Anda di halaman 1dari 72

i

PENGURUSAN TRAFIK DALAM


PEMBINAAN JALANRAYA

AIDA BINTI KHALID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam


Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii
PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

_________________________________

Nama Penulis

AIDA BINTI KHALID

Tarikh

1 April 2009

iii

DEDIKASI

Untuk
Suami Yang Tercinta, Ahmad Aksas....
Anak Anak Yang Ibu Sayangi, Amir Ashman Dan Airil Zikry

Pengorbanan Serta Kesabaran Kalian Menjadi Pendorong Di


Atas Kejayaan Ini. Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kerna
Sentiasa Berada Di Sisiku.
Semoga Kemesraan Dan Kebahagiaan Akan Sentiasa Mewarnai
Kehidupan Kita Bersama

Buat Insan Yang Teristemewa.


Ayahnda Khalid Elias Dan Bonda Maimon Hussain,
Salam Kebahagiaan Untuk Kita Bersama

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah


kurnia-NYA telah memberikan saya kelapangan untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda
ini mengikut perancangan dan masa yang telah ditetapkan.

Setinggi tinggi penghargaan diucapkan kepada En Bachan Singh selaku


penyelia Projek Sarjana Muda saya, yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar yang tidak ternilai dalam membantu menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat termasuklah
seluruh kakitangan JKR (Daerah) Johor Bahru kerana memberi kerjasama yang baik
dalam memberikan maklumat maklumat yang diperlukan sepanjang kajian dilaksanakan.

Akhir sekali, untuk rakan rakan seperjua ngan, terima kasih diucapkan atas
tunjuk ajar dan bantuan yang kalian berikan. Perjuangan kita tidak akan berakhir disini
dan diucapkan semoga kalian lebih sukses....Selamat Maju Jaya

Saya akui bahawa saya telah membaca ka rya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Awam

Tandatangan

____________________________________________

Nama Penyelia

EN BACHAN SINGH A/L BESAWA JAGAR SINGH

Tarikh

______________________________________

vi

KANDUNGAN

BAB

TAJUK

MUKASURAT

JUDUL

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI LAMPIRAN

xiii

PENGENALAN
1.1

Pengenalan

1.2

Kenyataan Masalah

1.3

Objektif Kajian

1.4

Skop Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Metodologi Kajian

1.6.1

Pengumpulan Data

1.6.2

Penganalisa Data

1.6.3

Peringkat Kesimpulan Dan Cadangan

vii
II

KAJIAN LITERATUR
2.1

Pendahuluan

2.2

Langkah Langkah Program Keselamatan Yang


Diamalkan

12

2.2.1

Pemantauan Kawasan Kerja

13

2.2.2

Pegawai Trafik

14

2.2.3

Odit Keselamatan Jalanraya. /


Road Safety Audit (RSA)

2.3

2.4

BAB III

10

14

2.2.3.1 RSA Peringkat 4

15

Pelan Pengurusan Trafik (TMP)

17

2.3.1

Zon Kawalan Trafik

19

2.3.1.1 Zon A Kawasan Awalan Peringatan

19

2.3.1.2 Zon B Kawasan Peralihan

20

2.3.1.3Zon C Kawasan Zon Buffer

21

2.3.1.4Zon D Kawasan Kerja

21

2.3.1.5Zon E Kawasan Penamatan

22

2.3.2

Papantanda keselamatan Sementara

24

2.3.3

Jalan Alternatif

27

2.3.4

Jalan Lencongan Sementara

27

2.3.5

Jalan Garisan Sementara

27

2.3.6

Sistem Mengawal Lalulintas

28

2.3.7

Kerja Waktu Malam

28

2.3.8

Penghadang Keselamatan

30

2.3.9

Tanggungjawab Agensi

32

Kesimpulan

33

METODOLOGI KAJIAN
3.1

Pengenalan

34

viii
3.2

Perbincangan Awal

35

3.3

Kajian Literatur

35

3.4

Pengumpulan Data

35

3.4.1

3.5

3.6

BAB IV

Artikel mengenai keselamatan di dalam


pembinaan jalanraya

36

3.4.2

Laman Web

36

3.4.3

Kajian Soal Selidik

36

Analisa Data

38

3.5.1

Purata Indeks

38

Kesimpulan Dan Cadangan

39

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


4.1

Pendahuluan

40

4.2

Kepentingan Analisis

41

4.3

Kajian Soal Selidik

41

4.3.1 Mengkaji Kepatuhan Kontraktor Terhadap


Kehendak Dokumen Kontrak Mengenai
Pengurusan Trafik.

43

4.3.2 Mengenalpasti Masalah Kotraktor Dalam


Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan

46

4.3.3 Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pengguna


Terhadap Jalan Yang Sedang Dalam Pembinaan

BAB V

48

KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.1

Pengenalan

51

5.2

Kesimpulan

52

5.2.1

Objektif 1:

Mengkaji Kehendak Sebagaimana

Dalam Dokumen Kontrak Terhadap Perlaksanaan

ix
Pengurusan Trafik Semasa Pembinaan
5.2.2

Objektif 2:

52

Mengkaji kepatuhan kontraktor

terhadap kehendak dokumen kontrak me ngenai


pengurusan trafik
5.2.3

Objektif 3:

Mengenalpasti masalah kontraktor

dalam pengurusan trafik semasa pembinaan

5.2.4

Objektif 4:

54

56

Mengenalpasti tahap kepuasan

pengguna terhadap jalan yang sedang dalam


pembinaan
5.3

Cadangan

57
58

SENARAI RUJUKAN

61

LAMPIRAN

62

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

2.1

Formula Jarak Runcing (Taper Length)

4.1

Senarai Projek Daerah Johor Bahru

42

4.2

Kepatuhan Kontraktor Terhadap Dokumen Kontrak

43

4.3

Masalah Pengendalian Pengurusan Trafik

46

4.4

Hasil Dari Soal Selidik Untuk Mendapatkan Kepuasan


Pengguna Terhadap Jalan Yang Sedang
Dalam Pembinaan

48

xi
SENARAI RAJAH

NO RAJAH.

TAJUK

MUKASURAT

1.1

Statistik Jumlah Panjang Jalan Persekutuan dan Negeri

1.2

Statistik Jumlah Panjang Lebuhraya (km)

1.3

Statistik Peruntukan Kewangan Tahunan

1.4

Kawasan Binaan Yang Tidak Mengimplementasikan


Pengurusan Trafik

1.5

Susunatur Penghadang Plastik Yang Tidak Teratur

2.1

Kemalangan Pelbagai Jenis Kenderaan ( Tahun 2007)

12

2.2

Carta aliran Audit Keselamatan Jalanraya Peringkat

17

2.4

Susunan Papan Tanda di Zon B

20

2.5

Susunan Papan Tanda di Zon C, Zon D dan Zon E

22

2.6

Keseluruhan Susunan Papan Tanda

23

2.7

Papan Tanda Pembinaan Sementara

25

2.8

Papan Tanda Sementara Menunju kkan Lencongan

28

2.9

Bekerja Di Waktu Malam

29

2.10

Papan Tanda Perlu Mempunyai Reflektor

30

3.1

Lampu Blinkers dan Tong Drum Plastik

31

4.1

Menunjukkan Carta Pai Kepatuhan Kontraktor


Terhadap Dokumen Kontrak

45

4.2

Graf Keputusan Soal Selidik Dari Kontraktor

47

4.3

Keputusan Yang Ditunjukkan Melalui Graf


Pada Waktu Siang Dan Waktu Malam

51

Dokumen dokumen kontrak yang disemak

54

5.1

xii

Abstrak

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan berbillion billion ringgit untuk membuka


lebuhraya dan jalan jalan baru selain meningkatkan jalan jalan sediada kepada yang lebih
sesuai dengan perkembangan industri. Walaubagaimanapun, semasa pem binaan jalan ia
memerlukan pengawasan dari semua pihak.

, Tahap keselamatan mestilah

dipertingkatkan dengan mengambil kira soal rekabentuk, semasa pembinaan dan


membaikpulih jalan Semasa pembinaan pengurusan trafik perlu dititik beratkan oleh
pihak kontraktor.

berikutan .bagi mengelakkan sebarang kemalangan sepanjang

pembinaan jalanraya jalan. Objektif kajian ini ialah mengkaji kehendak sebagaimana
dalam dokumen kontrak terhadap perlaksanaan pengurusan trafik semasa pembinaan ,
mengkaji kepatuhan kontrakto r terhadap kehendak dokumen kontrak mengenai
pengurusan trafik., mengenalpasti masalah kontraktor dalam pengurusan trafik semasa
pembinaan dan mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap jalan yang sedang
dalam pembinaan. Kajian ini dijalankan disekitar daerah Johor Bahru melalui sessi
temuduga dan juga soal selidik. 70 bilangan soal selidik telah dikeluarkan termasuklah
kepada Pegawai Penguasa, kontraktor dan juga kepada pengguna jalanraya. Data yang
diperolehi di analisis menggunakan Purata Indeks dan hasilnya kepatuhan kontraktor
terhadap pengurusan trafik adalah sederhana.

Masalah yang dihadapi oleh pihak

kontraktor ialah masalah kecurian terhadap alat alat keselamatan dan juga menyelenggara
jalan jalan lencongan. Manakala bagi pengguna jalanraya hanyalah ditahap sederhana
berpuashati terhadap pegurusan trafik.

xiii

Abstract

In Malaysia, the government has spent billions of ringgit in constructing of roads.


Nevertheless, the construction of roads need proper supervision by the contract or as well
as the client.

During the construction of roads, the contractor should give serious

attention to the traffic management aspect. Poor traffic management during construction
will lead to untowards incidents for the road users. The objective s of this study are to
study the requirements as stated in the contract document regarding traffic management
during construction, compliance by the contractor on traffic management, problem faced
by the contractor in traffic management and the satisfaction of the r oad users. This study
is carried out for road projects in Johor Bahru.The study is carried out through
questionnaires and interviews.

A total of 70 numbers of questionnaires have been

forwarded to the respondents comprising of Superintending Officer, cont ractors and road
users. The data are analysed using average index. It was fo und that the contractors
compliance regarding traffic management is average.

The problem s faced by the

contractors are theft of the safety equipment and repair o f road deviation. The level of
satisfaction of road user regarding contractors traffic management is average satisfied.

1
BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Setiap kemalangan yang berlaku ada lah bersebab dan memberi kesan.
Kemalangan ditakrifkan sebagai rujukan kejadian yang tidak dijangkakan atau tidak
dirancang yang berlaku disebabkan oleh pelbagai punca yang memberi kesan ke atas
tubuh badan.

Mengikut statistik, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini kemalangan


jalanraya di Malaysia semakin meningkat secara purata 10% dalam setahun. Ini
termasuklah kemalangan yang melibatkan maut, parah, ringan dan juga kerosakkan harta
benda. Pada tahun 2000 Kerajaan telah membuat kajian sekiranya tiada sebarang usaha
menangani masalah ini tidak mustahil peratusan kemala ngan jalanraya akan meningkat.
Daripada kertas kerja yang telah dibuat, banyak faktor yang menyumbang kepada
kemalangan jalanraya. Antaranya adalah faktor manusia, faktor rekabentuk jalanraya,
faktor persekitaran dan faktor kenderaan.

Dari kajian, negara-negara yang belum membangun lebih banyak mengalami


kemalangan berbanding negara yang telah maju. Ini adalah kerana standard keselamatan
jalanraya dan sifat kurang perihatin terhadap aspek keselamatan kurang dititikberatkan
oleh negara yang kurang maju. Dalam menangani masalah ini, kombinasi antara faktor
manusia dengan faktor persekitaran melalui aspek kejuruteraan dan kawalan trafik boleh
digunakan bagi mengurangkan atau menghapuskan kemalangan jalanraya.
Dalam industri lebuhraya dan jalanraya di Malay sia, pihak kerajaan telah
membelanjakan berbillion billion ringgit untuk membuka lebuhraya dan jalan jalan baru

2
selain meningkatkan jalan jalan sediada kepada yang lebih sesuai dengan perkembangan
industri.

Data yang diperolehi dari tahun 1955 hingga 2007 , yang dikeluarkan oleh
Institution of Highways and Transportation (Malaysian Branch) [1] berhubung jumlah
jarak jalan jalan di Malaysia termasuk jalan persekutuan dan negeri sebagaimana yang
ditunjukkan seperti di Rajah 1.1. Dianggarkan terdapat 119,9 89.93 kilometer jalan yang
diklasifikasikan sebagai jalan persekutuan dan jalan negeri sepanjang 12 tahun
pembangunan jalan di Malaysia. Dari Rajah 1.2 menunjukkan statistik jumlah jarak
yang dianggarkan 1,502.26 kilometer bagi lebuhraya beserta Rancang an Malaysia..
Manakala Rajah 1.3 menunjukkan peruntukan kewangan tahunan sepanjang 12 tahun
untuk meningkatkan taraf jalan persekutuan serta jalan negeri di Malaysia.

Rajah 1.1 : Statistik Jumlah Panjang Jalan Persekutuan dan Negeri (km)

Rajah 1.2 : Statistik Jumlah Panjang Lebuhraya (km )

Rajah 1.3 : Statistik Peruntukan Kewangan Tahunan

4
Sekiranya perancangan keselamatan tidak menjadi sebahagian daripada elemen
pengurusan projek, pastinya faktor keselamatan akan terancam sepanjang
pembinaan.Faktor faktor dalam menangani kemalangan semasa proses pembinaan perlu
dibuat kajian yang mendalam bagi mencapai kemalangan sifar semasa proses pembinaan
berjalan. Bagi mengurangkan masalah yang dihadapi unit keselamatan jalanraya telah
mengaplikasikan pengurusan trafik semasa dalam pembinaan jalanraya. Ia haruslah
dipastikan bahawa semua perancangan beroperasi dengan lancar. Selain itu, tahap
keselamatan mestilah dipertingkatkan dengan mengambil kira soal rekabentuk, semasa
pembinaan dan membaikpulih jalan.

1.2

Kenyataan Masalah

Dalam pembinaan jalanraya semua yang terlibat dalam kawasan binaan adalah
terdedah kepada bahaya yang mungkin terjadi. Langkah keselamatan semasa pembinaan
sentiasa di bincangkan akan tetapi masih ada kontraktor yang mengambi l sikap sambil
lewa apabila soal keselamatan dibincangkan. Oleh yang demikian kajian ini adalah salah
satu cara untuk mengubah persepsi dikalangan kontraktor semasa dalam pembinaan dan
dalam masa yang sama mendapat keuntungan pada pengguna jalanraya serta pekerja
pekerja di tapak bina.

Pekerja pekerja pembinaan jalan adalah berisiko tinggi yang terlibat dalam
kecelakaan dan kecederaan yang serius semasa bekerja dilingkungan kawasan kerja.
Oleh kerana keadaan tapak bina yang sentiasa sibuk dengan aliran l alulintas, peralatan
peralatan pembinaan jalan, jentera jentera binaan yang keluar masuk di kawasan kerja.
Yang paling penting sentiasa ada perubahan perubahan ditapak bina mengikut kesesuaian
bekerja.

Mengikut undang undang di Malaysia, sekiranya kemal angan berlaku di zon


pembinaan yang melibatkan pengguna jalanraya ataupun pekerja binaan, maka pihak
kontraktor perlu bertanggungjawab . Kerana ada sesetengah kes kemalangan keluarga

5
mangsa akan mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman kontraktor terse but.
Namun masih ada lagi pihak kontraktor yang kurang perihatin kerana sikap yang tidak
bertanggungjawab. (Contoh di rajah 1.4 dan rajah 1.5)

Rajah 1.4 : Kawasan Binaan Yang Tidak Mengimplementasikan


Pengurusan Trafik

Rajah 1.5 :Susunatur Penghadang Plastik Yang Tidak Teratur

6
1.3

Objektif Kajian

Untuk merealisasikan isu keselamatan ini, menjadi satu objektif yang berkesan
Maka beberapa objektif utama dalam mengkaji pengurusan trafik semasa dalam
pembinaan diberi tumpuan untuk menangani permasalahan ini, iaitu:

a)

Mengkaji kehendak sebagaimana dalam dokumen kontrak terhadap perlaksanaan


pengurusan trafik semasa pembinaan

b)

Mengkaji kepatuhan kontraktor terhadap kehendak dokumen kontrak mengenai


pengurusan trafik.

c)

Mengenalpasti masalah kontraktor dalam pengurusan trafik semasa pembinaan.

d)

Mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap jalan yang sedang dalam


pembinaan.

1.4

Skop Kajian

Dalam membuat kajian, perkara utama yang perlu ditanamkan ialah objektif
kajian menepati sasaran. Maka skop kajian, kawasan, organisasi serta bidang yang dikaji
perlu nyata dan jelas.

Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan mengenalpasti atau mengkaji
langkah langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan dan diambilkira sepan jang
pembinaan dijalankan. Kajian ini meliputi langkah langkah keselamatan yang perlu
diambil oleh kontraktor. Tumpuan tempat kajian ialah di tapak bi naan sekitar daerah
Johor Bahru.
Di dalam membina projek pembinaan jalan ini, terdapat banyak organisasi yang
terlibat, namun dalam kajian ini hanya beberapa organisasi yang terlibat dengan isu

7
keselamatan. Organisasi ini merangkumi pekerja pekerja dari pihak kontraktor, Jabatan
Kerja Raya (JKR) termasuk Unit Keselamatan Jalanraya (UKJ), Malaysian Institute Of
Road Safety Research (MIROS) serta badan badan utiliti dan services seperti Gas
Malaysia, Syarikat Air Johor (SAJ) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

1.5

Kepentingan Kajian

Diharap ianya dapat meningkatkan lagi kesedaran kontraktor terhadap


kepentingan pengurusan trafik semasa dalam pembinaan jalanraya secara efisian tanpa
membezakan nilai sesuatu projek. Selain dari mengurangkan kadar kemalangan
jalanraya semasa pembinaan, ia juga dapat mengurangkan kesesakan jalanraya dengan
menyediakan alat pengawalan trafik yang mencukupi.

Paling utama keselesaan pengguna atau pemandu semasa melalui kawasan


pembinaan tanpa mengira waktu siang atau malam. Malahan kontraktor yang
bertanggungjawab memantau kawasan binaan tidak merasa tertekan dengan aduan
pengguna sepanjang pembinaan. Jika tahap kemalangan dapat dikurangkan dan
dibendung dari awal pembinaan lagi, ianya akan dapat mengikis tanggapan masyarakat
bahawa kerja pembinaan jalan ini adalah membahayakan dan tidak selamat. Ini akan
mengurangkan statistic kemalangan yang diperolehi dalam Rajah 2.1

1.6

Metodologi Kajian

8
1.6.1

Pengumpulan Data

Pengenalpastian data yang diperlukan berdasarkan maklumat yang diperolehi.


Data adalah diperolehi melalui:

Kajian Literatur

Rujukan dan penelitian dila kukan terhadap bahan rujukan seperti manual piawaian,
laporan seminar dan persidangan berkenaan jalanraya dan keratan akhbar

Temubual

Temubual akan diadakan dengan beberapa pegawai dari Unit Ukur Bahan Jabatan Kerja
Raya Johor .

1.6.2

Penganalisa Data

Hasil pengumpulan maklumat daripada rujukan buku dan temubual,


pengemaskini serta analisis data akan dilakukan. Output dari penganalisa data akan
menentukan objektif yang ingin dicapai.
1.6.3

Peringkat Kesimpulan Dan Cadangan

Hasil analisa data akan membantu dalam menyediakan satu rumusan dan
cadangan bagi pihak pihak yang berkenaan.

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Keselam
atan pengguna jalanraya serta pekerja binaan di dalam kawasan pembinaan
sentiasa kekal sebagai isu yang tidak pernah selesai dan sentiasa berterusan walaupun
pelbagai teknik diaplikasi di kawasan pembinaan. Dari kajian keselamatan di dapati zon
pembinaan serta zon penyelenggaraan adalah lebih cenderung kepada peningkatan
kemalangan jalanraya.

Besar kemungkinan pemandu lebih terdedah kepada perubahan dan keadaan trafik
yang tidak dijangka serta tidak boleh membezakan jenis binaan atau bahaya
dihadapannya. Malangnya mereka tetap memandu dengan kelajuan yang merbahaya.
Ini boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pemandu, pekerja binaan dan pejalan
kaki kecuali langkah langkah perlindungan diambil. Di dalam menangani masalah ini,

10
kerajaan telah menyediakan satu pelan pengurusan trafik yang standard iaitu Arahan
Teknik (Jalan) 2C/85 sebagai rujukan dalam rek abentuk dan juga didalam fasa binaan.
Selain dari itu salah satu syarat dalam kontrak telah menetapkan setiap projek perlu
menyediakan pegawai trafik.

Kawasan binaan adalah kawasan yang sibuk dan berdinamik tanpa mengira siang
atau malam. Punca kemalangan di tapak bina adalah gabungan dari faktor faktor seperti
kecuaian pemandu, pemandangan yang kurang jelas
kerana kurang pencahayaan ataupun keadaan cuaca seperti kabus, permukaan jalan yang
tidak rata, halangan di kawasan pembinaan seperti mesin jentera , lori keluar masuk di
tapak binaan, pekerja serta bahan bahan binaan yang diletak di tepi jalan dan juga
pengurusan trafik serta informasi yang lemah. [2]

Kemalangan boleh berlaku dimana mana. Walaubagaimanapun ia boleh


dielakkan atau dikurangkan stati stiknya jika langkah langkah diambil dan dipatuhi
dengan baik. Bagi kawasan binaan, langkah langkah keselamatan dan pengurusan yang
lebih teratur dan terperinci dapat memantau kemalangan dari berlaku.

Rajah 2.1 : Kemalangan Pelbagai Jenis Kenderaan ( T ahun 2007)

11
Dari Rajah 2.1 yang dipamirkan di sebelah, menunjukkan kemalangan yang
berlaku banyak melibatkan penunggang motorsikal iaitu 59% berbanding kenderaan
yang lain. Kita boleh anggapkan penunggang motorsikal lebih terdedah kepada bahaya
di kawasan pembinaan. Sekiranya masih mengabaikan pengurusan trafik di kawasan
pembinaan, peratusan kemalangan mungkin meningkat lagi

2.2

Langkah Langkah Program Keselamatan Yang Diamalkan

Pelbagai cara diambil untuk meningkatkan keselamatan seterusnya mengur angkan


kemalangan di tapak bina. Walaupun untuk mendapatkan persekitaran yang tidak
berlaku kemalangan itu agak mustahil tetapi mungkin boleh meminimumkan
kemalangan

Oleh itu kunci untuk menjamin keselamatan di tapak pembinaan setiap individu
yang terlibat secara langsung atau tidak perlu peka terhadap pengurusan lalulintas ini.
Para pekerja serta majikannya (kontraktor) perlu memainkan peranan penting. Sasaran
tidak akan tercapai sekiranya satu pihak gagal melaksanakannya.

Mengikut kata Mac Collum, maksud program keselamatan jalanraya adalah


mematuhi dan mengimplimentasikan segala peraturan keselamatan yang telah
diperuntukkan oleh sesuatu badan atau organisasi. [3]

Oleh yang demikian, adalah penting untuk mempunyai satu program keselamatan
bertulis dan dipraktiskan oleh semua. Kata Martin Reape, Director of Health Sciences,
FMC Corp.,

.if you dont have a written program it means that you have not thought of it
through[4]

12
2.2.1

Pemantauan Kawasan Kerja

Pemantauan dengan membuat pemeriksaan ra pi di kawasan binaan adalah suatu


tugas yang amat penting. Ia berfungsi memastikan keadaan di kawasan kerja sentiasa
berada dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan sebarang risiko. Setiap individu
bertanggungjawab terhadap kawasan kerja. Sebagaimana yang tertulis didalam Arahan
Teknik Jalan di bawah tajuk, Project Management terdapat 2 perkara penting dalam
peraturan pengurusan tapak iaitu :

i)

sistematik

ii)

mengikut piawaian (standardisasi).[5].

Kawasan binaan perlu sentiasa kemas walaupun aktiv iti aktiviti kerja sedang giat
dijalankan. Perkara ini walaupun tidak terdapat dalam Arahan Teknik Jalan tetapi
terkandung didalam OSHA[6]

2.2.2

Pegawai Trafik

Setiap projek binaan perlu mempunyai seorang pegawai khas yang


bertanggungjawab mengenai penguru san trafik. Pegawai trafik perlu diberi kursus untuk
mendapatkan sijil kelayakan kerana tugas seorang pegawai trafik amat lah berat.
Disamping kursus induksi yang dianjurkan oleh NIOSH tentang keselamatan dan
kesihatan, beliau juga perlulah sentiasa me rujuk buku Arahan Teknik (Jalan) 2C/85
dimana dalam buku tersebut mempunyai panduan dari segi papantanda sementara
semasa pembinaan.

Sebagaimana dalam Arahan Teknik Jalan 2C/85, ada menyatakan, operasi yang
sementara seperti pembinaan jalan dan penyeleng garaan memerlukan perhatian yang
istimewa. Sekiranya suatu pembinaan dijalankan, papantanda yang kekal perlu
dikeluarkan dan digantikan dengan papantanda sementara. Dengan kata lain papantanda

13
sementara digunakan untuk memaklumkan pengguna jalanraya tenta ng halangan
halangan sepanjang kawasan pembinaan.[7]

2.2.3

Odit Keselamatan Jalanraya. /Road Safety Audit (RSA)

RSA boleh didefinasikan sebagai pemeriksaan yang formal terhadap


perancangan, rekabentuk dan pembinaan projek jalan serta karakter jalan yang telah
beroperasi oleh pegawai odit yang berkelayakan. Ia bertujuan untuk mengenalpasti
potensi yang bakal mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya.[8]

RSA mempunyai 5 peringkat iaitu:

1.

Peringkat perancangan dan kemunasabahan.

2.

Peringkat preliminary (draf) bagi rekabentuk

3.

Peringkat rekabentuk secara terperinci.

4.

Peringkat semasa pembinaan

5.

Peringkat mengodit pada jalan sediada

Objektif RSA ialah:

Mengenalpasti potensi halangan pada projek jalan yang baru bagi setiap
peringkat. Ia bertujuan menyel esaikan masalah supaya apabila jalan itu
beroperasi dapat meminimumkan kos dari segi penyelenggaraan.

Mengenalpasti halangan yang menyumbang kepada kemalangan di jalan yang


sediada. Ia bertujuan membaiki kawasan tersebut sebelum ia menjadi kawasan
kemalangan maut (black spot)

Memastikan tuntutan keselamatan kepada semua pengguna jalanraya adalah jelas


semasa membuat perancangan, semasa rekabentuk, semasa dalam pembinaan dan
untuk jalan yang akan beroperasi.

14

Untuk mengurangkan kemalangan yang perlu dibayar oleh pengguna jalanraya.

2.2.3.1 RSA Peringkat 4

RSA perlu diimplementasikan pada setiap projek sekurang kurangnya pada


peringkat pembinaan. Pelan pengurusan trafik terletak dibawah peringkat 4 dimana
informasi yang diperlukan adalah pelan pe mbinaan (construction plan) termasuk
lencongan trafik dan pelan tata atur yang berkaitan dengan pengurusan trafik semasa
pembinaan. RSA perlukan dilakukan setiap 3 atau 6 bulan sebagaimana arahan Pegawai
Penguasa. Satu laporan akan dikeluarkan setelah ker ja kerja pengoditan dijalankan.

Sepanjang kerja kerja mengodit dijalankan, dari masa kesemasa akan menyemak
antaranya ialah:

Pelan tata atur jalan termasuk jajaran geometri, lebar jalan termasuk bilangan
lorong jalan dan jenis kerb yang dipasang

Papan tanda termasuk jenis, saiz, penyusunan di kawasan binaan. Keperluan


guard rail atau penghadang jalan bagi melindungi tiang gantri

Garisan jalan iaitu penggunaan yang betul berkenaan jenis garisan termasuk saiz
dan warna. Penggunaan anak panah bagi penandaan jalan untuk laluan trafik
yang tertentu

Keselamatan jalanraya termasuk penggunaan penghadang jalan jenis guardrail


atau barrier. Kedudukan barrier adalah berkait rapat pada kawasan yang
terdedah kepada bahaya untuk pengguna jalanraya.

Lanskap termasuk pokok pokok atau sebarang tanaman yang boleh mengha

15

lang penglihatan pada laluan hadapan ataupun papantanda. Selain dari itu, terlalu
rimbun pokok boleh menghalang pencahayaan di kawasan binaan di kawasan
binaan.

Rajah 2.2

Carta aliran Audit Keselamatan Jalanraya Peringkat

16

2.3

Pelan Pengurusan Trafik (TMP)

Pelan pengurusan trafik lebih kepada menjurus kedudukan dan jenis alat yang
boleh mengawal aliran trafik di dalam zon pembinaan termasuk memberi informasi
kepada pengguna berkaitan jenis kerja yang dijalankan.

Sebelum sesuatu projek binaan jalanraya dimulakan samada projek yang dipantau
oleh JKR atau projek dibawah pemaju yang melibatkan jalan lencongan., perlulah
menghantar TMP untuk mendapatkan kelulusan daripada JKR. . Pihak JKR akan memberi
komen tentang pelan pengurusan trafik tersebut dan pihak kontraktor atau pemaju perlu
mematuhi syarat syarat yang dikenakan. Selain dari mengelakkan kemalangan ia juga
boleh membantu aliran trafik yang lancar di waktu sesak.

Kandungan TMP ialah termasuk skop perancangan yang terperinci hinggalah


skop yang mudah untuk dirujuk. TMP yang terperinci bergantung kepada projek yang
kompleks dan jumlah gangguan trafik semasa aktiviti kerja berjalan. Perancangan TMP
meliputi beberapa faktor untuk menentukan yang terbaik kepada pengguna melalui
kawasan kerja dengan selamat di waktu siang dan juga malam.

Peringkat pembinaan ditentukan didalam proses perancangan dan perlu disemak


bagi mengetahui peringkat yang kompleks, tempoh sesuatu akti viti kerja dan juga
masalah yang mungkin dihadapi. Perkara yang perlu di ambilkira secara terperinci
termasuklah:

Peraturan serta batasan yang telah sediada di kawasan pembinaan

Lokasi kerja ( samada dijalanraya, bahu jalan atau di cerun)

Jumlah lorong jalan yang diperlukan untuk aktiviti kerja

17

Halangan semasa aktiviti kerja contohnya paip services, parit dll

Jarak maksimum yang dibenarkan untuk kawasan kerja

Keperluan lain untuk trafik biasa.

2.3.1

Zon Kawalan Trafik

Zon projek haruslah disesuaikan supaya pengguna jalanraya tidak memandu


dengan laju semasa melalui kawasan pembinaan. Kelajuan ini boleh mengundang bahaya
kepada pekerja serta pengguna yang lain. Zon kerja perlu dipatuhi, dimana ia adalah
konsep asas bagi kerja kerja yang biasa dijalankan sem asa aktiviti aktiviti pembinaan.[9] .
Item pengurusan trafik termasuklah bagi kerja kerja pengorekan atau kerja di tepi
jalanraya, kedudukan mesin jentera di kawasan kerja serta bahan pembinaan di tepi
jalanraya. [10]

2.3.1.1 Zon A Kawasan Awalan Peringatan

Kawasan awalan peringatan adalah menjadi keperluan kepada semua zon trafik
untuk memudahkan pengguna mendapat maklumat sebelum sampai kawasan kerja.
Pengguna atau pemandu perlulah mempunyai masa yang mencukupi untuk mengubah
corak pemanduan. Zon ini adalah 2km dihadapan kawasan pembinaan yang
memerlukan sekurang kurangnya satu lampu blinkers. Walaubagaimanapun bagi
kawasan yang tidak melibatkan trafik, maka papantanda tidak diperlukan. Jadual 2.3
adalah formula mendapatkan jarak runcing (t aper length)

18

Jadual 2.1

Formula Jarak Runcing (Taper Length)

FORMULA FOR TAPER LENGTH

Posted Speed

Formula

70 km/h or under

L = WS^2/155

70 km/h or over

L = WS/1.6

Where L = taper length


W = width of lane or
offset
S = posted speed, or off peak 8 percentile speed

2.3.1.2 Zon B Kawasan Peralihan

Kawasan peralihan adalah dimana pemandu perlu menukar lorong dan melalui
lorong yang meruncing apabila berhadapan satu atau beberapa lorong yang ditutup bagi
laluan aktiviti kerja. Seperti di rajah 2.3 di bawah

Bagi memudahkan pemanduan, k awasan peralihan perlu jelas termasuk


menggunakan papan tandaan baru yang jelas dan membuang papan tandaan yang lama
bagi mengelakkan konflik semasa melalui kawasan peralihan ini. Penandaan anak panah
amat penting sebagai penunjuk arah.

19

Papan Tanda Tunjuk Arah


Bermula di kawasan peralihan.
Diletakkan di tiang yang tinggi

Rajah 2.3

Zon B Kaw. peralihan

Susunan Papan Tanda di Zon B

2.3.1.2 Zon C Kawasan Zon Buffer

Kawasan diantara zon peralihan dengan zon bekerja dinamakan zon b uffer. Zon
ini menempatkan kawasan yang selamat bagi pekerja serta pengguna jalanraya.
Adakalanya seseorang pemandu kurang prihatin terhadap penunjuk keselamatan maka
zon buffer memberi ruang kepada pemandu untuk memperlahankan kenderaan sebelum
menukar lorong.

20
Zon buffer tidak boleh menempatkan sebarang bahan binaan, mesin jentera
ataupun kenderaan pekerja. Ia hanya boleh menempatkan penunjuk arah sepanjang zon,
dimana jarak setiap penunjuk adalah separuh dari ruang jalan yang ditutup.
2.3.1.3 Zon D Kawasan Kerja

Kawasan kerja menempatkan semua aktiviti aktiviti kerja dan hanya eksklusif
pada pekerja, bahan bahan kerja serta segala mesin jentera. Bagi pengguna jalanraya atau
orang awam dilarang sama sekali memasuki kawasan kerja. Kawasan kerja ada
berkemungkinan tetap pada jangka masa yang panjang dan adakalanya berubah ubah.

Untuk kawasan kerja yang perlu dikekalkan sehingga waktu malam perlu lengkap
dengan delineator berbanding di siang hari. Penggunaan alat kawalan trafik di
kawasan kerja diperlukan bagi kemudahan pengguna jalanraya yang melalui kawasan
kerja Para pekerja juga diberi laluan yang selamat untuk keluar masuk ke kawasan
binaan. Kenderaan atau mesin jentera yang sentiasa keluar masuk perlu diberi perhatian
dan penunjuk amaran seperti pancaran lampu serta bendera perlu ada.

2.3.1.4 Zon E Kawasan Penamatan

Kawasan untuk laluan trafik yang bebas dari kawasan kerja dan laluan ke jalan
yang asal atau normal. Satu papan tanda PEMBINAAN TAMAT akan di letakkan.
Bertujuan membantu penggun a bahawa jalan akan kembali sediakala dan kelajuan
menjadi normal.

21

Zon C
Zon
Buffer

Zon D
Kaw. Kerja

Zon E
Kaw.
Penamatan

Papan tanda di kawasan


kerja.
Diletakkan di tiang yang
tinggi

Rajah 2.4

Susunan Papan Tanda di Zon C, Zon D dan Zon E

22

Rajah 2.5 Keseluruhan Susunan Papan Tand a

23
2.3.2

Papantanda Keselamatan Sementara

Dalam pembinaan jalanraya papantanda keselamatan ini adalah perkara utama


dalam menentukan keselamatan dalam kawasan kerja. Segala papantanda keselamatan
perlu disediakan mengikut jarak dengan perkataan yang sesuai, jelas serta mempunyai
pantulan cahaya. Jenis dan cara penyusunan papantanda boleh dirujuk melalui Arahan
Teknik Jalan 2C/85

Fungsi papantanda akan lebih ketara di waktu malam ataupun selepas hujan
kerana keadaan cuaca yang kabur dan gelap untuk pemandu lalulintas melihat keadaan
sebenar kawasan kerja. Papan tanda perlulah mempunyai reflektif bagi penglihatan
diwaktu malam dan waktu hujan.

Warna bagi papan tanda pembinaan sementara adalah standard iaitu:

i)

Tulisan dan garisan sempadan berwarna hitam berlatarbelakangkan warna oren

ii)

Kepingan reflektif berwarna Orange Fluorescent Prismatic

iii)

Papan tanda lencongan berwarna hitam belang berlatarbelakangkan warna oren.

Bentuk kesemua papan tanda sementara adalah berbentuk bulat, berbentuk


diamond ataupun berbentuk segiempat tepat. Papan tanda sementara perlulah di
dirikan pada penyokong mudah alih yang sesuai bagi kedudukan sementara. Semua
pemasangan papan tanda hendaklah diambilkira hentaman dan yang paling utama dapat
mengurangkan risiko kepada pengguna jalanraya. Bagi mobility yang maksima dan
mendapatkan hasil yang berkesan untuk sebahagian jenis penyenggaraan, papan tanda
yang besar perlulah di dirikan pada kenderaan atau lori. Contohnya bagi kerja kerja
memprimix jalan atau membersihkan bahu jalan ataupun longkang longkang. Dimana
papan tanda tersebut bergerak mengikut kenderaan atau lori tersebut.

Sebagaimana Arahan Teknik(Jalan) 2C/85, di dalam ra jah 2.7 dan rajah 2.8
adalah salah satu contoh papan tanda pembinaan sementara yang di lengkapkan dengan
ukuran standard untuk dipatuhi.

24

Rajah 2.6 Papan Tanda Pembinaan Sementara

25

Rajah 2.7 Papan Tanda Sementara Menunjukkan Lencongan

26
2.3.3

Jalan Alternatif

Pembinaan jalan alternatif perlu jika pembinaan yang akan dijalankan


memerlukan penggunaan keseluruhan kawasan asal. Cara ini juga dapat mengelakkan
daripada para pekerjanya terdedah kepada bahaya kenderaan yang melalui kawasan
kerja. Jika jalan alternatif ini terlalu hampir dengan kawasan kerja, pastikan kenderaan
bergerak dengan kelajuan yang rendah. Papantanda amaran dan kesela matan perlulah
lengkap dan mencukupi. Setiap kali ada penutupan jalan asal dan pengguna perlu melalui
laluan alternatif, perlulah dihebahkan melalui suratkhabar atau disiarkan melalui radio
Makluman mengenai penutupan jalan perlulah dimaklumkan dua minggu lebih awal
kepada orang awam.

2.3.4

Jalan Lencongan Sementara

Jika sesuatu pembinaan di kawasan asal seperti menaiktaraf jalan sediada atau
membina kerja yang tidak lama dan berpanjangan, maka satu jalan lencongan sementara
akan dibina. Jalan lencongan s ementara ini perlulah mengikut standard specification for
roadwork [11] agar ianya kukuh dan tahan lama seperti jalan sediada.

2.3.5

Garisan Jalan Sementara

Sentiasa memastikan garisan jalan sementara:

i)

menggunakan pelbagai jenis garisan yang tela h direkabentuk mengikut keperluan


lokasi.

27
ii)

kedudukan yang sesuai bagi garisan jalan berhenti dan beri laluan di simpang
simpang jalanraya.

iii)

membekalkan road studs (memberi reflektif pada garisan jalan) mengikut


keperluan dimana untuk keselama tan trafik.

iv)

membekalkan garisan arrow pada laluan trafik yang diperlukan

2.3.6

Sistem Mengawal Lalulintas

Walaupun langkah langkah keselamatan telah diambil sepanjang kawasan


pembinaan tetapi masih berlaku kemalangan. Ini berikutan dari sik ap pemandu yang
kurang sabar yang berada di belakang pemandu yang memandu agak perlahan.

Selain dari penyusunan papantanda amaran yang sistematik, meletakkan


pengawal bendera dapat juga mengawal sistem pengaliran lalulintas secara manual
seperti mengurangkan kelajuan, memberi laluan mesin jentera keluar masuk tapak
dengan memberhentikan kenderaan yang melalui kawasan itu.

2.3.7

Kerja Waktu Malam

Bekerja di waktu malam adalah menjadi kebiasaan bagi laluan trafik yang agak
sibuk di siang hari contohnya di jalan Pasir Gudang. Di waktu malam langkah
keselamatan perlu dipertingkatkan kerana pandangan seseorang agak kurang jelas
terutama dikawasan binaan yang gelap.

28

Rajah 2.8 Bekerja Di Waktu Malam

Pekerja perlulah memakai pakaian kesela matan atau safety vest yang pantul
cahaya dan jarak penglihatan yang tinggi supaya pengguna awam atau operator jentera
dapat melihat pekerja terbabit.

Kawasan binaan perlu mempunyai lampu jalan atau menyediakan lampu


sementara bagi limpahan cahaya keata s kawasan binaan bagi menerangi kawasan kerja.
Kawasan yang gelap akan mengundang bahaya walaupun cukup papantanda amaran di
tapak bina. Semua jentera yang digunakan hendaklah mempunyai lampu amaran (amber
flashing beacons). Lampu blinkers hendaklah dipasang setiap malam sepanjang
kawasan binaan walaupun tiada sebarang aktiviti dilakukan pada waktu malam.

29

Rajah 2.9 Papan Tanda Perlu Mempunyai Reflektor

2.3.8

Penghadang Keselamatan

Penghadang keselamatan juga penting bagi menghindarkan kende raan awam


memasuki kawasan kerja. Antara bahan bahan yang digunakan ialah kon, plastic
barrier, lampu blinkers. Walaubagaimanapun, sesuatu penghadang tidak akan
berfungsi sekiranya penggunaan yang tidak sesuai ataupun cara penyusunan yang tidak
mengikut Arahan Teknik Jalan. Maka fungsi penghadang tidak akan mencapai
matlamatnya Antara penghadang keselamatan yang diguna di kawasan pembinaan ialah: -

Kon

Alat ini kebiasaanya digunakan bagi memberi panduan kepada pengguna


jalanraya jika terdapat jalan lencongan yang perlu dilalui

30

Rajah 2.10

Lampu Blinkers dan Tong Drum Plastik

Tong drum plastik

Alat ini diperbuat daripada plastik dan mempunyai jalur putih berpantulan cahaya
diwaktu malam. Tujuannya sebagai panduan jalan lencongan dan juga se bagai
penghadang kawasan kerja

Lampu Blinkers

Lampu yang berwarna oren dan berkelip kelip dengan menggunakan bateri. Ia
berfungsi sebagai memberi amaran ada halangan di hadapan pemandu terutama di
sebelah malam.

31

`Plastik Jersey Barrier

Alat ini disusun rapat rapat yang mana ia mengunci antara satu sama lain. Plastik
barier ini lompong di dalamnya dan perlu diisi dengan air atau pasir bagi
memberatkan bahan ini. Plastik barrier yang tidak diisi dengan air atau pasir dan
susunan tidak rapat maka ia tiada fungsi sebagai penghadang jalan.

2.3.9

Tanggungjawab Agensi

Sebelum memulakan sesuatu projek perlu ada mesyuarat pra pembinaan bertujuan
untuk berbincang dengan agensi agensi yang terlibat di kawasan binaan. Pengurusan
trafik juga mempunyai kaitan dengan agensi agensi lain bagi mendapatkan tahap
keselamatan yang tinggi sama seperti yang dipraktiskan oleh kontraktor utama. Pihak
agensi perlulah merujuk kepada pihak JKR untuk mendapatkan khidmat nasihat
mengenai penggunaan alat alat keselamata n di kawasan pembinaan.

Pihak berkuasa tempatan dan pihak polis juga mesti di maklumkan mengenai
pembinaan yang akan dijalankan disesuatu kawasan. Ini perlu untuk tindakan susulan
dari badan tersebut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini di kawasan ta pak projek.

2.4

Kesimpulan

Keperihatinan setiap pihak yang terlibat dalam binaan untuk


meningkatkan tahap keselamatan amatlah wajar. Ini bagi meningkatkan mutu dan
kualiti keselamatan di tapak pembinaan. Program keselamatan yang menyeluruh
hendaklah dijadikan amalan kerana ia mencerminkan imej sesuatu organisasi.
Selain dari itu banyak faedah yang boleh diperolehi hasil daripada perlaksanaan
pengurusan trafik yang teratur. Kesedaran dan keperihatinan yang diberikan dapat
menyelamatkan pelbagai pihak ter masuk pekerja dan pengguna jalanraya.

32

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Kajian metodologi merupakan kaedah yang digunakan dalam memperolehi


maklumat maklumat yang bersesuaian serta yang berkaitan dengan kajian ya ng dijalankan.
Ia bertujuan memudahkan proses pencarian maklumat dan juga memastikan setiap
maklumat yang diperolehi; berkaitan dengan tajuk PSM yang dibuat. Kesemua maklumat
diperolehi dari pengumpulan data data, kemudian disusun dan dipilih seterusnya m embuat
penganalisaan.

Untuk memperolehi maklumat maklumat yang ada kaitan dengan kajian serta
yang mencapat objektif objektif yang ditetapkan , penyelidikan ini dilaksanakan melalui
kaedah kaedah seperti berikut: -

1.

Perbincangan awal

2.

Kajian Literatur

3.

Pengumpulan data

4.

Analisa data

5.

Kesimpulan dan cadangan

33

3.5

Perbincangan Awal

Perbincangan awal adalah untuk memperolehi gambaran awal mengenai tajuk


yang akan dibuat untuk PSM ini. Perbincangan awal telah diadakan bersama Encik
Bachan Singh. Ia meliputi segal a turutan kerja yang harus dibuat, sumber sumber
rujukan yang boleh diperolehi, jabatan jabatan yang boleh membantu serta masalah
masalah yang mungkin timbul semasa menjalankan kajian ini.

3.6

Kajian Literatur

Untuk menambahkan lagi kefahaman mengenai is u yang dikaji, langkah


seterusnya mendapatkan maklumat melalui sumber rujukan dari Perpustakaan, keratan
akhbar serta jurnal. Sumber IT juga digunakan dari laman web dimana melalui internet
akan memperolehi maklumat yang lebih banyak dan sesuai.

3.7

Pengumpulan Data

Bagi tujuan perbandingan dengan hasil kajian literatur, data data yang berkaitan
dengan kajian ini telah dikumpulkan dengan tujuan untuk menilai sejauh mana ketepatan
literatur yang telah dibuat dengan membuat perbandingan dengan keadaan sebe nar yang
berlaku dalam situasi pembinaan projek jalan.

34
Terdapat 2 kaedah pengumpulan data yang dijalankan iaitu: -

1.

Temuduga diadakan dengan pegawai yang berkaitan

2.

Kajian soal selidik

3.4.1

Artikel mengenai keselamatan di dalam pembinaan jalanraya

Artikel atau maklumat diperolehi melalui nota ceramah, buku, majalah, tesis dan
dari laman web yang berkaitan dengan keselamatan dalam projek pembinaan jalanraya

3.4.2

Laman Web

Melalui laman web internet pula, langkah langkah keselamatan di pembinaan


jalanraya telah diperolehi dari laman web, antaranya: - National Highway Traffic Safety
Administration serta beberapa laman web yang berkaitan.

Di dalam laman web yang diperolehi terdapat terlalu banyak artikel artikel yang
ada kaitan, namum hanya artikel yan g baik dan relevan dengan situasi dengan Negara
kita diambil untuk dibuat rujukan.

35
3.4.3

Kajian Soal Selidik

Kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan data secara praktikal iaitu keadaan
sebenar yang berlaku. Kumpulan sasaran yang terlibat adalah kontraktor, pengguna
jalanraya serta pegawai JKR. Pemilihan responden secara rambang adalah bertujuan
untuk mendapatkan pandangan pihak masing masing kerana setiap responden
mempunyai pengalaman dan pandangan yang berbeza beza. Sudah pastinya setiap
responden yang ditanya mahukan laluan dikawasan pembinaan selesa dan sekiranya
boleh kesesakan lalulintas diwaktu pagi dan petang dapat dikurangkan.

Hasil tinjauan ke beberapa tapak pembinaan jalanraya sekitar Johor Bahru telah
diperolehi. Soalan soalan yang ditanya adalah terdiri dari kuantiti alat alat keselamatan
yang digunakan di kawasan kerja pembinaan serta masalah masalah yang dihadapi
sepanjang mengimplementasikan alat alat keselamatan tersebut.

3.5 Analisa Data

Analisa dibuat setelah kesemua data yang dik ehendaki diperolehi dengan lengkap
hasil dari pengumpulan kajian soal selidik yang dibuat. Analisa ini dapat memberi
gambaran yang lebih jelas akan isu yang dikaji. Segala masalah yang kerap terjadi
mahupun kemungkinan wujudnya masalah baru dapat dikena lpasti dan dengan itu
langkah susulan dapat diambil.

Kaedah penganalisan data dilaksanakan dengan menggunakan Purata Indeks.


Data yang diperolehi dan diterima daripada responden melalui soal selidik akan disusun
dan kemudian akan dianalisis dengan menggun akan kaedah purata indeks dan statistik
mudah yang sesuai dengan objektif dan skop kajian. Jadual dan carta akan digunakan
bagi mentafsirkan data data yang diperolehi.

36

Rajah 3.1 Carta Kajian Metodologi

37
3.6 Analisa Data

Analisa dibuat setelah kesemua data yang dikehendaki diperolehi dengan lengkap
hasil dari pengumpulan kajian soal selidik yang dibuat. Analisa ini dapat memberi
gambaran yang lebih jelas akan isu yang dikaji. Segala masalah yang kerap terjadi
mahupun kemungkinan wu judnya masalah baru dapat dikenalpasti dan dengan itu
langkah susulan dapat diambil.

Kaedah penganalisan data dilaksanakan dengan menggunakan Purata Indeks.


Data yang diperolehi dan diterima daripada responden melalui soal selidik akan disusun
dan kemudian akan dianalisis dengan menggunakan kaedah purata indeks dan statistik
mudah yang sesuai dengan objektif dan skop kajian. Jadual dan carta akan digunakan
bagi mentafsirkan data data yang diperolehi.

3.5.1

Purata Indeks

Purata Indeks dibuat berdasarkan ke pada formula seperti berikut (Al -hammad
et.al, 1996).

Purata Indeks =

aixi

xi

Dimana:
ai = konstan yang menunjukkan pemberat bagi i
xi = pembolehubah yang menujukkan kekerapan responden
i = 1,2,3,4,5 dan digambarkan sepert i berikut.

X1 = kekerapan jawapan bagi sangat mematuhi

: 1.0 < IP 1.5

X2 = kekerapan jawapan bagi mematuhi

: 1.5 < IP 2.5

X3 = kekerapan jawapan bagi sederhana mematuhi : 2.5 < IP 3.5


X4 = kekerapan jawapan bagi kurang mematuhi

: 3.5 < IP 4.5

X5 = kekerapan jawapan bagi tidak mematuhi

: 4.5 < IP 5.0

38
Bagi mengenalpasti tahap penyeleggaraan secara keseluruhan, kaedah Indeks
Purata (IP) dengan menggunakan lima (5) tahap kategori skil digunakan bagi
menggambarkan keutamaan faktor penghalang tersebut. Kategori skil yang digunakan
adalah seperti berikut:-

1 = Sangat Mematuhi

2 = Patuhi

3 = Sederhana Mematuhi

4 = Kurang Mematuhi

5 = Tidak Mematuhi.

3.7 Kesimpulan Dan Cadangan

Keselamatan semasa pembinaan amatlah penting. Selain dari pengguna jalanraya


yang terdedah kepada bahaya, pekerja pekerja di tapakbina juga turut sama terdedah
dengan bahaya. Jika pengurusan trafik tidak diadaptasi kan di tapak binaan maka
peratusan kemalangan berlaku amatlah tinggi. Hasil dari kajian literatur, pengumpulan
data dan analisa yang telah dil akukan, maka satu kesimpulan dapat dibuat sebagai hasil
rumusan dari tajuk isu yang dibincangkan.

39

BAB IV

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1

Pendahuluan

Bab ini akan menerangkan tentang kepentingan analisis serta analisis analisis
yang telah dijalankan. Analisis dibuat berdasarkan jawapan daripada kajian soal selidik
daripada pegawai yang mewakili pegawai penguasa (Jabatan Kerja Raya dan Pihak
Berkuasa Tempatan), kontraktor dan juga orang awam (pengguna jalanraya).

Pihak Jabatan Kerja Raya dan Unit Keselamatan Jalanraya sentiasa meningkatkan
tahap keselamatan semasa dalam pembinaan menerusi pengurusan trafik yang
diimplementasikan kepada semua pegaw ai Jabatan Kerja Raya serta kontraktor
kontraktor. Seiring dengan arahan Ketua Pengarah Kerja Raya, maka satu kajian telah
dibuat bagi memastikan pengurusan trafik di gunapakai disetiap pembinaan serta
mengenalpasti masalah masalah yang dihadapi dalam men gimplementasikan pengurusan
trafik tersebut dikalangan kontraktor.

Walaupun kajian ini terdapat kelemahan dan kekurangan, tetapi analisis dan
perbincangan yang dibuat diharap dapat membuka minda terutama kepada kontraktor
betapa pentingnya pengurusan traf ik demi keselamatan dan keselesaan kepada pengguna.

40
4.4

Kepentingan Analisis

Analisis sama juga ertinya dengan menguraikan data data mentah yang diperolehi
dengan cara membuat kesimpulan serta ringkasan daripadanya. Di dalam kajian ini,
semua maklumat dan data data yang diperolehi adalah banyak dan berbentuk subjektif
dimana perlu dirumuskan secara ringkas dan padat. Dari huraian tersebut barulah boleh
membuat kesimpulan dan keputusan akhir ini dpat difahami oleh pengguna lain yang
ingin mengetahui dan mendapat maklumat dari kajian yang telah dijalankan. Secara
umumnya, analisis sangat penting dalam apa jua perkara yang melibatkan keputusan
terutamanya dalam bidang penyelidikan yang memerlukan data data diguna semula agar
dapat disampaikan dalam bentuk ya ng mudah difahami oleh semua pengguna.

4.5

Kajian Soal Selidik

Sessi soal selidik telah dijalankan disekitar daerah Johor Bahru. Tempoh 2
minggu dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 15 pegawai pegawai
dari Jabatan Kerja Raya dan Majl is Bandaraya Johor Bahu, 15 kontraktor kontraktor yang
terlibat dengan projek pembinaan jalan serta 40 orang awam yang diberi secara rawak.

Borang ini dibuat dalam 3 set, iaitu 1 set kepada Pegawai Penguasa, 1 set kepada
kontraktor dan 1 set lagi kepada o rang awam. Ketiga tiga set borang soal selidik ini
adalah berlainan bentuk soalan bagi tujuan membuat perbandingan samada objektif asal
yang disasarkan tercapai ataupun tidak. Soalan soalan yang disediakan adalah dalam
bentuk aneka pilihan bagi memudahkan pihak responden menjawab soalan soalan yang
disediakan. Terdapat 5 kotak iaitu contohnya, sangat setuju, setuju, sederhana setuju,
kurang setuju dan tidak setuju yang perlu ditandakan oleh pihak responden. (Sila rujuk
lampiran).

41

Jadual 4.1 Senarai Projek Daerah Johor Bahru


Bil

Senarai Projek

Projek Membina Jalan Dan Jambatan Kedua Permas Jaya, Johor Bahru

Projek Menaiktaraf Jalan Tampoi Kepada Empat Lorong Johor Bahru

Membina Dua Persimpangan Bertingkat Di Jalan Tampoi Johor Bahru

Proposed Privatisation Of Eastern Dispersal Link (EDL) Expressway, JB

Cadangan Membina Jalan Pintas Dari Sengkang (J104) Ke Felda


Inas,Bandar Tenggara, JB

Projek Menilai Membaiki Dan Menggantikan Jambatan Di Ft001/039/60,


Sg Tak Bernama, JB

Projek Menggantikan Jambatan Sg Tak Bernama Di Jalan Persekutuan


Ft001/054/80, , JB

Membina Dan Menyiapkan Naiktaraf Jalan Sebahagian Jalan Ulu Tiram Ulu Tebrau, Johor Bahru

Cadangan Mengatasi Masalah Banjir Kilat Di La luan Ft 017 Seksyen 5


(Lebuhraya Pasir Gudang) Johor Bahru

10

Membina Dan Menyiapkan Jejantas Pejalan Kaki di Seksyen 23,


Lebuhraya Pasir Gudang

11

Cadangan Membina Jaln Masuk Ke Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan


Johor Di Nusajaya Dari Link Kedua .

42
Jadual 4.1 menunjukkan sebahagian dari projek didalam daerah Johor Bahru yang
telah dilawati. Lawatan ke kawasan tapak projek diadakan sehari selepas membuat
temujanji dengan pengurus projek tersebut. Tujuan lawatan adalah untuk membuat soal
selidik bagi mendapatkan kesimpulan awal mengenai pengurusan trafik yang dijalankan
di setiap kawasan kerja pembinaan jalanraya. Lawatan ke projek ini mempunyai kaitan
dengan objektif no. 3 iaitu untuk mengenalpasti masalah kontraktor mengenai
pengurusan trafik sepanjang pembina an.

4.5.1

Mengkaji Kepatuhan Kontraktor Terhadap Kehendak Dokumen Kontrak


Mengenai Pengurusan Trafik.

Jadual 4.2 : Kepatuhan Kontraktor Terhadap Dokumen Kontrak


1

Indek
s
purat
a

Cadangan dan pelan pengurusan trafik disediakan


untuk semakan Pegawai Penguasa (PP)

10

1.93

Pengurusan trafik dipraktiskan dari masa kesemasa

1.47

Pasukan pengurusan trafik ada disediakan.

1.93

Laporan harian keselamatan disediakan dan


diserahkan
kepada Pegawai Penguasa setiap 3 bulan

10

2.07

Kuantiti alat keselamatan yang dinyatakan dalam


dok.
tender adalah mencukupi

10

2.60

Jalan alternatif/jalan lencongan dibina mengikut


standard
spesifikasi jalan dan selamat digunakan.

2.40

2.53

Jalan alternatif/jalan lencongan diselenggara seti ap


masa

43
1

Indeks
purata

Kuantiti peralatan berikut disediakan


sebagaimana dlm dokumen tender

Papan tanda amaran

2.73

Papan tanda tunjuk arah

2.93

Kon

2.60

Plastik penghadang (New Jersey Barrier)

2.73

Lampu blinkers

2.73

Kesemua penanda keselamatan diselenggara


dengan baik

3.13

3.47

3.40

3.13

3.33

10 Plastik penghadang diisi dengan air/pasir


11

Kawasan kerja mempunyai pencahayaan yang


terang

12 Pengawal bendera disediakan di kawasan kerja


13 Pada keseluruhannya, kontraktor mematuhi

kehendak dokumen tender mengenai pegurusan


trafik
Petunjuk:
1 = Sangat setuju
2 = Setuju
3 = Sederhana setuju

4 = Kurang setuju
5 = Tidak setuju

Jadual 4.2 menunjukkan soal selidik yang diedarkan kepada 15 orang wakil
Pegawai Penguasa didalam Jabatan Kerja Raya dan juga kepada Pih ak Berkuasa
Tempatan (PBT).

Didalam soal selidik ini menunjukkan kepatuhan kontraktor terhadap arahan yang
dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa untuk menghantar cadangan dan pelan pengurusan

44
trafik untuk semakan dan mendapat kelulusan. Pihak kontraktor ju ga perlu memastikan
bahawa sepanjang tempoh pembinaan perlulah mempraktiskan pengurusan trafik dengan
menyediakan satu pasukan yang bertanggungjawab dan tahu berkenaan pengurusan
trafik. Selain dari menyerahkan laporan harian setiap 3 bulan, kuantiti yan g telah
ditetapkan dalam dokumen kontrak perlulah sentiasa mencukupi. Bagi kawasan kerja
yang mempunyai jalan lencongan atau jalan alternatif, pihak kontraktor perlu sentiasa
memastikan bahawa jalan tersebut disediakan mengikut sepertimana jalan sediada d an
disenggara sepanjang tempoh pembinaan.

Selain dari itu, bagi kawasan projek yang memerlukan jalan lencongan ataupun
jalan alternatif, pegawai penguasa perlu memantau bahawa pembinaan jalan tersebut
mematuhi spesifikasi jalan dan sentiasa diselenggara u ntuk keselesaan pengguna.

CARTAPAI : KEPATUHAN KONTRAKTOR TERHADAP DOKUMEN


KONTRAK
3.47

1.93

3.13

1.47

1.93
2.07

3.33

2.6
2.4

3.13
2.53

3.4
2.73

Rajah 4.1

2.73
2.73

2.6

2.93

Menunjukkan Carta Pai Kepatuhan Kontraktor Terhadap Dokumen


Kontrak

45
4.5.2

Mengenalpasti Masalah Kontraktor Dalam Pengurusan Trafik Semasa


Pembinaan

Jadual 4.3 : Masalah Pengendalian Pengurusan Trafik


1

Indeks
purata

Masalah kerap berlaku kecurian atau dilanggar


semasa tempoh pembinaan
Kon

1.47

Blinkers

1.60

Delineator

4.13

Petunjuk:

Plastik penghadang (New Jersey Barrier)

3.73
1 = Sangat kerap

Papan tanda tunjuk arah / amaran

10

2.73

2 = Kerap
3 = Sed. kerap

3
a

Kerap menggantikan alat alat keselamatan


jika berlaku kecurian atau rosak sebab dilanggar
Sepanjang mengendalikan projek pembinaan
Kuantiti bagi alat keselamatan didalam BQ
tidak mencukupi.

12

2.33

4 = Kurang kerap
5 = Tidak kerap

3.13
Petunjuk:

Kos yang diletakkan didalam BQ adalah rendah

Kesukaran mengalihkan plastik penghadang


yang
telah diisi dengan air / pasir

2.87
1 = Sangat setuju

2.33

2 = Setuju
3 = Sed setuju
4 = Kurang setuju

6
7

Setiap kali memindahkan plastik atau konkrit


penghadang melibatkan mobilization & kos
Projek yang lewat siap akan meningkatkan lagi
kos dalam pengurusan trafik
Tidak mendapat sebarang harga tambahan bagi
menampung kos yang telah meningkat akibat
projek yang telah terlewat.

10

1.60

12

1.47

2.07

5 = Tidak setuju

46
GRAF : KEPUTUSAN SOAL SELIDIK DARI KONTRAKTOR

4.13

4.5

3.73

3.13

3.5

2.73
3

2.87
2.33

2.33

2.07

2.5
2

1.47

1.6

1.6

1.47

1.5
1
0.5
0
1

LEGEND
Kon dicuri/dilanggar

Blinkers dicuri/dilanggar

Delineator dicuri/dilanggar
Papan tanda dicuri/dilanggar

NJB dicuri/dilanggar
Kekerapan menggantikan alat keselamatan

Kuantiti dlm BQ tidak mencukupi


Kesukaran mengalihkan NJB yang telah diisi dgn pasir

Kos dlm BQ rendah


Pemindahan NJB melibatkan kos

Projek lewat siap meningkatkan kos

Tidak mendapat VO

Rajah 4.2: Graf Keputusan Soal Selidik Dari Kontraktor

Bagi mengenalpasti masalah kontraktor dalam pengurusan trafik sepanjang


tempoh projek berjalan, maka borang soal selidik diedarkan kepada 15 kontraktor bagi
mengetahui masalah mereka. Ia adalah untuk mengetahui ma salah pengendalian
pengurusan trafik dengan kos yang telah diletakkan semasa mengisi dokumen tender dan
juga masalah menyenggara alat keselamatan tersebut sepanjang tempoh projek.

Dari jadual 4.3 di atas, didapati pihak kontraktor tidak berpuas hati deng an
kuantiti alat keselamatan yang disediakan didalam BQ. Pihak kontraktor mendapati
kuantiti tidak mencukupi untuk digunakan sepanjang tempoh projek. Ini berikutan
sekiranya tempoh projek tidak dapat disiapkan mengikut seperti yang dijadualkan, maka
pihak kontraktor perlu menanggung segala kerosakan alat alat keselamatan tersebut.
Selain dari itu, bagi kontraktor yang kurang berpengalaman, adakalanya kos untuk alat
keselamatan yang diletakkan dalam BQ adalah rendah. Maka pihak kontraktor perlu
mananggung segala kekurangan kos bagi alat alat tersebut. Selain dari itu kesukaran
kontraktor mengalihkan plastik atau konkrit penghadang juga menjadi isu kerana

47
melibatkan mesin dan kos. Masalah kecurian adalah salah satu masalah utama dalam
mengendali projek. Setiap projek telah dipertanggungjawabkan mempunyai pegawai
keselamatan di tapak bina walau bagaimanapun kehilangan alat alat keselamatan tetap
tidak dapat dielakkan.

4.5.3

Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap Jalan Yang Sedang


Dalam Pembinaan

Jadual 4.4 : Hasil Dari Soal Selidik Untuk Mendapatkan Kepuasan Pengguna
Terhadap Jalan Yang Sedang Dalam Pembinaan

1
2

Kekerapan melalui jalan dalam pembinaan

Indek
s
purat
a

1
6

1
1

2.30

3
3

4.80

Kekerapan terlibat dalam kemalangan semasa


melalui kawasan binaan

ker

Kekerapan melihat kemalangan yang berlaku


dalam kawasan binaan

1
1

2
0

3.08

1
9

1
2

2.80

1
6

1
3

2.93

1
8

1
2

2.88

Papan tanda tunjuk arah atau papan tanda amaran


terang (tidak kabur)

Kedudukan papan tanda tunjuk arah/ papan tanda


amaran boleh dibaca ketika sedang memandu

Bilangan papan tanda tunjuk arah atau papan


tanda amaran mencukupi

1
0

Garisan jalan sementara boleh dilihat dengan


terang

1
9

4.10

setu

48
1

Indeks
purata

Kawasan kerja binaan terang

15

10

3.40

Lampu blinkers mencukupi

19

3.68

10

Garisan jalan sementara dapat dilihat dengan


terang

19

10

3.23

Papan tanda tunjuk arah atau papan tanda


amaran mempunyai reflektif

20

10

3.93

Kawasan kerja yang merbahaya dapat dilihat


dengan jelas

11

15

3.38

Anda berpuas hati semasa melalui jalan


lencongan sementara

12

17

3.08

13

15

2.50

11

12

13

14

Anda rasa keliru semasa menukar laluan di


kawasan binaan
Petunjuk:
1 = Sangat setuju
2 = Setuju
3 = Sederhana setuju

4 = Kurang setuju
5 = Tidak setuju

Dari jadual 4.4, keputusan didapati bahawa pengguna kerap melalui jalan dalam
pembinaan. Ini berikutan Negara Malaysia yang sedang membangun mempunyai banyak
projek projek bagi menaiktaraf jalan jalan d i Malaysia. Walaubagaimanapun kekerapan
terlibat dalam kemalangan adalah kurang ataupun tidak kerap.

Selain dari itu didapati pengguna tidak berpuashati dengan bilangan papan tanda
amaran di kawasan pembinaan. Papan tanda juga tidak begitu terang kemung kinan
disebabkan tidak dicuci atau disenggara. Adakalanya, kontraktor tidak menggunakan
papan tanda amaran yang mempunyai kepingan reflektif yang boleh memantul cahaya
diwaktu malam apabila disuluh dengan lampu. Pandangan akan bertambah kabur
terutama diwaktu hujan. Semasa menukar laluan biasa ke laluan yang melalui kawasan

49
kerja ramai pengguna keliru oleh kerana garisan jalan sementara yang tidak terang
ataupun garisan lama tidak dibuang. Kemalangan boleh berlaku akibat tidak sempat
menukar laluan atau menekan brek secara kecemasan.

Keadaan tempat kerja yang sempit ataupun mesin jentera yang berada di kawasan
kerja boleh mengundang kecelakaan sekiranya pandangan pengguna tidak jelas. Ini
diburukkan lagi dengan kawasan kerja yang gelap dan kurang blinkers di waktu malam.
Rata rata, pengguna kurang berpuashati dengan keadaan tapak bina walaupun kontraktor
telah mengimplementasikan pengurusan trafik di kawasan pembinaan.

GRAF: KEPUTUSAN SOAL SELIDIK PENGGUNA JALANRAYA

WAKTU MALAM

WAKTU SIANG

3.93

4.5

3.68
3.4

3.23
3.08
2.8

3.5

2.93

3.38
3.08

2.88
2.5

3
2.5
2
1.5
1
0.5
0

Legend

Bil. papan tanda

Kedudukan papan tanda

Papan tanda tidak kabur

Garisan jln sementara terang

Keliru semasa menukar laluan

Kaw. kerja terang

Lampu blinkers mencukupi

Garisan jalan terang

Papan tanda mempunyai reflektif

Kaw. kerja jelas

Pengguna berpuashati

Rajah 4.3: Keputusan Yang Ditunjukkan Melalui Graf Pada Waktu Siang Dan
Waktu Malam

50

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Hasil daripada analisis yang dijalankan di bab 4 dan kajian literature di bab 2,
objektif kajian seperti berikut dapat dicapai:

a)

Mengkaji kehendak sebagaimana dalam dokumen kontrak terhadap perlak sanaan


pengurusan trafik semasa pembinaan

b)

Mengkaji kepatuhan kontraktor terhadap kehendak dokumen kontrak mengenai


pengurusan trafik.

c)

Mengenalpasti masalah kontraktor dalam pengurusan trafik semasa pembinaan.

d)

Mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhad ap jalan yang sedang dalam


pembinaan.

51
5.2

Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, berikut adalah kesimpulan berdasarkan


objektif objektif seperti di atas.

5.2.1

Objektif 1: Mengkaji Kehendak Sebagaimana Dalam Dokumen Kontrak


Terhadap Perlaksanaan Pengurusan Trafik Semasa
Pembinaan

Hasil daripada kajian terhadap 10 Dokumen Kontrak, terdapat 2 jenis BQ, iaitu :

i)

Jenis 1: BQ untuk pengurusan trafik mengikut kuantiti yang telah ditetapkan oleh
pegawai yang menyediakan dokumen tend er.

ii)

Jenis 2 ialah item bagi pengurusan trafik diletakkan sebagai Provisiona l Sum
dimana kontraktor akan memberi cadangan kuantiti yang akan digunakan secara
anggaran kepada pihak konsultan untuk mendapat kelulusan.

Hasil kajian daripada kehendak kehendak am mengenai pengurusan trafik adalah


seperti berikut:

i)

Kontraktor perlulah menyenggara dan menggantikan kesemua alat alat


keselamatan di bawah pengurusan trafik sebagaimana klausa 1.20.4

52
ii)

Kontraktor perlulah menjaga keselamatan dan peralatan peralatan keselamatan


di kawasan pembinaan sepanjang tempoh kontrak . Segala kehilangan alat alat
keselamatan perlulah diganti mengikut kuantiti yang telah ditetapakan didalam
dokumen kontrak. Maka menjadi tanggungjawab kontraktor diatas peralatan
tersebut.

iii)

Kontraktor juga perlulah mendirikan dan menyenggara kesemua papan tanda dan
juga alat alat keselamatan seperti lampu amaran.

iv)

Kontraktor apabila hendak mengisi kos bagi alat alat keselamatan di bawah
pengurusan trafik perlulah mengambil kira kos penggantian alat alat yang hilang
samada dicuri atau rosak dan kontraktor perlulah menggantikan dengan kadar
segera

v)

Kerja kerja menyenggara dan menggantikan alat alat keselamatan di letak


dibawah satu item khas dan diletakkan sebagai harga puk al. Kontraktor perlulah
mengambilkira kehilangan atau kerosakan sepanjang tempoh kontrak.

vi)

Pegawai Penguasa mempunyai kuasa untuk melantik pihak ke 3 sekiranya pihak


kontraktor gagal mematuhi arahan pengurusan trafik sebagaimana didalam
dokumen kontrak

vii)

Ada dokumen tender yang menyatakan kehendak sebagaimana spesifikasi,


dimana kontraktor perlu mematuhinya dan kontraktor tidak boleh membuat
tuntutan bagi penggantian setiap alat keselamatan

Walaubagaimanapun ada juga dokumen tender yang begit u longgar kontraknya


disebabkan tidak dinyatakan kehendak yang perlu di buat oleh kontraktor. Bagi dokumen
ini, pihak kontraktor mempunyai ruang untuk menuntut setiap penggantian yang telah
dibuat. . Bilangan kuantiti setiap alat keselamatan bergantung k epada panjang atau luas
kawasan pembinaan. Selain daripada itu kos projek juga mempengaruhi bilangan kuantiti
bagi alat alat keselamatan

53

Rajah 5.1 : Dokumen dokumen kontrak yang disemak

5.2.2

Objektif 2: Mengkaji kepatuhan kontraktor terhadap kehendak dokumen


kontrak mengenai pengurusan trafik

Hasil daripada kajian, dimana soalselidik daripada Pegawai Penguasa, telah


dianalisis dan didapati bahawa ada perkara perkara yang dipatuhi dan ada perkara yang
sederhana dipatuhi. Perkara perkara yang sangat dipatuhi oleh kontraktor adalah seperti
berikut:

54
Perkara Yang Dipatuhi:

i.

Cadangan dan pelan pengurusan trafik disediakan untuk semakan Pegawai


Penguasa

ii.

Pasukan pengurusan trafik disediakan

iii.

Laporan harian keselamatan disediakan dan diserah kan setiap 3 bulan

iv.

Jalan alternatif atau jalan lencongan disediakan

Perkara Yang Sederhana Di Patuhi:

Penyelenggaraan pada jalan alternative dan juga jalan lencongan

ii

Penyediaan kuantiti alata keselamatan seperti papan tanda amaran, papan tand a
tunjuk arah, kon, plastik penghadang, lampu blinkers dan lain lain

iii

Penyelenggaraan kesemua penanda keselamatan

iv

Pencahayaan kawasan kerja perlu terang

Penyediaan pengawal bendera

Pada keseluruhan didapati bahawa kontraktor sederhana mematuh i kehendak


dokumen tender mengenai pengurusan trafik untuk objektif no. 2

55
5.2.3

Objektif 3: Mengenalpasti masalah kontraktor dalam pengurusan trafik


semasa pembinaan

Hasil daripada kajian, masalah utama kontraktor dalam pengurusan trafik semasa
pembinaan adalah seperti berikut:

i.

Kerap berlaku kecurian atau dilanggar alat alat keselamatan seperti kon,
blinkers, papan tanda tunjuk arah, plastik penghadang, delineator dan lain lain

ii.

Kerap menggantikan alat alat keselamatan seperti kon, blinkers, p apan tanda
tunjuk arah, plastik penghadang, delineator dan lain lain

iii.

Kerap membaiki jalan lencongan

iv.

Kuantiti bagi alat alat keselamatan didalam BQ tidak mencukupi

v.

Kesukaran mengalihkan plastik penghadang yang telah diisi dengan air atau
pasir.

vi.

Setiap kali pemindahan plastik atau konkrit penghadang akan melibatkan kos
mobilization

vii.

Projek yang lewat siap akan meningkatkan lagi kos dalam pengurusan trafik. Ini
berikutan kecurian atau kehilangan alat alat keselamatan yang perlu diganti bagi
mendapatkan kuantiti yang mencukupi di tapak pembinaan.

viii.

Tidak mendapat harga tambahan bagi menampung kos pengurusan trafik yang
telah meningkat akibat projek yang telah lewat

56
5.2.4

Objektif 4: Mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap jalan yang


sedang dalam pembinaan

Hasil daripada kajian didapati bahawa tahap kepuasan pengguna terhadap


pengurusan trafik semasa pembinaan adalah sederhana memuaskan. Daripada analisis
didapati bahawa pengguna sederhana puashati terhadap perkara perkara seperti berikut:

i.

Keliru semasa menukar laluan

ii.

Kedudukan papan tanda tunjuk arah atau papan tanda amaran

iii.

Garisan jalan sementara boleh dilihat dengan terang

iv.

Papan tanda tunjuk arah atau papan tanda amaran tidak terang

ix.

Bilangan papan tanda tunjuk arah ata u papan tanda amaran

x.

Lampu blinkers mencukupi

xi.

Kawasan kerja yang merbahaya dapat dilihat dengan terang.

5.3

Cadangan

Hasil daripada kajian, perkara perkara berikut dicadangkan bagi meningkatkan


lagi pengurusan trafik di kawasan pembinaan bagi men dapatkan hasil yang berkesan
demi menjamin keselamatan dan kepuasan pengguna pengguna jalanraya.

57
1,

Daripada kajian dan analisis data yang dijalankan, kuantiti peralatan yang
disediakan oleh pegawai yang menyediakan dokumen tender perlu memberi
kuantiti dengan realistik. Ini lebih ditekankan kepada BQ jenis 1 dimana kuantiti
ditetapkan oleh pegawai yang menyediakan dokumen tender.

2.

Pegawai yang menjaga projek perlulah meluluskan kedudukan papan tanda


mengikut arahan teknik jalan dan sentiasa memastikan setiap kali ada perubahan
kawasan kerja, kontraktor perlu menghantar pelan pengurusan trafik yang baru.
Ini berikutan dari perubahan kawasan kerja dan juga jalan jalan lencongan.
Perkara ini perlulah di tekankan kerana setiap perubahan melibatkan pengur usan
trafik yang berlainan. Sikap mengambil mudah boleh menyebabkan pengguna
jalanraya keliru semasa melalui kawasan pembinaan.

3.

Mencadangkan supaya odit keselamatan jalanraya perlu menjalankan


pemeriksaan keselamatan lebih kerap keatas semua projek ta npa mengira kos
pembinaan. Oleh kerana jumlah bilangan projek pembinaan jalanraya seluruh
Malaysia semakin bertambah, maka bilangan odit juga perlu ditambah bagi
mengatasi kekurangan odit yang sediada.

4.

Pegawai yang mengawasi projek dan juga pihak kontraktor perlulah memastikan
papan tanda amaran atau papan tanda arah sentiasa disenggara dengan baik iaitu
mencuci sekiranya kotor. Pegawai yang mengawasi perlulah memastikan setiap
papan tanda yang didirikan mempunyai kepingan reflektif bagi penglihata n
diwaktu malam dan juga diwaktu hujan.

6.

Setiap saiz dan bentuk papan tanda sementara yang digunakan perlulah menepati
standard yang telah ditetapkan didalam Arahan Teknik Jalan.

Kontraktor perlu memastikan bahawa semu a garisan jalan sementara perlu lah
disediakan mengikut ketentuan iaitu saiz dan warna kuning yang mempunyai
reflektif. Sekiranya berlaku perubahan kawasan kerja dan garisan jalan tersebut
tidak diperlukan lagi maka garisan sementara tersebut perlu lah dibuang bagi
mengelakkan kekeliruan.

58
6.

Semasa membuat lawatan tapak sebelum membeli dokumen tender, pegawai yang
menyelia perlu menekankan bahawa pengurusan trafik amatlah penting sepanjang
tempoh kontrak dan kontraktor tidak boleh mengambil ringan dalam m eletakkan
kos peruntukan bagi item pengurusan trafik. Brifing secara ringkas mengenai
pengurusan trafik perlulah diberi bagi memberi gambaran tentang pengurusan
trafik di kawasan pembinaan. Ini dapat membantu kontraktor yang kurang
berpengalaman mengenai pengurusan trafik ini untuk meng elakkan kos yang
rendah apabila pihak kontraktor mengisi BQ dibawah item pengurusan trafik.

7.

Pihak Ukur Bahan perlu memastikan ada item tambahan menggantikan atau
menyenggara segala alat keselematan dalam BQ iaitu seperti kon, blinkers, papan
tanda tunjuk arah, plastik penghadang, delineator dan lain lain di letak dibawah
harga pukal

8.

Tiada kerjasama dari pihak kontraktor untuk menyenggara pengurusan trafik


maka pihak Pegawai Penguasa berkuasa melantik sebarang pihak ketiga untuk
membaiki atau menyenggara setelah memberi 3 kali amaran kepada pihak
kontraktor. Kehendak am ini perlulah diletakkan di dalam dokumen tender bagi
memberi amaran bahawa pengurusan trafik tidak boleh dipandang ringan. Setiap
salinan surat boleh dihantar ke P usat Khidmat Kontraktor.

9.

Pegawai Penguasa perlulah sentiasa memberi kesedaran kepada kontraktor


tentang kepentingan pengurusan trafik melalui seminar atau taklimat dari masa
kesemasa.

10.

Salah satu agenda didalam mesyuarat tapak ialah penekanan pengurusan trafik.
Pihak kontraktor perlulah memberi brifing didalam mesyuarat tapak serta
memberi laporan diatas pengurusan trafik termasuklah bilangan kemalangan yang
berlaku di kawasan tapak pembinaan.

59

SENARAI RUJUKAN

[1]
Malaysian Transport Facts 2008 , Institution Of Highways & Transportation
(Malaysian Branch)

[2]
Speed Control Through Work Zones, Techniques Evaluation & Implementation
Guidelines, Errol C. Noel Conrad L Dudek, Olga J Pendleton

[3]
Mac Collum, D (1990), Time For Change In Construction Safety,Vol. 2.
Proffesional Safety, February 1990,

[4]
Weinstock M (1992) Avoiding Top Ten, Occupational Hazards Sept. 1992,
Pulication 1994

[5]
ATJ Project Management, Construction Supervision Manual Of Contract
Roadworks

[6]
OSHA Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) Undang Undang
Malaysia

[7]

ATJ 2C/85 Part One. Temporary Sign

[8]

RSA, Guidelines For The Safety Audit Of Roads In Malaysia

[9]
Seminar On RSA & Traffic Management During Construction . Unit Keselamatan
Jalanraya.

[10] Road Safety Audit (RSA) Training Programme . Road Engineering Association Of
Malaysia

[11]

Standard Spesifications For Road Works , JKR/SPJ/1998

Anda mungkin juga menyukai