Anda di halaman 1dari 8

PRAKTIKUM FASA 3 - JURNAL

1. Masalah yang difokuskan

Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram
supaya proses pengajaran dan pepbelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar.
Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi membentuk
kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Guru adalah
golongan yang perlu memberi pemupukan disiplin pelajar-pelajar berada di sekolah.
Manakala ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa pelajar - pelajar
berada di luar sekolah.
Saya dapat melihat masalah disiplin semakin serius di SK PENGEKALAN
RINTING. Antaranya ialah, pelajar membuat bising sewaktu menunggu kehadiran guru
matapelajaran seterusnya. Selain itu, berlaku pergaduhan dalam kalangan pelajar. Ada
yagn suka berlari dalam kawasan sekolah walaupun guru guru melarang.

Ini

merupakan masalah masalah disiplin yang saya dapat memerhatikan sepanjang


seminggu ini.

2. Perkembangan Isu yang difokuskan


Isu yang difokuskan semakin serius dan tidak dapat dikurangkan walaupun guru
guru bertugas setiap hari menerapakan aspek displin dan nilai nilai murni di kalangan
murid murid. Walaupun guru disiplin senitasa beronda dan memantau tingakah laku
murid murid di sekolah tersebut. Walaupun, guru disiplin setiap hari mengambi
ltindakan keatas murid murid yang menimbulkan masalah disiplin .
Disebabkan masalah disiplin semakin menjadi jadi di SK Pengkalan Rinting,
pengurusan di bilik darjah tidak dapat di kawal, walaupun menyediakan buku disiplin .
Setiap guru, sentiasa mengawal tindakan murid walaupun guru mengambil tindakan
yang wajar terhadap masalah tingkah laku murid. Contoh masalah tingkah laku yang
sering berlaku di bilik darjah adalah suka bermain, bergaduh, berbising , suka mengusik
murid murid lain semasa guru mengajar di kelas.

PRAKTIKUM FASA 3 - JURNAL

Apabila berlakunya masalah disipiln dalam kalangan murid, terdapat banyak kes
kes disiplin yang sering ditangani oleh guru. Contohnya, guru memanggil ibu bapa
murid yang bermasalah untuk melaporkannya. Tindakan ini, dapat mengetahui oleh ibu
bapa tentang masalah yang diungkitkan oleh anak anak mereka di sekolah.
Saya telah bersemuka dengan masalah disiplin murid di tahun 4 Perdana. Saya
mengajar untuk kelas tersebut iaitu, subjek Reka Bentuk dan Teknologi dan Sejarah.
Selain itu, disebabkan masalah disiplin turut berlaku di dalam bilik darjah apabila guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Terdapat murid murid yang tidak
menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Terdapat murid yang mengusik murid
murid lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini menyebabakan murid
murid lain turut tidak menumpukan perhaitan. Saya pernah mengalami situasi tersebut.

PRAKTIKUM FASA 3 - JURNAL

3. Isu yang difokuskan dianalisis secara terperinci.

Setelah berbincang dengan guru penolong kanan 1 etntang masalah disiplin di sekolah
ini, beliau telah berkongsi pengalamannya dan juga menerangkan tentang masalah ini.

Kategori
masalah
Jenayah

Jenis Masalah Disiplin


Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan,
memeras ugut, menyertai kongsi gelap, penyalahgunaan dadah,
merokok, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis
gambar lucah dan pelbagai kesalahan jenayah yang melibatkan

Kelakuan negatif

pihak polis.
Berambut panjang, memakai kasut, dan stoking berwarna, baju,
kuku panjang, bercakap kasar, tidak hormati guru, makan di
bilik darjah, membuat bising, membuli, tidak membawa buku,

Menipu

tidak membuat tugasan, menentang arahan guru lain-lain.


Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid
lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis
dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, buku kemajuan,
bercakap bohong, berpura-pura dan lain-lain .

4. (I) Punca masalah yang difokuskan

PRAKTIKUM FASA 3 - JURNAL

Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan yang dipersetujui oleh kelompok


masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan masyarakat
itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan seterusnya
membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang itu. Kini terdapat
beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotanpelajar. Antaranya adalah seperti
berikut:Antara punca berlakunya masalah yang difokuskan adalah, mungkin pelajar tidak
mematuhi peraturan sekolah. Walaupun guru guru sekolah SK PENGEKALAN
RINTING tegas dengan murid murid

ada yang tidak menghormatinya. Masalah

kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah kurangnya
keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar mempercepatkan lagi pengaruh
yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti ini bertindak mengikut
perasaan tanpa mengira batasan.
Masalah kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu sendiri.
Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar
mempercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar
seperti ini bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan.
Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks,
dan para remaja sering menumpukan perhatian mereka kepada perkaraperkara seperti
ketidakpuasan hidup, kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami orang lain.
Semua ini dicetuskan oleh hubungan sosial dengan alam sekeliling mereka, yang
akhirnya memaksa ramai golongan remaja kini cuba bertindak mengikut perasaan tanpa
mengambil kira ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Akhirnya lahirlah konflik
peribadi yang juga dikenali sebagai krisis identiti kepada golongan remaja yang
bermotivasi rendah dan tidak yakin dalam menerima hakikat hidup.

PRAKTIKUM FASA 3 - JURNAL

Punca rakan sebaya merupakan factor kepada masalah ini. Rakan sebaya di alam
persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan sokongan moral
dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej (Pomberi,1990; Mahmood,1991).
Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu
dalam aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, oreintasi kepada muzik, tarian, tayangan
filem dan lain-lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya
melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral
mereka.
Remaja memerlukan rakan-rakan sebaya dengan mereka bagi membantu
perkembangan diri. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi
remaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik. Sebaliknya, rakan
sebaya yang tidak mempunyai akhlak yang baik mempengaruhi akhlak rakannya ke arah
yang tidak baik juga. Pengaruh rakan sebaya adalah sumber paling kuat dalam
mengubah nilai dan sikap remaja apabila pengaruh keluarga berkurangan pada
peringkat lewat kanak-kanak.
Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep
diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai
ataupun tidak di mata kumpulan masyarakat sekelilingnya.Contohnya, cara berpakaian,
hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya
kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat baik, maka pelajar ini terpengaruh
hendak menjalankan aktiviti yang sihat.
Punca keluarga meruapakn punca terutama dalam masalah ini. Remaja yang
berada dalam lingkungan keluarga yang berpecah belah akan merasai kesan buruk
pada perkembangan kognisi mereka. Sebagai contoh, delikuen yang dilakukan oleh
remaja masa kini merupakan hasil daripada mental ibu bapa, anggota keluarga dan
sekitaran kejiranan yang tidak terkawal dengan baik . Situasi ini menurut Kartini lagi
mempengaruhi mental dan kehidupan remaja yang belum matang.
Remaja mula mencari kebebasan daripada ibu bapa dan mencari identiti
kedewasaan. Remaja masih membentuk kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu
bapa tanpa bergantung kepada mereka. Sebenarnya remaja menghadapi konflik, iaitu
ingin bergantung dari sudut ekonomi dan kewangan tetapi pada masa yang sama ingin
bebas daripada ibu bapa.

PRAKTIKUM FASA 3 - JURNAL

Persekitaran keluarga boleh merosakkan sikap keluarga. Sikap ibu bapa yang
negatif dan tidak sihat boleh menyebabkan kesukaran dalam mencapai tugas
perkembangan pelajar remaja. Misalnya, ibu bapa memodelkan tingkah laku yang tidak
diingini. Ibu bapa akan menjadi model yang negatif bagi tingkah laku. Ibu bapa yang
tekal, garang dan tidak stabil adalah model negatif. Perhubungan ibu bapa yang tidak
harmonis, perkelahian adik-beradik dan ibu bapa yang selalu tiada di rumah untuk
berdampingan dengan anak mereka akan mempengaruhi tingkah laku atau tugas
perkembangan remaja.
Punca punca tersebut merupakan asas dalam mebentuk masalah disiplin dalam
kalangan murid di sekolah ini.

PRAKTIKUM FASA 3 - JURNAL

(ii) Kemungkinan penyebab kepada masalah.


Terdapat beberapa kemungkinan penyebab masalah yang boleh dikaitkan dengan
masalah disiplin ini. Murid merupakan penyebab yang utama dalam masalah ini.
Terutamanya ialah, tingkahlaku yang negatif penyebab kepada masalah ini. Pengaruh
persekitaran murid juga penyebab masalah ini. Tempat tinggal murid seperti kawasan
perkampungan dan kawasan bandar juga penyebab asas dalam hal ini.
Persekitaran dikatakan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
personaliti seseorang individu kea rah pencapaian yang baik dalam pelajaran, selain
daripada faktor baka. Antara faktor persekitaran itu termasuklah faktor peranan ibu bapa,
masalah keluarga, pengaruh sekolah, rakan sebaya, masyarakat, motivasi dan peranan
multimedia.
Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan persekitaran pula
menghasilkan perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya. Boleh dikatakan, faktor
tingkah laku adalah pelengkap. Tidak semua organisma, tidak kira potensi dan kualiti
asanya, kebolehan ataupun mempunyai ciri yang sama sekali kerana bergantung pada
jenis persekitaran tempat mereka membesar. Antara persekitaran yang dapat
merosakkan akhlak remaja adalah, konsert rock, pusat-pusat permainan video,
pengguguran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyiaran gambar lucah,
penubuhan pusat-pusat hiburan yang beransurkan seks dan simbol seks seperti
pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita.
Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti
pelajar. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan
kepada pelajar, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan
satu-satu tugasan. Sebaliknya, pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan
yang negatif pula. Dia menyebabkan pelajar menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil
risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga
terbantut perkembangannya.
Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepada
kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruan 40 sebagai
pilihan terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Sama ada

PRAKTIKUM FASA 3 - JURNAL

berkelakuan baik ataupun tidak, ia tidak menjadi soal bagi mereka. Terdapat juga
beberapa guru yang tidak cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan
mereka kepada pembentukan dan pengawalan tatatertib yang baik di kalangan muridmurid boleh dikatakan tidak ada sama sekali. Ini kerana mereka menpunyai sikap tidak
ambil tahu. Ada pula guru-guru dikatakan tidak mahu berbuat apa-apa bagi mencegah
kelakuan tidak baik supaya mereka tidak dibenci oleh murid kerana ingin menjadi
popular di kalangan murid-murid

5. Kelemahan isu yang difokuskan