Anda di halaman 1dari 2

Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk


masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak
kecil.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan
sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita perlu merancang
segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan
air dan makanan ke sekolah. Justeru baki duit yang diberi
oleh ibu bapa dapat disimpan didalam tabung.
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan.
Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang
perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa
kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan
untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh
digunakan apabila keluarga ditimpa musibah.
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita.
Jika kita menyimpan wang didalam bank, kita akan mendapat
sebahagian keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk

kehidupan masa hadapan.


Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu
mulalah menabung dari sekarang kerana sedikit-sedikit lamalama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai