Anda di halaman 1dari 1

Sejak akhir-akhir ini, gejala vandalisme atau 'laku musnah ' semakin hari semakin

meningkat. Gejala ini telah menular ke kawasan sekolah apabila gejala ini turut
melibatkan pelajar sekolah. Menurut kamus dewan, vandalisme bermaksud
kegiatan merosakkan atau memusnahkan harta benda awam dan juga harta
benda orang lain. Fenomena ini semakin menggusarkan hati pelbagai pihak
memandangkan golongan remaja boleh diibaratkan batu permata yang bakal
mencorakkan masa depan negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk memerangi gejala negatif ini?
Sebenarnya, sebelum membincangkan peranan pihak lain, diri
golongan remaja sendiri perlu diberi perhatian. Hal ini demikian kerana, remaja
sendiri dikurniakan akal fikiran untuk berfikir tentang baik buruknya sesuatu
perkara. Usaha murni pelbagai pihak untuk membendung gejala vandalisme
tidak akan memberi impak seperti yang diharap-harapkan jika golongan remaja
sendiri tidak bersedia untuk membuat anjakan paradigma dan mengubah
persepsi mereka terhadap kepentingan menghargai kemudahan awam.
Sehubungan dengan itu, remaja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan
bersyukur terhadap kemudahan yang disediakan. Contohnya, golongan remaja
haruslah menggunakan dengan berhemah dan sentiasa menjaga kemudahan
yang disediakan oleh ibu bapa di rumah, kemudahan dan peralatan di sekolah ,
malahan kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Golongan
remaja wajar mempunyai kesedaran dengan membayangkan kesulitan yang akan
timbul jika mereka tinggal si sesebuah negara yang tidak mempunyai
kemudahan awam yang sempurna seperti negara-negara miskin atau negara
yang mengalami pergolakan dan peperangan. Sekiranya setiap remaja berjaya
memupuk kesedaran ini dalam jiwa mereka, sudah pasti mereka tidak akan
tergamak melakukan kegiatan vandalisme ini.
Memang tidak dapat disangkal lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan
penting sebagai pihak yang paling hampir dengan remaja. Didikan agama dan
nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka sejak
kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan
agama yang sempurna mampu menjadi tembok penghalang remaja daripada
melibatkan diri dalam gejala vandalisme. Hal ini demikian kerana, ajaran agama
mementingkan kebaikan dan melarang melakukan perkara-perkara keburukan.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya
menghargai harta benda yang ada di dalam rumah dan menghargai harta benda
awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat
lain. Justeru, didikan sejak peringkat awal umpama sebutir benih yang ditanam,
dibaja, dan disiram setiap hari, bakal tumbuh menjadi pokok yang subur dan
menghijau.

Anda mungkin juga menyukai