Anda di halaman 1dari 3

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN i-Think JENIS PETA BUIH MENINGKATKAN MINAT DAN

PRESTASI MURID-MURID TAHUN LIMA TERHADAP TOPIK TENAGA

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan sama ada penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think jenis
peta buih dapat meningkatkan minat dan prestasi murid-murid Tahun Lima dalam topik Tenaga. Sampel
kajian terdiri daripada lapan orang murid Tahun Lima dari sebuah sekolah di Seberang Perai Utara, Pulau
Pinang. Praujian dan pascaujia telah digunakan untuk mengukur tahap prestasi murid. Soal selidik dan
temu bual digunakan untuk mengukur tahap minat murid serta persepsi murid tentang kefahaman dan
minat terhadap topik selepas kaedah peta pemikiran i-Think jenis peta buih dilaksanakan. Nilai min
praujian dan pascaujian didapati meningkat sebanyak 22.5. Min keselruhuan bagi minat responden
diukur dengan soal selidik ialah 3.83. Temu bual peserta kajian mendapati bahawa peserta berminat,
seronok dan lebih yakin menjawab soalan selepas belajar melalui kaedah peta pemikiran i-Think jenis
peta buih. Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta pemikiran i-Think jenis peta buih
meningkatkan minat dan prestasi murid Tahun Lima terhadap topik Tenaga.

EFFECTIVENESS OF i-Think BUBBLE MAP TO INCREASE THE INTEREST AND


ACHIEVEMENT OF YEAR FIVE PUPILS TOWARDS THE TOPIC ENERGY

ABSTRACT

The purpose of this action research was to determine whether the usage of increase the interest and
achievement of year five pupils towards the topic energy. The research sample consisted of eight Year
Five students from a school in Western Seberang Perai, Pulau Pinang. Pre-test and post-test were used
to measure the students level of achievement. Questionnaires and interviews were conducted to
measure the students level of interest and their perceptions of their understanding of the topic after use iThink bubble map method was carried out. The result showed an increase of 22.5 in the pre-test and
post-test mean. The overall mean for respondents interest as measured by the questionnaire was 3.83.
Interviews conducted with respondents revealed that they were interested, and understood the topic
better after learning through the i-Think bubble map method. This research showed that the i-Think
bubble map learning method can enhance the achievement and interest of the Year Five students
towards the topic Energy.

JADUAL PREDICT-OBSERVE-EXPLAIN:
ALAT UNTUK MERANGSANGKAN PEMIKIRAN KRITIKAL DALAM KALANGAN MURID
SEKOLAH RENDAH

ABSTRAK

Jadual Predict-Observe-Explain telah digunakan dalam penyelidikan ini dalam Topik Timbul dan
Tenggelam selepas mendapati bahawa murid Tahun 4 sukar memahami dan mengingati
konsep-konsep sains. Penyelidikan melalui penggunaan jadual Predict-Observe-Explain ini
dijalankan kerana ia merupakan satu elemen penting dalam merangsangkan pemikiran kritikal
dalam kalangan murid sejak kecil lagi. Dalam penyelidikan ini, praujian dan pascaujian
digunakan sebagai instrumen yang mengumpul data mengenai peningkatan prestasi manakala
borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data mengenai peningkatan minat dalam
kalangan murid. Sebanyak 10 orang peserta kajian telah dipilih dalam kalangan murid Tahun
Empat dari sebuah sekolah yang terlibat untuk menyertai penyelidikan ini. Temu bual

berstruktur juga telah dijalankan terhadap lima orang peserta kajian untuk mendapat tahu
persepsi dan perasaan dan kesannya terhadap minat mereka. Dapatan penyelidikan
menunjukkan bahawa murid mencapai prestasi tinggi dan berminat selepas guru
mengaplikasikan penggunaan Jadual Predict-Observe-Explain. Nilai min praujian adalah 60.8
manakala nilai min pascaujian adalah 74.4. Keputusan perbandingan nilai min menunjukkan
bahawa prestasi murid meningkat dengan nilai min sebanyak 13.6. Analisis data temubual pula
menunjukkan peserta kajian lebih berminat dalam menikmati pembelajaran yang menggunakan
Jadual Predict-Observe-Explain. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Jadual PredictObserve-Explain dapat memberi impak positif dalam membantu meningkatkan prestasi dan
minat murid dalam menguasai Topik Timbul dan Tenggelam. Tindakan susulan yang
dicadangakan ialah pada masa yang akan datang penggunaan Jadual Predict-Observe-Explain
ini seharusnya digunakan dalam topik-topik yang lebih kompleks bagi merangsangkan
pemikiran kritikal murid ke peringkat pemikiran yang lebih tinggi. Skop kumpulan sasaran juga
seharusnya diperluaskan sehingga Jadual Predict-Observe-Explain ini mula digunakan pada
peringkat murid Tahap Satu supaya minat mereka terhdap Sains dapat ditingkatkan sejak kecil
lagi. Secara keseluruhannya, penggunaan Jadual Predict-Observe-Explain menjadi penentu
utama dalam meningkatkan prestasi dan minat murid terhdap Topik Timbul dan Tenggelam.

Anda mungkin juga menyukai