Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENDAHULUAN

Apabila menyebut tentang profesional, guru merupakan salah satu profesion yang mempunyai
skop etika yang tersendiri. Guru juga antara profesion yang disanjung dan dihormati dalam
masyarakat kita pada hari ini. Murid-murid menganggap guru di sekolah sebagai seorang idola
yang boleh mereka contohi. Jadi, sikap dan etika bagi seorang guru sangat penting kerana ia
menjadi tatapan bagi murid-murid setiap hari di sekolah.

Seorang pendidik itu perlu menyedari tanggungjawab dan amanah yang diberikan dalam
mendidik generasi yang akan menerajui negara ini dalam menjadi seorang guru yang
profesional. Oleh itu, kod etika kerja yang digubal bagi memartabatkan profesion perguruan
perlu dipatuhi untuk menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya.

Pendidikan mementingkan aspek kualiti dan kecemerlangan seseorang individu. Kewujudan


pendidikan yang berkualiti akan mengangkat martabat individu seseorang. Dalam mencapai
usaha untuk memenuhi pendidikan berkualiti, kualiti seorang guru itu harus dititikberatkan.
Perkembangan dalam dunia memberi cabaran yang hebat kepada guru dalam membentuk
peribadi diri dan murid agar menjadi seorang insan yang berguna. Sama ada sedar atau tidak
sedar, seorang guru itu memikul satu tanggungjawab yang besar dalam melahirkan seorang
insan yang dapat membantu negara menjadi lebih baik.

2.0 ISU-ISU ETIKA GURU

Menurut Kamus Dewan(1995), etika merupakan sebuah sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan. Dari pandangan Islam pula, etika merupakan akhlak dan tingkahlaku yang
baik yang diamalkan oleh seorang yang baik peribadinya. Menurut Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN), etika ialah akauntabiliti dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat. Setiap penjawat awam harus mematuhi dan memahami larangan serta
kebenaran tingkahlaku Perkhidmatan Awam. Etika juga boleh disimpulkan sebagai suatu aturan
tingkahlaku yang baik dan berakauntabiliti yang perlu diamalkan oleh setiap individu.
Setiap profesion mempunyai kod etika kerja yang tersendiri. Profesion perguruan juga tidak
terlepas daripada mempunyai etika kerja sendiri. Etika kerja perguruan digubal bagi
memartabatkan profesion perguruan. Setiap individu yang bergelar guru wajib mematuhi kod
etika ini selama masih dirinya bergelar guru. Ia adalah untuk menjaga status, akhlak dan
maruah dalam profesion keguruannya.

Kod etika perguruan menjadi garis panduan bagaimana bertingkahlaku dalam profesion yang
banyak menguji kesabaran ini. Kod etika perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang
tanggungjawab guru sebagai pemegang amanah di dalam bidang pendidikan. Amanah yang
dipikul oleh insan bernama guru adalah amat besar. Guru harus mendidik dan mencorak
generasi muda yang bakal memimpin negara pada masa akan datang. Maka, guru haruslah
mengikut dan mematuhi kod etika perguruan agar guru masih lagi berjalan dan berlari di atas
landasan yang betul.

Dalam minda masyarakat Malaysia, seorang guru itu haruslah merupakan seorang insan yang
sempurna. Elok penampilan, tersusun tutur bahasa, baik tingkah laku dan tinggi akhlak pekerti
adalah trait-trait personaliti guru dalam minda masyarakat kita. Mereka amat berharap guru
yang mengajar anak-anak mereka di sekolah merupakan individu yang berakauntabiliti dan
berintegriti serta sesuai dijadikan contoh ikutan anak-anak mereka. Rasa percaya mereka
terhadap guru akan timbul dengan melihat guru-guru yang wajar dijadikan contoh bagi anakanak di sekolah.
2

Kerjaya guru tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi membabitkan disiplin ilmu berkaitan agama.
Islam sebagai satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan, memandang tinggi martabat
seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu duniawi atau ukhrawi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW
membuktikan betapa pentingnya peranan guru dalam proses penyebaran dakwah Islamiah
pada zaman permulaan Islam. Sebagai utusan terakhir kepada umat manusia, Baginda SAW
sendiri mengajar dan mendidik umat manusia berpandukan wahyu Ilahi. Baginda juga
merupakan seorang guru pada zamannya.
Dewasa ini, pelbagai berita yang boleh dikira sebagai keadaan di mana martabat guru cuba
direndahkan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Memang ada segelintir guru yang membuat onar
tetapi sebahagian besar menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa dengan baik.
Ibarat kata pepatah, jangan kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit
sama.
Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat
kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah
pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan
yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat
balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar
pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
"Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga
perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis
riwayat Muslim). Jelas di sini bahawa profesion perguruan itu mendapat tempat yang tinggi di
dalam agama Islam. Ianya merupakan sebuah profesion yang mulia. Maka, sebagai seorang
yang bergelar guru, kita haruslah menjaga nama baik profesion dan tidak melanggar etika-etika
perguruan agar masyarakat kekal memandang mulia kerjaya guru sehingga akhir zaman nanti.
InsyaAllah!

Terdapat pelbagai isu berkaitan dengan etika guru seperti kesantunan guru, kepedulian guru,
penampilan guru, berniaga di sekolah, kerjaya sambilan, pengurusan masa dan juga
pengurusan kewangan. Kesemua masalah dan isu berkaitan guru dapat dikelaskan kepada isuisu ini. Kesemua isu yang disebutkan merupakan isu berkenaan profesion perguruan.
3

Plot cerita The Teachers Diary yang mengisahkan tentang guru yang mengajar murid-murid
daripada anak-anak nelayan di bahagian pedalaman yang rumah dan sekolah terletak di atas
sungai. Pengangkutan utama mereka ialah bot dan sampan. Murid-murid di sekolah tersebut
merupakan murid-murid kampung yang sedikit bilangannya iaitu tidak sampai sepuluh orang
murid dalam satu kelas dan akademik mereka agak jauh terkebelakang. Kemudahan sekolah
juga tidak mencukupi. Dua orang watak utama yang memainkan peranan sebagai guru di
sekolah tersebut ialah Cikgu Song dan Cikgu Ann.

Tiga isu etika guru yang dapat dikenalpasti dalam cerita ini ialah kesantunan guru, kepedulian
guru dan pengurusan masa. Menurut Akhiar Pardi (2015), istilah kesantunan guru merujuk
kepada tatacara, adat atau kebiasaan berkaitan perlakuan dalam perhubungan antara individu
yang berlaku dalam masyarakat. Ini bermaksud jika di sekolah kesantunan guru dapat dilihat
dari pelbagai segi seperti pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan
rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan
masyarakat setempat.

(cikgu Ann). Kesantunan tingkah laku juga merupakan satu tatacara bertindak atau gerak-geri
guru ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu. Seperti dalam cerita The
Teachers Diary, Cikgu Ann iaitu seorang guru wanita yang diarahkan bertugas ke sekolah atas
sungai tersebut telah berkomunikasi pada kali pertama dengan murid-muridnya dengan penuh
mesra dan mengikut tahap mereka. Cikgu Ann telah memperkenalkan dirinya dengan ceria dan
menggunakan pergerakan tubuh badan untuk mengeja huruf namanya. Hal ini demikian kerana
Cikgu Ann mengatakan dengan cara sebegitu murid-murid akan mudah memahami dan
mengingat nama yang disebut. Ini menunjukkan Cikgu Ann

Guru perlu bijak dalam membentuk tingkah laku. Guru sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Oleh itu, aspek kesantunan perlu diutamakan. Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara
guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru
perlu mengambilkira kepada norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan
4

idea yang difikirkan sahaja. Apabila cara berbahasa seseorang guru tidak sesuai dengan
norma-norma budaya, maka akan dilabelkan dengan nilai negatif. Guru yang tidak dapat
menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang
yang sombong, angkuh, tak acuh, egois,tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

APA PERANAN INTEGRITI APABILA GURU MENGHADAPI ISU2 ETIKA???


SATU ISU KAIT DGN INTEGRITI

3.0 PELAN PEMBANGUNAN KERJAYA

4.0 RUMUSAN

Secara rumusannya, untuk menjadi seorang guru yang sempurna, penuh dengan sikap beretika
dan profesional sepanjang masa bertugas bukan mudah, tetapi tidak sukar juga untuk berusaha
ke arah itu. Hal ini demikian kerana apabila seseorang itu telah memilih guru sebagai
kerjayanya bermakna dia bersetuju dalam menerima semua skop tugasan, syarat dan cabaran
yang diletakkan pada seorang guru. Etika yang diberikan sebenarnya tidak membebankan
malah ia suatu sikap yang sepatutnya perlu ada pada setiap individu dalam kehidupan seharian
mereka untuk mendapatkan suatu suasana yang harmoni dan kerjasama.

Seorang guru juga perlu sentiasa bersedia dari semasa ke semasa untuk mendepani cabaran
dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum serta murid-murid di zaman yang
semakin kompleks ini, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri sepenuhnya dari segi
fizikal, mental, rohani dan jasmani bagi setiap perkara yang perlu dilalui dalam menjaga jati diri
menjadi seorang guru yang beretika dan profesional.

Kesimpulannya, tugas guru memang merupakan satu tugasan yang mencabar dan setiap
daripada cabaran itu haruslah diatasi dengan sebaiknya oleh guru. Guru sentiasa menjadi
sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan dalam pembentukan
masyarakat. Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling.
Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke
arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian
guru berkenaan. Oleh itu, adalah menjadi suatu kewajipan bagi guru-guru mengamalkan
penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion
perguruan.
Guru adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat
latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod
etika yang tersendiri. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada
ciri ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri ciri yang telah

dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang
diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli.

Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod
etika yang ditentukan oleh organisasinya. Keprofesionalisme guru amat penting dalam bidang
pendidikan. Pendidikan merupakan institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
masa hadapan. Sistem pendidikan harus dirancang dengan teliti supaya sesuai dengan
kemungkinan cabaran yang bakal timbul kelak.

RUJUKAN
(a) Buku
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, etc. (2015). Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional. Bangi: Pelangi Professional Publishing Sdn Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka, (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Syed Ismail Syed Mustapa, (2013). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

(b) Internet
Anis

binti

Abdul

Rahim,

(2012).

Isu

Etika

Guru

Kepedulian

http://gurucoolbainun.blogspot.my/2012/09/isu-etika-guru-kepedulian-guru.html

Guru.
Akses

pada 20 Julai 2016


Chen Kit Yee, (2013). Isu Kesantunan Guru: Sikap Guru Bahasa Inggeris Perbodohkan Pelajar.
http://kesantunanm.blogspot.my/2013/08/isu-kesantunan-guru.html Akses Pada 17 Julai
2016.
Hami, (2015). The Teachers Diary: Filem Yang Best.
http://hamiasraff.blogspot.my/2015/02/teachers-diary-filem-yang-best.html Akses Pada 12
Julai 2016.
Meidi, (2012). Isu Etika Guru Perlukah Sepak? http://3l1c.blogspot.my/2012/09/normal-0false-false-false-en-my-zh-cn_2.html Akses pada 17 Julai 2016.
Nick Qutra, (2012). Isu-isu Etika Guru. http://educatestory.blogspot.my/2012/10/isu-isu-etikaguru.html Akses pada 18 Julai 2016
Siti Nazirah, (2012). Isu Kesantunan Guru. http://ceritagurukini.blogspot.my/2012/09/isukesantunan-guru.html Akses Pada 20 Julai 2016

Zaedi

Ahmad,

(2012).

Edu

3108

Tajuk

Isu-isu

Etika

Guru

Nota.

http://www.slideshare.net/zaedi_sksd/edu3108-tajuk-3-isuisu-etika-guru-nota Akses Pada


18 Julai 2016
http://www.imdb.com/title/tt3500528/reviews
http://yjcool.blogspot.my/2014/08/movie-review-teachers-diary.html

10

LAMPIRAN

11

Anda mungkin juga menyukai