Anda di halaman 1dari 18

KOLEJ VOKASIONAL KUDAT (K05053)

Peti Surat 141


89057 Kudat, Sabah
Tel: 088-613246
Fax: 08-613175

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
PROGRAMS CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN


AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE- ELECTRICAL TECHNOLOGI

L1 (TAHUN 1 SEMESTER 2)

ETE-2013 : ELECTRICAL ENGINEERING DRAWING 1

1.
2.
3.
4.

PERFORM SINGLE PHASE WIRING DRAWING


PERFORM SINGLE PHASE LAYOUT DRAWING
CARRY OUT SINGLE PHASE SINGLE LINE DRAWING
PERFORM SINGLE PHASE WIRING DRAWING

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka / Page : 1
Drpd/of 17 :

TAJUK / TITLE:
LUKISAN PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA
TUJUAN/ PERPOSE :
Kertas penerangan ini menerangkan tentang lukisan dalam bidang elektrikal seperti
gambarajah pelan susunatur, gambarajah skematik (satu garisan), gambarajah
pendawaian dan gambarajah litar elektrik.

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 2
Drpd/of :
18

PENERANGAN :
1.

Definasi
Lukisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu lukisan artis dan lukisan teknik. Lukisan artis
merupakan lakaran yang dibuat secara bebas untuk menggambarkan sesuatu
benda/objek. manakala lukisan teknik adalah lukisan yang dilukis menggunakan peralatan
lukisan. Lukisan teknik adalah gambaran sebenar sesuatu objek mengikut saiz dari setiap
sudut.

2.

Peralatan lukisan teknik


2.1

Papan lukisan (Drawing board)


Papan lukisan diperbuat daripada kayu lembut bersaiz 60cm x 80cm.
Permukaanya rata adalah penting disamping bucu kiri dan kanannya
diperkemas untuk membolehkan kertas lukisan dilekatkan diatasnya. Kertas
boleh dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat.

2.2

Sesiku T (Tee Square)


Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kepala dan bilah. Ia adalah alat utama
dalam melukis lukisan teknik. Ia mestilah diletakkan diatas papan lukisan
dengan kedudukan melintang. Kepala mestilah ditolak rapat dengan tepi
papan dan boleh digerakkan ke atas dan ke bawah.

2.3

Sesiku segi tiga (Set Square)


Terdapat dua jenis sesiku iaitu bersudut 30 dan 45, ia digunakan untuk
membuat garisan menegak dan bersudut. Ia diletakkan diatas sesiku T dan
boleh digerakkan ke kiri dan ke kanan.

2.4

Pensil
Dalam lukisan teknik jenis pensil amat ditekankan untuk menentukan mutu
lukisan. Terdapat pelbagai jenis kelembutan mata pensil dibuat khusus untuk
garisan yang berlainan.
i.
ii.

Mata keras 4H 9H
Mata Sederhana untuk garisan am, objek, lakaran atau menghuruf (3H,
2H, H, F, HB)
iii. Mata lembut untuk garisan nyata (B dan 2B)

2.5

Perisai pemadam (Eraser guard)

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 3
Drpd/of :
18

Diperbuat dari logam nipis yang mempunyai banyak lubang. Ia bertujuan


sebagai panduan pemadam supaya tidak terpadam garisan lain yang
berhampiran
2.6

Pencontoh (Template)
Digunakan untuk memudahkan kerja-kerja melukis kerana tidak perlu
menggunakan peralatan lukisan lain. Terdapat banyak pencontoh seperti
pencontoh bulat, segiempat, segitiga dan simbol elektrik

3.

Lukisan teknik merupakan lukisan garisan lurus dan lengkok. Garisan yang mempunyai
pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan maksud tertentu. Ini membolehkan lukisan
mudah difahami.
3.1

Terdapat 10 jenis garisan mengikut piawaian BS308 seperti:


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Garisan objek
Garisan keratan
Garisan pandu
Garisan unjuran
Garisan dimensi
Garisan tersembunyi
Garisan tengah
Garisan pecah
Satah Pemotongan
Garisan penyambungan

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

Bil
1.

ETE-2013-1/P(2/3)

Jenis-jenis garisan

tebal garisan = 0.7mm

Muka/Page : 4
Drpd/of :
18

Kegunaan
Garisan yang tebal dan
hitam, digunakan untuk
menunjukkan garisan
objek/benda

Garisan objek
2.
tebal garisan = 0.3mm
0.7mm
Garisan keratan
3.

Garisan tebal dan


terputus panjang dan
pendek. Digunakan
untuk menunjukkan
bahagian keratan objek

Garisan pandu

Garisan yang halus,


digunakan untuk asas
membina objek

Garisan unjuran

Garisan yang halus,


digunakan untuk
mengunjurkan garisan
objek. Selalunya
digunakan dalam lukisan
ortografik.

tebal garisan = 0.3mm


4.
tebal garisan = 0.3mm

5.

tebal garisan = 0.3mm


Garisan dimensi

Rajah 1 : Contoh garisan dalam lukisan teknik:

Garisan ini hitam dan


halus. Digunakan untuk
mendimensi objek
Ditandakan dengan
anak panah dikedua-dua
hujung garisan

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID
4.

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 5
Drpd/of :
18

Lukisan Susunatur Elektrik


Terdapat pelbagai jenis peralatan dan kelengkapan/aksesori pepasangan elektrik.
Setiap peralatan dan aksesori mempunyai fungsi dan tugas yang berlainan. Untuk
mengelakkan kekeliruan, peralatan dan kelengkapan/aksesori ditunjukkan secara
lukisan simbol pada lukisan susunatur. Lukisan ini digunakan sebagai rujukan untuk
membuat kerja-kerja pendawaian. Lukisan susunatur mengandungi maklumat
lengkap seperti bentangan pendawaian, rekabentuk litar, komponen, aksesori dan
faktor perlindungan.
Lukisan susunatur mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
dalam pepasangan elektrik di negara ini iaitu Akta Bekalan Elektrik, PeraturanPeraturan Elektrik 1994, dan MS IEC 60364.

Rajah 2 : Contoh lukisan susunatur

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 6
Drpd/of :
18

Lukisan ini lazimnya disertakan dengan saiz atau ukuran terperinci bagi setiap bahagian
bangunan. Berpandukan kepada pelan bangunan inilah seseorang pendawai akan
membuat pelan pemasangan iaitu dengan menempatkan simbol-simbol pemasangan pada
ruang yang diperlukan oleh pelanggan. Daripada pelan pemasangan ini, pendawai akan
dapat membuat angggaran taksiran kos pendawaian, kerana pada pelan ini terdapatnya
petunjuk bilangan lampu, aksesori dan panjang kabel yang diperlukan.

5.

Teknik Melukis Simbol Pemasangan


Diberikan beberapa contoh teknik melukis simbol pemasangan pada pelan bangunan. Ini
termasuk cara seperti:
i. Melukis sambungan
ii. Menempatkan simbol yang betul seperti:
iii. Kedudukan suis
Kedudukan poin lampu
Kedudukan kipas
Kedudukan soket keluaran
Rajah 2 adalah satu contoh pelan susun atur untuk menempatkan suis, mata (point)
lampu, kipas, dan 13 amp soket alir keluar untuk sebuah rumah. Cara menempatkan
simbol-simbol ini pada pelan bangunan adalah mustahak kerana:
i.

akan menjadi panduan kepada pendawai ketika membuat kerja pendawaian


sebenar.
ii. segala penempatan aksesori pendawaian hendaklah mematuhi kehendak peraturan
I.E.E
dan Peraturan Suruhanjaya Tenaga bagi mematuhi langkah-langkah
keselamatan.
iii. berkait rapat dengan keperluan sesebuah bilik bangunan mengikut peraturan yang
sediada.

Peraturan pemasangan aksesori dan peranti elektrik antara lain menyatakan


bahawa:
Suis hendaklah dipasang pada tempat yang mudah dicapai, tidak terlindung
atau ditempat yang dilarang oleh peraturan I.E.E/Suruhanjaya Tenaga. Contoh
penempatan adalah seperti berikut:
i.

Bilik:
Suis hendaklah dipasang di dalam bilik di tepi pintu masuk,tidak
terlindung oleh pintu.
Bilik Mandi / tandas.
Suis hendaklah dipasang di luar bilik mandi, tandas.
Suis dua hala atau suis perantaraan di dalam satu bilik dicadangkan
dikumpulkan bersama.

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 7
Drpd/of :
18

Untuk penjimatan pendawaian:


Suis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi,bilik rehat atau tandas yang
tertakluk kepada peraturan.
ii.

Lampu:
Satu bilik sekurang-kurangnya satu lampu kecuali;
memerlukan cahaya yang lebih.

kegunaan khas.

jarak tidak kurang daripada 2 meter antara satu dengan lain.

iii.

Lampu bilik mandi:

jenis tungsten glob

pendaflour bertutup sepenuhnya.

iv. Lampu dinding:


Cahaya yang seimbang dalam sebuah bilik boleh ditempatkan dengan
penempatan lampu yang betul. Simbol mata (point) lampu hendaklah
dilukis ditengah-tengah bilik.
Sesuai untuk;

Bilik Rehat.

Anjung Rumah.

Ruang Tamu.
v.

Kipas:
Simbol untuk kipas siling dilukis ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada
satu, hendaklah ditempatkan dengan sesuai supaya angin kipas seimbang
pada ruang yang diperlukan.

vi. Unit Kawalan pengguna:


Kotak agihan serta peranti kawalan pengguna boleh ditempatkan dalam
bilik khas atau di tepi dinding berhampiran pintu utama sesuatu rumah
atau premis.
vii. Soket Keluaran:

Dicadangkan dari jenis tunggal.

Tidak boleh dipasang dalam bilik mandi kecuali jenis khas.

Utamakan pemasangan mengikut keperluan penggunaan.

Bilangannya bergantung kepada jenis pendawaiannya tertakluk


kepada peraturan I.E.E / Suruhanjaya Tenaga.
Petunjuk:
i.

Di samping pelan pemasangan terdapat satu penerangan ringkas


berkaitan dengan simbol yang digunakan pada pelan tersebut.

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ii.

Muka/Page : 8
Drpd/of :
18

Penerangan ini boleh disediakan dalam satu bentuk ruang khas yang
dinamakan Petunjuk.
Pada petunjuk akan dicatatkan simbol, keterangan dan bilangan atau pun
dalam bentuk nota tambahan bagi penerangan yang berkaitan:

6.

ETE-2013-1/P(2/3)

Petunjuk boleh ditempatkan pada bahagian bawah, tepi kiri atau kanan.
Jika terlalu banyak boleh dibuat pada helaian yang berasingan.
Hanya satu simbol yang dilukis bagi mewakili simbol yang sama dalam
pemasangan.
Semua simbol hendaklah ditunjukkan dalam Petunjuk.

Saiz simbol hendaklah sama dengan saiz pelan.

Gambarajah Skematik
1. Lukisan skema pemasangan domestik dilukis bagi menunjukkan pengagihan tenaga
elektrik dari punca bekalan tenaga elektrik hingga ke litar akhir pengguna (kotak fius
agihan). Pengagihan ini akan ditunjukkan dengan satu garisan. Oleh kerana itu
lukisan ini juga dikenali sebagai gambarajah satu garisan.
2. Dengan adanya gambarajah ini pihak berkuasa bekalan akan dapat menentukan
kadaran arus yang diperlukan dipemasangan itu. Meraka akan dapat menentukan
kadaran arus bagi alat-alat kawalan utama, saiz dan jenis kabel yang hendak
digunakan dan bilangan litar akhir yang diperlukan.
3. Para pendawai, perancang atau pemasang pendawaian pula menjadikan gambarajah
skema itu sebagai panduan untuk menentukan jenis pendawaian yang hendak
digunakan dan beban yang dipasang pada setiap litar akhir disamping mematuhi
kehendak alat-alat kawalan utama yang perlu disediakan.
4. Dalam kerja pemasangan elektrik, gambarajah ini amat diperlukan selepas gambarajah
pelan susunatur (lay out plan)
Contoh lukisan yang baik dan kemas:

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 9
Drpd/of :
18

5. Keterangan lanjut seperti kadaran arus, voltan dan jenis komponen perlulah dicatatkan
pada simbol-simbol berkenaan.

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 10
Drpd/of :
18

6. Jangan mencampur adukkan simbol-simbol daripada piawaian lain dalam gambarajah


ini kecuali jika tidak dapat pilihan lain. Hal ini hendaklah diberi keterangan melalui
nota dibawah gambarajah itu.
Contoh simbol piawai Amerika dan British:

7. Arah lukisan ini mestilah bermula dari atas ke bawah (Rajah 4) atau dari kiri ke
kanan (Rajah 1) sesuai dengan cara pembacaan biasa. Arah ini mengikut piawaian
British atau arah biasa bekalan masuk (Rajah 2 dan 3). Piawaian lain mungkin
berbeza arah pembacaannya.

Rajah 1

Rajah 2

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 11
Drpd/of :
18

Rajah 3

Rajah 4
8. Papan fius agihan yang dilukis mestilah memuatkan kesemua fius atau pemutus
litar yang akan digunakan walaupun hanya untuk simpanan. Ini termasuklah
kadarannya, litar akhir yang keluar dari setiap fius atau pemutus litar itu mestilah
diberikan nombor untuk rujukan pembaca termasuk litar akhir simpanan (lihat
rajah di bawah):

Contoh lengkap gambarajah skematik pengguna:


2.1 Maklumat Tambahan Mengenai Gambarajah Skematik:

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 12
Drpd/of :
18

Gambarajah skematik berpandukan Pelan Susunatur.

Sebelum kerja-kerja melukis gambarajah skema dimulakan, perkara-perkara yang


berikut hendaklah dipastikan terlebih dahulu.

Bagaimana menentukan bilangan litar akhir.

Bilangan litar akhir dapat ditentukan dengan memperhatikan nombor pada setiap
beban termasuk soket alur keluar dan lain-lain komponen yang terdapat pada pelan
tata letak itu. Jika nombor yang paling akhir pada beban itu ialah 6. Ini bererti bilangan
litar akhir bagi pemasangan itu 6 buah tidak termasuk simpanan. Litar akhir simpanan
biasanya tidak melebihi separuh jumlah litar akhir.

Menetapkan kadaran arus bagi peranti pelindung arus lebih.

Kadaran arus bagi setiap peranti pelindung arus lebih litar akhir, dapat ditentukan
berdasarkan beban yang dipasang pada litar itu. Untuk mendapatkan kadaran yang
tepat, satu pengiraan khas perlu dilakukan. Sebagai latihan asas kepada pelatih untuk
melukis gambarajah skema, judul yang berikut bolehlah dijadikan panduan penentuan
kadaran arus bagi peranti pelindung arus lebih itu.

3.

Gambarajah Litar

Gambarajah litar dilukis bagi kegunaan menunjukkan kendalian keseluruhan sesuatu


litar. Simbol piawai skema dilukis dan disambung di antara satu dengan lain secara
bergarisan bagi membentuk litar lengkap mengikut susun atur yang bersistem supaya
mudah dibaca dan difahami maksudnya.

Dengan adanya gambarajah litar dapat memberi maklumat dengan jelas berkenaan
reka bentuk sesuatu litar pendawaian. Rajah 5 di bawah menunjukkan contoh
gambarajah litar.

Rajah 5 menunjukkan gambarajah litar iaitu suis 1 mengawal lampu 1, dan suis 2
mengawal lampu 2. Lampu yang digunakan dari jenis berfilamen dan suis yang
digunakan adalah jenis satu hala.

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 13
Drpd/of :
18

Rajah 5 Gambarajah Litar Lampu

Manakala rajah 6 di sebelah menunjukkan gambarajah litar lampu iaitu lampu 1


dikawal oleh suis 1 dan suis 2. Kedua-dua suis adalah jenis suis dua hala.

Rajah 6 Gambarajah Litar Kawalan Suis Dua Hala


Jadual di bawah pula menunjukkan beberapa contoh simbol yang digunakan dalam
gambarajah litar:

Bil

Simbol

Keterangan

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 14
Drpd/of :
18

1
Suis Utama ( Main Switch )

Suis satu hala

3
Suis dua hala
4
Ros siling

4.

Gambarajah Pendawaian

Gambarajah pendawaian dilukis dengan mengambil kira simbol pada kedudukan


fizikal sebenar aksesori dan peranti sesuatu pendawaian elektrik. Selain daripada
penempatan kedudukan sebenar, segala sambungan juga ditunjukkan dengan jelas
pada semua punca tamatan dan aksesori dan peranti.

Dengan cara ini dapat membantu pendawai bagi pemasangan yang melibatkan
kelompok litar yang besar serta bilangan aksesori dan peranti yang banyak.
Terutama bagi pemasangan seperti litar kawalan lampu, kawalan motor dan lainlain lagi.

Kegunaan litar pendawaian adalah untuk:


i. Kerja-kerja pemasangan.
ii. Pembaikan litar.
iii. Penyenggaraan litar.
iv. Mengesan kerosakan litar.

Bagi gambarajah pendawaian mesti mempunyai tiga (3) garisan iaitu:


i. Life (L) garisan merah.
ii. Neutral (N) garisan hitam.
iii. Earth (E) garisan hijau.

Rajah 7: Contoh gambarajah pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh satu suis
satu hala.

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 15
Drpd/of :
18

Rajah 7 Gambarajah Litar Pendawaian Dengan Kawalan Suis Satu Hala

Rajah 8: Contoh gambarajah pelan pendawaian dua lampu dikawal oleh satu suis
satu hala

Rajah 8 Gambarajah Litar Pendawaian Dengan Kawalan Suis Satu hala

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 16
Drpd/of :
18

Rajah 9: Contoh gambarajah pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua suis
dua hala

Rajah 9 Gambarajah Litar Pendawaian Dengan Kawalan Suis Dua Hala

Rajah 10: Contoh gambarajah pelan pendawaian satu lampu dikawal oleh dua
suis dua hala dan suis perantaraan @ pertengahan

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 17
Drpd/of :
18

Rajah 10 Gambarajah Litar Pendawaian Dengan Kawalan Suis Perantaraan

SOALAN :

1.

Nyatakan definisi lukisan teknikal dan lukisan artis:


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2.

Sebutkan lima (5) peralatan melukis lukisan teknikal:


i.

____________________________________

ii.

____________________________________

iii.

____________________________________

iv.

____________________________________

v.

____________________________________

3. Apakah kegunaan gambarajah susunatur dalam bidang elektrikal?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

4. Apakah nama (istilah) lain bagi gambarajah skematik?

ID UNIT KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT ID

ETE-2013-1/P(2/3)

Muka/Page : 18
Drpd/of :
18

______________________________________________________________________

5. Berikan warna garisan bagi gambarajah pendawaian:


i.

Life: ________________________________

ii.

Neutral: _____________________________

iii.

Earth: _______________________________

RUJUKAN:
1. PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK (EDISI KEDUA) HAJI MD. NASIR
HAJI ABD. RAHMAN, I.E.E EDISI 16 BS7671: 1992, PINDAAN 2, 1997.
2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI
BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU
SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4

Beri Nilai