Anda di halaman 1dari 3

AR Tompel (Aman Ramli)

Beliau merupakan seorang assistant director kepada beberapa pengarah yang


diimport dari India ketika di MFP di era awal 50an.Di samping itu beliau juga turut
berlakun walaupun hanya memegang watak tambahan atau pembantu.Beliau sering
berlakun di samping S Roomai Nor,P Ramlee,Osman Gumanti yang ketika itu sering
berperanan utama.Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi di dalam bidang lakunan
tetapi semuanya tidak kesampaian.Memegang jawatan sebagai assistant director
belum menjamin peluangnya untuk duduk di kerusi pengarah kerana belum ada
pengarah di kalangan orang melayu dan pihak atasan syarikat tidak yakin dengan
kebolehan anak melayu untuk mengarah filem.Beliau juga dinafikan memegang
watak hero kerana paras rupa yang tidak tampan dan hanya sekadar mencuit hati
penonton dengan beberapa aksi lucu di dalam filem-filem lakunannya tetapi itu tidak
mencukupi.
Hasrat AR Tompel yang ingin mengejar cita-cita tingginya di dunia filem
membuatkan beliau berpindah ke sebuah syarikat filem baru yang baru saja
ditubuhkan ketika itu.Nusantara Film Corp. yang baru dibuka memerlukan beberapa
tenaga kerja yang berpengalaman dan itu merupakan peluang untuk Tompel
mencuba nasib dengan beberapa pengalamannya menjadi pembantu pengarah,
berlakun dan berlawak.Di sanalah beliau bertemu dengan Saloma yang ingin
mencuba nasib menjadi pelakun dan akhirnya beliau berkahwin dengan
Saloma.Tompel juga buat pertama kali telah bertemu dengan Norma seorang
pendatang baru di dunia filem.Kemudian beliau merasakan nama Norma seakan
tidak sesuai untuk pelakun itu lalu menambah nama Norma kepada
Normadiah,seorang seniwati tersohor di MFP selepas berpindah ke sana.
AR Tompel akhirnya diberi peluang untuk mengarah kerana pengalaman luasnya di
dalam dunia pengarahan ketika di MFP.Tetapi malangnya filem keluaran Nusantara
Film tidaklah sehebat seperti filem keluaran MFP kerana beberapa faktor.Ramai
pelakon-pelakon meninggalkan syarikat ini kerana berasakan filem-filem keluarannya
tidak bermutu dengan kelengkapan yang serba kekurangan dan bajet yang tidak
mencukupi.Walaubagaimanapun nama AR Tompel pernah diangkat sebagai pengarah
filem melayu yang pertama di dalam sejarah perfileman melayu tetapi malangnya
beberapa filem keluaran Nusantara Film Corp. tidak dapat ditonton oleh generasi
selepas itu kerana banyak filem-filem mereka telah musnah disebabkan masalahmasalah teknikal.Jadi filem pertama AR Tompel tidak dapat dibuktikan
kesahihannya.Haji Mahadi yang juga pernah menjadi penolong pengarah di MFP
selepas ketiadaan AR Tompel yang telah berhijrah akhirnya telah diangkat menjadi
pengarah melayu yang pertama dengan filem arahan sulungnya berjudul Permata Di
Perlimbahan.Malang menimpa Haji Mahadi bila filem sulungnya gagal mendapat
sambutan dan haknya sebagai pengarah telah dinafikan oleh pihak atasan MFP.Haji
Mahadi telah dinobatkan sebagai pengarah filem melayu yang pertama dan kita
masih boleh menonton filem tersebut pada hari ini dan masih ditayangkan di
televisyen secara berkala.
Kita tentu tertanya-tanya di manakah AR Tompel ketika filem melayu keluaran MFP
dan Cathay-Keris sedang meletup-letup di pawagam (ketika itu) dan televisyen pada
hari ini.Ketika P Ramlee dan rakan seangkatannya sedang mengecap glamour tetapi
wajah AR Tompel langsung tidak kelihatan ketika era kemasyhuran filem-filem
melayu.Penonton di masa kini yang sering menonton filem-filem klasik hitam putih

seperti filem-filem P Ramlee terbitan MFP tentu tertanya-tanya di manakah AR


Tompel.Untuk makluman anda ketika itu AR Tompel berada di Nusantara Film Corp
tetapi generasi hari ini tidak dapat menonton filem-filem tersebut kerana
kebanyakan filem keluaran syarikat tersebut telah musnah.Mereka tidak mempunyai
peralatan canggih dan fasiliti untuk melindungi filem-filem mereka untuk bertahan
lama.Sedangkan filem-filem MFP milik Shaw Brothers mempunyai kemudahan
tersebut maka sebab itulah kita masih dapat menonton filem-filem P Ramlee dan
rakan-rakannya hingga ke hari ini.
Pada tahun 1960 Studio Merdeka di Hulu Klang ,Selangor telah dibuka sempena
dengan kemerdekaan Tanah Melayu.AR Tompel yang telah kecewa dengan kegagalan
Nusantara Film Corp. telah berhijrah dan mencuba nasib di sana.Berbekalkan
pengalaman luas di MFP dan Nusantara Film membuatkan studio baru itu tidak
teragak-agak untuk menerima beliau dan tahun berikutnya beliau diberi mandat
untuk mengarah filem Abu Nawas.Itulah merupakan projek terawal Studio Merdeka
untuk menghasilkan filem tetapi malangnya sambutan filem tersebut tidak
memuaskan.Nasib AR Tompel seolah terumbang ambing dengan kegagalan
beberapa filem terawal keluaran Studio Merdeka yang ketika itu kekurangan
peralatan perfileman dan pelakon-pelakon baru yang tidak berpengalaman.Lagipun
filem-filem mereka sering dibayangi oleh filem-filem MFP yang sedang meniti zaman
kemayhuran dan juga filem-filem Cathay-Keris yang sedang meletop di pawagam.
Beberapa tahun kemudian Shaw Brothes yang berpengkalan di Singapura telah
membeli studio ini dari pemiliknya yang asal.Tidak lama selepas itu (1964) P Ramlee
yang mengalami masalah di MFP telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan meneruskan
kerjaya lakonannya di Studio Merdeka yang serba kekurangan dan mengarahkan
filem pertamanya Si Tora Harimau Jadian.Walaupun filem ini kurang mendapat
sambutan tetapi P Ramlee tidak berputus asa dan mengarahkan filem MasamMasam Manis dan mendapat sambutan yang hangat.Akhirnya AR Tompel telah
bertemu dengan sahabat lamanya di MFP lalu P Ramlee mengajaknya
bergabung.Mulai saat itulah AR Tompel mula kembali ke layar putih setelah sekian
lama mengarah atau berlakon di filem-filem yang tidak berkualiti di Nusantara
Film.Dengan rasa rendah dirinya AR Tompel bersama-sama P Ramlee yang dulu
pernah di arahkan ketika duduk di kerusi assistant director di MFP ketika P Ramlee
sedang bertatih dan mencari peluang di Jalan Ampas di awal 50an dulu.Setelah
sekian lama mereka tidak berkerjasama akhirnya terciptalah watak Do Re Mi sebagai
'sequel' kepada filem-filem Bujang Lapok.Selepas kejayaan Do Re Mi mereka terus
bersama untuk filem-filem komidi yang lain seperti Anak Bapak,Nasib Do Re
Mi,Ahmad Albab dan filem terakhir mereka bersama iaitu Laksamana Do Re Mi yang
juga merupakan filem terakhir P Ramlee.AR Tompel meninggal dunia pada Januari
1973 kerana kemalangan jalanraya.
Beliau pernah berkahwin dengan Saloma dan mempunyai seorang anak bernama
Armali tetapi telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.Tiga orang anaknya
yang lain AR Badul,Amran Tompel dan Adlin Aman Ramly masih terus berkarya di
alam seni hingga ke hari ini.Cuma kerjaya AR Badul lebih menonjol dan pernah
menjadi pengarah beberapa filem komedi dan sebagai pelawak dan juga pelakun
komedi yang disegani hingga ke hari ini.
Nama sebenar AR Tompel ialah Aman Ramli b Jaafar dan berasal dari Tanjung Balai
Indonesia

Filem-filem beliau di MFP:


1-Dewi Murni (1950)
2-Rachun Dunia (1950)
3-Takdir Ilahi (1950)

4- Aloha (1950)
5- Berdosa (1951)
6- Bapa Saya (1951)
Filem-filem di Studio Merdeka:
1-Abu Nawas (pengarah) -1961
2-Do Re Mi (1966)
3- Nasib Do Re Mi (1966)
4- Keluarga 69 (1967)
5- Gerimis (1968)
6- Anak Bapak (1968)
7-Ahmad Albab (1968)
8- Laksamana Do Re Mi (1972)
Tiada maklumat mengenai filem-filem arahan atau lakunan AR Tompel ketika di
bawah bumbung Nusantara Film Corp. di Singapura dahulu.Bolehlah dianggap
kesemua filem keluaran Nusantara Film telah musnah dan lenyap (lost films).
Antara filem keluaran Nusantara Film Corp. (50an) di Singapura:
1- Pelangi -lakunan Saloma
2- Perkahwinan Rahsia
3- Norma
4- Chinta Murni
5- Sehati Serasa
6- Sesal Tak Sudah
7- Mencari Jodoh
8- Budi Mulia
9- Seniati(seniwati) -lakonan Normadiah Arahan: AR Tompel
10- Panchar Putih
11- Dian
12- Di antara Dua Insan
13- Ibulah Syurga
14- Angin Berpesan

Anda mungkin juga menyukai