Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Yang dihormati, YDP SK Ulu Sungai Merah, En. Mohd Fitri Bin Nor Alam, serta AJK PIBG
______________________________________________________________________
Yang Berusaha Encik Hamdi Bin Najdi
Guru Besar SK Ulu Sungai Merah
Encik Idrus Bin Rashid, PK1 Sk Ulu Sungai Merah
Encik Raden Budiman Bin Raden Mahmud, PK HEM
Encik Hasnul Bin Abu Samat, PK KK

Tuan-puan dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Buat ketupat bersama rendang


Jadi hidangan di pagi hari
Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang
Ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan juga majlis perpisahan bagi dua orang guru pelatih iaitu
Cik Loriana dan juga Cik Siti Hajar Ashna.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para tetamu
jemputan dan para hadirin kerana sudi hadir dalam majlis yang diadakan pada hari ini.
Majlis pada malam ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hasyim
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Hasyim atas bacaan doa itu tadi.
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan
________________________________________________________________
Encik Hamdi Bin Najdi untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan....
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.

Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari Raya
Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan
yang telah disediakan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian


Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan.

Selama sebulan kita berpuasa


Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa

Yang jauh berkirim salam


Yang dekat berkirim rindu
Mari lupakan kisah yang silam
Kita buka buku yang baharu

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera. Jemput tuantuan dan semua hadirin untuk menikmati hidangan.

Anda mungkin juga menyukai