Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS


MENGGUNAKAN TEKNIK DICT-TIME KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 2
TEJA
Oleh:
Chong Huey Ting
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok,
06010 Sintok, Kedah.
ABSTRAK
Jika disebut Bahasa Inggeris ramai murid yang mengeluh. Bagi mereka subjek ini
adalah susah. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid, ujian pra,
soalselidik, temubual serta pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukan murid tidak mahir
dalam kosa kata dan banyak perkataan yang dieja salah. Penguasaan kosa kata adalah
penting kerana ia adalah perkara yang paling asas dalam pembelajaran sesuatu
bahasa. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar 2 Teja, saya
mempraktikkan penggunaan kamus yang kerap dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.
Seramai 10 pelajar dipilih dalam kajian ini. Aktiviti yang dijalankan adalah sekali
seminggu, sepanjang tahun. Keputusan ujian pra, pos serta ujian bulanan telah
menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Turut didapati bahawa pelajar mula
menunjukkan minat pada mata pelajaran bahasa Inggeris selepas kaedah Dict-Time
diperkenalkan di bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran menggunkan kaedah ini
haruslah dikekalkan agar pelajar dapat belajar dengan lebih berdikari dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Bahasa Inggeris selalu dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar oleh murid
dan persepsi ini sukar diubah, teutama kepada pelajar-pelajar yang berada di kelas
hujung. Selalunya, pelajar-pelajar dari kelas hujung berasa rendah diri dan tidak
berminat untuk berusaha kerana mereka berpendapat bahawa mereka tidak akan
berjaya walaupun mereka mencurahkan usaha yang lebih. Antara faktor-faktor yang
dikenal pasti melalui soal-selidik pelajar-pelajar adalah kerana kosa kata yang sangat
berlainan dengan Bahasa ibunda mereka, iaitu Bahasa Melayu. Bagi pelajar-pelajar
yang sanggup cuba untuk jawab soalan dalam Bahasa Inggeris, mereka sering
diketawa dan dipersenda oleh kumpulan pelajar lain, mengatakan mereka berlagak
pandai atau cuba untuk menjadi pelajar kesayangan cikgu dalam kelas. Didapati
bahawa situasi ini mengurangkan keyakinan diri kumpulan pelajar yang sanggup
mencuba dalam subjek Bahasa Inggeris,menyebabkan mereka tidak lagi rela untuk
mencuba bagi jawapan semasa ditanya dan hanya menggeleng kepala sabagai
jawapan muktamad mereka.
Pembelajaran Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa asing kepada golongan pelajar
di kelas hujung bertambah susah apabila mereka dikehendaki mengingati kosa kata
Bahasa Inggeris yang kebanyakannya berbeza daripada Bahasa Melayu. Penggunaan
kamus dalam pembelajaran mata pelajaran bahasa adalah teknik biasa untuk melatih
pelajar-pelajar dalam bilik darjah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap guru
untuk memberikan setiap maksud kosa kata. Namun, ini tidak dijadikan satu kebiasaan
dalam bilik darjah dan kebanyakan pelajar di kelas hujung mendakwa bahawa mereka
tidak pernah pegang kamus dwibahasa sepanjang pembelajaran mereka di sekolah.
Tinjauan saya berhubung dengan masalah kosa kata pelajar menyebabkan saya
berminat untuk memulakan satu aktiviti yang diharapkan dapat membantu pelajarpelajar di kelas hujung untuk mengenal kosa kata Bahasa Inggeris dan menguasai kosa
kata yang dipelajari dengan ejaan dan sebutan yang betul mengikut topic pembelajaran
yang ditetapkan dengan mengenalkan penggunaan kamus yang konsisten dalam waktu
Pengajaran dan Pembelajaran.

Dalam laporan ini, saya akan menerangkan perancangan aktiviti ini secara terperinci
dalam beberapa segment. Antara aktiviti yang dijalankan untuk membantu pelajar
lemah menguasai kosa kata adalah penggunaan kamus yang konsisten dan kuiz ejaan
menggunakan mini white board di penghujung pembelajaran topik tersebut. Setelah
menjalankan activiti-aktiviti yang dirancang untuk membantu golongan pelajar di kelas
hujung, adalah didapati bahawa mereka ejaan dan sebutan mereka bertambah baik.
Walaupun masih ada segelintir pelajar yang keliru dengan ejaan kosa kata Bahasa
Inggeris dan Bahasa Inggeris, kebanyakan pelajar dapat memberi ejaan yang tepat
untuk kosa kata topik yang telah diajar.
2.0 Fokus Kajian/Isu Keprihatinan
Pelajar-pelajar ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Walaupun kebanyakan
mereka bersikap pasif, ada segelintir pelajar lelaki yang mempunyai isu ponteng atau
kacau rakan sekelas mereka semasa waktu pembelajaran. Adalah didapati bahawa
kumpulan pelajar lelaki ini tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam
pembelajaran, mereka mempunyai cenderung untuk ajak rakan mereka untuk
menyertai mereka ponteng kelas atau berbuat bising dalam bilik darjah. Rakan-rakan
yang tidak sudi menyertai aksi mereka dilabel sebagai pengecut dan akan
dipersendakan jikalau mereka cuba menjauhi diri daripada mereka dan duduk di depan.
Oleh itu, saya cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian segelintir pelajar lelaki itu
untuk mengambil bahagian dalam PdP supaya mereka tidak ketinggalan dalam
pembelajaran Bahasa Inggeris, juga untuk mengelakkan mereka daripada mengganggu
sesi PdP. Saya mendapati bahawa kumpulan pelajar lelaki ini hanya mempunyai kosa
kata Bahasa Inggeris yang sangat terhad, menyebabkan mereka tidak dapat
berkomunikasi atau memahami tajuk yang diajar kerana hanya Bahasa Inggeris yang
digunakan sepanjang PdP mata pelajaran Bahasa Inggeris. Walaupun mereka
menggunakan penterjemahan terus dari Bahasa Melayu, mesej yang disampaikan
menimbulkan masalah salah faham dalam bilik darjah kerana saya menggunakan masa
yang lebih panjang untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Apabila
pelajar-pelajar ini tidak dapat difahami, mereka berasa mereka tidak diperlukan dalam
bilik darjah. Daripada berada di dalam kelas Bahasa Inggeris yang mereka berpendapat
bahawa mereka tidak memahami apa-apa yang diajar, mereka cuba ponteng kelas.
3

Adalah diharapkan masalah ini dapat diatasi dengan menerapkan lebih banyak kosa
kata dalam pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar. Pelajar akan mempunyai lebih
banyak kosa kata untuk digunakan dalam komunikasi, dan seterusnya meningkatkan
penglibatan mereka dalam PdP Bahasa Inggeris, terutamanya dalam slot percakapan.
Sebagai langkah pertama, saya sering memberi galakan kepada kumpulan pelajar
lelaki ini dengan memuji penyertaan mereka dalam PdP walaupun mereka hanya dapat
mengucapkan Good morning, teacher. May I come into your class. atau May I go to
toilet. Walaupun pelajar-pelajar ini tidak banyak menanya pada peringkat permulaan
PdP, mereka akan cuba untuk memberi respon apabila mereka telah menyesuaikan diri
dalam pembelajaran hari itu.

3.0 Objektif Kajian


Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat
mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan
pelajar terhadap kosa kata Bahasa Inggeris untuk tajuk-tajuk tertentu akan
dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambah apabila mereka berkomunikasi
dalam bilik darjah mengenai tajuk yang telah diajar. Objektif am dan objektif khusus
adalah seperti yang berikut:
3.1
-

Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam kosa kata Bahasa Inggeris melalui
kaedah Dict-time.
Untuk melatih pelajar menjadi pelajar yang berdikari dan mengunakan kamus
dengan inisiatif sendiri dan bukannya dipaksa guru dalam bilik darjah.

3.2

Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan
guru.
Pelajar dapat menguasai sekurang-kurangnya 10 kosa kata yang telah
ditetapkan pada hujung PdP tajuk tertentu.
Pelajar dapat berkomunikasi dalam kelas dengan menggunakan kosa kata
tersebut dengan betul.
Pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya 8 betul dalam ujian ejaan yang
diberi.

Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Inggeris.

4.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 26 orang pelajar Tingkatan 2 Meranti
yang keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tersebut akan disaring
berdasarkan daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini adalah
kerana terdapat pelajar yang teramat lemah dan tidak boleh bertutur dalam Bahasa
Inggeris. Selepas saringan dilakukan, hanya 10 orang pelajar sahaja yang terpilih.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Masalah
Jadual 1: Kaedah Mengutip Data
Langkah

Cara Penilaian

Kumpulan Sasaran

Tujuan

dan Tarikh
Langkah 1

Temubual

26 orang pelajar 2T

Temubual dijalankan
secara rawak seramai 10

(1.7.2015)

orang untuk mengenal


pasti masalah yang
Langkah 2

Memeriksa buku

(4.7.2015)

tulis

sebenar yang dihadapi

Ujian

oleh pelajar
Ujian ejaan dijalankan ke

Langkah 3

26 orang pelajar 2T

dihadapi
Mengenal pasti masalah

26 orang pelajar 2T

atas 26 orang pelajar 2T,

(15.7.2015)

iaitu ujian ejaan (pollution,


tourism, tourist dll). Tujuan
adalah untuk mengenal
pasti masalah yang
mereka hadapi ketika
menggunakan kosa kata
5

tersebut.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Langkah

Cara Penilaian

Kumpulan sasaran

Masalah telah dikenalpasti

dan Tarikh
Langkah 1

Temubual

26 orang pelajar 2Ti)

Hanya 4 orang pelajar


yang mengatakan

(1.7.2015)

Bahasa Inggeris tidak


susah. Semua pelajar
lain mengatakan mata
pelajaran Inggeris
sangat susah.
ii) Tidak dapat tunjuk ajar di
rumah.
iii) Kawan-kawan tidak suka
mereka menggunakan
Bahasa Inggeris.
iv) Tidak pernah menggunkan
Langkah 2

Memeriksa buku

(4.7.2015)

latihan

26 orang pelajar 2T

kamus
Kebanyakan kerja tidak
disiapkan. Kerja yang
disiapkan terdapat banyak

Langkah 3

Ujian

26 orang pelajar 2T

kesalahan ejaan,
Hanya 4 orang pelajar
yang dapat lebih daripada

(15.7.2015)

5 jawapan betul dalam 20


kosa kata yang diuji.

5.3 Tindakan yang dijalankan


Berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan pelajar 2 Teja lemah dalam penguasaan
kosa kata. Mereka kurang berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan kurang
6

dorongan dari persekitaran mereka, terutamanya dari golongan kawan sebaya dan
ibubapa. Dengan kurangnya dorongan positif dari persekitaran, pelajar bersikap pasif
dan tidak proaktif dalam pembelajaran mereka di bilik darjah. Untuk mengatasi masalah
ini, saya memperkenalkan penggunaan kamus dalam bilik darjah. Walaupun ini bukan
kaedah yang baharu dan banyak guru-guru telah mengggunakan kaedah ini untuk
jangka masa yang panjang, namun terdapat segelintir guru yang tidak nampak impak
positif daripada kaedah ini. Pada pendapat saya, kaedah ini adalah satu cara yang
bagus untuk melatih pelajar-pelajar untuk menjadi seorang yang berdikari dalam
pembelajaran mereka sendiri. Seperti yang dibincangkan dalam refleksi pengajaran dan
pembelajaran yang lalu, kebanyakan pelajar amat bergantung kepada guru untuk
memberi maksud kosa kata yang baru, mereka jarang mengambil inisiatif untuk
menyemak kosa kata dalam kamus. Oleh itu, saya melatih pelajar-pelajar dengan
memperkenalkan Dict-Time dalam bilik darjah.
Langkah 1

15 minit diperuntukkan dalam PdP yang ambil masa 80 minit

Langkah 2

sebagai Dict-time.
Pelajar-pelajar mencatatkan kosa kata yang baru dalam buku latihan

Langkah 3

masing-masing.
Kamus Dwibahasa diagihkan kepada pelajar-pelajar. 2 orang pelajar

Langkah 4

kongsi sebuah kamus.


Selama 15 minit yang diperuntukkan, pelajar-pelajar harus
mencatatkan maksud kosa kata yang telah dicari. Pelajar-pelajar
boleh menulis maksud kosa kata itu, ataupun melukis. Sebagai
contoh:

Langkah 5

Aerosol spray:
Dalam 5 minit terakhir sesi PdP, saya akan menanya pelajar-pelajar
secara rawak 3 atau 4 kosa kata yang baru dipelajari. Pelajar-pelajar
boleh menjawab dengan samada likisan, atau secara lisan dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Bahasa Melayu dibenarkan

Langkah 6

dalam peringkat permulaan)


Ujian ejaan akan diadakan setiap 2 minggu sebagai tanda ukur
7

penguasaan kosa kata oleh pelajar.


5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN. 5.4.1
Perlaksanaan Aktiviti
Kaedah: Pemerhatian
Tarikh:
Tempat:
Masa:
Peristiwa: Pelajar-pelajar kurang menunjukkan minat dalam penggunaan kamus
pada peringkat awal. Mereka lebih gemar kalau setiap kosa kata dibekalkan
dengan maksud sedia ada oleh guru. Apabila Dict-Time bermula, segelintir
pelajar lelaki mengambil masa untuk mula walaupun telah diberi tunjuk ajar
cara penggunaan kamus. Kumpulan pelajar lelaki tersebut mencari agak
perlahan, dan tidak menumpukan perhatian. Yang selebihnya dapat siapkan
kerja yang diberikan. (10 kosa kata baru)
Refleksi:
Sepanjang Dict-Time dijalankan, pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan jasi saya
perlu member peringatan kepada mereka supaya terus menyiapkan kerja. Ada juga 3
orang pelajar lelaki yang mencari maksud perkataan lain yang tidak diajar dalam bilik
darjah, seperti kata-kata kesat dalam Bahasa Inggeris dan mengganggu rakan lain
dengan kata-kata tersebut. Untuk Dict-Time yang seterusnya, saya terfikir yang saya
akan memisahkan 3 orang pelajar lelaki ini ke pasangan yang berbeza supaya mereka
dapat menumpukan perhatian dalam pencarian maksud kosa kata yang telah
ditetapkan. Saya mendapati bahawa pelajar-pelajar dapat menguasai kosa kata baru
lebih cepat dengan cara melukis atau mencatatkan maksud kosa kata dengan
pemahaman sendiri, oleh itu saya menggalakkan pelajar untuk menggunakan cara
kreatif yang mereka selesa pada peringkat awal.
Perlaksanaan Aktiviti 2
Kaedah digunakan masih sama. Topik yang diajar juga adalah mengenai Going Places.
Antara kosa kata yang diajar adalah mengenai topik pelancongan.
8

Kaedah: Pemerhatian
Tarikh:
Tempat:
Masa:
Peristiwa: Apabila diberitahu sampai masa Dict-Time, pelajar-pelajar secara
automatik akan mengeluarkan buku latihan masing-masing dan menunggu
untuk arahan seterusnya. Pelajar-pelajar tidak memerlukan peringatan yang
kerap untuk menyiapkan kerja masing-masing. Tiga pelajar lelaki yang didapati
bermasalah juga dapat menyiapkan kerja hari ini.
Refleksi
Pelajar-pelajar kini dapat mengikuti dalam proses pembelajaran. Mereka sudah tahu
bahawa Dict-time adalah masa untuk mereka mengenali kosa kata baru dengan usaha
sendiri. Penjelasan diberi kepada para pelajar sekiranya mereka mempunyai kekeliruan
antara Verb, Noun dan Adjective. Sebagai contoh, perkataan still mempunyai dua
maksud yang berlainan, salah satu maksudnya ialah kekal dan kedua adalah masih.
Untuk perkataan seperti ini, pelajar- pelajar adalah digalakkan untuk menulis perbezaan
maksud tepi kosa kata ini sebagai satu peringatan.

5.5 REFLEKSI KAJIAN 5.5.1 Penilaian pencapaian murid


Keputusan spelling quiz pertama
Bilangan kosa kata yang dieja dengan

Bilangan pelajar (10)

betul
1-4
5-8
9 - 12
13 - 16
17 20

6
2
2
0
0
9

Keputusan spelling quiz kedua


Bilangan kosa kata yang dieja dengan

Bilangan pelajar (10)

betul
1-4
5-8
9 - 12
13 - 16
17 20

4
4
1
1
0
Keputusan spelling quiz ketiga

Bilangan kosa kata yang dieja dengan

Bilangan pelajar (10)

betul
1-4
5-8
9 - 12
13 - 16
17 20

5
3
1
2
0
Keputusan spelling quiz keempat

Bilangan kosa kata yang dieja dengan

Bilangan pelajar (10)

betul
1-4
5-8
9 - 12
13 - 16
17 20

3
1
5
2
0

10

Analisa keputusan Spelling Quiz Dict-Time 2 Teja

Perkembangan keputusan Spelling Quiz Dict-Time 2 Teja


7
6
5
4
3
2
1
0

Result 1

Result 1
1 to 4

5 to 8

Result 3
9 to 12

13 to 16

Result 4

17 to 20

Berdasarkan rajah di atas, adalah didapati bahawa seramai 6 pelajar daripada 10


sasaran kajian yang dapat mendapat 1 hingga 4 jawapan yang betul, manakala 2 orang
pelajar dapat 5 hingga 8 jawapan betul dan 2 orang pelajar dapat 9 hingga 12 jawapan
betul. Keputusan ini telah menunjukkan keupayaan pelajar dalam menjawab ujian ejaan
yang sebenar sebelum Dict-Time. Manakala Spelling quiz kedua dijalankan selepas 1
minggu Dict-Time berlangsung dalam kelas. Keputusan pelajar menunjukkan
peningkatan yang positif, dimana bilangan pelajar untuk kategori pertama (1 hingga 4
jawapan betul) telah kurang 1, dan kategori 2 (5 hingga 8 jawapan betul) jadi 3. Untuk
setiap Spelling Quiz, pelajar-pelajar ini telah menunjukkan peningkatan yang bagus.
5.5.2 Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui. Saya dapat melihat
perubahan besar pada pelajar-pelajar saya terutamanya perubahan sikap mereka
11

dalam pembelajaran. Ini dapat dilihat dimana sebelum ini mereka tidak menunjukkan
sebarang minat dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Tetapi setelah saya
melaksankan Kajian Tindakan saya, saya mendapati bahawa sikap mereka telah
berubah daripada pasif kepada aktif. Mereka mula berminat dalam pembelajaran
secara berdikari dimana mereka selalu bertanya, Teacher, where is dictionary?
Teacher, I got 8 correct. Me smart or not?. Inilah masa saya berasa tersentuh kerana
saya rasa usaha saya selama ini tidak disia-siakan. Apabila ada sesetengah pelajar
yang komen bahawa mereka berasa malas untuk aktiviti Dict-Time, rakan mereka yang
lain akan memberi teguran seperti You want to be smart, you have to work hard.
Walaupun pertuturan Bahasa Inggeris mereka tidak tepat sepenuhnya, tetapi sekurangkurangnya pelajar ini telah cuba, dan berani untuk bercakap Bahasa Inggeris dalam
kelas dengan rakannya. Apatah lagi memberi nasihat yang saya pernah beri dalam bilik
darjah sebelum itu.
Dari segi perubahan pada pembelajaran pelajar pula, saya selalu percaya bahawa
setiap pelajar mempunyai potensi masing-masing. Keyakinan seseorang guru terhadap
potensi anak muridnya adalah sangat penting untuk memupuk minat pelajar dalam
pembelajaran terutamanya Bahasa Inggeris. Walaupun masih ada lagi segelintir pelajar
2 Teja yang tidak dapat menguasai ejaan kosa kata yang betul, namun saya rasa
pembelajaran adalah satu proses yang berterusan, dan saya tidak akan menilai pelajarpelajar ini berdasarkan prestasi mereka sekarang sebagai keputusan muktamad. Bagi
saya, pelajar-pelajar ini memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk
menghasilkan perkembangan yang positif.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Saya akan mengekalkan kaedah ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana
ini adalah kaedah paling mudah dan berkesan untuk memperkukuhkan kosa kata dan
ejaan pelajar. Kaedah ini juga dapat melatih pelajar-pelajar untuk pembelajaran secara
berdikari. Saya juga mendapati bahawa kaedah ini sesuai digunakan untuk kelas
cemerlang untuk kosa kata rumit.

12

Anda mungkin juga menyukai