Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS ARTIKEL

Nama Jabatan

Jabatan Ilmu Pendidikan,


IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,
Nilai, Negeri Sembilan

1.
2.
3.
4.

Nama Pelajar
Judul

Nur Nadia Adila Binti Zulkifli


Teacher as a Leader and an Agent of Change in a
Community
Pengetahuan dan Profesional

Bidang
Sinopsis:
Pengarang

: Dr. Azkiya Waris

Penerbit

: International Journal of Education and Allied Sciences

Jumlah muka surat

: 5 ms

Tahun Terbit

: July-December 2011, Volume 3, pp. 91-94

Artikel yang telah ditulis oleh Dr Azkiya Waris ini adalah berkisarkan kepada
peranan seorang guru sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan (educational
leaders). Beliau menyatakan kepentingan golongan guru untuk memainkan peranan
yang lebih kompeten kerana guru merupakan individu yang akan menentukan hala
tuju dan kejayaan sesebuah sistem pendidikan dalam negara. Istilah kepimpinan
secara amnya diterangkan. Pemimpin yang baik akan bertindak dengan
memotivasikan dan membantu individu lain untuk mencapai tujuan dan sasaran
dalam sesebuah organisasi dengan sehabis baik upaya. Mereka akan sentiasa
melalui proses peningkatan diri dan menginginkan perkara yang sama terhadap
orang lain. Asas kepada kemahiran kepimpinan adalah karakter yang dihormati dan
juga bersedia untuk mengutamakan kepentingan organisasi dan institusi berbanding
kepentingan sendiri (selfless service). Menyentuh aspek kepimpinan dalam bidang
pendidikan, pemimpin-pemimpin dalam bidang ini perlu memainkan peranan yang
aktif sebagai satu pasukan

dalam membina komuniti pembelajaran melibatkan

semua pihak termasuk ibu bapa, meningkatkan kapasiti kebolehan profesionalisme


guru

disamping

sentiasa

berkolaboratif

dalam

membuat

keputusan

dan

menyelesaikan masalah.
Selain itu, penulis turut menyatakan akan kepentingan setiap guru agar dapat
membantu

murid

menyediakan

diri

sebagai

warganegara

yang

baik,

mengintegrasikan nilai-nilai sosial yang baik, meningkatkan daya ingin tahu , dan
juga daya berfikir secara kritis dan kreatif disamping memupuk keazaman yang
tinggi dalam kalangan murid.

Hal ini adalah kerana sejajar dengan perubahan

zaman, peranan guru turut berubah. Guru perlu menjadi lebih proaktif dalam
membuat keputusan menentukan hala tuju kejayaan dalam kelas dan sekolah,
disamping perubahan peranan yang lebih bersifat sebagai fasilitator dan
pemudahcara. Guru juga memainkan peranan sebagai agen perubahan. Personaliti

seorang guru boleh mempengaruhi individu-individu di sekeliling. Dengan


perubahan zaman yang pesat, guru seharusnya menyediakan anak-anak didik agar
terbuka

dengan

perubahan-perubahan

tersebut

dengan

mengembangkan

kebolehan mereka dengan menggalakkan kemahiran berfikir, dan melaksanakan


aktiviti-aktiviti kreatif dan produktif yang mampu merangsang perbincangan sihat.
Penulis juga menyenaraikan ciri-ciri lain yang perlu dimiliki oleh seorang guru dalam
usaha untuk menjadi pemimpin pendidikan yang berjaya. Kesimpulannya,
pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
sesebuah negara pada masa hadapan. Guru selaku pemimpin yang mengendalikan
pendidikan di sekolah dan juga dalam komuniti masyarakat harus berubah dan
memainkan peranan mereka dengan lebih proaktif dan produktif. Antara langkahnya
adalah dengan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam diri setiap guru.
5.

Nilai Pengetahuan/Pengajaran :
1. Kepimpinan adalah skill yang perlu dimiliki dan dipupuk dengan sentiasa
meningkatkan diri pembacaan, pendidikan, latihan dan pengalaman. Pemimpin
yang baik adalah mereka yang sentiasa berusaha meningkatkan diri sendiri, dan
tidak mementingkan diri.
2. Kejayaan seorang guru dalam memotivasikan pelajar adalah bergantung kepada
usahanya untuk menyesuaikan gaya kepimpinan yang dimiliki ke dalam situasi
dalam kelas ketika berhadapan dengan murid. Dalam erti kata lain, guru harus
bersikap fleksibel dan sentiasa terbuka kepada perbincangan, tidak bersikap
diktator dan sentiasa memimpin murid-murid ke arah kebaikan.
3. Peranan seorang guru adalah sangat penting dan tidak ternilai dalam
menyediakan generasi masa hadapan agar mampu berhadapan dengan cabaran
alaf baru dan berinteraksi secara baik dalam masyarakat. Peranan ini tidak terhad
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas semata-mata malah juga
berlaku sepanjang masa.

6.

Aplikasi Ilmu dalam Organisasi/P&P:


1. Mengasah kemahiran kaunseling kanak-kanak dan meningkatkan kebolehan
mengawal aktiviti pembelajaran mereka (murid sekolah)
2. Berkemahiran dalam penggunaan dan pemilihan bahan-bahan pembelajaran
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam perbincangan sihat bersama ibu
bapa dan ahli komuniti masyarakat untuk mencapai tujuan yang sama
4. Meningkatkan pengetahuan isi kandungan, pedagogi dan pengetahuan konteks
pendidikan.
5. Bijak meramal keperluan masa hadapan dan mengintegrasikannya kedalam
aktiviti dalam bilik darjah agar dapat menyediakan murid-murid ke arah itu

6. Menunjukkan nilai dan sikap insan yang baik dan disegani dalam kehidupan
seharian
7. Memastikan penerusan kualiti kerja dan peribadi dengan usaha pembelajaran
sepanjang hayat
8. Menjaga hubungan baik dengan rakan sekerja dengan menunjukkan keprihatinan
dan bersama-sama mencari solusi kepada setiap permasalahan disamping sentiasa
memberikan galakan dan kata-kata semangat
9. Sentiasa melibatkan diri dalam perbincangan ilmiah bersama rakan sekerja
seperti perancangan aktiviti dan program yang mampu mencapai visi dan misi
sekolah
10. Meningkatkan personaliti diri (berkeyakinan, peramah dan mudah didekati)

Disediakan Oleh:

Disahkan Oleh:

Nadia Adila
......................................
( Nur Nadia Adila Binti Zulkifli )

Anda mungkin juga menyukai