Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar hidup
Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live.
Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus
hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu
supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.
Situasi ikhtiar hidup.
1)Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
2)Ancaman binatang.
3) Masalah perlindungan.
4)lain-lain
Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan
menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina), teknikal(kemahiran) dan
material(peralatan,pakaian dan bekalan).
Punca situasi ikhtiar hidup
Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun di peringkat
perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin
melakukan aktiviti luar.
Kepentingan ilmu ikhtiar hidup
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh
setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahau dan kemahiran dalam bidang ikhtiar
hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.
Prinsip ikhtiar hidup
Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan
menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh,
elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa
sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.
Usaha dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi
mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu
sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan
tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu
mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.
Kawalan diri dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan
tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan
menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang
dihadapi.

Kerjasama jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat
mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.
Persiapan.
Sebagai persiapan, anda hendaklah memahirkan diri dengan teknik-teknik dan pengetahuan dalam bidang ikhtiar
hidup itu sendiri. Oleh itu,teruskanlah pembacaan anda.Namun,melalui pembacaan sahaja,kesannya tidak begitu
memadai kerana anda hanya akan memperoleh pengetahuan tetapi bukan kemahiran. Kemahiran akan diperoleh
melalui praktikal yang anda lakukan berpandukan pembacaan anda. Selain itu, anda bolehlah menghadiri kursus
ikhtiar hidup yang diadakan oleh kelab-kelab rekreasi.
Antara perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum melakukan aktiviti luar atau ekspedisi.
-tahap kecergasan yang mencukupi
-latihan yang perlu dilakukan
-Peralatan,bekalan dan pakaian yang sesuai,tahan dan mencukupi
-langkah-langkah keselamatan
Alat
Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa
setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam
bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak
menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat
kegunaan.
1)

Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi.
Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.
Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.
2)

Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji
antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.
3)

Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah
ringan dan bersaiz kecil.
Antara alat-alat yang sesuai:-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-1 @2 batang lilin
-1 kotak mancis api/1 pemetik api
-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan
dalam bahagian hulunya.
Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.
*parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh
berfungsi sebagai parang.
Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan
tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan.
Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai jika perlu.
PENGENALAN
1. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan
tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu
digunakan.
2. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
3. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan
memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan
memerlukan berbuat demikian.
4. Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup deertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya
boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.
DIFINISI
Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam
atau luar kawasan musuh.
OBJRKTIF
Kognitif
Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunungganang atau sebagainya.
Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan
punca-punca air.
Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.
Psikomotor
Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.
Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.
Afektif
Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab.
Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan adapt menimati keindahannya.

TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP


Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini
jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan
tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk
hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi,
adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturanperatusan asas berikut perlu dipatuhi:1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta
keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita
hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.
a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan
yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalanjalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.
2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan
yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.
3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk
mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu
konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.
4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa
pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:a. Perubatan:i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.
b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin
TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang
rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar
hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.
UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan
sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh
dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu. Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar
biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau
tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.
2. Gatal-Gatal Kulit. Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi
kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan.
3. Bibir, Lidah dan Mulut. Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa
gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal
atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang
menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.
4. Menelan Sedikit. Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita
menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut
boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang
5. Makan sedikit. Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan
sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna
bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.
PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN.
Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:1. Jangan memendekkan ujian.
2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan.
3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan.
4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan.
5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya.
6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan.
7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan.
8. Buah yang masam semuanya boleh makan.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN


Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:1. Muntuhkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.
TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari,
hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan
untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan
menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.
MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN
Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.
1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.
2 Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.
3 Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.
4 Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.
5 Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN


Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang
sedia ada diesuatu kawasan.
1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan
jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.

2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin


berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.

3. Pondok dalam kawasan Rawang. Pondok ini dibina jika


keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina

hendaklah selamat dari air pasang.


BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.
1. Atap . salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari
pokok-pokok berikut:a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam

d. Daun pokok kabung dan enau.


e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.
2. Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh
dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat
badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah
dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.
3. Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan
boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.
http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/ikhtiar-hidup_10.html
IKHTIAR HIDUP DI HUTAN
Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:
. Khemah, beg tidur dan tikar getah
. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periuk, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan
Peralatan Ikhtiar Hidup
Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan
tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:
. Macis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarung tangan
Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan.
Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.
Peralatan Terpenting

. Macis atau petik api


. Parang
Parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong
buluh untuk alat memasak.
Membina Perlindungan
Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta
berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul
bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong
dari pokok-pokok yang terdapat di kawasan berhampiran. Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu
panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki
lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu
atau buluh untuk dilapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi
memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung. Dangau yang
siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca
buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut.
Mencari Air dan Makanan
Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan.
Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk diminum. Air sungai yang keroh
pula boleh juga diminum selepas ditapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi
menghapus bakteria yang berbahaya. Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh
mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna
berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air
yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak
sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalurkan melalui kawasan yang
dikenakan bubu.
Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di
rumpun-rumpun buluh. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan
diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.
Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok
buah cempedak atau langsat dan durian. Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di
kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan
lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan.
Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang
beberapa hari.
Menyedia Api

Seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan
membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki.
Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi
lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia
menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Antaranya ialah dengan
menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya ditangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara
itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.
Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu
keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu
akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhentihenti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap
dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah
disediakan.

Apabila

ditiup

bara

itu

akan

menyala

dan

apinya

boleh

diguna

untuk

masak.

Memasak
Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak
seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu
boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan.
Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk
memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.
Sayur

juga

boleh

direbus

dalam

buluh

sebelum

dimakan.

Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan
menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.
Menunggu Bantuan
Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat
bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan
yang dihadapinya.
Mencari Jalan Keluar
Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan
mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara
mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan.

Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang
dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga
diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

Survival the will to live, to outlive, state of continuing to live.


1.

Ikhtiar

hidup

merupakan

keupayaan

atau

keadaan

sesuatu

itu

untuk

terus

hidup.

2. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia
terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman.
3. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

Size

up

the

Use

all

your

Remember

Vanquish

by

bekalan

native
your

wits

hidup

makanan

Ancaman

living

ikhtiar

panic

like

Live

Kehabisan

dan

minuman

binatang

buas

Masalah

ikhtiar

hidup

Perancangan

dan

Mental
Fizikal

perlindungan

dicegah

persiapan

pengetahuan

kecergasan

Teknik
Material

dapat

are

Improvise

Act

Situasi

and

Value

you

fear

Situasi

senses

where

situation

daripada

kegiatan
tentang

dan

secara
ikhtiar

ketahanan

kemahiran
peralatan,

berlaku

tubuh
ikhtiar

pakaian

dan

melalui:-

teliti.
hidup
badan
hidup
bekalan

Punca

situasi

ikhtiar

hidup

v Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan
kegiatan
v

Kurang

pengetahuan

dan

Kepentingan

kemahiran

dalam

ilmu

bidang

yang

diceburi.

ikhtiar

hidup

v Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting
yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar.
v

Ini

kerana,

kegiatan

luar

itu

sentiasa

terdedah

kepada

pelbagai

cabaran

dan

risiko.

v Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam
kegiatan

luar.

Prinsip

ikhtiar

hidup

Keselamatan
Usaha
Kawalan

diri

Kerjasama

1.

Keselamatan

Keutamaan

kepada

keselamatan

nyawa

pada

setiap

masa

v Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.


v Contoh memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana
anda

terlalu

lapar.

v Situasi ikhtiar hidup akan menkadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan

2.

Usaha

v Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah
yang

dihadapi.

v Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu.
v Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda.
v Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar
hidup
v

mereka.
Kebolehan

mereka

ganti

3.

(improvisation)

amatlah

membantu

Kawalan

diri

v Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang
positif.
v Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak
terburu-buru.
v

Kes

kecelakaan

diri

semasa

ikhtiar

hidup

banyak

berpunca

dari

kurangnya

4.

kawalan

diri.

Kerjasama

v Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting.
v Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.

Alat

v Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup.
v Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air
v Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air.
v Dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda.

Makanan

v Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak.
v Mempuyai nilai kalori yang tinggi
v Jenis makanan beras, coklat, garam, oat, mee segera, ubi kentang, kopi

Perubatan

v pil anti cirit-birit


v pil malaria
v pil pelali air
v 1 set alatan patukan ular atau binatang berbisa
v pil pereda kesakitan
v pil antibiotik
v ubat sapu antibiotik

Alat kegunaan

v 2 utas tali pancing panjang 3 meter


v Mata pancing yang kecil
v 2 utas tali untuk membuat jerat panjang 3 meter
v 2 batang lilin
v 1 kotak mancis kalis air dan pemetik api
v 1 cermin muka kecil sebagai isyarat untuk menarik perhatian
v 1 keping aluminum foil
v Pisau kecil
v Kompas kecil

Air

v Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah
makanan.
v Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak

v Kekurangan air sebanyak 10% - berada ditahap serius


v Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut)

Punca air

v Anak sungai, tasik, sungai


v Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah
v Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air

Tanda-tanda terdapatnya punca air

Bunyi
Penglihatan
Binatang
Serangga
1. Bunyi

v Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti
mengeluarkan bunyi
v Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut
v Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

2. Penglihatan

v Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi.
v Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air
tersebut.

3. Binatang

v Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air

4. Serangga

v Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat
air.
PENGENALAN
Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live. Maka dalam pengertian bahasa
Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan
luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika
menghadapi ancaman. Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga
boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup
ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu
dilakukan oleh seseorang.
S - Size up the situation
U - Use all your senses
R - Remember where you are
V - Vanquish fear and panic
I - Improvise
V - Value living
A - Act like native
L - Live by your wits
2.0

SITUASI DALAM IKHTIAR HIDUP

Antara situasi berlakunya ikhtiar hidup ialah apabila kehabisan bekalan makanan dan minuman. Kita terpaksa
bersedia untuk menerima kemungkinan ini apabila masuk ke dalam hutan. Oleh itu, persediaan yang rapi mestilah
dilakukan supaya kita dapat meneruskan kehidupan sehingga diselamatkan. Selain itu, ikhtiar hidup ini mungkin juga
berlaku apabila berlakunya ancaman binatang buas ke atas diri kita. Pada waktu yang sama, kita mungkin terpaksa
berhadapan dengan bahaya dan kita juga mesti tahu untuk menyelamatkan diri. Bagaimana untuk mengelakkan
daripada menjadi mangsa binatang buas dan menyelamatkan diri. Seterusnya ialah situasi di mana kita mneghadapi
masalah perlindungan. Mungkin sewaktu masuk ke dalam hutan kita terlupa membawa khemah ataupun kita tersesat
di dalam hutan. Mungkin kita tidak mempunyai alat kelengkapan iaitu khemah untuk menjadi tempat perlindungan
kita. Oleh itu, ikhtiar hidup akan membantu kita mempelajari cara-cara untuk membuat pondok daripada tumbuhan
yang terdapat di dalam hutan.

a)

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

1.)

Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.

2.)

Mental pengetahuan tentang ikhtiar hidup

3.)

Fizikal kecergasan dan ketahanan tubuh badan

4.)

Teknik kemahiran ikhtiar hidup

5.)

Material peralatan, pakaian dan bekalan

b)

Punca situasi ikhtiar hidup

Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan
luar ataupun aktiviti luar. Seterusnya kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi iaitu bidang
mengenai hutan dan cara untuk menyesuaikan diri dalam hutan. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah
kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.
3.0

KEPENTINGAN ILMU IKHTIAR HIDUP

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus
diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu
sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi
menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar
hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam
kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa
terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

4.0

PRINSIP IKHTIAR HIDUP

Keselamatan
Usaha
Kawalan diri
Kerjasama

1. Keselamatan
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Selain itu, kita mestilah menjauhkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh memakan tumbuhtumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar. Di samping itu, Situasi
ikhtiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan diri. Ini kerana sewaktu berada
dalam keadaan ikhtiar hidup, kita tidak mengetahui tentang keadaan keselamatan diri kita. Oleh itu kita mestilah
sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini
dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan
keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan
atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan
tidak diambil kira.
2. Usaha
Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah
yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu.
Selain itu, jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda. Lebih
banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka.
Akhir sekali, kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu sewaktu berada dalam hutan ataupun dalam
keadaan ikhtiar hidup. dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa

sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib
semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain
hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih
cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.
3. Kawalan diri

Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang
positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburuburu. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri. dalam situasi ikhtiar
hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang
positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburuburu. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.
4. Kerjasama
Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama juga
akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan
berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli
kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

5.0

ALAT-ALATAN UNTUK IKHTIAR HIDUP

Alat
Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup. Alat tersebut perlu
dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air. Alat-alat tersebut hendaklah
dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air. Alatan ini juga mestilah dibungkus kecil supaya tidak
menggunakan banyak tempat di dalam beg anda. Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan
situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat
atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan
hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3
jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.
1)

Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi.
Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.
Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.
2)

Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji
antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.
3)

Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah
ringan dan bersaiz kecil.
Antara alat-alat yang sesuai:-

-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)


-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-1 @2 batang lilin
-1 kotak mancis api/1 pemetik api
-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan
dalam bahagian hulunya.
Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.
Parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh
berfungsi sebagai parang. Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh
penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan. Alat-alat yang dicadangkan
hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai alat-alatan ini jika difikirkan perlu.
Air
Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah
makanan.Kekurangan air sebanyak 2% - berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak. Kekurangan air
sebanyak 10% - berada ditahap serius. Kekurangan air sebanyak 20% - fatal stage (maut)

Punca air
punca air yang senang untuk didapati apabila berada di dalam hutan ialah anak sungai, tasik, dan sungai. Untuk
mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah. Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan
mata air atau lelehan air
Tanda-tanda terdapatnya punca air
Bunyi
Penglihatan
Binatang
Serangga
1. Bunyi
Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti
mengeluarkan bunyi. Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut. Jika bunyi air terlalu jauh,
gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.
2. Penglihatan
Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi. Jika tempat tersebut terlalu jauh,
seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.
3. Binatang
Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air

4. Serangga
Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.
Elemen ikhtiar hidup
1. api
2. perlindungan
3. isyarat
4. makanan/air
5.pertolongan cemas
4.0 KESIMPULAN

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk
keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan
sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Selain itu, Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan
perkara-perkara berikut:a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.
Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan
memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan
memerlukan berbuat demikian.
Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan
oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau
masalah kehabisan bekalan makanan.
Oleh itu, program pendidikan luar perlulah disokong kerana aktiviti seperti ikhtiar hidup yang menjadi salah
satu perkara ataupun elemen yang wajib dalam pendidikan luar ini. Ini kerana melalu aktiviti ikhtiar hidup ini, ia dapat
mewujudkan kecekalan yang tinggi dalam setiap peserta dan mampu meningkatkan keyakinan diri peserta. Ini juga
dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis mengikut falsafah pendidikan kebangsaan iaitu dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.
http://udienbudakpj-ipik.blogspot.com/2011/01/apa-itu-ikhtiar-hidup.html

Anda mungkin juga menyukai