Anda di halaman 1dari 13

ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

Tuesday, March 3, 2015
Alam Sekitar Di Malaysia
MAKSUD ALAM SEKITAR

ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling
Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment”
membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya
berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah
menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara
khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik
atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk
juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku,
2002)
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
“environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi
tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal
alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia.
(A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan
mencegah , menghapus , mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam
sekeliling dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu
pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara
lansung dan tidak lansung terhadap sifat-sifat fizikal , haba dan kimia termasuk

antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik. jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Apabila pihak kerajaan . Selain itu. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka. pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. tanah serta laut dan untuk masalah ini . Walhal. udara .kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air . mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri. Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab . bunyi . pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu. mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar. . motosikal. Di samping itu. udara.atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan. penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta.

Jika dilihat dari satu sudut. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara. tanah dan bunyi.Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka . Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini. hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara. penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. air. suhu persekitaran . Tambahan pula. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Di samping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya.

Seterusnya.haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. tomato.singa dan sebagainya. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya. Selain itu. Barli. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun). bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa.dan lain-lain. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk. Bahanbahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. kekacang. Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini.haiwan . . Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka . Klorosis (Pertukaran warna). dan perubahan pertumbuhan. gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. kapas.kuda-kuda. gajah. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.harimau.Maka.

pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Seterusnya. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat.Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur. kertas dan bahan binaan .Hal ini juga boleh menghakis pakaian.

Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas. banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Selain itu. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman.bangunan.kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesanpemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat . asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. . Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklahmenggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.Sebagai contohnya. Selain itu. ekosistem terganggu. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gasgas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. persekitaranya menjadi panas.kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda.

Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB. ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahanlahan LANGKAH LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN . Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari.Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusiasecara serta-merta dan juga secara kronik. selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal.

terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Media massa ini termasuklah televisyen. sahabat alam dan sebagainya. masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Selain itu. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar. kempen kitar semula. aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokokpokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Pada hari ini.Dalam kempenkempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. komputer dan surat khabar. telefon bimbit. media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar . Dalam kempen alam sekitar ini juga. Dengan itu.Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. . Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. radio. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. . Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. balai rakyat. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Di peringkat tinggi. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. kain dan bahan-bahan plastik.Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling. pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Selain itu. dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar. kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Dengan adanya teknologi moden. Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden . Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia.Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melaluiorganisasi-organisasi seperti sekolah. Dengan itu. majalah lama. sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar . Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. CABARAN MENANGANI ALAM SEKITAR DI MALAYSIA Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat.

Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan diambil untuk menyelesaikannya. KOS PENGURUSAN Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) . Rakyat perlu sedar bahawa mereka bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan sematamata. program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya. Namun demikian. Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005.71 billion. Keadaan ini . JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2. jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan. pembersihan semula kawasan pencemaran. Majoriti rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa.Jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat.Bagi buangan kotoran kumbahan domestik. KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Masih ramai pemandu kenderaan motor menggunakan yang mengeluar asap yang kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH seperti yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977. JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam yang berjumlah RM 40 juta. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi. jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar. Tindakan dalam memelihara perlu dilakukan dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apaapa tindakan. Jumlah ini cukup besar berbandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun demikian. walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak.

Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka. .Keadaan ini menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG Kekurangan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Oleh itu. pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam mata pelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Di Pejabat Daerah Hulu Langat. kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.membuktikan kecacatan dalam sistem pendidikan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar. pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan. Namun untuk keperluan peperiksaan. flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul. Di sekolah Rendah dan Menengah. Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad.

semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita. kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. perkhemahan alam sekitar bagi belia. sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan. . Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan.Selain itu . Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan. pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan. bengkel. kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. pameran. Justeru.KESIMPULANNYA Kesimpulannya. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang. seminar. keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak.