Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PENGHANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
(GPP1063)

NAMA

: CHONG WAN YIK

NO. KAD PENGENALAN

: 970710-01-6320

OPSYEN

: REKA BENTUK & TEKNOLOGI (KUMPULAN 1)

KURSUS/ AMBILAN

: PPISMP JUN 2015

NAMA PENSYARAH

: PUAN FAZIAH BINTI HASHIM @AHMAD

TARIKH HANTAR

: 13 MAC 2016

Isi Kandungan

Bil
1
2
3
4
5
7
8

Tajuk
Penghargaan
Pengenalan
Tugasan 1
Tugasan 2
Tugasan 3
Rujukan
Lampiran

Muka surat
1
2
3-5
6-10
11-12
13
14-17

Penghargaan
Pertama sekali, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pada mulanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta saya, Puan Faziah Binti Hashim@Ahmad kerana dengan tunjuk ajar
serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini .Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tunjukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.

Pengenalan
Kursus GPP1063 iaitu Penghantar Pengajian Profesional merupakan salah satu
kursus yang wajib diambil oleh pelajar PPISMP. Sebagai seorang pelatih guru, kita mestilah

memahami bahawa kursus ini amat penting kepada apabila kita telah menjadi seorang bakal
guru.
Kursus ini bertujuan membantu kita menyediakan diri dengan konsep, idea,
kemahiran dan budi pekerti mulia sebagai seorang guru yang berwawasan dan mantap
dalam kerjaya sebagai seorang pendidik.Tidak dinafikan bahawa, kita dapat memahami
pengertian, konsep dan aspirasi pendidikan yang terdapat di Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Malaysia menerusi kursus ini. Kita juga dapat mengamalkan personaliti, etika
dan perwatakan guru sebagai pembina negara bangsa.
Selain daripada itu, kita boleh menjana profesionalisma keguruan dan pembelajaran
sepanjang hayat. Kita juga dapat menjelaskan kepentingan permuafakatan komuniti dalam
pendidikan dan mereflek cabaran-cabaran profesionalisma keguruan.
Natijahnya, guru mempunyai visi dan misi yang berorientasikan penyumbangan
khidmat bakti dalam membatu generasi muda mencungkil bakat dan mengembangkan
potensi mereka secara optimum. Oleh itu, sebagai seorang guru, kit mesti mempelajari
tentang penghantar pengajian professional untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Tugasan 1

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan suatu usaha berterusan

Memperkembang potensi individu

Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Insan yang seimbang dan harmonis

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab


Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan
diri
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dijadikan sebagai garis panduan dan
rujukan kepada para pendidik semasa melaksanakan tugas-tugas pendidikan kerana
mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat
sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia.

Elemen yang pertama adalah pendidikan suatu usaha berterusan. Pendidikan secara
berterusan ini adalah bermula sejak pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak
sehingga tempat-tempat seperti institusi pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti
supaya dapat membantu individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan menjadi
insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia.
Elemen yang seterusnya adalah memperkembang potensi individu. Fungsi
pendidikan adalah untuk memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu seperti
intelek, jasmani, rohani, emosi supaya mencapai tahap kecemerlangan Di dalam hasrat
FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, menguasai kemahiran
untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK). Perkembangan unsur jasmani memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh
badan individu, seperti memperkembangkan kepada tahap keupayaan, melakukan riadah
dengan sempurna, menggunakan bakat dan kemahiran teknikal atau manipulatif dengan
cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat
dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran.
Bagi perkembangan emosi yang sempurna mampu mengawal tingkah laku yang
baik, memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih
sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta
mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian. Unsur rohani pula
merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya.
Unsur rohani lebih menjurus kepada amalan keagamaan. penekanan tumpuan kepada sifat
kejiwaan dan kebatian.
Elemen yang ketiga adalah perkembangan potensi secara menyeruluh dan
bersepadu iaitu merangkumi perkembangan individu yang maksima pada jalan atau cara
yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang ada dalam diri individu tersebut. Elemen
yang keempat adalah insan yang seimbang dan harmonis, iaitu insan yang mempunyai
jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah diperkembangkan secara kritikal dan
bersepadu, berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada
Tuhan, mempunyai jiwa dan fkiran yang tenteram, sihat tubuh badan, serta matang dari segi
emosi dan sosialnya.
Elemen yang kelima adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Mereka
mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia serta menyedari bahawa hukum dan fenomena
alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Individu akan melakukan kebaikan
dan menghindari keburukan untuk meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan agama.
Elemen yang keenam adalah membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan iaitu

mereka yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat
bersama. Antara ciri-ciri individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai
ilmu pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan
menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Elemen yang ketujuh adalah rakyat Malaysia yang berketrampilan iaiu rakyat yang
melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat
dan bersesuaian dengan kehendak. Rakyat juga harus mahir dalam melakukan tugasan dan
mampu menjadi rakyat yang inovatif. Elemen yang kelapan ialah Rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu
perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang perlu ada
dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
Elemen yang kesembilan adalah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Rakyat
Malaysia perlu mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib
dilaksanakan

dengan

sempurna.

Undang-undang,

perlembagaan

negara

perlulah

dihoramati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum dan kemasyhalatan
masyarakat dapat dijaga dan diteruskan.
Elemen

kesepuluh

ialah

rakyat

Malaysia

yang

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri. Rakyat Malaysia yang mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang
berupaya menangani masalah hidup, mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh
badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan
orang lain merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh. Elemen yang terakhir iaitu rakyat
Malaysia yang dapat memberi sumbangan.

Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu

memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga


yang harmoni dan mempunyai nilai-nialai murni seperti semangat kerjasama dan
perpaduan..
Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis,
pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah dititikberatkan dahulu
supaya rakyat Malaysia dapat menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal
insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.

Tugasan 2
Sejarah dan perubahan yang berlaku dalam aliran-aliran falsafah pendidikan cukup
menarik dan indah untuk dipelajari dan diambil iktibar. Ini membuktikan bahawa peranan
pendidikan cukup besar dalam pembangunan manusia dan tamadun. Asas pemikiran aliran-

aliran falsafah ini terdapat banyak perkaitan dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
Falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan
terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, penggubalan FPK
menjadi penyuluh dan pedoman kepada segala usaha mengembang dan memajukan
pendidikan. Ia juga menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat
pendidikan Negara dan sebagai rujukan untuk membantu pendidik memahami sistem
pendidikan serta menghapuskan salah faham dan keraguan dalam melaksanakan tugasan
pendidikan.
Pendidikan berakar umbi daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar, dan
jaga. Setelah dijadikan analogi, pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses yang
berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan
bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah laku
dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya dalam kalangan masyarakat. Terdapat pengaruh
pemikiran pelbagai konsep dan falsafah ke atas FPK. Antara adalahlah Barat, Timur dan
Islam.
Falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan pendidikan di
Malaysia. Falsafah pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa ciri-ciri yang diterapkan
dari falsafah barat. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah
tradisional dan falsafah barat. Falsafah tradisional pula terdiri daripada essensialisme dan
parennialisme

manakala

falsafah

moden

terdiri

daripada

progressivisme

dan

eksistensialisme. Keempat-empat falsafah ini boleh dikatakan sebagai asas kepada falsafah
pendidikan kebangsaan.
Falsafah yang pertama adalah essensialisme. Pendidikan essensialisme bersifat
fleksible dimana ia terbuka untuk perubahan, toleran dan tidak terikat dengan dokterin
tertentu. Nilai yang jelas dan tahan lama serta guru yang memiliki sifat authoriti. Falsafah
aliran ini mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulum disusun dari topik yang
mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M iaitu menulis,
mengira dan membaca.
Falsafah yang seterusnya ialah parennialisme yang berasaskan daripada falsafah
tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme. Mengikut ahli parennialisme,
nilai moral dan rasional manusia semakin merosot (Mok Soon Sang, 2010). Oleh itu, untuk
meyelamatkan umat manusia daripada kelenyapan fungsi utama pendidikan hendaklah
mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, membantu mencari prinsip mutlak
dan memahami dunia yang sebenar. Maka parennialisme memandang pendidikan sebagai
jalan

iaitu

proses

mengembalikan

kebudayaan

sekarang.

Ahli-ahli

parennialisme

menganggap bahawa ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk universal dan tiada had
masa (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Manusia itu bersifat rasional. Rasionaliti
serta intelek ini hendaklah disemai melalui pendidkan. Tujuan pendidikan adalah untuk
mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tiada had masa (Azizi Jaafar,
2009).
Pengajaran progressive pula, mereka menggunakan pendekatan induktif dalam
mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori tetapi
memerlukan mereka membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan fenomena
yang didedahkan. Menurut Mok Soon Sang (2010), guru hanyalah berfungsi sebagai
pembimbing atau penasihat dalam penyelesaian masalah. Kurikulum mereka memberi
tumpuan kepada proses pelajaran manakala kurikulum essensialisme dan parenialisme
memberi tumpuan kepada mata pelajaran (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Pelajar
bebas memilih dan membuat keputusan ke atas dirinya jika ianya dianggap baik. Mereka
menggambarkan pendidikan adalah penghidupan dan bukan persedian untuk hidup (Azizi
Jaafar, 2009). Pencarian kebenarannya melalui pengalaman dan isi kandungan kurikulum
adalah pengetahuan asas dan pengalaman. Kaedah pengajaran secara inquiri iaitu secara
penyelidikan. Kebenaran merupakan milik masyarakat. Sekolah merupakan tempat
menggalakan

kerjasama

bukannya

persaingan

serta

sekolah

juga

menggalakkan

demokrasi.
Aliran fahaman eksistensialisme mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan
mencari ilmu pengetahuan. Pelajar tidak seharusnya mengorbankan individualiti mereka
untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh itu hanya pembelajaran yang berkesan sahaja
yang mempunyai makna kepada individu berkenaan. Fokus utama kurikulum hendaklah
dipindahkan

daripada

perkara

alam

dunia

kepada

dunia

personaliti.

Kurikulum

eksistensialisme pula mementingkan kebebasan. Kurikulum eksistensialisme tidak tetap


kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar itu sendiri (Tajul dan Noraini, 1992). Pelajar
akan memilih program pelajaran tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa.Guru bukan
penyebar ilmu tetapi membantu pelajar berjaya dalam usaha mencari kesedaran kendiri.
Mereka menyokong kaedah pembelajaran Socrates. Kebenaran eksistensialisme berakhir
pada diri.
Menurut Tajul dan Noraini (1992), sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat
dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model,
penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan
kepada teras dan elektif dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang
penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR (Abdul

Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Aliran parennialisme mementingkan nilai (Azizi Jaafar,
2009). Dengan menanam nilai-nilai kepada pelajar,mereka dapat menyeimbangkan antara
pembangunan manusia sebagai insan dan kemajuan sains dan teknologi. Di samping itu,
parennialisme yang rasional akan membantu melahirkan rakyat yang berkualiti. FPK juga
mengharapkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar agar mereka menjadi masyarakat
yang berakhlak mulia.
Walaupun pada dasarnya falsafah pendidikan progressivisme tidak diamalkan
sepenuhnya di Negara ini, tetapi secara tidak langsung kita dapat melihat perkaitannya
dengan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berilmu
pengetahuan dan bertanggungjawab serta usaha untuk mewujudkan masyarakat yang maju
dan berilmu. Falsafah progressivisme mahukan perkembangan pelajar dari segi intelek dan
fizikal.

Oleh

itu,

progressivisme

memberi

kuasa

dan

kebebasan

pelajar

untuk

mengembangkan bakat dalam pembelajaran mereka. Ia akan melahirkan sikap yang


berkeyakinan diri pelajar dan mereka akan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk
manghadapi dugaan dan cabaran pada masa akan datang (Abdul Rahman dan Zakaria
Kasa, 1986).
Falsafah timur berasaskan falsafah Cina dan India. Falsafah Pendidikan Timur hanya
menekan aspek intelek dan rohani sahaja. Hal ini dapat diperhatikan dalam prinsip Falsafah
Pendidikan Timur. Confucius, seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di
negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan
tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan
santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang
yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara. Rabindranath Tagore
(1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari India, mentafsirkan pendidikan sebagai
proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya
mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian,
dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang
berhidup, dinamik serta realistik, dan mendukung sikap nasionalisme yang ideal,
mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta
berpandangan dengan sikap internasionalime yang positif. Falsafah Pendidikan Confucius
mengatakan bahawa pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosio- ekonomi
atau kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara kita. Di negara kita,
pendidikan diberikan kepada semua orang walaupun mereka adalah orang yang kurang
berupaya. Pada masa kini, banyak sekolah Pendidikan Khas telah dibina untuk memberikan
pendidikan yang sama kepada warga istimewa supaya mereka boleh berdikari pada masa
hadapan dan tidak tersisih.

Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan


struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan
ekonomi.

Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan

moral, politik, ekonomi,

kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam pendidikan di


Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di China.
Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan fasilitator dan penyampai ilmu
yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru untuk menghasilkan
guru yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India
juga menekankan peranan guru sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan
perbincangan murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan
pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya
boleh berpusatkan pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai
masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan
berkesan.
Mengikut falsafah pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek, rohani,
emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan pula dapat dihayati daripada falsafah pendidikan Islam ini.
Tambahan pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam KBSR dan KBSM
mencerminkan ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan individu, khasnya dari segi
rohani, emosi dan agama. Oleh sebab sistem pendidikan pula menitikberatkan
pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah
pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang
bercorak tradisional. AbduI Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1994) merumuskan falsafah
pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme, iaitu sesuatu
falsafah yang dicipta daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. Selain itu, konsep
pendidikan Islam juga turut diterapkan ke dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Islam
mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses secara berterusan bagi memupuk
seluruh potensi semulajadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara
bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kepada
kebaikan di dunia dan akhirat. Ini dapat dilihat di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan
turut menyelitkan unsur intelek, akhlak, rohani, jasmani dan emosi. Penerapan ini
menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas kepada pendidikan di
Malaysia. Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan kebangsaan menggunakan
isi utama dalam falsafah pendidikan Islam.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis di samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar

duniawi tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan di Malaysia


mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak. Hal ini merupakan impikasi
pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia. Pendidikan turut menyelitkan unsur
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus menyedari bahawa mereka
diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti ajaran agama. Oleh sebab itu, mata
pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi mendedahkan kepda pelajar Islam tentang
kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan
Tuhan. Hal ini menunjukkan pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja
tetapi turut menyelitkan ilmu akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan Islam.
Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai implikasi falsafah pendidikan timur,
islam dan barat terhadap perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun negatif, kita
perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan
wawasan negara demi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab,
inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan Negara
bagi bersaing dengan dunia era globalisasi.

Tugasan 3
Sebagai seorang bakal guru, saya telah mengambil kursus GPP1063 (Penghantar
Pengajian Profesional). Setelah belajar kursus ini, saya telah mendapat banyak impak ke
atas saya sebagai seorang guru pada masa hadapan.

Dalam GPP1063, saya telah memahami konsep pendidikan iaitu pendidikan adalah
satu usaha yang terancang dan teratur bagi mewujudkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih aktif. Saya juga mengetahui bahawa pendidikan bukan sahaja
bertujuan untuk meningkatkan sikap-sikap baik tetapi turut melibatkan proses perubahan
sikap dan perilaku seseorang manusia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan garis
panduan kepada kita sebagai seorang pendidik. Oleh itu, saya telah menganalisis FPK
supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dalam segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani seperti yang dicatatkan dalam FPK.
Selain itu, saya juga telah belajar tentang konsep psikologi terhadap pendidikan. Ia
merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia khasnya
pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan, dan tindak balas
manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial. Konsep sosiologi pula merupakan ilmu
yang menjelaskan hubungan sosial yang mempengaruhi individu untuk mendapatkan dan
mengorganisasi pengalaman, kelakuan sosial serta prinsip-prinsip untuk mengawalnya.
Kedua-dua konsep amat membantu saya untuk menganalisis proses sosialisasi pelajar, baik
dalam keluarga, sekolah mahupun masyarakat. Ia juga membantu saya untuk mengetahui
lingkungan dan kebudayaan masyarakat terhadap perkembangan peripadi pelajar.
Di samping itu, saya juga mengetahui bahawa sebagai seorang guru kita harus
berusaha mencapai aspirasi pendidikan negara. Kita harusnya memupuk murid-murid kita
sebagai aspirasi murid iaitu mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Oleh itu, kita
mestilah menjadi seorang guru sebagai modal insan. Bagi menjayakan matlamat tersebut,
kita harus mempunyai semangat yang luar biasa sebelum mendidik murid bagi pembinaan
nagara bangsa. Sebagai seorang bakal guru, saya juga berupaya menjadi pendidik yang
dapat melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, menghasilkan pelajar yang tinggi
ketaatannya kepada Tuhan, mewujudkan masyarakat yang berakhlak, mengeluarkan pelajar
yang berpengetahuan dan berkemahiran serta memupuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum.
Seterusnya, saya telah mempelajari tentang profesion keguruan. Ia merupakan satu
bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar. Dengan pelaksanaan berbagai-bagai
reformasi dalam pendidikan, sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab kita
sebagai seorang guru lebih mencabar. Walaubagaimanapun, kita harus memerlukan latihan
khusus untuk meningkatkan kemahiran dan keterampilan dalam bidang-bidang tertentu.
Saya mendapati bahawa kemahiran dan keterampilan guru perlu sentiasa diperbaharui
sering dengan perubahan yang berlaku sama ada kepada kandungan atau pendekatan

pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, latihan yang dirancang oleh seorang
guru seharusnya benar-benar memenuhi keperluan.
Saya juga mempelajari tentang kod etika keguruan dalam kursus ini. Kod etika
perguruan merupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat
dan negara, murud, rakan sejawat dan ibu bapa murid. Kod ini menyatakan tanggungjawab
guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Saya telah memahami
bagaimana untuk menjadi guru yang berkesan dan mewujudkan sekolah berkesan serta
berupaya meningkatkan pencapaian pendidikan yang cemerlang. Prasyarat yang utama
adalah kesediaan dan kesanggupan untuk mengubah paradigm, cara berfikir dan bertindak
secara seorang yang professional.
Saya dapat melihatkan bahawa permuafakat sekolah dan masyarakat yang dapat
yang baik dapat dilahirkan jikalau memiliki komitmen yang bersungguh-sungguh. Semua ini
dilakukan untuk merealisasikan pembangunan insan, masyarakat dan negara pada masa
hadapan. Untuk meneruskan kelangsungan permuafakat dalam komuniti yang melibatkan
isu-isu pendidikan, kita boleh menterjemahkan dalam bentuk aktiviti. Apabila masyarakat
mula

menyedari

kebaikan

dan

kepentingan

permuafakat

dalam

komuniti

demi

melaksanakan sesuatu aktiviti pendidikan di sekolah, maka mereka akan terpanggil dan rela
untuk melibatkan dalam memenuhi permuafakat demi kebaikan murid dan masa depan
negara.
Kesimpulannya, kursus ini telah membawa banyak impak kepada saya sebagai
seorang bakal guru. Saya akan berusaha untuk melaksanakan apa-apa pengetahuan yang
dipelajari dalam kursus ini untuk melahirkan generasi-generasi yang cemerlang. Kursus ini
juga memberi banyak manfaat kepada saya dan menjadi rujukan pada masa yang akan
datang. Saya akan sedaya upaya untuk merealisasikan elemen-elemen yang terdapat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya negara kita dapat mencapai wawasan 2020
serta visi dan misi negara.

Rujukan
1) Pusat Perkembangan Kurikulum, K. P. (2001). Falsafah pendidikan kebangsaan,
matlamat dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
2) Rashid, A. R. (1999). Profesionalisme motivasi perguruan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
3) Sang, M. S. (2012). Dasar, akta, falsafah pendidikan & kurikulum kebangsaan.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
4) Sulaiman, E. (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
5) Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2014). Pengantar Pengajian
Profesionalisme. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. bhd.
6) Deeya, Tanggungjawab dan Peranan Guru. Diakses pada 7 Mac 2015, daripada
http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru.
7) Lee Chloe, Profesionalisme keguruan. Diakses pada 7 April 2015, daripada
https://www.academia.edu/14922897/GPP1063_PROFESIONALISME_KEGURUAN

Anda mungkin juga menyukai