Anda di halaman 1dari 3

Tanggungjawab Insan Terhadap alam sekitar

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai. Manusia banyak
bergantung kpd sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Oleh itu, kita
sebagai manusia harusah bersyukur kerana mempunyai alam sekitar. Bumi ini
hanyalah pinjaman bagi manusia, oleh itu kita harus menjaganya dengan baik
untuk generasi seterusnya. Kita haruslah menerima hakikat bahawa manusia
dipertanggungjawabkan menjaga dan melindungi alam dan penghuninya.

Tuhan telah memberikan kita alam sekitar, oleh itu kita mesti percaya akan
kewujudannya. Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah mengamanahkan kita,
sebagai pengurusnya. Setiap manusia di muka bumi ini diamanahkan supaya
menjaga alam dan penghuninya dengan baik agar tidak berlaku sebarang
kerosakkan di muka bumi ini. Namun, yang berlaku pada harini ini, ibarat kata
pepatah, harapkan pagar, pagar makan padi. Melakukan kerosakan dan
kebinasaan kepada alam ini adalah tanda pengkhianatan terhadap amanah
itu.Kesedaran terhadap alam sekitar, peranan dan tanggungjawab kita
terhadapnya wajar dimulakan seawal mungkin. Jika kesedaran dan pendidikan
ini dapat dimulakan sejak kecil, ia secara tidak langsung akan melahirkan
generasi yang bertanggungjawab terhadap amanah yang Tuhan berikan kepada
kita. Malang sekali jika kita melihat apa sebenarnya berlaku pada hari ini.
Jelasnya, Manusialah punca kerosakkan yang berlaku. Pencemaran alam sekitar
dan kepupusan haiwan adalah sesuatu yang patut dielakkan berlaku di bumi.
Tetapi, manusia amat pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan apa yang akan
berlaku dengan pembangunan yang pesat. Banyak yang kita dapat lakukan
untuk mengelakkan hal ini berlaku. Ibu bapa sewajarnya menanamkan asas
cintakan alam sekitar kepada anak-anak. Contohnya, ibubapa berperanan
mendidik dan menyedarkan anak terhadap perkara asas alam sekitar. Ia harus
dimula dan disedarkan mengenai hubungan akrab antara manusia, alam sekitar
dan Pencipta.

Untuk melaksanakan tanggungjawab kita terhadap alam sekitar, kita haruslah


menyayangi alam sekitar seperti nyawa sendiri. Alam sekitar dan manusia saling
memerlukan. Jelasnya, bahawa Alam sekitar memerlukan manusia yang
dianugerahkan fikiran dan akal untuk menjaganya dan manusia memerlukan
alam sekitar untuk terhadap sistem pernafasan. Oleh itu, kita patut berfikiran
secara rasional sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh mencemarkan
alam sekitar. Contohnya, membakar secara terbuka. Ini juga memberi kesan
terhadap haiwan haiwan kerana setiap benda hidup memerlukan oksigen untuk
bernafas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang
segar. Udara yang segar datangnya daripafa tumbuh- tumbuhan hijau yang
mengeluarkan oksigen ke udara. Untuk mengekalkan udara ini, kita patut
bekerjasama untuk menjaga flora-flora yang ada. Contohnya, dengan menanam
pokok, mengurangkan penebangan pokok dan sebagainya. Alam sekitar yang
bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang merbahaya.
Pesekitaran yang bersih dapat menghalau haiwan haiwan seperti lalat dan

nyamuk. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari dan
dengan itu, maskah keracunan makanan dapat dielakkan.

Seterusnya, kita harus peka akan isu persekitaran. Jika kita tidak menitik
beratkan hal hal yang berlaku terhadap alam sekitar, contohnya, penebangan
pokok, maka alam sekitar pada masa akan datang akan menjadi lebih teruk
daripada masa kini. Tambahan pula, jika penebangan pokok berleluasa, itu
bermakna haiwan-haiwan tidak mempunyai tempat perlindungan dan ini akan
membawa kepada kepupusan haiwan. Banyak sepsis haiwan yang terancam
akibat perbuatan manusia. Antaranya, orang utan dan panda yang ketandusan
tempat tinggal dan sebagainya. Selain itu, air juga sebahagian daripada alam
sekitar. Janganlah kita membuang sampah sembarangan kerana sampah
tersebut selalunya akan mengalir ke arah sungai. Itu akan mengakibatkan
pencemaran air dan Sejatan air yang telah dicemari oleh bahan toksin akan
menghasilkan awan dan akhirnya menghasilkan hujan asid. Air merupakan
sumber terpenting untuk manusia. Jika manusia kekurangan air di dalam badan,
badan manusia senang dijangkiti penyakit dan manusia akan kehilangan air.
Bukan manusia sahaja yang menggunakan air, malah tumbuh tumbuhan dan
haiwan haiwan di muka bumi ini memerlukan air untuk meneruskan kehidupan.
Oleh kerana air penting bagi benda hidup, kita haruslah berganding bahu untuk
menjaga kebersihan air terutamanya untuk menjaga keselamatan alam sekitar
daripada sebarang pencemaran.

Di samping itu, kebersihan alam sekitar harus kita pertimbangkan dengan


serius. Kita harus sedar tentang perlunya memelihara dan memulihara
alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Bumi yang
luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak
bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada
kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di
lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang
selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada
manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga
dengan baik. Lagipun, Persekitaran yang bersih dapat meningkatkan
ekonomi Negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan cantik dapat
menarik perhatian daripada pelancong asing. Sesungguhnya,kita perlu
memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar yang bersih
akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara
merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.

Saya berharap peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar dari segi


pemikiran dan sikap prihatin masyarakat dalam pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar akan berterusan. Kesedaran sahaja tidak
memadai tanpa pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan
penyertaan fizikal. Kesedaran alam sekitar terletak di dalam diri sendiri

dan tindakan yang diambil pula adalah pilihan kita. Buatlah pilihan yang
bijak. Masyarakat perlu menghargai kepentingan alam sekitar dan
mengambil tindakan yang sewajarnya. Kejayaan memulihara alam sekitar
memerlukan kerjasama bersepadu daripada setiap lapisan masyarakat.
Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.