Anda di halaman 1dari 3

ULASAN FILEM BRAVO 5

Biar mati bermaruah jangan hidup dijajah. Itulah prinsip yang


dipegang utuh oleh kelima-lima ahli Roda Kumpulan Kecil (RKK) yang
diketuai oleh Lt. Azri bersama empat anggota komando lain yang
dikerahkan menyelamat tebusan serta mengesan kedudukan musuh bagi
membolehkan

pasukan

sahabat

melenyapkan

pergerakan

subvesif

pengganas komunis. Lt Azri dibantu oleh Sarjan Unya Anak Gawing,


Koperal Morgan a/l Murugan (Pakar Letupan dan Senjata Bantuan), Koperal
Ah Chia (Radioman) dan Trooper Karim Abdullah (Pengesan).
Setelah sekian lama industri filem tanah air kita dibanjiri oleh filem
komedi dan juga filem seram, akhirnya Bravo V hadir untuk memecah
sunyi, tepat pula pada masa ditayangkan pada bulan September
bersempena Hari Malaysia. Walaupun filem ini dikritik oleh beberapa pihak
dengan mengatakan jalan cerita yang menarik pada awalnya, namun
hampa di akhirnya. Ada juga yang mengatakan pengguna CGI dalam filem
dilakukan secara berlebihan. Namun, siapa lah saya untuk menghukum.
Namun, apa yang membuat saya lebih tertarik adalah nilai di sebalik filem
Bravo V yang telah sebenarnya menaikkan nilainya di mata saya.
Nilai

yang

paling

dapat

dilihat

tentulah

semangat

patriotik.

Semangat pariotik atau cinta akan negara merupakan satu nilai utama
yang ingin diketengahkan. Tersarungnya uniform askar di susuk badan
seorang pejuang dan senjata yang dipegang erat di tangan menjadi satu
bukti hakiki bahawa mereka benar cinta akan negara. Namun, apa yang
pengarah file mini iaitu Yeop Hitler cuba lakukan adalah untuk turut

meniup semangat patriotik itu ke dalam jiwa mereka yang menontonnya


bak kata pepatah Melayu, dari mata turun ke hati.
Saya tertarik dengan ungkapan Trooper Karim , Aku manusia degil,
liar, berhati batu tapi jangan sesekali mempersoalkan kesetiaan aku pada
negara.

Walau

berbeza

agama

dan

bangsa,

kami

bersatu

demi

mempertahankan negara yang tercinta. Di sini, kita dapat lihat betapa


teguhnya hati seorang patriot. Bukan manusia jika tiada langsung
perasaan gentar dalam diri namun kerana cinta akan negara, lautan api
sanggup direnang, apatah lagi terjun ke kolam perang.
Dalam filem ini, kita dapat melihat sendiri apakah halangan dan
dugaan yang dihadapi mereka. Terdetik di hati perasaan sayu dan pilu.
Adakah kita cukup tabah jika diletakkan dalam situasi yang sebegitu?
Namun, berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. Satu demi
satu ahli yang terkorban, ahli keluarga yang dibunuh, diseksa malahan
dirogol namun semangat juang mereka tidak ranap dan mereka tetap
berdiri gagah mengangkat senjata memperjuangkan keamanan negara.
Begitulah besarnya pengorbanan tentera pada waktu itu.
Walaupun filem ini hanya mengetengahkan perjuangan hanya lima
anggota komando ini, namun mereka mewakili semua pejuang pada
waktu itu. Ingin saya ekspresikan perasaan bangga dan syukur kepada
pejuang-pejuang negara kerana kita hidup senang pada hari ini kerana
kita hidup di atas darah mereka yang jatuh di atas bumi Malaysia ini.
Namun, amatlah malang jika dilihat realiti anak muda pada masa
kini yang telah kian luntur semangat patriotik dalam diri. Hari Merdeka

tidak lagi dipandang sebagai hari untuk mengabadikan diri menghargai


nikmat

kemerdekaan

namun

sebaliknya

dijadikan

hari

cuti

yang

dihabiskan berpeleseran di kompleks membeli-belah. Walaupun pahit


untuk ditelan, itulah sebenarnya apa yang berlaku di hari ini.
Maka, hadirnya filem Bravo V merupakan satu bentuk peringatan
dan satu wacana untuk kita menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat
Malaysia terutamanya kepada golongan belia yang bakal memegang
tampuk pemerintahan negara pada suatu hari nanti. Akhir kata, filem
Bravo V merupakan sebuah filem yang harus ditonton oleh setiap rakyat
Malaysia dan filem-filem seperti ini wajar diambil perhatian oleh pengeluar
filem tempatan.

Anda mungkin juga menyukai