Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI INDIVIDU

Nama

: Razian Rashid

Opsyen

: 8PISMP PJ/ BM/ PK

No. IC

: 930907-12-5145
Mendapat tugasan daripada pensyarah adalah satu lumrah kehidupan bagi

seseorang pelajar. Pada 9 Ogos 2016, kelas kami telah diberikan satu tugasan projek oleh
pensyarah subjek Kecederaan Dalam Sukan iaitu en. Kamaluddin Bin Mokri.

Antara

tugasan yang diberikan oleh pensyarah pada semester ini adalah kami dikehendaki untuk
membuat penulisan esei individu berdasarkan kepada 2 jurnal yang berkaitan kecederaan
dalam sukan yang telah dipilih. Sebelum memulakan tugasan ini, saya terlebih dahulu
mencari maklumat di internet dan menyenaraikan buku-buku yang berkaitan dengan tajuk
yang diberikan iaitu Kecederaan Dalam Sukan untuk memudahkan tugasan. Setelah
mendapat maklumat yang mencukupi dari pelbagai sumber, saya mula membuat tugasan
pertama iaitu menyediakan draf tugasan yang mengandungi senarai tugasan yang harus
disiapkan terlebih dahulu. Kami sedar, penyediaan draf tugasan ada sangat penting dalam
menyusun tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Apa yang paling penting adalah

kerjasama daripada ahli kumpulan . Tanpa kolaboratif antara ahli kumpulan, tidak mungkin
tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Perasaan saya sepanjang

menjalankan tugasan ini ialah saya sangat gembira

kerana melalui tugasan yang diberikan,saya dapat belajar sesuatu yang baru mengenai
Kecederaan Dalam Sukan. Selain daripada itu, saya juga gembira kerana dapat
menyiapkan tugasan ini dengan kerjasama daripada pensyarah dan rakan-rakan guru
pelatih yang lain dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan. Walaupun ada
perasaan gembira, perasaan risau itu tetap ada kerana bimbang tidak dapat memberikan
komitmen terbaik sepanjang menjalankan tugasan ini bersama-sama rakan yang lain serta
risau tidak dapat menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Oleh itu,
Tugasan ini dapat mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan tidak
mudah putus asa dalam mencari maklumat yang diperlukan. Tugasan ini tidaklah terlalu
sukar kerana semua maklumat boleh diperolehi dengan mudah melalui pelbagai sumber
seperti internet ,buku rujukan, surat kahbar dan sebagainya. Tetapi, untuk menyelasaikan
masalah yang dihadapi oleh atlet dalam sesuatu sukan bukanlah satu kerja yang mudah
dimana kami harus menjalankan kajian dan menggunakan pelbagai kaedah untuk
menyelasaikan masalah tersebut. Tugasan ini sangat mencabar kerana semua guru pelatih
PJ semester 8 dikehendaki mencari 2 jurnal yang berkaitan dengan kecederaan dalam

sukan dan menganalisis jurnal tersebut berdasarkan kepada soalan tugasana yang telah
diberikan. Selain itu, hasil analisis jurnal tersebut juga haruslah dipaparkan dalam bentuk
PPT dan harus dibentangkan dalam kelas kelak
Setiap kelebihan ada kelemahan, itulah yang saya hadapi sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Antara kelemahan saya sepanjang menjalankan tugasan ini ialah, saya seorang
yang kurang mahir dalam menaip tugasan dan cepat berasa penat apabila menghadapi
sesuatu tugasan. Selain itu , saya juga menghadapi masalah mengurus masa dengan baik.
Ini kerana, disamping mendapat tugasan daripada pensyarah, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain
yang harus diselasaikan. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, saya harus berlatih menaip
agar dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam kumpulan dan mencari cari lain agar
tidak berasa cepat penat dalam membuat sesuatu tugasan. Disamping itu, membuat satu
jadual pengurusan masa dengan meletakka disiplin yang tinggi sebagai penentu kejayaan
bagi sesuatu tugasan.
Selain itu juga, masalah lain yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini
ialah, terdapat satu lagi kerja kursus lain yang hendak disiapkan dan dihantar pada hari
yang sama. Oleh itu, saya kena membahagikan masa yang sama bagi menyiapkan tugasan
ini. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk
melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk
memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah
diberikan. Pengalaman saya sepanjang menjalankan projek ini adalah, sebagai satu
kumpulan, kami harus berkolaboratif dan saya dapat rasakan setiap ahli kumpulan
memberikan komitmen yang sangat tinggi .
Pelbagai inisiatif telah kami ambil bagi mengatasi masalah-masalah yang kami
hadapi tersebut. Antaranya termasuklah menggunakan kemudahan yang terdapat di
perpustakaan IPGKTI untuk mencari dan mengumpul maklumat sekaligus membuat
penulisan tugasan. Kami telah merujuk semua buku yang berkenaan dengan subjek ini di
perpustakaan. Selain itu, kami juga membuat carian di internet mengenai soalan yang
berkaitan dengan tugasan. Di samping itu, saya juga telah berkolaborasi dengan para
pensyarah dan para senior terutamanya dalam penghasilan tugasan ini. Segala usaha yang
saya lakukan ini telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan saya.
Tugasan ini melatih diri saya dalam aspek dan teknik serta kebolehan diri saya bagi
mencari maklumat berkaitan dengan soalan tugasan. Tidak lupa juga, kerja kursus ini juga
telah mengajar saya untuk berdikari dan tidak mudah putus asa. Sekian

Anda mungkin juga menyukai