Anda di halaman 1dari 7

AKPK

(AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT)

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai


AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada
bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan
mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit
secara bijak. Menerusi program pengurusan kredit, para kaunselor AKPK
akan bekerjasama dengan pelanggan untuk menyediakan pelan pembayaran
semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia
perkhidmatan kewangan anda.
AKPK menawarkan kepada individu perkhidmatan berikut secara percuma:

Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan

skil pengurusan kredit.


Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan
Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai
semula kewangan mereka.

VISI
Mewujudkan masyarakat yang bijak dari segi kewangan. AKPK juga mahu
diiktiraf sebagai pembekal pendidikan kewangan yang dipercayai kepada
pengguna

dewasa

serta

menggalakkan

pengurusan

kewangan

berhemat.

MISI
Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.

yang

AKPK adalah sebuah badan pengurusan kredit yang terletak dibawah Bank
Negara Malaysia. AKPK tidak memberi bantuan pinjaman kewangan tetapi
membantu memberi khidmat kuanseling berkenaan pengurusan kredit dan
kewangan serta membantu mereka menyelesaikan beban hutang dengan
cara menyusun semula bayaran bulanan dengan kadar yang lebih rendah
sekaligus meringankan beban si penghutang.
Sekiranya pelanggan mempunyai beban hutang yang mana pelanggan
sendiri tidak mampu menjelaskan ansuran bulanan dan pihak bank atau
agensi

pengutip

hutang

serta

pejabat

peguam

sering

menghubungi

pelanggan memaksa dan meminta pelanggan untuk menjelaskan ansuran


bulanan dengan jumlah tertentu tetapi pelanggan sememangnya tidak
mampu untuk berbuat demikian. Dalam situasi ini pelanggan boleh meminta
perlindungan dari AKPK. Dengan meminta perlindungan AKPK bank - bank
yang pelanggan hutang tadi tidak lagi boleh menganggu hidup pelanggan.
Tetapi bukan semua jenis hutang yang membolehkan pelanggan mendapat
perlindungan AKPK. AKPK hanya memberi perkhidmatan kepada mereka
yang mempunyai masalah hutang dengan bank-bank yang sah dan berdaftar
dengan bank negara yang berbentuk:

Hutang Kad Kredit


Mereka yang mempunyai hutang kad kredit yang banyak dan tidak
mampu menjelaskan ansuran bulan seperti mana yang dituntut oleh
pihak bank.

Pinjaman Peribadi
Mereka yang tidak mampu menjelaskan ansuran bulanan pinjaman
peribadi yang mereka buat dengan pihak bank.

Rugi Atas Jualan


Bermaksud, sekiranya kita tidak mampu menjelaskan ansuran kereta
atau rumah, bank akan tarik kereta kita atau menyita rumah kita.
Selepas itu bank akan melelong kereta atau rumah kita itu tadi. Jumlah
hasil

lelongan

itu

tadi

mungkin

tidak

mampu

mampu

untuk

menampung jumlah hutang keseluruhan kita dengan pihak bank. Baki


yang tidak mampu ditampung itulah digelar rugi atas jualan dan
biasanya pihak bank akan menyuruh si penghutang untuk menjelaskan
baki hutang tersebut. Contohnya, pelanggan membeli kereta dan
membuat pinjaman dengan bank sebanyak RM90 000.

Selepas 2

tahun pelanggan menggunakan kereta tersebut pelanggan mungkin


telah membuat pembayaran sebanyak RM 14 000. Selepas tempoh itu
pelanggan tidak mampu membayar ansuran kereta dan kereta
pelanggan ditarik oleh pihak bank. Selepas pelanggan tidak mampu
mengambil semula kereta pelanggan dari pihak bank, bank akan
melelong kereta pelanggan. Pihak bank mungkin hanya mampu
melelong kereta pelanggan pada harga RM40 000. Maka jumlah
keseluran hutang pelanggan RM 90 000 tolak jumlah yang telah
dibayar oleh pelanggan RM 14 000 dan tolak hasil lelongan RM 40 000
maka hutang pelanggan dengan pihak bank masih berbaki RM 36 000.
Baki RM36 000 itu pihak bank akan meminta pelanggan untuk jelaskan
dalam tempoh dan jumlah tertentu. Jumlah tersebut selalunya agak
tinggi dan tempohnya agak singkat. (RM30 000 ke atas membolehkan
pelanggan diisytiharkan bangkrap). Maka pelanggan boleh meminta
perkhidmatan dari AKPK dalam membantu pelanggan menyelesaikan
hutang tersebut dan mengelakkan pelanggan dari diisytihar bangkrap.

Bagaimana AKPK membantu pelanggan:

AKPK tidak menawarkan bantuan dalam bentuk kewangan atau dengan kata
lain

memberi

pinjaman

kewangan

kepada

pelanggan.

AKPK

boleh

membantu:

Mengurangkan ansuran bulanan yang perlu pelanggan bayar lebih


50%. Contohnya, pelanggan mungkin didesak oleh pihak bank untuk
membayar minimum RM500 sebulan ansuran hutang kad kredit
pelanggan. Kegagalan pelanggan membayar membayar mengikut
jumlah tersebut menyebabkan faedah atau pun bunga hutang
pelanggan

bertambah.

AKPK

boleh

membantu

pelanggan

mendapatkan ansuran yang lebih rendah mengikut kemampuan


pelanggan dalam sekitar RM250 sebulan atau kurang pada itu.

Pelanggan mungkin mempunyai hutang dengan 2 atau 3 buah bank,


dan melalui AKPK hutang-hutang ini akan boleh dikumpulan dan
pelanggan hanya perlu membayar satu jumlah ansuran bulan yang
lebih rendah dan kadar feadah yang dikenakan juga jauh lebih rendah
berbanding bank.

Mengelakkan

pelanggan

dari

diiytiharkan

bangkrap

oleh

pihak

mahkamah bagi kes yang melebihi RM30 000.

Menenangkan hidup pelanggan dari diganggu pihak bank atau agen


pemungut hutang.

Bagaimana Proses Mendapatkan Perkhidmatan AKPK:

Menghubungi

talian

bebas

tol

1800-88-2575

bagi

memilih

perkhidmatan yang pelanggan mahukan. Untuk pengurusan hutang


seperti yang disebut diatas pelanggan boleh memilih "Pengurusan
Kredit".

Pelanggan akan dihendaki menghadiri "Taklimat AKPK" terlebih dahulu


dimana - mana cawangan AKPK seluruh negara. Tarikh, masa dan
lokasi boleh pelanggan pilih berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh
AKPK.

Semasa sesi taklimat sekitar 2 jam, pelanggan akan diberi penerangan


lengkap berkenaan program "Pengurusan Kredit" oleh pegawai AKPK.
Pelanggan juga boleh bertanyakan soalan dan perkara - perkara yang
pelanggan kurang jelas semasa sesi soal jawab. Jangan lupa untuk
menpelanggantangi rekod kehadiran pelanggan selepas tamat sesi
taklimat tersebut, kerana jika tidak proses seterusnya tidak boleh
berjalan kerana nama pelanggan tiada dalam rekod.

Selepas selesai sesi taklimat pelanggan boleh membuat keputusan


sama ada mahu meneruskan program tersebut atau tidak. Dan
sekiranya pelanggan mahu teruskan untuk mendapatkan khidmat
AKPK, pelanggan boleh menghubungi AKPK sekali lagi untuk tetapkan
temujanji dengan Pegawai Kredit (kuanselor) AKPK. Tarikh, masa dan
tempat

juga

boleh

pelanggan

tentukan

sendiri

berdasarkan

kekosongan jadual AKPK. Semasa pertemuan kali kedua ini pelanggan


akan diminta untuk membawa salinan kad pengenalan, slip gaji terkini,
penyata - penyata bank hutang pelanggan, penyata caruman kwsp,
surat peguam sekiranya ada dan rekod CRIS yang boleh didapati di
cawangan bank negara.

Sebelum pelanggan berjumpa pegawai AKPK pelanggan akan diminta


menyenaraikan kesemua hutang dan perbelanjaan bulanan pelanggan
dalam

satu

diperlukan

borang
untuk

yang

pihak

disediakan
AKPK

oleh

melihat

AKPK.

Maklumat

kemampuan

ini

kewangan

pelanggan dan jumlah bayaran yang bakal ditetapkan.

Semasa berjumpa pegawai AKPK pelanggan akan diminta untuk


menerangkan serba sedikit berkenaan masalah hutang pelanggan dan

pegawai AKPK akan membuat pengiraan berdasarkan kemampuan


pelanggan untuk membayar ansuran hutang pelanggan.

Selepas itu pelanggan akan diminta untuk membuat bayaran pada


jumlah tertentu yang telah dipersetujui setiap bulan sebelum 30 hari
bulan.

Keadah bayaran bulanan boleh dibuat terus ke akaun AKPK di mana


-mana cawangan maybank seluruh negara (kuanter, atm atau online).
Perkara ini akan diterangkan oleh pegawai AKPK.

Syarat - Syarat Untuk Mendapat Perkhidmatan AKPK

Seseorang itu mestilah belum disytiharkan bangkrap atau pun muflis

oleh pihak mahkamah.


Belum menerima arahan untuk hadir ke mahkamah
Mempunyai pendapat yang positif.
Jumlah pinjaman tidak melebihi RM 2 Juta.

Syarat dan Kesan

Pelanggan

perlu

menjelaskan

jumlah

bayaran

bulanan

yang

dipersetujui dengan AKPK setiap bulan sebelum 30 hari bulan tanpa


gagal walaupun sebulan. Sekiranya

pelanggan gagal membayar

sebulan sahaja ansuran, pelanggan akan terkeluar dari program


Penguruan Kredit AKPK dan pelanggan tidak layak untuk mendapatkan
perkhidmatan AKPK lagi selepas itu.

Dalam tempoh pelanggan mendapatkan perkhidmatan AKPK ini


misalnya 30, 60 bulan atau lebih, pelanggan tidak boleh membuat
sebarang permohonan pinjaman atau kad kredit dari mana - mana
bank. Jika hutang berkaitan kad kredit, kad pelanggan akan dibatalkan.
Dengan kata lain pelanggan "blacklist" dalam tempoh tersebut.

Nama pelanggan akan dibersihkan semula selepas pelanggan selesai


membayar kesemua hutang pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan
atau lebih awal dari itu.

(Apa yang boleh dikatakan program AKPK ini berkonsepkan menolong dan
dalam masa yang sama menghukum agar kita bijak menguruskan kewangan
kita)

Anda mungkin juga menyukai