0 PENGENALAN
Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori
individu bekeperluan khas. Murid-murid yang berkeperluan khas mempunyai sama ada
ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi
kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan dengan itu, kaedah terapi juga dapat
membantu murid-murid yang bermasalah pembelajaran untuk mencapai perkembangan
tersebut pada masayang tertentu. oleh itu, kaedah yang digunakan untuk memperbaiki tingkah
laku murid-murid berkeperluan khas perlu efektif dan berkesan agar mereka dapat mencapai
kejayaan dalam kehidupan mereka.
Selain itu, terapi dalam pendidikan khas juga merupakan salah satu kaedah yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pendidikan khas. Aktivitiaktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat
ke satu peringkat yang lebih tinggi. Keluaran guru-guru yang mempunyai bakat dalam
pengajaran mengenai terapi untuk murid-murid berkeperluan khas akan memudahkan mereka
untuk menjalani terapi-terapi yang sesuai dan selaras dengan kecacatan mereka.
Pada masa yang sama, keperluan terapi dalam pengajaran dan pembelajaran muridmurid yang berkeperluan khas perlu diketahui oleh semua golongan masyarakat di Malaysia
untuk melahirkan kesedaran dalam diri mereka. Kanak-kanak bekeperluan khas merupakan
kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka.
sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka [erlu melengkapkan diri
dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak
ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum. Pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian
berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang sedia ada dan perlu
mereka capai. Hal ini bertujuan untuk mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui
perkembangan mental, ketabilan emosi, integrasi, sosial dan kemahiran motor mereka.
DEFINISI TERAPI
Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan
pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau
mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara
normal. Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu
seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu
murid-murid
bermasalah
dan
ketidakupayaan
pembelajaran
mencapai
Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari daripada konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai
sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.Sehubungan itu,
kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai
perkembangan yang tersebut di atas.Terapi dalam pendidikan khas adalah salah
satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran
dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Namun demikian, setiap guru pendidikan khas haruslah terlebih dahulu
mengenalpasti masalah dan ciri-ciri murid pendidikan khas agar dapat memilih dan
merancang aktiviti terapi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh murid.
Secara umumnya, murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran mengalami
masalah dari segi kognitif, afektif, emosi dan tingkah laku.
3.0 MASALAH KOGNITIF
Murid pendidikan khas masalah pembelajaran sering dikaitkan dengan masalah
kognitif. Boleh dikatakan hampir kesemua murid pendidikan khas masalah
pembelajaran mempunyai masalah kognitif. Dalam hal ini, terdapat sedikit
kelewatan yang berlaku dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi
intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Antara
contoh yang dapat diambil adalah, murid-murid ini mempunyai daya ingatan yang
rendah, kebolehan dalam bidang pengamatan dan pengkonsepan serta kebolehan
berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan penerimaan pembelajaran bagi
murid bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak normal.
Gambar rajah 1 : contoh murid yang mengalami masalah kognitif iaitu terencat.
3.1 CIRI-CIRI MASALAH KOGNITIF MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
10
Kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran ini hanya dapat mempelajari apa yang
dipelajari oleh kanak-kanak normal yang berumur 6 tahun pada peringkat umur 8
tahun atau lebih. Contoh jenis masalah pembelajaran yang sering dikaitkan dengan
masalah kognitif ini ialah terencat akal, lembam (slow learner), autisme, dan down
sindrom. Namun, tahap masalah kognitif adalah berbeza-beza mengikut jenis
masalah pembelajaran. Contohnya, tahap masalah kognitif murid terencat akal dan
lembam lebih teruk jika dibandingkan dengan murid yang mengalami masalah
autisme.
Umumnya, murid yang bermasalah dari segi kognitif mempunyai masalah
yang ketara dalam mengurus diri. Namun menurut W arren & Abbedutto (1992),
terdapat dua perkara penting yang dilihat sebelum memastikan kanak-kanak itu
mengalami masalah kognitif iaitu Kebolehan mental untuk belajar, berfikir,
menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ) serta kebolehan sosial yang dimiliki untuk
membolehkan hidup berdikari atau lebih dikenali sebagai tingkah laku adaptif
seperti memakai pakaian,mandi mengurus diri dan sebagainya. Kanak-kanak
terencat akal juga menghadapi masalah dalam memproses penyelesaian masalah
dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. Menurut Wehman (1988), kebanyakan
murid terencat akal juga sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuati atau
sukar untuk berfikir logik. Menurut Warran & Abbeduto (1992) pula, kelewatan
dalam perkembangan bahasa merupakan antara bukti yang jelas yang dapat dilihat
pada kanak-kanak bermasalah kogntif.
11
Gambar rajah 2 : contoh tingkah laku adaptif yang tidak dikuasai oleh murid
terencat akal.
mengintegrasikan
terapi
ini
sesuai
dengan
isi
pelajaran
yang
ingin
disampaikan.
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bagi melaksanakan terasi cara kerja.
Sebagai contoh, jika pengajaran dan pemebelajaran tersebut berkaitan dengan
topik pengurusan diri, guru boleh mengajak murid membuat simulasi atau
melakukan aktiviti sebenar seperti memberus gigi, menyikat rambut, memakai baju
dan seluar, menyapu dan membuang sampah dan sebagainya. Guru seharusnya
bijak
dalam
mengintegrasikan
terapi
cara
kerja
ini
sesuai
dengan
topik
Semasa melaksanakan aktiviti terapi cara kerja pula, guru sepatutnya mengelakkan
daripada menggunakan perkataan yang menjurus kepada arahan. Sepatutnya, jika
guru menginginkan murid melakukan sesuatu, guru perlu melaksanakannya
bersama-sama murid. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kefahaman murid
tentang kemahiran yang ingin diajar. Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan
barang, guru haruslah menggalakkan murid untuk berkongsi barang dengan
menyediakan dua barang dan biasakan untuk bertukar-tukar barang dengan rakan
yang lain. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran sosial murid.
Guru juga perlu memberikan ganjaran sama ada berbentuk pujian mahupun
berbentuk hadiah selepas terapi ini dilaksanakan agar murid bermotivasi untuk
mengulang tingkah laku positif mereka ini.
4.0 MASALAH FIZIKAL
Masalah fizikal atau kurang upaya fizikal ialah keadaaan di mana bahagian tubuh
badan tidak dapat bergerak atau dikawal serta gagal berfungsi secara normal.
Masalah fizikal ini menyebabkan pergerakan otot-otot kanak-kanak gagal berfungsi
secara normal sama ada motor kasar mahupun motor halus dan juga akan
menyukarkan kanak kanak terbabit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan
oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak dan memegang barang.
Jenis masalah pembelajaran yang sering dikaitkan dengan masalah ini ialah murid
Cerebral Palsy (CP) dan sindrom down.
Gambar rajah 5 : contoh murid yang mengalami masalah fizikal iaitu Serebral Pasly
dan
sindrom down
13
Gambar rajah 6 : masalah fizikal yang dialami oleh murid CP iaitu berjalan
4.2 PENGINTEGRASIAN TERAPI FISIO BAGI MASALAH FIZIKAL MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Terapi fisio merupakan jenis terapi yang sangat sinonim bagi murid yang mengalami
masalah fizikal. Terapi ini sangat sesuai diintegrasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi semua subjek sama ada bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran motor halus dan motor kasar, koordinasi kedua-dua kemahiran motor
tersebut mahupun latihan keseimbangan. Sebagai contoh pengintegrasian terapi ini
ialah pada set induksi, guru boleh melakukan senaman ringan. Aktiviti senaman
ringan pada permulaan pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan keupayaan
fizikal murid, malah ia juga dapat menarik minat murid untuk mengikuti
pembelajaran seterusnya.
14
Selain itu, terapi fisio ini juga boleh dimasukkan dalam aktiviti lembaran
kerja. Aktiviti seperti memotong atau menggunting kertas dan menampal,menguli
dan menggentel doh atau tepung, melengkapkan puzzle, dan sebagainya perlu
disesuaikan dengan topik pembelajaran yang ingin disampaikan. Dalam langkah
pengajaran, guru-guru sering menggunakan permainan kecil untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna. Pada
permainan kecil inilah masa yang sangat sesuai untuk guru mengintegasikan terapi
fisio seperti melakukan aktiviti melompat, berlari, melambung dan menyambut bola
pelbagai saiz dan pelbagai lagi aktiviti berbentuk fizikal. Oleh itu, setiap guru
pendidikan khas haruslah bijak serta kreatif dalam merancang pengajan dan
pembelajaran agar terapi fisio ini dapat diintegrasikan.
15
Melalui terapi fisio ini, murid juga dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan
baik bersama rakan sebaya.
berinteraksi
dengan
alatan
aktiviti
terapi.
terutamanya
masalah
autisme
ialah
tidak
mampu
bersosial.
Gambar rajah 10 : Contoh murid yang mengalami masalah emosi iaitu murid
autisme
Selain itu, murid ini juga mengalami masalah pertuturan dan komunikasi.
Contohnya seperti lambat bercakap, mempunyai masalah bercakap dan memahami
percakapan orang, tidak boleh berkomunikasi dengan baik atau bercakap dalam
nadapelik seperti menyanyi atau bercakap seperti robot. Murid ini juga sukar
memulakan percakapan. Jika berbual, hanya satu pihak (hanya mereka yang
bercakap). Mereka juga mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham
maksudnya.
Tambahan lagi, murid autisme mempunyai masalah dalam pemikiran dan
perlakuan. Mereka suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu
menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan
dan menunjukkan minat yang pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik
atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek. Kanak-kanak yang
mengalami masalah emosi ini sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang
menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Selain itu, mereka
mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang serta
tidak boleh duduk diam.
17
Gambar rajah 11 : tingkah laku masalah emosi yang ditunjukkan oleh murid autisme
Jika dinilai dari segi masalah tingkah laku pula, murid yang mengalami
masalah emosi ini suka mengasingkan diri. Kebuiasanya, kekecewaan yang mereka
alami ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah,
agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan
seperti mencederakan diri. Mereka juga bersikap pasif iaitu tidak faham keadaan
semasa dan tidak boleh membezakan antara keadaan yang baik mahupun yang
buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.
Ciri lain yang agak ketara juga ialah mereka tidak tahu bersosial iaitu jika
melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan. Namun demikian, murid ini agak
Aktif tetapi berperangai pelik. Murid autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian
orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain. Disebabkan
oleh pelbagai masalah berikut, murid autisme ini sukar untuk didampingi.
MURID
Seni merupakan suatu medium yang mampu memberikan ketenangan jiwa dan juga
saluran
untuk
meluahkan
perasaan.
Disababkan
perkara
tersebut,
saya
berpendapat bahawa terapi seni merupakan terapi yang sangat sesuai dilaksanakan
bagi murid yang mengalami masalah emosi. Pelbagai cara yang boleh digunakan
oleh
guru
untuk
mengintegrasikan
terapi
seni
ini
dalam
pengajaran
dan
buah-buahan yang telah diajar. Aktiviti terapi seni sebegini bukan sahaja dapat
mengatasi masalah murid yang mengalami masalah emosi, malah, ia juga menjadi
nilai tambah dalam pemahaman murid berkaitan dengan topik pembelajaran.
dan
menghilangkan
yang
tekanan kerana
sepenuhnya
maka
mereka
semasa
tidak
akan memikirkan perkara yang lain. Mereka juga meluahkan perasaan mereka
melalui melukis. Kesimpulannya, terdapat terapi seni memang membawa banyak
faedah yang baik kepada murid berkeperluan khas. Terapi seni visual juga
merupakan terapi yang tidak terlalu menggunakan kos yang banyak. Justeru. Guru
19
dan
memerlukan
tindakan
lanjut
terutamanya
daripada
guru
untuk
Gambar rajah 15: Contoh masalah tingkah laku iaitu murid ADHD
6.1 CIRI-CIRI MASALAH TINGKAH LAKU
Ciri yang amat jelas bagi murid yang bermasalah tingkah laku terutamanya
murid ADHD ialah hiperaktiviti. Contohnya, mereka kerap menggerakkan tangan
atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk serta sering meninggalkan
20
tempat duduk ketika di dalam bilik darjah. Mereka juga selalu berlari ke sana ke
mari atau suka memanjat dan pada kebanyakannya tingkah laku mereka kelihatan
agak pelik atau kekok . Tambahan lagi, murid ini juga kerap menghadapi masalah
untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap , banyak bercakap dan
sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.
Gambar rajah 16: contoh masalah tingkah laku yang sering ditimbulkan oleh murid
ADHD dalam bilik darjah
Selain itu, dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, murid
bermasalah ini juga sering dikaitkan dengan tempoh tumpuan yang singkat. Murid
kategori ini sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci
atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktivitiaktiviti, selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja
harian atau tugas serta kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan
aktiviti-aktiviti. Tingkah laku yang amat jelas ialah murid ini kerap mengelak, tidak
suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan
yang lama seperti kerja sekolah atau kerja rumah.
6.2 PENGINTEGRASIAN TERAPI MAIN BAGI MASALAH TINGKAH LAKU MURID
BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Terapi main merupakan terapi yang sangat memberikan keseronokan terutamanya
bagi murid yang mengalami masalah ADHD. Terapi main berbeza dengan aktiviti
bermain kerana mempunyai objektif yang jelas, mempunyai perancangan awal
serta mempunyai kawalan yang spesifik. Tujuan utama terapi main ialah untuk
mengawal tingkah laku murid serta menarik minat murid untuk mengikuti
pembelajaran. Oleh itu, terapi ini sangat sesuai diintegrasikan dalam pengajaran
21
dan pembelajaran agar murid yang mempunyai masalah tingkah laku seperti ADHD
masih dapat mengikuti pembelajaran dan tidak terus tercicir dalam bidang
akademik.
Terapi main sesuai dilaksanakan dalam bilik terapi memandangkan ruangan
bilik tersebut mempunyai pelbagai alatan permainan serta lebih selamat untuk
murid bermain berbanding dalam bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran
pula, guru boleh melaksanakan aktiviti terapi main ini dengan mencirikan
kehidupan sebenar. Contohnya, guru boleh menyediakan set permainan pekerjaan
seperti polis, doktor, tukang masak dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, murid
yang bermasalah tingkah laku akan memahami peranan yang perlu dimainkan oleh
seseorang dan secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap kematangan
mereka.
Gambar rajah 17: contoh bilik terapi yang dilengkapi pelbagai alatan dan
kemudahan
Aktiviti terapi main juga dapat meingkatkan kemahiran sosial seseorang
murid yang bermasalah tingkah laku. Kemahiran sosial ini boleh dipupuk melalui
amalan
perkongsian
alatan
permainan,
perbincangan
serta
keyakinan
dan
kepercayaan kepada rakan. Selain itu, guru juga boleh menggunakan terapi main ini
untuk mendisiplinkan murid agar mereka boleh mendengar arahan yang diberi.
Sebagai contoh dalam pengajaran dan pembelajaran, guru boleh mengarahkan
murid menggunakan alatan permainan mengikut arahan yang diberi. Jika murid
tidak mematuhi arahan tersebut atau bermain tanpa mempedulikan arahan, guru
boleh menarik hak istimewa murid tersebut iaitu mengambil semula alat permainan
yang telah diberikan kepada murid. Melalui aktiviti sebegini, ia akan menjadi
22
pengajaran atau hukuman yang berguna kepada murid yang mempunyai masalah
tingkah laku secara tidak langsung dapat mendidik murid tersebut mematuhi
arahan serta peka kepada keadaan sekeliling.
23
Gambar rajah 19: contoh aktiviti main yang menggalakkan kemahiran sosial
7.0 RUMUSAN
Messbauer, Pagliano&Verheul, (2009) berpendapat terapi bertujuan meningkat
potensi seseorang untuk memberikan tumpuan kepada kehendaknya sendiri dan
melibatkan diri pada ransangan motivasi, dengan itu dapat meningkatkan
komunikasi dan fungsi.
bergantung kepada usaha yang dijalankan oleh pihak guru, ibu bapa, ahli terapi dan
diri mereka sendiri. Ransangan dan motivasi bukan sahaja kepada murid tetapi
perlu juga kepada guru dan ibu bapa. Ahli terapi memainkan peranan yang penting
untuk meningkatkan keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku
kanak-kanak. Oleh itu kesedaran awam mengenai terapi adalah perlu dan pada
skala yang lebih luas supaya perkembangan dan pemulihan individu dapat
ditingkatkan. Dengan menjalani terapi semua pihak secara tidak langsung patuh
kepada peraturan dan dan disiplin-disiplin yang telah ditentukan bagi tujuan
mencapai matlamat.
24