Anda di halaman 1dari 2

2. Teori X dan teori Y. Terangkan apa yang anda faham mengenai teori X dan teori Y.

Teori X dan Y oleh Douglas McGregor tergolong dalam ahli-ahli teori yang banyak membincangkan
organisasi dari sudut keadaan semula jadi sosial organisasi. Beliau memperkenalkan Teori X dan Y yang
membezakan dua jenis manusia dalam organisasi (Robbins, 1990). Teori X secara umumnya
memerihalkan tentang individu yang negatif, manakala yang positif diklasifikasikan sebagai Teori Y.
Setelah mengkaji tentang

bagaimana para pengurus berurusan dengan pekerja mereka, McGregor

menyimpulkan bahawa pandangan pengurus terhadap seseorang pekerja adalah berasaskan kepada
sebilangan andaian tentang mereka. Seterusnya, para pengurus cuba untuk membentuk subordinat mereka
mengikut beberapa tret positif yang ada dalam diri pengurus tersebut. Di bawah Teori X, terdapat empat
andaian yang dibuat oleh para pengu.rus iaitu:

(i) Pekerja secara semula jadi tidak suka bekerja dan bila ada kesempatan untuk berbuat demikian,
mereka akan lakukan.
(ii) Oleh kerana mereka tidak menggemari kerja, mereka perlu dikerah, dikawal atau diberi peringatan
tentang hukuman,supaya matlamat yang diingini akan tercapai.
(iii) Pekerja sentiasa cuba mengelak daripada memegang tanggungjawab dan sentiasa memerlukan arahan
untuk melaksanakan tugas.
(iv) Kebanyakan pekerja yang dilabelkan sebagai X meletakkan jaminan pekerjaan sebagai yang utama
berbanding keperluan lain tetapi tidak mempunyai cita-cita yang tinggi. Bertentangan dengan Teori X,
Teori Y memerihalkan jenis individu yang positif. Teori Y juga mempunyai empat andaian iaitu:
(i) Pekerja menganggap kerja sebagai perkara yang penting sama seperti pentingnya berehat atau
bersukan. Tiada bezanya dan ia mesti dilakukan.
(ii) Individu tidak memerlukan kawalan dan lebih menyukai kebebasan dalam bekerja jika
mereka komited kepada pencapaian objektif organisasi.

(iii) Secara amnya, individu cepat belajar untuk menerima tanggungjawab dan menjalankan tugas
mereka dengan penuh amanah.
(iv) Individu juga mempunyai kreativiti dan berkeupayaan untuk membuat keputusan yang baik
dalam pelbagai peringkat serta tidak semestinya dalam menjalankan fungsi pengurusan sahaja.

Apakah implikasi teori yang diperkenalkan oleh McGregor kepada teori organisasi? McGregor
menegaskan andaian-andaian dalam Teori Y adalah berguna dan boleh dijadikan panduan kepada para
pengurus dalam usaha mereka bentuk organisasi dan memotivasikan pekerja.

Sumbangan McGregor juga boleh dikesan melalui konsep penglibatan pekerja dalam proses pembuatan
keputusan, tugas dan sikap bertanggungjawab pekerja, cabaran kerja kepada pekerja, dan pembangunan
kumpulan kerja yang baik yang diamalkan oleh para pengurus yang cuba menterjemahkan maksud tersirat
dalam andaian Teori Y.

Anda mungkin juga menyukai