Anda di halaman 1dari 8

KULIAH 9 : PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

PERINGKAT PERKEMBANGAN
Guru Permulaan
Guru Cekap
Guru Berkesan
Guru Mahir
Guru Pakar
1) Guru Permulaan / Novis;
Dikatakan pasif, tidak kreatif & imaginatif.
Belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah/bilik darjah.
1.1. Ciri-ciri Guru Permulaan;
Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
Memahami fakta, konsep & perkara asas pengajaran
Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
Kurang berupaya menangani tugas harian guru
1.2. Fokus Guru Permulaan;
Mempunyai kualiti dan kebolehan diri
Melaksanakan P&P
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Pengurusan tempat kerja (sekolah)
Penyesuaian diri dengan budaya sekolah
Peka dan sentiasa mendapatkan informasi
Mempunyai kepelbagaian idea
2) Guru Cekap;
Mempunyai kecekapan dari segi:
Profesionalisme

Melaksanakan visi dan misi

Keterampilan peribadi

Mengaplikasikan ICT

Kecerdasan mental dan intelektual

Kestabilan emosi

Kebijaksanaan dan kepimpinan


Guru cekap mempunyai kecekapan pada tahap minimum.
Guru mula mengenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dgn merujuk situasi khusus.
Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P&P.
3) Guru Mahir;
Guru terbaik dalam bidangnya.
Menguasai kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P&P.
Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi
Berkemampuan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.
Menjadi teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang membangunkan murid
Mahir membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya.
Menunjukkan gaya pengajaran yang tersendiri
4) Guru Pakar;
Sentiasa menyerlahkan kepimpinan profesional.
Terlibat sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum.
Dianggap sebagai pihak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NOTA TAMBAHAN(1)

Ciri-Ciri Guru Cemerlang


Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang
kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai
insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru
Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus
dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri
guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
1.
Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan
atau humorous (jenaka) dan tegas.
Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan
lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang);
kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
2.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas
prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar
kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000,
Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif

Berakhlak mulia

Adil

Bertimbang rasa

Amanah

Bertanggung jawab

Kreatif

Inovatif

Kemas

Sikap sedia berkongsi

Bersikap terbuka

Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan
dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu

Berkebolehan menyelesaikan masalah

Membuat keputusan yang rasional serta objektif

Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai
oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu
dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh
seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan


4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam


aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus


profesional, seminar, bengkel.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan


penyelidikan
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu
daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti
berikut:

Adil

Sabar

Tegas

Konsep kendiri positif

Kesungguhan

Mesra

Prihatin

Kerjasama

Menepati masa

Bertanggung jawab

Berakhlak mulia

Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di
atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada
di negara kita masa kini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NOTA TAMBAHAN (2)


CIRI-CIRI GURU BERKESAN
Ilmu Pengetahuan:
Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan
bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang
tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu
berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan,
kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin
merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.
Kemahiran
Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi
pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi
(application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepadasesetengah 'task' merupakan
satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah
keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.
Sikap
Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa
jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara
besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan
perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individuindidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan
dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.

Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu
yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas.
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan,
iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar,
guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak
yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak
bukan ialah guru-guru sendiri
GURU BERKESAN
Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada
setiap masa.
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.


Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak
mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya
sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi?
Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri
tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan
dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?
Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu
melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan
utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute
Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau
menyatakan bahawa;
Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan
kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka
yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya
ditanggungi.
Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali
kepada keadaan asalnya.
Mengubah Diri Mengubah Sikap
Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di
dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya."
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang
paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam
bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap proses
perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu
tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi
seseorang memenangi diri peribadi adalah:
Jadilah Proaktif (Be Proactive)
Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind)
Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah:
Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win)
Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be understood)
Sinergi (Synergize)
Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Memenangi Peribadi
Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi
rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang
kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif dan kuat mudah
memberi kesan dan pengaruh sertadapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis.
Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh
membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (selfawareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu
itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas,setiap orang mempunyai satu ruang untuk
membuat pilihan, dan di ruangan 'kebebasanmemilih' inilah pula manusia sebenarnya
memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga
implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga
dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti
semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah
dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran
wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah

a.
b.
c.
d.

kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindakberdasarkan sedar-diri


dan bebas daripada segala bentuk pengaruh.
Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti
setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau
kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan'husnul khatimah' atau pun 'su'ul
khatimah'.
Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang maksudnya kita
mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta
tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah
sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan
boleh menjadi role modelkepada orang-orang lain.
Pendidikan Cemerlang
Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a
habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang
menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan
kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit.
Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau
mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usahausaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah
berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap
dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).
Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah"berkata;
"Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,
seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya
sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan
sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,
segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan
matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."
Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;
Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar;
Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;
Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui (b)
atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan
Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat
sekolah melalui kepemimpinan pengetua.
Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan
Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut
faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan
dielakkan:
Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
Sikap tidak cakna;
Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;
Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan
hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak
perubahan.
Menempa Kejayaan
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan
tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira,
malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab
serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu
memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan
secara keseluruhannya.

Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa
jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan,
strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.
Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam
hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output
iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan.
Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to
discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time."
Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek"next time" ini
dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua
orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih
dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act).
Plan (Rancang)
Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang denganrapi. Elakkan
sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang
lain buat begitu.
Do (Buat)
Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal
kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa
gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan
yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini
sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah
inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan.
Check (Semak)
Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat
keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang
ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku
latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau
tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak,keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat
panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau
tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar
mengikutmasanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah
dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti
di sekolah.
Act (Bertindak)
Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan
yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan
cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur
atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara
tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran,
bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai
kepada tahap yang serius dan kritikal.
Penutup
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang
bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan
keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara
orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah
semangat.
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan
keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan
komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru
yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan
mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan.
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan
menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihatsemuanya dari
sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi
mahu pun aspek organisasi.

Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan
Hari Guru 1999, beliau menyebut;
" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."

Anda mungkin juga menyukai