peribadi anak Melayu.

Ramai pelajar Melayu sering mendapat kepujian di dalam peperiksaan


pengetahuan agama Islam di semua peringkat di sekolah. Maka
persoalannya sekarang apakah pengajaran dan pendidikan Islam yang
diberikan selama ini hanya berbentuk kognitif, iaitu untuk mencapai
kecemerlangan di dalam peperiksaan sahaja?

Satu persoalan lain yang harus dipecahkan, apakah penyebaran Islam dan
pengajarannya yang dikembangkan di dalam kurikulum pendidikan formal
dan kurikulum, kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah agama dalam

masyarakat oleh para guru agama dan ulama ini benar-benar menekankan
tentang akhlak dan moral secara serius dan bersungguh-sungguh, atau
hanya menyentuh tentang hukum-hakam, halal haram dan persoalan lain
yang menyentuh beberapa adab tradisi yang agak jauh dari realiti
kehidupan anak-anak itu yang menghimpit dan mencabarnya dari aspek
sosial, ekonomi dan isu-isu semasa.

Apakah Islam telah tersebar secara holistik dalam masyarakat kita, atau
hanya ditekankan tentang akidah dan syariah sahaja? Tentang doa dan
munajat, wirid dan ''ritual'' tanpa asuhan akhlak dan moral secara
berterusan?

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=1999&dt=0226&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=ot_03.htm&
arc=hive#ixzz4KZSQ1J3u
Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai