Anda di halaman 1dari 7

PENULISAN AKADEMIK

1.0

PENGENALAN
Kepemimpinan yang berkesan merupakan suatu harapan yang ingin dicapai
oleh setiap sekolah. Kepemimpinan merupakan suatu elemen penting dalam
sesebuah organisasi sekolah. Sekolah yang berkesan dapat diwujudkan sekiranya
terdapat seorang pemimpin yang berwibawa. Menurut Ibrahim Mamat (2001),
pemimpin

merupakan

individu

dalam

sesuatu

kumpulan

yang

diberikan

tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai matlamat


kumpulan tersebut. Dalam konteks organisasi sekolah, guru besar merupakan
pemimpin yang bertanggungjawab memimpin organisasi sekolah iaitu guru guru,
staf staf sekolah serta para pelajar.
Kepemimpinan merupakan suatu kunci utama dalam sesebuah organisasi,
pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Namun begitu,
kepemimpinan dalam pendidikan adalah unik dan memerlukan pengetahuan yang
luas kerana melibatkan pengurusan insan dari pelbagai umur yang berlainan pada
satu masa. Mengikut takrifan Kamus Dewan (2002), kepemimpinan bermaksud
keupayaan untuk memimpin. Sehubungan dengan itu, David M. (2007) menyebut
bahawa faktor kepemimpinan dapat membezakan antara sebuah organisasi yang
berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala keputusan yang dibuat akan
bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam sesuatu
organisasi.
Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 2025 telah mengemukakan
11 anjakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara. Anjakan kelima ialah
memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Usaha
yang dilakukan bagi merealisasikan anjakan kelima ini ialah dengan memperkukuh
kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua atau guru
besar mulai tahun 2013. Seterusnya, kementerian melaksanakan Pakej Kerjaya
Pengetua/Guru Besar yang baharu secara peringkat, dengan lebih sokongan dan
kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.
Bentuk kejayaan yang diharapkan melalui anjakan ini ialah setiap sekolah
akan mempunyai guru besar yang berprestasi tinggi yang sentiasa gigih dalam
matlamatnya untuk meningkatkan keberhasilan murid dari segi akademik dan bukan
akademik. Di samping itu, guru besar akan diberikan insentif untuk berkhidmat di
sekolah berprestasi rendah dan akan berperanan sebagai mentor dalam komuniti
1

yang lebih luas. Seterusnya, asas kepimpinan di setiap sekolah akan diperkukuh
iaitu dengan membangunkan dan menjadikan guru penolong kanan, ketua bidang
dan ketua panitia sebagai pemimpin instruksional. Dengan terlaksananya anjakan
transformasi ini, usaha pemimpin dalam menghasilkan sebuah sekolah yang
berkesan dapat direalisasikan.
2.0

KEPENTINGAN KEPEMIMPINAN SEKOLAH


Kajian

oleh

Voulalas

dan

Sharpe

(2005)

mendapati

kepemimpinan

memainkan peranan paling penting dalam proses transformasi organisasi untuk


menjadi sebuah komuniti pembelajaran. Pemimpin sekolah yang mempunyai kualiti
kepemimpinan, berpengaruh, sanggup berkorban untuk kepentingan organisasi,
kreatif dalam kepemimpinan, berinovasi, dan berkemahiran dalam komunikasi
merupakan ciri penting dalam menjana kecemerlangan sekolah. Menurut Ab. Aziz
(2003) banyak pandangan mengenai kepentingan kepemimpinan sama ada yang
bersetuju atau tidak.
Terdapat lima faktor kepentingan kepemimpinan sekolah iaitu yang pertama,
reka bentuk organisasi yang kurang sempurna. Tingkahlaku sebenar setiap ahli
dalam organisasi sekolah setiap hari adalah kompleks berbanding aturan dan
peraturan yang telah ditetapkan dalam bentuk tulisan. Hal ini terbukti apabila
terdapat sesetengah guru yang melaksanakan tugas hanya kerana mengikut
peraturan. Hal ini menjurus kepada beberapa masalah yang timbul dalam organisasi
sekolah. Oleh sebab itu, setiap organisasi memerlukan pemimpin yang memiliki budi
bicara dalam menghadapi ketidaklengkapan sesebuah organisasi. Dalam sesebuah
sekolah guru besar merupakan pemimpin yang dapat mengawal ahli ahlinya dalam
mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh sekolah.
Seterusnya, kepemimpinan merupakan fungsi sempadan. Setiap organisasi
sekolah sering mempunyai beberapa kelemahan dari segi hubungan sesama guru
dan pelajar serta dengan persekitaran luarannya. Dalam hal ini pemimpinlah yang
memainkan

peranan

sebagai

fungsi

sempadan

yang

menghubung

dan

menyelaraskan antara ahli dalam organisasi sekolah serta struktur luar persekitaran
sekolah. Beatty (2000) berpendapat, sekolah yang berkesan terhasil apabila
pemimpin sekolah sering melakukan perubahan dan meningkatkan kecemerlangan
pelajar, sering melihat ke dalam dirinya (muhasabah diri) dan bertindak balas
terhadap emosi dirinya secara keseluruhan, dinamik dalam melaksanakan tugasan
dan belajar membuat pertimbangan terhadap diri dan orang lain. Hal ini menjadikan

kepemimpinan merupakan suatu elemen penting dalam mewujudkan sekolah


berkesan.
Dewasa ini, tugas dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.
Mereka tidak lagi hanya memikirkan skop di dalam kelas sebaliknya lebih luas
daripada itu iaitu dalam konteks sekolah. Cara pemikiran setiap guru juga telah
berubah. Guru perlu membuat refleksi, membuat kajian dan memikirkan semula
tentang kaedah yang pemah digunakan. Keadaan kini memberikan ruang kepada
semua guru mengetahui semua perkara yang berlaku di kelas, sekolah, komuniti dan
profesion mereka. Beban kerja menjadi semakin banyak dari hari ke hari. Oleh itu,
guru besar perlu peka dengan persekitaran supaya organisasi yang dipimpinnya
terus dinamik bersesuaian dengan masa dan keadaan. Bukan sahaja peranan guru
telah diperluas malah kerjasama antara mereka perlu dimantapkan. Keadaan ini
akan menghasilkan pasukan sekolah yang mantap.
Selain itu, kepemimpinan penting bagi meningkatkan pencapaian murid di
sekolah. Pengajaran dan pembelajaran merupakan fokus dan tugas bagi setiap
sekolah. Walau bagaimanapun, untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan tugas
tersebut, guru perlu menjalinkan hubungan erat dengan murid. Hal ini bermakna guru
perlu memainkan peranan sebagai pemimpin setiap kali mengajar satu satu kelas.
Guru memainkan peranan sebagai fasilitator, mentor, jurulatih dan penasihat. Segala
perkara yang diajarkan oleh guru dan dipelajari oleh murid bukanlah bertumpu pada
meningkatkan pencapaian akademik semata mata tetapi turut merangkumi aspek
penglibatan murid yang positif dalam aktiviti sekolah, tingkah laku yang
menggembirakan, keadilan kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang
mereka serta pergaulan antara murid yang kaya dengan yang miskin menjadi
semakin baik.
Pengekalan pencapaian murid yang tinggi memerlukan maklumat daripada
guru untuk dikongsi bersama murid dan ibu bapa mereka. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa kepemimpinan guru amat memerlukan dorongan dan kerjasama daripada
pemimpin sekolah. Hal ini demikian kerana keadaan yang menggalakkan pembinaan
aspek tersebut didorong oleh sokongan daripada pemimpin sekolah. Pemimpin yang
peka terhadap kepentingan aspek ini dalam mencapai matlamat organisasi akan
berasa tidak ragu ragu menyokong usaha tersebut. Oleh itu, guru guru
memerlukan sokongan dan motivasi yang tinggi daripada pemimpin sekolah.

Bush dan Jackson (2002) menyatakan banyak negara percaya bahawa


kepemimpinan dan pengurusan guru besar yang baik akan meningkatkan standard
pendidikan. Pengurusan yang baik diperlukan kerana dalam setiap organisasi
sekolah, terdapat pelbagai ragam ahli ahli organisasi sekolah yang perlu dihadapi
oleh pemimpin sekolah. Faktor faktor luar kawasan sekolah kadangkala memberi
kesan langsung kepada tingkahlaku ahli ahli organisasi. Oleh itu, peranan
kepemimpinan penting bagi mengawal kelakuan dan sikap setiap ahli dari masa ke
semasa. Menurut Cheng (2002), peranan dan cabaran sebagai pemimpin sekolah
semakin kompleks. Oleh itu, guru besar bukan hanya perlu kepada pengetahuan
profesional sahaja tetapi juga perlu memahami kehendak pelbagai pihak yang
berkepentingan kepada sekolah.
3.0

TUGAS GURU BESAR DALAM MENGHASILKAN SEKOLAH BERKESAN


Sekolah secara umumnya bermaksud tempat untuk mengajar dan belajar.
Manakala kesan ditakrifkan sebagai hasil yang ditinggalkan oleh sesuatu.
Sehubungan dengan itu, sekolah berkesan dapat difahami sebagai sebuah tempat
yang menjana suasana pembelajaran yang selesa, taraf pendidikan yang hebat serta
pembentukan budaya di sekolah yang sihat. Keberkesanan kepemimpinan guru
besar berkait rapat dengan keupayaan guru besar melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan mencapai piawaian yang ditetapkan. Keupayaan ditentukan
oleh beberapa faktor iaitu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran serta sikap dan
nilai. Bagi merealisasikan usaha dalam menghasilkan sebuah sekolah yang
berkesan, guru besar perlu memainkan beberapa peranan yang penting.
Peranan
Tanggungjawab

utama

yang

menjelaskan

penting
serta

ialah

menjadi

membahagikan

seorang

kewajipan

pengurus.
tugas

dan

mengagihkan kemudahan kemudahan secara teratur seiring dengan matlamat


sekolah secara optimum merupakan tugas penting seorang pemimpin bergelar guru
besar. Hal ini dapat menjadikan kakitangan sekolah mendapat sesuatu peranan
dalam struktur pentadbiran sekolah. Di samping itu, dapat mengasah minat dan
kemahiran mereka dalam pengelolaan. Guru besar perlulah mengagihkan tugas
secara adil dan saksama serta mengikut keupayaan guru dan staf staf sekolah.
Malah, guru besar perlu sentiasa melibatkan diri dalam setiap program atau aktiviti
yang dijalankan di sekolah. Komitmen guru besar dapat meringankan beban guru
guru dan staf staf di sekolah. Tambahan pula, ia menunjukkan sikap kepedulian
guru besar dalam setiap perkara yang berlaku di sekolah. Perkara ini disokong oleh
Mohammed Sulaiman (2002) yang menyatakan guru yang diperdulikan mempunyai
4

kepuasan kerja yang tinggi, sanggup bekerja lebih masa, memberi sepenuh
komitmen terhadap tugas dan kebajikan murid.
Lazimnya, guru besar juga berfungsi sebagai warga pendidik di sekolah.
Kuasa sah yang ada pada lantikan guru besar tidak memisahkan guru besar
daripada memainkan peranannya sebagai pendidik. Walaupun mempunyai skop
tugas yang besar, beliau perlu mengajar sejumlah waktu mata pelajaran untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi guru dan murid di sekolahnya. Hal
ini dapat menerapkan konsep kepemimpinan melalui teladan di sekolah. Justeru itu,
guru besar perlu mahir serta menjadi pakar rujuk dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat memberi nasihat. Malah, beliau dapat membantu guru
dan staf menyelesaikan masalah yang mereka hadapi semasa menjalankan tugas.
Pemimpin berkualiti merupakan faktor penting bagi mewujudkan sebuah organisasi
berkesan. Dengan sifat sifat seperti karisma, keperibadian, bakat, kemahiran dan
kebolehan mereka memimpin, membimbing dan membawa warga sekolah ke arah
matlamat iaitu kecemerlangan pendidikan (Alimudin Mohd Dom, 2006).
Seterusnya, guru besar berperanan sebagai penyelaras kurikulum. Setiap
guru besar hendaklah menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk mencapai matlamat
sekolah. Caranya ialah dengan memberi bimbingan yang sewajarnya kepada guru
guru supaya dapat melaksanakan tugas mengajar dengan baik mengikut konteks
profesionalisme keguruan. Guru besar perlu menekankan sikap kerjasama
profesional dalam kalangan guru seperti pendekatan bekerja secara kolaboratif,
koperatif dan semangat kekitaan yang perlu wujud dalam diri mereka. Galakan
insentif dan ganjaran kepada guru dan murid dapat meningkatkan kecemerlangan
sekolah bagi mengawal standard kurikulum. Beliau perlu cakna tentang pengajaran
guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya. Tugas beliau ialah dengan
menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid serta sentiasa membina suasana
pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, panduan perancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pada keseluruhannya dapat ditentukan dengan membuat penilaian
dan pentafsiran.
Selain itu, guru besar hendaklah memainkan peranan sebagai sumber
pengetahuan dan perkembangan di sekolah. Setiap guru besar harus mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang akademik, pengurusan pentadbiran,
perundangan pendidikan dan kegiatan luar. Mereka perlulah berpengetahuan dan
berkemahiran dalam bidang ICT. Hal ini supaya guru besar dapat membantu guru
5

guru veteran memantapkan kemahiran mereka dalam bidang tersebut. Sebagai


contoh, guru besar dapat menjalankan bengkel ICT mereka. Ianya bukan sahaja
dapat mengeratkan silaturahim antara mereka, malah dapat menjimatkan kos dan
masa. Di samping itu, guru besar juga perlu mempunyai kemahiran asas
penyelidikan iaitu kaedah penyelidikan, memproses data, menganalis data serta
bentuk tindakan susulan yang akan dicadangkan. Maklumat yang tinggi yang ada
dalam diri setiap guru besar akan lebih dihormati kerana ianya dapat meningkatkan
keyakinan guru dan staf untuk sama sama menyelesaikan masalah dan
meningkatkan prestasi sekolah. Tanpa maklumat yang mencukupi, tindakan
pencegahan atau pembetulan tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Misalnya, pengetahuannya dalam pengurusan kewangan sekolah dapat membantu
mengurus kewangan secara sistematik dan berfaedah tanpa meletakkan beban
tersebut kepada kerani semata mata.
Setiap guru besar di sekolah perlu menjadikan kekangan atau halangan
sebagai usaha menjana kecemerlangan sekolah. Guru besar bertanggungjawab
mengawal dan memastikan pengurusan kurikulum mencapai matlamat dan objektif
KSSR. Sebagai seorang pemimpin, guru besar perlu sentiasa menjangka halangan
yang bakal dihadapinya sebelum melaksanakan sesuatu perubahan dalam usahanya
untuk mencapai kecemerlangan. Kebiasaan situasi yang sering terjadi di sekolah
ialah setiap perubahan yang dilaksanakan sukar diterima jika ia melibatkan
penambahan beban kerja terhadap kakitangan. Sebagai contoh, pertukaran mata
pelajaran, pertukaran kelas mengajar, pertambahan waktu mengajar seperti Jadual
Anjal bagi murid tahun enam mahu pun aktiviti kelas tambahan agak kurang digemari
oleh guru. Bagi menghadapi situasi ini, guru besar perlulah menunjukkan keyakinan
yang tinggi bahawa setiap perubahan yang dilakukan dapat membawa kejayaan
kepada sekolah. Komitmen yang tinggi daripada guru guru terhadap perubahan
yang dilaksanakan oleh guru besar dapat meningkatkan ciri ciri sekolah berkesan.
Di samping itu, guru besar berperanan sebagai penghubung antara pihak
jabatan dengan guru dan pihak sekolah dengan komuniti. Sebagai wakil
Kementerian Pelajaran (KPM) atau penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
sekolah, guru besar bertanggungjawab untuk memainkan peranannya dalam
melaksanakan dasar dan program pendidikan mengikut garis panduan dan
kehendak kedua dua belah pihak. Justeru, kemahiran dalam bidang kemanusiaan
perlu ada dalam kalangan guru besar bagi mengelak konflik dan mengekalkan
keharmonian. Ciri ciri seperti memujuk, boleh dipercayai, mendorong, yakin, mahir,
berteknologi, berpengetahuan, mampu melihat masa depan, berimaginasi, tekun dan
6

berketerampilan perlu ada dalam diri guru besar bagi memastikan aspirasi dan
matlamat sekolah tercapai. Malah, kemahiran guru besar semasa berkomunikasi
juga dapat memberi kefahaman yang jelas tentang dasar, matlamat dan sasaran
yang hendak dicapai supaya program program dan aktiviti aktivti yang dijalankan
akan mendapat sumbangan kewangan, peralatan dan kepakaran badan korporat
atau syarikat swasta. Komitmen dan kerjasama pelbagai pihak amat penting bagi
memastikan semua maklumat, komunikasi, sumber kewangan, sumber tenaga dan
kepakaran dapat diurus dengan cekap dan berkesan dalam menjayakan agenda
pendidikan.
4.0

KESIMPULAN
Kepemimpinan acap kali dikaitkan dengan proses seseorang mempengaruhi
orang lain supaya mengikutnya untuk melaksanakan tugas tugas organisasi agar
matlamat organisasi tercapai. Sebagai contoh, ketua kapal di laut menguruskan dan
mengarahkan anak kapalnya agar kapal yang dinaiki tidak tenggelam serta sampai
ke destinasi yang selamat walaupun mereka terpaksa mengharungi laut yang
bergelora mahu pun ribut. Hal ini hanya berlaku sekiranya ketua kapal tersebut
mampu memastikan anak kapalnya mendengar arahan serta menghormati
keputusan yang dibuat olehnya dan mampu bekerja sebagai satu kumpulan.
Ishak Sin (2002) menyatakan kepemimpinan bererti seseorang itu perlulah
sanggup menanggung risiko demi menyelamatkan orang bawahannya, menjadi
kepala dalam misi yang berbahaya dan sama sama merasakan kepayahan yang
dialami orang orang bawahan. Tindakan sebegini dapat membangkitkan semangat
orang bawahan untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Sebagai
pemimpin sekolah dan agen perubahan, guru besar perlu memahami perubahan
yang hendak dilaksanakan, tujuan dan matlamat serta bagaimana, bila dan siapa
yang akan melaksanakan perubahan tersebut untuk mengaplikasikan stail
kepemimpinan yang sesuai.
Pengetahuan mengenai asas teori dan model perubahan juga amat penting
untuk dijadikan panduan bagi meningkatkan pencapaian organisasi serta dapat
diterima

oleh

kakitangan

sekolah

tanpa

menimbulkan

pelbagai

kekangan.

Kepemimpinan bukanlah ruang dan peluang untuk mereka bertindak sesuka hati
tetapi merupakan amanah untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Justeru
itu, guru besar perlu menganggap tugas yang diberikan sebagai ibadah yang
diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk mengurus manusia sesama manusia dengan
sistem yang telah ditetapkan oleh Allah.
7

Anda mungkin juga menyukai