Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN AKTIVITI KEMBARA

HARI PERTAMA- 21 OKTOBER 2015


Pada 21-23 Oktober 2014 yang lalu, pelajar PISMP TESL SEM 6 telah
bergabung tenaga dalam menjayakan aktiviti kembara selama 3 hari 2 malam ini
iaitu lawatan selama satu hari dan perjalanan pergi dan balik selama dua hari. Aktiviti
ini bertempat di Borneo Tropical Rainforest, Miri, Sarawak. Seramai 22 orang guru
pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang dan 3 orang pensyarah pengiring
yang terdiri daripada pensyarah kursus WAJ3131 dan juga pensyarah dari kelas
TESL iaitu Encik Adam Prakash bin Abdullah dan Puan Laily binti Yahya. Banyak
pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada
aktiviti ini.
Pada hari pertama, semua pelajar telah berkumpul di garaj sebelum pukul
7.30am

kerana dijangka bas akan bertolak pada pukul 7.30 pagi. Pada pukul

7.30am, kami pun bertolak dengan menaiki bas IPG. Sepanjang perjalanan ke Miri,
kami telah berhenti untuk mempunyai sarapan dan tengah hari. Dalam perjalanan ke
Miri, kami sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama kelas kami mempunyai
rombongan aktiviti kembara ke Miri. Selepas kami tiba di Miri, kami berasa berterima
kasih kerana dapat bermalam di Institut Perguruan Sarawak. Selepas kami bersiap
mengemaskan diri, kami pun keluar untuk makan malam. Selepas itu, kelas kami
mempunyai taklimat dan persediaan untuk aktiviti penggembaraan untuk hari
keesokan.

HARI KEDUA- 22 OKTOBER 2015


(AKTIVITI PENGEMBARAAN DI BORNEO TROPICAL RAINFOREST MIRI)
Seawal jam 7.00 pagi, kami telah berkumpul di tempat meletak bas kerana
dijangka bas akan bertolak pada pukul 7.30 pagi. Kami telah mengambil masa
selama 1 jam untuk sampai ke destinasi tempat tersebut. Borneo Tropical Rainforest
telah dipilih sebagai tempat pengembaraan adalah kerana ia mempunyai pelbagai
aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh para peserta. Selain itu, keselamatan adalah
terjamin kerana terdapat kakitangan yang lebih profesional dalam mengetuai setiap
aktiviti yang bakal dijalankan. Di samping itu, pengembaraan ini adalah untuk
memenuhi kehendak proforma kursus Semester 6 iaitu WAJ3131, Kokurikulum-

Persatuan. Sesudah sampainya kami di destinasi tersebut, kami disambut dengan


alunan muzik oleh pihak BTR.

Setelah tibanya kami di sana, taklimat dan penerangan daripada pihak


kakitangan Borneo Tropical Rainforest Miri telah diberikan kepada kami. Seterusnya
kami pun bermula dengan aktiviti pengembaraan slot yang pertama iaitu ekspedisi.
Kakitangan yang bertanggungjawab untuk membawa kami menjalankan ekspedisi
telah memberi penerangan kepada kita. Aktiviti ini telah mengambil masa selama 45
minit. Kami amat berhati-hati semada menjalankan ekspedisi di dalam hutan. Ini
adalah disebabkan jalan di hutan amat merbahayakan. Sepanjang ekspedisi ini,
walaupun kami berasa penat tetapi kami berasa gembira kerana kami telah berjaya
menjalankan aktiviti ekspedisi ini. Selain itu, dalam perjalanan, ada sebahagian
daripada kawan kami terjumpa pacat. Ia merupakan sejenis cacing yang ditempelkan
pada kulit dan gemar menghisap darah. Kami semua takut dan meningkatkan
kesedaran terhadap tubuh badan kami.

Selepas itu, kami pun menguruskan diri masing-masing bagi meneruskan


aktiviti yang seterusnya iaitu flying fox. Aktiviti ini akan dinilaikan oleh pensyarah
kami, Cik Wong Siew Lang. Tujuan permainan ini adalah untuk melatih peserta untuk
cepat mengambil keputusan, melatih keberanian dan dapat merubah pola pikir serta
memberi pengalaman baru bagi individu yang melakukan seluncur. Di samping itu, ia
juga membolehkan pemain untuk mendapatkan pengalaman baru meluncur di udara
dan melintasi sebuah danau. Saya berasa seronok kerana saya pernah menjalankan
aktiviti ini di kem PLKN. Bagi kawan saya, aktiviti ini amat mencabarkan. Ini adalah
disebabkan aktiviti ini dilakukan dengan cara meluncur dari ketinggian tertentu
melalui cabel baja. Sebahagian daripada mereka mempunyai acrophobia. Tetapi
yang menggembirakan adalah kami semua telah menjalankan aktiviti ini dengan
jayanya. Bagi aktiviti ini, mereka telah menyediakan peralatan yang standart dan
selamat bagi menjaminkan keselamatan aktiviti tersebut. Selain itu, kakitangan yang
profesional akan mengetuai aktiviti ini agar keselamatan pemain terjamin. Oleh itu,
hati kami berasa lega dan seterusnya menghilangkan perasaan takut. Ini merupakan
pengalaman yang amat baik dan berharga sekali.

Selepas kami habis menjalankan aktiviti flying fox, kami mempunyai aktiviti
boating. Aktiviti boating yang amat menarik untuk mereka yang menggemari aktiviti
air. Aktiviti ini dilakukan di air yang tenang dan kurang berisiko. Kami telah
menjalankan aktiviti ini dalam kumpulan yang terdiri daripada 4 orang. Kami telah
menjalankan aktiviti dengan jayanya. Sebenarnya aktiviti ini sangat senang
dijalankan dan jika kamu telah menguasai tekniknya maka kamu akan gemar akan
aktiviti ini. Dalam teknik mendayung dengan oar hanya dikenal dua macam kayuhan
yaitu dayung maju dan dayung mundur. Jika menginginkan perahu bergerak kedepan
maka digunakan dayung maju sedangkan dayung mundur untuk menghentikan perahu

yang sedang bergerak maju atau memang menginginkan perahu bergerak mundur. Jika
ingin membelokkan perahu ke kanan maka tangan kiri mendayung maju dan tangan
kanan mendayung mundur,dan sebaliknya jika ingin membelok ke kiri.

Selepas aktiviti boating, kami juga menjamu selera di bilik makan. Kami telah
disediakan dengan buffet yang makanannya sedap sekali. Selepas makan tengahari,
kami juga diberi masa untuk berehat selama 1 jam. Kami bermula dengan aktiviti yang
seterusnya iaitu resort tour. Lawatan ke tempat tarikan di Borneo telah diaturkan. Melalui
lawatan, kami dapat melihat resort itu dengan lebih keseluruhan. Antara tempat menarik

yang sempat kami lawati dalam Resort Tour ini adalah ladang ternakan kambing,
ayam, itik, ada juga burung merak di sana. Sepanjang perjalanan, kami sempat
melihat ladang buah naga. Ada juga buah-buahan lain yang ditanam seperti pokok
durian, pisang dan rambutan.

Resort Tour yang seterusnya ialah River Boat Ride. Kami telah menaiki feri
untuk menikmati pemandangan di sekeliling BTR. Ia sangat menarik kerana di
tengah-tengah sungai buatan ini terdapat ikan di mana kami boleh memberi
makanan kepada ikan-ikan di tasik. Kami juga diberi penerangan yang jelas oleh
kakitangan di situ semasa river boat ride. Kami juga bersedia untuk ke tempat yang
seterusnya iaitu waterfalls. Dalam perjalanan 10 minit perjalanan, akhirnya
sampainya kami ke waterfalls. Tempat ini amatlah cantik dan udara sangat segar. Di
sana, kami dapat menikmati pemandangan yang cantik dan keindahan alam
semulajadi. Kami juga mengambil gambar sebagai kenangan.

Selepas itu, kami juga disediakan dengan minum petang. Kami juga berehat
selama 10 minit dan seterusnya menjalankan aktiviti yang akhir sekali iaitu aktiviti di
waterpark. Kami telah menjalankan aktiviti air di sana. Terdapat tempat untuk
berehat di kolam renang luaran dengan gelongsor air. Kami tidak sabar untuk
bertukar baju dan bermain air dekat kolam. Kami juga bermain bola dalam air kolam
yang besar. Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan bertanding
permainan bola antara dua kumpulan tersebut. Inilah berakhirnya semua aktiviti di
Borneo Tropical Rainforest Miri. Kami memang seronok dengan aktiviti di sana. Kami
juga bertolak balik ke IPGKS. Sebelum balik, kami telah mengambil gambar sebagai
kenangan.

Pada malam harinya, kami telah menjamu selera di luar tempat. Kami telah
diberi masa dua jam untuk mencari makan dan berjalan-jalan serta membeli barang
di pusat membeli-belah. Selepas itu, maka kami balik ke IPGKS pada pukul 10
malam.

HARI KETIGA - 23 OKTOBER 2015


Pada hari terakhir, kami telah bertolak balik ke IPG Kampus Rajang. Kami telah
minum pagi dan makan tengahhari sebelum bertolak balik ke IPG. Kami juga
bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah kita yang mengiringi kita
sepanjang perjalanan. Tidak dilupakan kepada dua pemandu bas yang penat
memandu bas sepanjang perjalanan pergi dan balik. Bersyukurnya kami sampai di
IPG Rajang pada waktu 6 petang.

Disediakan oleh,

__________________
(TANG SIEW TIEN)

Anda mungkin juga menyukai