Anda di halaman 1dari 22

KKTM

BALIK PULAU

KURSUS: HUS 1012 PERSPEKTIF ISLAM


KELAS: MANUFACTURING 1B
SESI JULAI 2013

MENTELITI BERKAULITI PEMIMPIN DIHORMATI

NAMA:

NO. MATRIK

AIMI AFIQAH BINTI AHMAD BASRI

1201991

MUHAMMAD LUQMAN BIN KHUSAIRI


MUHAMMAD NAJMIE BIN CHE AZMI

PERAKUAN PELAJAR

Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap
satunya kami jelaskan sumbernya

1. Tandatangan

Nama

...........................................

AIMI AFIQAH BINTI AHMAD BASRI

No. Pendaftaran

Tarikh

1 NOVEMBER 2013

...........................................

MUHAMMAD LUQMAN BIN KHUSAIRI

2. Tandatangan

Nama

No. Pendaftaran

Tarikh

1 NOVEMBER 2013

...........................................

MUHAMMAD NAJMIE BIN CHE AZMI

3. Tandatangan

Nama

No. Pendaftaran

Tarikh

1 NOVEMBER 2013

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Segala
Puji-pujiannya hanyalah bagi Allah SWT Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur alhamdulillah, dengan
keizinan dan limpah kurnia Allah SWT akhirnya projek ini dapat disempurnakan
dengan jayanya. Semoga segala usaha yang dijalankan diberkati dan dirahmatiNya.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah


kursus HUS1012 Perspektif Islam iaitu Puan Norzita di atas kesudian memberi
pandangan, bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan juga memberi bahan rujukan bagi
menyiapkan kajian yang dijalankan.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang


banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, mereka juga turut
memberi idea serta komen yang dapat membantu kami menyediakan hasil kerja
yang cemerlang.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk memahami ciri-ciri pemimpin yang mempunyai


menteliti yang berkualiti serta di hormati. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti ciri-ciri pemimpin yang dituntut di dalam Islam, menteliti yang memberi impak
yang positif dan negative kepada rakyat, serta kretiria pemimpin yang berwawasan
yang tinggi.

Melalui hasil kajian ini, langkah-langkah yang boleh dicadangkan ialah,


menyediakan program atau kursus yang berkaitan kepimpinan kepada pemimpin
dalam sebuah organisasi atau pun pemimpin masyarakat setempat. Ini pasti akan
memberi kesan yang positif kepada individu, masyarakat serta Negara kita.

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengakuan
Abstrak
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah

BAB I : PENDAHULUAN

KADUNGAN
1.1

Pengenalan

1.2

Permasalan kajian

1.3

Objektif kajian

1.4

Kepentingan kajian

MUKA SURAT

BAB II : KAJIAN KEPUSTAKAAN

KANDUNGAN
2.1

Pengenalan

2.2

Definisi Pemimpin

2.3

Ciri-ciri Pemimpin Dalam Islam

2.4

Impak kepimpinan Yang Berjaya


KANDUNGAN
3.1

MUKA SURAT

MUKA SURAT

Cadangan
3.1.1 Kepada Pihak Organisasi
3.1.2 Kepada Para Pengkaji Akan Datang
5

3.2

Penutup

BAB IV : LAMPIRAN

KANDUNGAN
4.1

MUKA SURAT

Rujukan

BAB I
6

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Manusia adalah makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri. Dalam hidup,
manusia selalu berinteraksi dengan sesama mereka dalam lingkungan masyarakat.
Manusia juga hidup bermasyarakat samaada dalam masyarakat besar mahupun
dalam masyarakat kecil.
Hidup masyarakat tentulah tidak mudah. Untuk menciptakan keadaan kehidupan
yang harmoni, anggota masyarakat haruslah saling menghormati dan menghargai
diantara satu sama lain. Keteraturan hidup juga perlu dijaga. Hidup yang teratur
adalah impian setiap insan. Menciptakan dan menjaga kehidupan yang harmoni
adalah tugas setiap manusia.
Manusia adalah makhluk Tuhan yang paling tinggi dibanding makhluk Tuhan
lainnya. Manusia di anugerahi dengan akal fikiran iaitu kemampuan untuk berfikir
dan memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Dengan kelebihan itulah
manusia seharusnya mampu menguruskan kehidupan bermasyarakat dengan baik.
Tidak hanya kehidupan bermasyarakat yang perlu diuruskan dengan baik,
kehidupan sosial sesama manusia perlu diuruskan dengan baik. Oleh itu, menteliti
manusia yang berkualiti diperlukan. Menteliti yang mempunyai sifat pemimpin,
paling tidak mampu untuk memimpin dirinya sendiri.
Dengan mempunyai sifat kepimpinan, manusia akan dapat menguruskan diri
serta kelompok masyarakat dengan baik. Khususnya dalam menyelesaikan
masalah yang relative dan sulit. Disinilah diperlukan kebijaksanaan seorang
pemimpin dalam mengambil keputusan agar masalah dapat diselesaikan dengan
baik.

1.2 Permasalah Kajian

Terdapat beberapa kajian yang berkaitan dengan kajian ini, Antaranya ialah:
2.2

Teori-teori Kemimpin

2.3

Menteliti Pemimpin Islam

2.4

Kepimpinan Dari Sudut Persektif Islam

Isu-isu ini memerlukan penerangan secara berterusan untuk menjamin


kemampanan

pembangunan

dan

kemajuan negara

seiring dengan

kualiti

kepimpinan negara untuk melahirkan rakyat yang mempunyai menteliti yang


berkualiti dan berdaya saing. Dengan ini nilai-nilai murni dapat diterapkan kepada
kalangan rakyat di negara kita.

1.3 Objektif Kajian


Umumnya, objektif utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti
definisi pemimpin serta menteliti pemimpin islam serta kepimpinan dari sudut
persektif islam di negara kita.
Memastikan rakyat Malaysia agar memahami definisi Pemimpin dan
Kepimpinan supaya timbul kesedaran tentang tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin.
Selain itu, pemikiran dan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang perlu ada
untuk menjamin kepimpinan mereka berkesan dan berlandaskan Ajaran
Agama Islam.
Untuk memahami kepimpinan dari sudut perspektif islam secara umumnya

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian tentang Mentaliti Berkualiti Pemimpin Dihormati adalah penting kerana:

Agar rakyat Malaysia memahami definisi Pemimpin dan Kepimpinan


dengan kefahaman yang tinggi termsauklah dengan tanggungjawab dan nilainilai murni sebagai seorang pemimpin.
Memahami

kreteria

yang

perlu

ada

bagi

seorang

pemimpin

iaitu

menyediakan fizikal dan menteliti yang berkualiti untuk memimpin dengan


jayanya.
Pemimpin haruslah menyediakan diri mereka dengan ilmu agama untuk
melahirkan pemimpin yang mempunyai menteliti yang bersandarkan
pemikiran islam serta mempunyai hati yang ikhlas untuk memimpin rakyat ke
arah jalan yang diredhai-Nya.
Seorang pemimpin seharusnya memimpin rakyat dengan saksama dan tidak
mengunakan prinsip pilih kasih
Seterusnya, memimpin dengan mementingkan hak rakyat, membantu rakyat
dengan inisiatif yang berterusan dan menteliti terhadap rakyat yang positif.

2.1

Pengenalan
9

Cara

seseorang

pemimpin

meneraju,

merancang,

menggerak,

mempengaruhi, mengembang dan melaksnakan sesuatu dengan berlandaskan visi


yang jelas dengan mempertimbangkan segala risiko untuk mencapai matlamat yang
spesifik

Seseorang pemimpin haruslah mempunyai kreteria seperti berikut:


Sifat-sifat seorang pemimpin
Kebolehan dan kecekapan seseorang untuk memimpin
Membuat orang lain mengikuti/mematuhi / membuat kerja yang dikehendaki

Kepimpinan ( Islam ) bukan hanya mempengaruhi orang lain, juga memandu


umat dalam
melaksanakan amanah ketuhanan, memelihara agama dan menguruskan dunia.
Kepimpinan Islam merupakan tanggungjawab dan amanah, bukan hanya sematamata tasrif (kebesaran)

2.2

Teori Kepimpinan

10

Teori Kepimpinan
Beberapa pendekatan telah digunakan untuk menerangkan apa yang
menjadikan seseorang pemimpin yang berkesan. Pendekatan yang pertama
ialah teori sifat iaitu dengan mengenalpasti sifat personaliti seseorang
pemimpin. Pendekatan kedua ialah teori gelagat untuk menerangkan gelagat
seseorang pemimpin manakala pendekatan ketiga ialah teori kontigensi di
mana ia mencadangkan model kontingensi untuk mengatasi kelemahan
pendekatan terdahulu dan mengambil kira penemuan penyelidikan.

Teori Sifat
Teori ini mengasingkan sifat-sifat sahsiah, sosial, fizikal, atau intelektual
seseorang pemimpin daripada orang yang bukan pemimpin. Dengan kata
lain, sifat-sifat pemimpin berbeza daripada yang bukan pemimpin. Senarai
sifat pemimpin termasuk: kecerdasan, karisma, ketegasan, ketekunan,
kekuatan, keberanian, kejujuran, kesabaran, keyakinan diri dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, teori ini gagal menerangkan kepimpinan kerana ia
tidak mengambilkira kehendak pengikut dan menolak faktor-faktor situasi.

11

Teori Kepimpinan Karismatik


Tumpuan kajian tentang kepimpinan karismatik adalah ciri-ciri yang
membezakan pemimpin karismatik dan yang tidak karismatik. Pemimpin
karismatik dikatakan mempunyai ciri-ciri seperti keyakinan diri yang tinggi,
berpengaruh, dan kesungguhan (House 1971).
Bennis dan Nanus (1985) mendapati pemimpin berkarisma mempunyai
empat ciri penting:
i.
ii.
iii.
iv.

Berwawasan jelas dan menarik atau ada naluri perjuangan


Boleh berkomunikasi tentang wawasan mereka kepada pengikut,
Menunjukkan konsistensi dan penumpuan
Mengenali kekuatan itu sepenuhnya.

Kepimpinan Berwawasan
Kepimpinan berwawasan ialah kebolehan pemimpin menyatakan satu
wawasan yang realistik, munasabah dan menarik bagi masa depan unit
organisasi. Pemimpin berwawasan harus mempunyai kemahiran
mengenalpasti wawasan, menerangkan wawasan kepada orang lain,
menyampaikan wawasan melalui pertuturan dan perilaku serta menyalurkan
wawasan kepada konteks kepimpinan yang berlainan.

2.3

Menteliti Pemimpin Islam


12

Barangkali ketika ini, perbincangan berkaitan tentang pemimpin dan


kepimpinan merupakan satu perkara yang sukar dicerna oleh fikiran. Ini kerana
kebanyakan orang sibuk memikirkan tentang rancangan percutian hujung tahun,
persediaan persekolahan anak-anak, azam tahun baharu serta tidak kurang juga
yang malas untuk berfikir apa-apa.
Namun, dalam kesibukan hujung tahun ini, elok juga kita berehat sebentar
daripada hal-hal peribadi dan mula memikirkan tentang pemimpin yang kita mahu
untuk memimpin kita dan negara ini.
Ibnu Khaldun pernah menyatakan bahawa:
tabiat rakyat pada hakikatnya merupakan bayangan kepada tabiat atau amalan
hidup yang dimiliki oleh pemimpin mereka."
Dengan kenyataan ini, pastinya kita mahukan pemimpin yang beriman, baik,
amanah, bekerja keras, rajin dan bijak berfikir serta kreatif.
Ini kerana, sifat-sifat mulia yang ada pada pemimpin tersebut pada akhirnya
akan tergambar dalam masyarakat yang dipimpinnya. Dengan adanya kesatuan
pemimpin dan rakyat bersifat mulia itu maka kita mendambakan satu bangsa
dengan peradaban dan tamadun yang tinggi.
Namun sebaliknya, ketika ini, pemimpin dengan sifat mulia tidak ramai
bilangannya. Walaupun pada hakikatnya, pemimpin mulia itu ada tetapi kewujudan
mereka sukar dikenal pasti kerana kemuliaan akal budi mereka diselubungi oleh
sifat jahat pemimpin lain yang hanya mementingkan diri.
Bak awan yang menutupi cahaya mentari, begitu jugalah nasib pemimpin
mulia itu. Keindahan sifat mereka dilenyapkan oleh sifat mungkar pemimpin lain.
Malah pemimpin-pemimpin yang mungkar ini lebih terkenal malah dihormati.

13

Walaupun kenyataannya, mereka hanya membawa kerosakan kepada


masyarakat namun mereka jugalah yang dipuji dan dijunjung. Tugas mereka untuk
merosakkan bangsa tidak sukar sebenarnya.

Bak kata Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud di dalam bukunya bertajuk
Masyarakat Islam Hadhari, merosakkan masyarakat dan negara itu lebih
mudah kerana kegiatan sebegini tidak memerlukan ilmu dan pemikiran
mendalam." Ini kerana kerosakan hanya memerlukan kuasa yang disalah
guna."

Penyalahgunaan kuasa ini merupakan ciri pemimpin yang memusnahkan


bangsa. Dengan itu kerosakan demi kerosakan berlaku dalam masyarakat. Ibarat
satu kitaran yang jahat, kerosakan ini nyata sukar diubati malah diturunkan dari satu
generasi ke satu generasi lain.
Untuk melepaskan diri daripada belenggu kerosakan ini, masyarakat
memerlukan satu atau sekumpulan pemimpin yang secara ikhlas ingin mengubah
masyarakat ke arah yang baik. Paling penting keinginan untuk mengubah
masyarakat bukan didorong oleh sebab-sebab kebendaan tetapi lebih utama kerana
tanggungjawab dan kasih kepada masyarakat yang dipimpin.
Bagi Prof. Syed Hussien Alatas yang menulis buku bertajuk Intellectuals in
Developing Countries pada tahun 1977,Pemimpin hendaklah menjadi
seorang intelektual. Dengan kata lain, mereka hendaklah menjadi pemimpin
yang berakal.

Dalam al-Quran, kata-kata yang berkait langsung dengan kalimah akal muncul
sebanyak 49 kali dan semuanya memberi makna yang baik kepada penggunaan
14

akal. Ini menunjukkan betapa umat Islam, termasuklah pemimpin dan masyarakat
yang dipimpin, wajib menggunakan akal mereka untuk menjana kebaikan. Bagi
yang membaca al-Quran, gesaan-gesaan berbunyi ...tidakkah kamu berakal?" dan
...supaya kamu berfikir" sering kali ditemui.
Ini

semua

merupakan

satu

cabaran

kepada

umat

Islam

supaya

menggunakan akal untuk berfikir kerana:


hanya mereka yang berfikir dapat mengambil pengajaran (Surah al-Baqarah,
2:269)
dan peringatan (Surah ali-Imraan, 3:7)
termasuklah merasai keinsafan (Surah ali-Imran, 3:13).
Permulaan pemimpin yang berakal adalah rasa cinta yang tinggi terhadap
ilmu. Kata Pendeta Zaba dalam bukunya yang bertajuk Perangai Bergantung
Pada Diri Sendiri, ilmu pengetahuan adalah alat suluhan akal."
Oleh itu, kita ...boleh menggunakan suluhan itu bagi menimbang mana perkara
yang patut dan mana yang baik..." Apa yang boleh disimpulkan daripada pandangan
Zaba ialah pemimpin harus menggunakan ilmu untuk memandu proses berfikir agar
mereka dapat menghasilkan kesimpulan, keputusan serta tindakan yang memberi
manfaat kepada rakyat dan negara.
Dalam era kemajuan kini, ramai pemimpin terperangkap dalam apa yang disebut
Prof. Syed Hussien Alatas sebagai gejala bebalisme.
Gejala bebalisme ini dicirikan dengan pelbagai kepincangan terutamanya dari
segi keinginan dan kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Antara sikap terhadap ilmu yang ditunjukkan oleh gejala bebalisme adalah
kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah
dan tidak berdaya cipta.
Pemimpin yang miskin ilmu sebegini seharusnya ditolak mentah-mentah.

15

Pemimpin yang terperangkap dalam gejala ini juga bukan sahaja tidak berminat
dengan ilmu tetapi tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah,
tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib dan mantiqi serta tidak
menaruh penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri.
Gejala bebalisme boleh dianggap sebagai parasit dalam fikiran" pemimpin. Apa
yang jelas pemimpin begini tidak akan mampu membawa perubahan yang baik
kepada negara dan masyarakat.
Paling menyedihkan apabila gejala ini diperturunkan daripada satu generasi
kepimpinan ke generasi kepimpinan yang lain. Oleh itu, ia sememangnya amat
sukar dihapuskan. Hanya pemimpin yang berakal dan bersifat mulia dapat
merobohkan jaringan warisan gejala bebalisme ini.
Namun, di manakah pemimpin yang boleh membawa perubahan yang baik itu?
Hakikatnya mereka ada tetapi seperti tiada. Pemimpin sebegini perlu bangun dan
melakukan sesuatu.
Mereka ini amat diperlukan untuk membawa negara ke arah kejayaan. Jika
pemimpin berasa sebaliknya - iaitu berasa telah tersasar atau kurang ilmunya maka masih belum terlambat untuk mengubah sikap dan meningkatkan kebolehan
diri.
Jika tiada kemampuan akal dan ilmu maka carilah bantuan. Bersahabatlah
dengan ilmuwan yang benar agar akhirnya persahabatan atau gabungan itu dapat
mencetuskan dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang memberi manfaat kepada
negara ini juga.

2.4

Kepimpinan Dari Sudut Persektif Islam


16

Sifat-sifat asas pemimpin yang baik:

Kerjasama
Adil/saksama
Peduli/ambil

Jujur
Tanggungjawab
Wawasan
Displin

tahu

Lima tanggungjawab utama kepimpinan dalam Islam yang perlu dipenuhi iaitu:

1. Menegakkan Kebenaran Islam


Oleh kerana ilmu pengetahuan merupakan syarat utama untuk
menjadi

seorang

pemimpin,

mereka

sepatutnya

mengetahui

kebenaran hakiki di sisi Islam. Kebenaran Islam perlu ditegakkan


meskipun ia boleh menggugat kepimpinan atau darjat seorang
pemimpin ataupun mungkin akan menimbulkan kepayahan, kepahitan
dan kesukaran.

2. Memelihara Karamatul Insan


Manusia yang dicipta Allah mempunyai nilai yang tinggi di sisi-Nya.
Kemuliaan manusia bergantung kepada kemurnian akhlak yang
diterjemahkan

di dalam kehidupan, menjaga

kehormatan diri,

memelihara moral dan keunggulan peribadi dan tidak melakukan


sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam kerana ia akan
merendahkan martabat insan.
Dengan keupayaan intelligence dan huda (petunjuk) yang dibekalkan,
manusia mesti dipandu supaya menjadi makhluk yang mulia, yang
tahu menggunakan akal untuk mencari dan menemui kebenaran.

17

Nafsu haiwan manusia yang rendah kedudukannya perlu dikawal dan


pemimpin perlu memastikan para pengikut bukan sahaja dibentuk
dalam

konteks

sosio-ekonomi,

tetapi

juga

memenuhi

tabii

kemanusiaan yang asal.

3. Memakmurkan Bumi-Nya
Memakmurkan bumi Allah dalam ertikata membangunkan ekonomi
negara,

sahsiah

penduduknya

dan

menjaga

keharmonian

dan

kesejahteraan. Oleh itu segala urusan berkaitan pembangunan negara


hendaklah dipertimbangkan dari segi kemaslahatan umum, bukannya
hanya terhad kepada kelompok atau kumpulan tertentu.
Pengagihan kekayaan negara hendaklah dilakukan secara adil dengan
memberi hak kepada yang berhak menerimanya dan membuka peluang
seluas-luasnya kepada rakyat untuk membina kehidupan di dunia dan
tidak melupakan kebaikan di akhirat.

4. Menjalankan Urusan Amar Maruf dan Nahi Munkar


Menjadi tanggungjawab utama pemimpin mengarah dan melaksanakan
perkara-perkara yang baik dan berusaha mencegah kemungkaran untuk
memastikan para pengikut sentiasa berada di dalam kesentosaan dan
memperoleh nikmat secara maksimum dalam kehidupan.
Punca-punca kemungkaran perlu ditutup untuk mengelak merebaknya
wabak keruntuhan akhlak dan masalah sosial. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin
(manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan
kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang serta
memberi zakat; dan mereka sentiasa beribadat kepada Kami.

18

5. Islah (memperbaiki) Masyarakat Melalui Guna Tenaga yang


Berkelayakan

Menjadi tanggungjawab pemimpin mengorganisasi bidang-bidang


kehidupan para pengikut, terutama dengan menurunkan kuasa kepada
yang layak. Penyusunan bahagian-bahagian, unit-unit dan sebagainya
di dalam struktur organisasi kepimpinan mesti dipandu supaya
melakukan islah dengan segala kemampuan yang ada.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan
kerja adalah orang yang kuat lagi amanah.
(Surah al-Qasas, ayat 26).

Cabaran Melaksanakan Hak Pemimpin dan Pengikut.


Kualiti kepimpinan yang dilihat oleh Islam berhubung rapat dengan
menunaikan amanah tanggungjawab kepimpinan.
pemimpin mesti bersifat terbuka
sanggup menerima kritikan \
dan mengubah tanggapan negatif yang merosakkan kesejahteraan
pengikut atau rakyat.
Pengikut yang berkualiti akan melahirkan pemimpin yang berkualiti.

Hak yang Perlu Dinikmati oleh Pemimpin daripada Pengikut


Sekurang-kurangnya tiga hak yang wajar dinikmati oleh pemimpin daripada
pengikut, iaitu :-

1. Mendapat Kepatuhan dan Taat Setia.


19

Kepatuhan dan taat setia dari para pengikut akan menentukan segala urusan
berkaitan dengan kemasyarakatan berjalan lancer dan memastikan organisasi
kepimpinan tidak kucar-kacir.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada
RasulNya serta pemerintah di kalangan kamu, kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan (sunnah)
rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang
demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya.

2. Mendapat Kerjasama
Para pengikut wajar memberi kerjasama dan memastikan sesuatu
perancangan atau program yang digerakkan oleh pemimpin berjaya
mencapai objektifnya. Dimanifestasikan dalam berbagai bentuk - dari
berbentuk pengorbanan, mempertahankan kewibawaan pemimpin dengan
lisan atau apa sahaja cara yang wajar sehingga kepada pengorbanan harta
dan keringat.
Kerjasama dari pengikut bagaimanapun hendaklah timbul dari rasa
tanggungjawab terhadap pemimpin yang menunaikan amanahnya seperti
yang diperintahkan oleh Allah dan bukannya didorong oleh kepura-puraan
atau kerana ada kepentingan lain.

3. Memperolehi Teguran dan Nasihat.


Mendapat nasihat dan teguran yang baik dari para pengikut. Menyedari akan
hakikat bahawa pemimpin juga bukanlah perfect, Islam meminta umatnya
menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin mereka.

20

Pemimpin Mengikut Rasulullah S.A.W

Taat Kepada Allah


Kekuatan Peribadi, Akhlak & Budi

Bahasa
Kepintaran Akal
Dihormati Dan Disegani
Mampu Beri Kemajuan
Sanggup Berkorban
Sifat Mulia Dan Luhur
Pemaaf

Tidak gila kuasa


Rendah diri
Hubungan baik dengan semua
pihak
Bertimbangrasa
Bersikap adil
Tidak bertolak ansur terhadap
kemungkaran

BAB 3

3.1 Cadangan
3.1.1 Cadangan kepada pengkaji akan datang.

Kami berharap agar pengkaji akan datang dapat mengkaji lebih luas
skop

tentang kepimpinan dengan berlandaskan ajaran agama islam.

Dengan ini lebih banyak maklumat serta informasi yang berguna dapat dihuraikan
21

secara terperinci dan mendalam. Sehubungan dengan itu, kami berharap kajian ini
berguna sebagai penduan kepada pengkaji akan datang.

3.2 Penutup
Kesimpulan dengan ini, kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh pensyarah dalam masa yang ditetapkan. Kami berjaya mengenal pasti
tokoh-tokoh yang berjaya memimpin rakyat mereka.

BAB 4
RUJUKAN
http://www.ustazcambodia.com/2012/08/ciri-ciri-pemimpin-mengikutislam.html
http://www.utm.my/casis/wpcontent/uploads/2013/06/4bCASIS_WMSWA-Ibn-Sina-danPembangunan-Modal-Insan.pdf
Buku perspektif islam.

22

Anda mungkin juga menyukai