Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Tanggungjawab warga pendidik hari ini semakin rencam terutama dalam memastikan kapasiti
diri mereka selaras dengan keperluan perubahan dunia pendidikan semasa. Pendidikan di
Malaysia telah berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah
berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi
panduan untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan
dalam bidang pendidikan. Pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam
merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan
yang diberikan untuk menjadi negara maju tahun 2020 ialah melalui menjana pembangunan
modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang
terkandung dalam FPK.
Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor yang kedua terpenting selepas kualiti guru,
dalam menentukan keberhasilan murid. Kepelbagaian pendekatan kepimpinan dalam
pendidikan telah mula diperkenalkan dalam era 80-an. Antara gaya Kepimpinan pendidikan
yang popular dan diterima baik oleh semua pihak pada era 1980-an hingga 1990-an adalah
kepimpinan autokratik, demokratik, dan lezzie faire (Robbins, 2004; Hussein, 2008; Fullan,
2010; Certo, 2012). Perubahan demi perubahan dalam gaya kepimpinan pendidikan masa kini
adalah berbeza jika dibanding dengan kepimpinan organisasi yang terdahulu iaitu
kebergantungan kepada pengawalan manusia dan proses kerja (Leithwood et al., 2003;
Joseph, 2007; Certo, 2012).
Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan pernyataan dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Program Pendidikan Inklusif ialah
suatu program pendidikan bagi murid bekeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Matlamat program ini adalah meningkatkan
penyertaan dan memberi peluang kepada Murid Bekeperluan Khas (MBK) mengikuti program
akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi
kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa
ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama. Sehubungan
dengan itu, guru besar perlu bertanggungjawab dalam merangka bagi mewujudkan pendidikan
inklusif seperti terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025.
2.0 KEPIMPINAN GURU BESAR DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF
1

Kajian daripada Jemaah Nazir Sekolah (2013) dalam penaziran sekolah telah
menyatakan bahawa semua sekolah yang cemerlang adalah sangat berkait rapat dengan
pengurusan dan kepimpinan yang cemerlang di sekolah. Guru Besar sebagai pemimpin utama
di sekolah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan cemerlang atau tidak cemerlang
sesebuah sekolah di bawah pentadbirannya. Kualiti kepimpinan yang tinggi pada seorang Guru
Besar adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan pelajar
yang berkualiti. Ini sangat bertepatan dengan Kowalski (2010) yang telah menegaskan bahawa
keberkesanan kepimpinan mesti ada pada semua peringkat di sekolah. Maka sebagai seorang
guru besar yang mempunyai kepimpinan yang baik guru besar mestilah seorang yang
berpengetahuan luas dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Model Pembangunan
Kepimpinan Guru atau Leadership Development for Teachers Model (LDT) oleh Katzenmeyer
dan Moller (2009) juga wajar digunakan oleh guru besar dalam kepimpinannya kerana
merangkumi beberapa aspek iaitu kesedaran kendiri dan membawa perubahan, komunikasi,
kepelbagaian, kemahiran pengajaran, penambahbaikan yang berterusan dan organisasi
kendiri..
Namun, isu ketidakseimbangan hubungan antara kepimpinan Guru Besar dengan guru
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah aliran perdana mendapat perhatian
yang berterusan dalam sistem pendidikan di luar negara (Reedy, 2007; Horn-Turpin, 2009;
McLeskey, Nacy & Redd 2012) dan dalam Malaysia (Razhiyah, 2008; Hasnah, Mohd. Hanafi,
Mohd. Mokhtar & Noraini, 2010; Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010). Kajian lalu mendapati
faktor ketidakseimbangan tersebut adalah berkaitan dengan gaya kepimpinan guru besar yang
dirasai oleh guru Pendidikan Khas (Hawking,2011). Kajian yang lain mendapati kekurangan
sokongan daripada Guru Besar (Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaluddin, 2008). Konflik
guru PPKI dengan Guru Besar (Zharulnizam, 2010; Hasnah, Hanafi, Mokhtar & Noraini, 2010),
dan pentadbir tidak memahami dunia pendidikan khas (Razhiyah, 2008). Dalam PPKI terdapat
cabang Program Pendidikan Integrasi (PPI). GB perlu memberikan perhatian khusus dan
menyokong kepada program-program yang dijalankan di pendidikan khas oleh guru-guru
inklusif kerana ia merupakan tenaga penggerak utama kemajuan murid berkeperluan
pendidikan khas di sekolah rendah integrasi aliran perdana.
Adalah amat dikesali apabila terdapat isu di mana sebilangan kecil GB didapati tidak
dapat menerima kehadiran pelajar inklusif ini secara positif. Mereka berpendapat kehadiran
2

pelajar ini akan menyusahkan urusan pentadbiran dan menjejaskan prestasi sekolah. Menurut
Najib dan Sanisah (2006), sesetengah GB tidak menerima secara positif penempatan muridmurid berkeperluan khas di sekolah-sekolah mereka. Manakala laporan akhbar Georgiandaily
pula menyatakan bahawa pihak pengurusan sekolah menolak perlaksanaan program ini di
sekolah-sekolah. Sedangkan program inklusif ini penting bagi pelajar-pelajar pendidikan
khas bermasalah pembelajaran. Wood (2002) menyatakan bahawa sejarah telah membuktikan
bahawa kebanyakan pelajar berkeperluan khas telah dinafikan hak kebebasan asasi mereka.
Adalah dicadangkan agar pihak berkepentingan yang mengendalikan kursus kepimpinan
pengurus sekolah terhadap guru besar dan memasukkan dimensi-dimensi kepimpinan agar
selari dengan pandangan Horn-Turpin (2009), ..needed to explore the collaboration efforts
used between university administrator training program and public school districts that will
increase the awareness of the critical importance of administrative support among newly trained
school administrators. Program inklusif perlu

dilaksanakan memandangkan ia membuka

peluang kepada pelajar-pelajar khas bermasalah pembelajaran mendapat pendidikan yang


lebih baik, mengizinkan mereka mendapat peluang menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah biasa, bergaul dan bermasyarakat bersama-sama pelajar-pelajar
normal, mengalami situasi dan suasana pembelajaran yang lebih normal sebagaimana pelajar
aliran perdana yang lain. Ia juga bertepatan dengan ketetapan Public Law 94-142 part B yang
menyatakan bahawa undang-undang yang telah dimaktubkan dalam tahun 1975 di peringkat
antarabangsa ini telah memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar berkeperluan khas.
Cadangan untuk GB mengatasi masalah ini ialah dengan memahami tentang inklusif,
prihatin dan bersedia memberi dan menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi memenuhi
keperluan pelajar-pelajar khas untuk mencapai potensi diri sebagaimana pendapat Osman dan
Ahmad Ghazie (2007) bahawa sokongan pihak pentadbir sekolah dalam melaksanakan PPI
diperlukan bagi

memastikan

keberkesanannya dapat dipertingkatkan. Menurut David M.

Traversi (2007) serta Sarvinder dan Ahmad (2008) menyebut faktor kepimpinan mampu
membezakan antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Maka, GB perlu
memahami akan masalah dan kekangan yang timbul di kalangan semua pihak yang lain yang
terlibat iaitu guru dan pelajar perdana agar kemudahan dan toleransi dalam pembahagian dan
bidang tugas serta peranan setiap pihak dapat diselaraskan dengan harapan tidak timbul
masalah kecelaruan yang dirasakan sebagai bebanan tambahan. Manakala menurut Donna
Bracewell yang merupakan salah seorang ahli dalam persatuan Inclusion BC mengatakan
pengetua merupakan pemain utama dalam memastikan falsafah inklusif difahami di sekolah.
3

Katanya lagi "saya tidak akan berjaya melalui beberapa masalah yang sukar tahun ini jika
Pengetua saya tidak pernah menyokong saya di setiap langkah perjalanan saya". GB perlu
memastikan bahawa guru-guru menerima maklumat yang mereka akan mengajar murid-murid
bekeperluan khas di dalam bilik darjah yang sama dengan murid normal. Ini turut disokong
dengan kajian yang telah dilakukan oleh Friedken, Noah, slater dan Michael (1994) yang
mengatakan kedudukan seorang guru besar di sekolah, samada memusatkan segala kuasa ke
atas dirinya atau tidak akan mempengaruhi prestasi sekolah. Kesimpulannya, kejayaan
sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan menurut Hussein
Mahmood (2005; Mortimore,1997). Sebagai contoh, kajian yang dijalankan terhadap pengetua
cemerlang (berdasarkan kemajuan tahunan yang mencukupi), pengetua menyatakan sesebuah
sekolah kurang berjaya sekiranya tidak mempunyai pemimpin guru (Institute for Educational
Leadership, 2008).
Menurut persatuan Inclusion DC di Amerika Syarikat. Guru besar merupakan individu
yang bertanggungjawab untuk menguruskan sekolah, dan orang pertama yang kita temui
selepas setiausaha, apabila anda mendaftar anak di sekolah. Menurut Robbins dan Coutler
(2002), guru besar mempunyai kuasa pengurusan turut membuktikan bahawa kepimpinan guru
besar sangat mempengaruhi sesebuah kumpulan kearah mencapai matlamat organisasi.
Seperti yang diketahui umum pengetua atau penolong pengetua adalah orang yang terlibat
dengan perancangan untuk murid berkeperluan khas. Akta Sekolah mengatakan guru besar
mempunyai tanggungjawab seperti berikut menyelia program-program pendidikan untuk semua
pelajar, memberi tugasan kepada kakitangan, bertanggungjawab untuk memberi penempatan
pelajar, dan memastikan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) pelajar dibangunkan,
dilaksanakan dan dikaji semula dengan semakan yang betul.
Kajian semula pendidikan khas di Inclusion DC pada tahun 2000 turut menyatakan
bahawa kepimpinan pengetua adalah penting untuk berjaya melaksanakan inklusif. Peranan
kepimpinan pengetua termasuk tugas-tugas seperti memilih pekerja pendidikan khas yang
menerima falsafah inklusif, guru-guru yang terlibat program inklusif ini akan diberi overview
yang lebih jelas berkaitan pelajar-pelajar khas dan lebih sedar akan keperluan serta
tanggungjawab mereka membantu pelajar-pelajar khas ini. Input yang diperolehinya diharap
akan menjadikan guru ini lebih berlapang dada dan rela hati untuk menerima kehadiran pelajarpelajar khas di bilik darjah arus perdana seadanya mereka di samping sanggup mendidik
pelajar khas dengan rasa tanggungjawab dan penuh empati agar pelajar-pelajar khas dapat
4

mengikuti pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih yakin dan tenang ini bertepatan
dengan Kowalski (2010) yang telah menegaskan bahawa keberkesanan kepimpinan mesti ada
pada semua peringkat di sekolah termasuklah dalam pendidikan khas.
Guru besar juga perlu mengenalpasti keperluan program yang perlu dijalankan kepada
kakitangan dibawahnya untuk pembangunan diri mereka, guru besar juga menyokong
tanggungjawab sekolah bahawa pendidikan adalah untuk semua pelajar, guru besar perlu
memastikan bahawa semua pelajar mendapat manfaat daripada inklusif dan akhir sekali
mengenalpasti keperluan tambahan bagi pelajar pendidikan khas, serta menyokong
sepenuhnya pembangunan inklusif untuk murid pendidikan khas. Masalah yang akan timbul
adalah apabila guru besar sendiri yang tidak tahu dan tidak menyokong inklusif, malah ia
menjadi lebih sukar untuk mendapatkan sokongan untuk murid bekeperluan khas apabila
diperlukan seperti mendapatkan bantuan dari segi perhatian lebih oleh guru aliran perdana
dalam satu-satu mata pelajaran. Tidak semua guru besar mempunyai kepakaran dalam bidang
inklusif, maka sebagai orang yang faham ia menjadi tanggungjawab kita untuk membantu guru
besar mengetahui apa itu inklusif dengan berkongsi pengetahuan yang kita ada mengenai
kepentingan dan keperluan inklusif di sekolah. Kajian Robbins dan Coutler (2002) juga turut
mengatakan guru besar orang yang bertanggungjawab menentukan cara kerja dan matlamat
organisasi untuk pentadbiran yang lebih mantap.
Kesimpulannya, dalam melaksanakan program inklusif ini dengan jayanya ialah
kepimpinan guru besar yang perlu faham mengenai mengapa program inklusif ini perlu
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Memandangkan ianya mempunyai perkaitan
dengan masa hadapan dan kemampuan berdikari bagi setiap individu berkeperluan khas maka
adalah sangat penting perlaksanaannya diberi perhatian serius agar pelajar-pelajar ini dapat
turut mencapai kesempurnaan hidup yang lebih baik. Dengan kepimpinan guru besar diharap
dapat

menguruskan

pentadbiran

dengan

membekalkan

maklumat

mempertingkatkan kualiti pengurusan dan perlaksanaan program inklusif.

2.0 BIBLIOGRAFI

berguna

demi

Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamarudin. (2008). Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di
Malaysia. Jurnal masalah pendidikan, (Volume 31, No 1, 2008)
Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd. Mokhtar Tahar & Norani Salleh (2010).
Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang
Autisme. Jurnal Pendidikan Malaysia. Jilid 35. Bil.1.
Hawking. S. W. (2011). World Report On Disability. WHO web site (www.who.int) or World
Health Organization, 20 Avenue Appia, 1211 Geneva 27, Switzerland.
Horn-Turpin, F. D. (2009). A study examining the effects of transformational leadership
behaviors on the factors of teaching efficacy, job satisfaction and organizational
commitment as perceived by special education teachers. Thesis Doctor of Philosophy.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025. Putrajaya Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. www.moe.gov.my.
Leithwood K., Jantzi D., & Steinbach R. (2003). (3th ed.). Changing leadership for changing
times. Printed in Great Braitain by St. Edmundsbury Press, Bury St. Edmunds, Suffolk.
McLeskey J., Nacy L. W. & Lacy Redd (2012). A case study of a highly effective, inklusive
elementary school. The Journal of Special Education. http://sed.sagepub.com/, DOI:
10.1177/002246691244055. Published by, Hammill Institute on Disabilities and Sage.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon (2010). Guru Dan Cabaran Semasa.
Selangor: Terbitan Multimedia Sdn Bhd.
Raziah K. A. Mohamed. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Reddy L. (2007). Special Education Teachers. Delhi: Sachin Printers.
Zharulizam Shah Z. A. (2010). Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Khas. Siri Pengajian
Pendidikan Utusan. Utusan Publication.
Www.inclusionbc.org/resources/. (2000). Learning Together is available through Inclusion BC.

Anda mungkin juga menyukai