Anda di halaman 1dari 11

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK

KEDIAMAN

ALAMAT RUMAH SEWA:

DIANTARA

___________________________________
(TUAN RUMAH)

DAN

____________________________
(PENYEWA)

PADA
____________________
(Tarikh Perjanjian)

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 1

PERJANJIAN INI di buat pada hari dan tahun seperti yang dicatat di dalam
Seksyen 1 dalam Jadual di antara dua pihak yang nama mereka dan butiran
dinyatakan di dalam Seksyen 2 dalam Jadual ini (selepas ini dinamakan Tuan
Rumah) bagi satu pihak dan yang satu lagi yang nama dan butirannya
dinyatakan di dalam Seksyen 3 dalam Jadual dan dalam Maklumat Penghuni
Rumah (Selepas ini dinamakan Penyewa).
BAHAWASANYA:

1. Tuan Rumah adalah tuan punya yang berdaftar/pihak yang memperoleh


keuntungan kepada hartanah berkenaan yang secara khusus dirujuk dan
dinyatakan dalam Seksyen 4 dalam Jadual (selepas ini dinamakan
Rumah Tersebut).
2. Tuan Rumah berhasrat untuk memberi sewaan dan Penyewa berhasrat
untuk menyewa Rumah Tersebut berserta perabot, peralatan dan
kelengkapan lain seperti yang tersenarai dalam Inventori tertakluk pada
syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.
3. Penyewa adalah penama berdaftar dalam Borang Maklumat Penghuni
Rumah.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI PERKARA-PERKARA BERIKUT:1. Tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan Tuan Rumah
memberi kebenaran kepada Penyewa tempoh sewaan bagi Rumah
Tersebut bagi satu tempoh, bermula dari tarikh tertentu sebagaimana yang
disebut di dalam Seksyen 5(a)(b) dan (c) satu persatu dalam Jadual.
2. Kadar sewa yang tertera dalam Seksyen 6 (a) dalam Jadual hendaklah
dibayar pada masa yang ditetapkan dalam Seksyen (b) dalam Jadual.
Sewa itu hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Tuan Rumah dan nombor
akaunnya adalah xxxxx (Bank).
3. Penyewa hendaklah membayar wang pendahuluan sebagai deposit
sekuriti bagi Rumah Tersebut kepada Tuan Rumah sebelum menduduki
Rumah Tersebut setelah Perjanjian dikuatkuasakan sebagaimana yang
tertera di dalam Seksyen 7 dalam Jadual (penerimanya disahkan oleh
Tuan Rumah). Jumlah tersebut akan kekal sepanjang tempoh sewaan dan
tidak akan dianggap sebagai bayaran sewa dan akan dikembalikan kepada
Penyewa selepas tamatnya tempoh sewa, dan sebahagiannya digunakan
bagi membaiki apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh Penyewa ke atas
Rumah Tersebut (kerosakan disebabkan keluturan dan kehausan
dikecualikan).

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 2

4. Penyewa hendaklah membayar wang pendahuluan sebagai deposit utiliti


air dan elektrik sebelum menduduki Rumah Tersebut setelah perjanjian
dikuatkuasakan sebagaimana yang tertera di dalam Seksyen 8 dalam
Jadual (secara terkumpul dinamakan deposit Utiliti). Deposit Utiliti ini akan
dikembalikan tanpa faedah kepada Penyewa selepas ditolak apa juga
jumlah yang masih tertunggak.

PENYEWA BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH mengenai perkara-perkara


berikut:
1. Untuk membayar sewa pada hari dan cara yang dipersetujui.
2. Untuk membayar semua bayaran yang ditetapkan bagi penggunaan
telefon, air dan elektrik di Rumah Tersebut sepanjang tempoh sewaan.
3. Untuk menjaga Rumah Berkenaan, peralatan dan kelengkapannya seperti
yang tersenarai dalan Inventori bersama-sama barangan tambahan lain
dalam keadaan yang baik dan elok (kelusuhan dan kehausan biasa
dikecualikan) dan mengganti atau membaiki apa juga barangan tersebut
dan mana-mana bahagian Rumah Tersebut dan peralatan dan
kelengkapan Tuan Rumah yang rosak.
4. Tidak melakukan atau dibenarkan melakukan apa-apa perubahan atau
tambahan kepada Rumah Tersebut atau keatas peralatan, kelengkapan
hiasan Tuan Rumah tanpa terlebih dahulu memperolehi kebenaran
daripada Tuan Rumah.
5. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang
menggunakan drill penebuk dan dimasukkan wallplug.
6. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran
bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua
kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia
dipasang
7. Memberi kebenaran kepada Tuan Rumah dan wakilnya yang dilantik
setelah memberi notis pada setiap masa yang dipersetujui secara bersama
bagi membolehkan memasuki dan memeriksa keadaan Rumah Tersebut.
8. Untuk menggunakan Rumah Tersebut bagi tujuan sebagaimana yang
tertera didalam Seksyen 10 dalam Jadual dan tidak menggunakannya
atau memberi kebenaran untuk apa jua tujuan lain yang selamat kecuali
yang spesifik yang telah dinyatakan dan tidak menggunakannya atau
memberi kebenaran atau menyebabkan apa-apa kerosakan berlaku di
Rumah Tersebut atau mana-mana bahagiannya yang boleh membawa
kemudaratan atau mengganggu Tuan Rumah atau Penyewa atau
penghuni rumah-rumah bersebelahan.

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 3

9. Tidak membenarkan atau menyewakan semula, atau keluar daripada hak


milik yang sah itu atau menyebabkan Rumah Tersebut digunakan untuk
ape juga tujuan lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
daripada Tuan Rumah.
10. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa juga perkara yang
melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan
atau mana-mana pihak berkuasa lain yang melibatkan Rumah Berkenaan
atau yang boleh menyebabkan polisi insuran yang melindunginya daripada
kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau
menyebabkan premiumnya bertambah.
11. Penyewa hendaklah menyerahkan Rumah Tersebut kepada Tuan Rumah
dalam keadaan baik, bersih dan sedia disewakan kepada orang lain serta
membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa
juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan atau apa
juga barangan miliknya yang telah dipasang atau akan membaiki apa juga
kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan,
kelengkapan atau barangan yang dipasang.
12. Tidak menyimpan atau membawa ke Rumah Tersebut apa-apa senjata,
senjata api atau alat letupan atau bahan letupan atau apa-apa barangan
yang mudah terbakar atau membahaya atau barangan yang salah di sisi
undang-undang.
13. Tidak menggunakan Rumah Tersebut untuk kegiatan haram, menyalahi
undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan mahupun
perdagangan, dan perjudian dalam apa juga bentuk sekalipun.
14. Penyewa hendaklah membenarkan sesiapa sahaja yang ingin melihat
Rumah Tersebut dengan tujuan menyewanya dua bulan sebelum tamat
perjanjian, dengan memberi notis kepada tuan rumah kecuali penyewa
ingin terus menyewanya dengan memberi notis kepada Tuan Rumah.

TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA mengenai


perkara-perkara berikut:
1. Untuk membayar cukai tanah, cukai pintu, caj perkhidmatan dan bayaranbayaran lain yang berkaitan dengan Rumah Berkenaan selain daripada
yang dipersetujui dibayar penyewa.
2. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada Penyewa pada
hari penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat dimana
wang cagaran boleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa
rumah yang tertunggak dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua
kerosakan atau kemusnahan daripada perbuatan sengaja atau cuai atau
lalai pihak Penyewa, kakitangan dan/atau wakilnya dan untuk sebarang
bayaran yang dikenakan ke atas Penyewa mengikut syarat-syarat yang

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 4

terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang di tanggung


oleh Tuan Rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan Rumah Tersebut
seperti keadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.
3. Mempastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum
Penyewa mendiami Rumah Tersebut seperti pemasangan tombol pintu
dan tingkap berada dalam keadaan baik, sistem pendawaian rumah dan
bekalan air boleh digunakan dengan baik dan selamat.
4. Tuan Rumah berjanji akan membenarkan Penyewa menduduki atau
mempunyai kebebasan menduduki Rumah Tersebut tanpa gangguan
daripada Tuan Rumah atau wakilnya tertakluk kepada kepatuhan Penyewa
dalam membuat bayaran sewa bulanan serta mematuhi terma-terma atau
syarat-syarat lain dalam perjanjian ini.
DENGAN SYARAT KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU mengenai perkaraperkara berikut:
1. Jika pada bila-bila masa sewa atau sebahagian daripadanya (sama ada
diminta dengan secara rasmi atau tidak) didapati tidak dibayar atau tidak
memuaskan untuk tujuh (7) hari selepas perlu dibayar atau apa-apa
tanggungjawab Penyewa tidak dipatuhi, maka adalah sah disisi undangundang bagi Tuan Rumah atau sesiapa yang dilantik oleh Tuan Rumah
bagi pihaknya memasuki semula ke dalam Rumah Tersebut atau manamana bahagian bagi menentukan tindakan yang perlu diambil kerana
pelanggaran perjanjian.
2. Jika Penyewa ingin terus menyewa Rumah Tersebut, maka Penyewa
hendaklah memberi satu (1) bulan notis kepada Tuan Rumah. Dengan
syarat kesemua peraturan dan syarat-syarat dalam perjanjian ini dipatuhi
oleh Penyewa, Tuan Rumah boleh membenarkan Penyewa itu terus
menyewa bagi satu lagi tempoh sebagimana yang tertera dalam seksyen
9 dalam Jadual mengikut syarat-syarat dan peraturan yang sama dan
pada kadar sewa yang akan dipersetujui bersama.
3. Kadar sewa selepas tamat tempoh sewaan tiga (3) tahun akan dikaji
semua mengikut kadar pasaran pada ketika itu.
4. Sekiranya Penyewa ingin menamatkan Perjanjian sewa ini sebelum
tempoh berakhir, Penyewa hendaklah memberi satu (1) bulan notis kepada
Tuan Rumah. Jika tidak, Penyewa itu akan kehilangan deposit sekuriti
sebagaimana tertera dalam Seksyen 7 dalam Jadual dan deposit utilitinya
seperti yang tertera dalam Seksyen 8 dalam Jadual akan diambil kira
tunggakan bil-bil tersebut sebelum bakinya dikembalikan kepada Penyewa.
5. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan penyewaan ini sekiranya berlaku
perlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula
Rumah Tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang
dari satu (1) bulan notis kepada Penyewa.

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 5

6. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan Penyewa dari


membayar kepada Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti
yang dinyatakan dalam perjanjian ini.
7. Sekiranya Perjanjian ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa, adalah
menjadi tanggunjawab Penyewa untuk menyerahkan kunci Rumah
Tersebut kepada Tuan Rumah atau wakilnya dengan segera termasuk
kunci tambahan yang dipasang oleh Penyewa.
8. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai
Penyewaan Rumah Tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan
baik. Jika penyelesaian tidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan melalui
Timbangtara.
(RUANGAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG)

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 6

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut


dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan
dan tahun yang tersebut di atas.

...
Tuan Rumah

..
Penyewa/Ketua Rumah

Nama:

Nama:

No. Kad Pengenalan:

No. Kad Pengenalan:

Tarikh:

Tarikh:

...
Saksi

...
Saksi

Nama:

Nama:

No. Kad Pengenalan:

No. Kad Pengenalan:

Tarikh:

Tarikh:

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 7

JADUAL
(perlu difahami, dibaca dan dianggap sebagai bahagian penting dalam
perjanjian ini)
NO.
PERKARA
BUTIRAN
SEKSYEN
1
Tarikh perjanjian
/
/2012
2

Maklumat mengenai
Tuan Rumah

Nama:
N.Kad Pengenalan:
Tel:
Alamat:

Maklumat mengenai
Penyewa

Nama:
No.kad Pengenalan:
Tel:
Alamat:

(Termasuk Senarai penama dalam Maklumat Penghuni


rumah adalah termasuk dalam perjanjian ini)
4

Alamat Rumah
Tersebut

5(a)
(b)
(c)

Tempoh
Tempoh Bermula
Tempoh Tamat

6 (a)

Sewaan Bulanan

(b)
7
8

Tarikh Perlu Bayar


Deposit Sekuriti
(1 bulan sewa)
Deposit Utiliti

Pilihan untuk
memperbaharui

10

Kegunaan Rumah
Tersebut
No. Akaun

11

TIGA (3) TAHUN


/ /20
/ /20
Ringgit Malaysia :
Perlu dibayar/pada 1hb setiap bulan
Ringgit Malaysia:
Ringgit Malaysia:Dua ratus Sahaja (RM200.00)
Tiga (3) tahun dengan kadar sewaan mengikut
pasaran pada masa tersebut
Untuk tujuan kediaman sahaja
xxx (Bank).

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 8

SENARAI INVENTORI
PERKARA

NO.
SEKSYEN
1.

Kipas Siling

2.

Lampu

BILANGAN UNIT

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 9

BIL
1

BORANG MAKLUMAT PENGHUNI RUMAH


MAKLUMAT PENGHUNI
Nama:
No.Kad Pengenalan:
No Tel:
Alamat Asal:

Nama:
No.Kad Pengenalan:
No Tel:
Alamat Asal:

Nama:
No.Kad Pengenalan:
No Tel:
Alamat Asal:

Nama:
No.Kad Pengenalan:
No Tel:
Alamat Asal:

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 10

Nama:
No.Kad Pengenalan:
No Tel:
Alamat Asal:

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI


RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI
SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA
PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI

No.xxx, Jalan xxxx, Taman xxx, 00000 Puchong, Selangor

Page 11

Anda mungkin juga menyukai