Anda di halaman 1dari 1

Keperluan dan kepentingan mengkaji, mempelajari ilmu ketamadunan bagi

mendepani cabaran di zaman pasca moden hari ini?

Perkataan tamadun mengambarkan kemajuan sesebuah masyarakat dari sudut


ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa tamadun merujuk kepada
pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Asas ilmu tamadun
merujuk kepada semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang manusia dan
kehidupan serta persekitarannya adalah termasuk di bawah ruang lingkup
disiplin yang memperkukuhkan bidang kajian ketamadunan.
Pengajian ilmu tamadun amat penting dalam zaman kini kerana kita boleh
mengenali kelebihan dan kelemahan tamadun masa dahulu dan dengan fakta ini
juga merancang atau mengorak strategi masa hadapan dengan baik .
Dalam pengajian tamadun juga kita dapat memahami lebih mendalam tentang
perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun islam , tamadun
cina , tamadun india , tamadun dan tamadun asia.
Dengan ini kita dapat menyemai sifat persefahaman sesama rakyat dan sikap
hormat menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama.
Dalam masa yang sama kita dapat mengetahui faktor kelahiran sesuatu
tamadun dan faktor kejatuhan sesuatu tamadun. Dengan ini, kita dapat
mengambil iktibar dari perkara negatif masa silam dan boleh mengorak menjadi
positif di zaman kita serta melahirkan insan yang berfikiran jauh , berpandangan
global dan mampu menjadi tiang negara di masa hadapan.
Ilmu ketamadun juga mengajar kita tentang cara mentadbir sesubuah negara.
Contoh sistem pembelajaran dan perundangan. Dengan ini kita dapat
meningkatkan lagi sistem pentadbiran yang sedia ada di zaman kini berdasarkan
sejarah masa silam. Ini juga dapat melahirkan generasi bijak pandai di negara
kita dan sistem pentadbiran negara akan jadi lebih lancar dari masa ke semasa.
Kesimpulannya ilmu tamadun ini amat penting untuk mengetahui sebab
kejayaan dan perkara yang boleh membawa keruntunhan tamadun. Ilmu ini
amat relevan kerana manusia berada di persimpangan jalan . kejayaan fizikal
yang begitu tinggi melalui bidang sains dan teknologi diiringi oleh kerosakan nilai
budi.