Anda di halaman 1dari 2

n

.









Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Majlis Perpisahan Yang dikasihi Puan Roslina binti Ali mantan
Penolong Kanan Pentadbiran SEMSAS pada ketika ini.
Firman Allah bermaksud : Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya akan kembali
kepada dirinya sendiri.
Kami amat bersyukur dalam ruang yang diberi untuk melahirkan rasa penghargaan dan
terima kasih Warga SEMSAS . Sesungguhnya kami amat terharu dan ingin mengucapkan
syabas kepada beliau
Ya Allah , Ya Qawiyyu , Ya Matiin ,
Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa orang yang telah berbakti
dan berkorban untuk melihat kemajuan dan kecemerlangan agama , bangsa dan
negaranya. Anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengekalkan usaha murni dan suci demi
kelangsungan dan kesinambungan kejayaan yang telah dicapai .

Ya Allah , Ya Wahhaab , Ya Razzaaq ,


Panjangkanlah usia beliau dalam keadaan iman dan Islam ,kesihatan yang baik agar terus
dapat menyumbang tenaga , buah fikiran dan pandangan yang bernas dalam mendidik
anak bangsa . Melahirkan generasi ulul-Albab cemerlang dunia jua akhirat .
Ya Allah , Tuhan Yang Menentukan Segala Sesuatu ,
Sesungguhnya yang datang akan pergi , yang patah akan tumbuh kembali , setiap yang
bermula pasti ada akhirnya , setiap pertemuan akan ada perpisahan ,
.
Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan. Kumpulkanlah kami semua
semua Ya Allah, bersama kalangan hambaMu yang menjulang panji agamaMu Ya Allah.