Anda di halaman 1dari 1

Ayam Percik Istimewa

Sumber: Buku Resipi Selera Perantau


Hits: 2032 Rating: 6.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong lapan)
6 sm halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil
santan peket 1 mangkuk)\
Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut
Cara:
Ayam yang sudah dipotong lapan dibersihkan kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang
telah digiling lumat. Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan daun kunyit diramas kemudian masukkan dalam periuk
ayam tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan. Keluarkan ayam dari kuah
yang pekat disebelah bawah dan pangganglah ayam tadi sambil di sapu air yang jernih pada ayam. Biarkan hingga
ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi. Untuk menambahkan kesedapannya,
perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Enak dimakan ketika masih panas.